You are on page 1of 12

SEJARAH BOLA JARING Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada

awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Womens Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938). Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara Komanwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring. Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guruguru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komanwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini.

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN

VISI selaku badan sukan yang mampu memperkasakan sukan bola jaring di daerah Tenom dan sekali gus cemerlang di peringkat daerah, bahagian dan negeri. MISI Mempertingkatkan dan memantapkan mutu permainan sukan bola jaring di sekolah menerusi program pembangunan sukan dan latihan yang berterusan OBJEKTIF PENUBUHAN Persatuan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Chinta Mata ditubuhkan dengan hasrat untuk memenuhi objektif berikut: Memajukan dan mengembangkan permainan bola jaring mengikut undang - undang permainan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Jaring Kebangsaan. Mengawasi segala aspek permainan bola jaring di sekolah. Memastikan murid yang terlibat dalam persatuan boleh

mengaplikasikan permainan bola jaring ini.

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Bil 1 2 3 4 5 6

Aktiviti Perjumpaan kelab bola jaring Latihan bola jaring Perlawanan persahabatan dengan sekolah lain Mesyuarat AJK Kelab bola jaring Perhimpunan bulanan KOKUM Lawatan sambil belajar

JAN FEB MAC APR MEI 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Catatan

Bergantung pada kesesuaian masa. Bergantung pada kesesuaian masa Mesyuarat akan dijalankan 4 kali setahun

Tempat akan ditentukan

Rasional/ Matlamat : Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan muridmurid dan semua warga Sk.Chinta Mata Tenom.. Selain itu juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan murid-murid. Objektif : Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat : (a) melahirkan generasi murid-murid yang mempunyai semangat kesukanan yang kuat. (b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga sekolah (c) melahirkan murid-murid yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama, semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING (Perempuan Sahaja) 1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem kalah-mati. 2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat. b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan. c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit lagi tanpa rehat. d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

BORANG PENYERTAAN (BOLA JARING) NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN : KETUA PASUKAN : SENARAI NAMA PEMAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. KUMPULAN

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN _________________________________ ( )

UNDANG UNDANG PERMAINAN BOLA JARING PENALTI Berikut adalah undang-undang am bola jaring. Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan I. Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan. II. Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan). Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.

Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dangan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.

Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang - undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan.

Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

HANTARAN PERCUMA Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu. HANTARAN PENALTI ATAU JARINGAN PENALTI

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti: Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan.

HANTARAN KE DALAM Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya; Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

LAMBUNGAN Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila; Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang. Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola. Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.

CABARAN DAN HALANGAN PENYERTAAN Kehadiran murid-murid disebabkan ada diantara murid-murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.

Kekangan masa ini kerana pertandingan ini selepas hari persekolahan. Ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi untuk menganjurkan pertandingan. Kekurangan peralatan Kekurangan tenaga kerja kerana guru lain mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

You might also like