You are on page 1of 3

PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari-Nya, akhirnya dapat juga

kami menyiapkan laporan penuh mengenai kajian kes bagiprojek PB 201 ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan cabaranyang terpaksa kami harungi, tapi semua itu kami jadikan sebagai satu pengajaran danpengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah kami akhirnya berbaloi apabilalaporan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan sempurna dan jayanya.Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhinggakepada pensyarah kami iaitu Puan Azween Irma kerana banyak membantu kami dalamsemua segi untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalahyang di hadapi.Selain itu, sekalung penghargaan untuk semua pensyarah dan pelajar PoliteknikSultan Azlan Shah kerana menjayakan projek perniagaan kami ini. Ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak menyokong dan membantu kamidari segi kewangan, semangat dan moral. Sekian, Wassalam. 2 ABSTRAK Kajian kes dilakukan selepas menamatkan sesuatu kerja atau projek. Kajian inibanyak memberi faedah terutamanya untuk mengetahui kekuatan dankelemahan didalam melakukan sesuatu pekerjaan. Melalui kajian kes ini kamidapat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi dan menyelesaikannya bagikesenangan pada masa hadapan. ABSTRACT Case studies were carried out after completing a job or project. This study is a lotof benefit, especially to know the strengths and weaknesses in doing a job.Through this case study we can find problems and solve problems for futureenjoyment. 3 PENGENALAN Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untukmembantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah kajian biasa digunakan d engan makna pengutipan data (data collection ). Ahli-ahlipolitik menyatakanmereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahliperniagaan memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yangmereka jual.Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masadepan penyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yangmenaja sesuatu kajian itu.Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh paraguru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang bolehmembantu guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajarmereka.Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber,yang akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data initidak dapat ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian.Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematikberdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagaipendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu/beberapa masalah.Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajiandibuat dengan menggunakanhubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyaibukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedahpengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang sesuai terhadap hasilkajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskansegala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian

4 KAJIAN KES Perniagaan Char Kue Teaw yang kami jalankan selama seminggu telah melaluipelbagai dugaan dan cabaran. Walaupun sambutan yang diberikan oleh pelangganamat memberangsangkan, tetapi masalah tetap timbul. Oleh yang demikian,perbincangan antara ahli kumpulan telah dijalankan bertujuan menambah baikkekurangan dalam perniagan ini.Antara masalahmasalah yang di bangkitkan dan penyelesaian yang dicadangkan ialah:1) Masalah waktu perniagaanWaktu perniagaan yang dijalankan terlalu singkat. Ini keranapenyedian bahan memakan masa yang agak lama. Selain itu,ketidakcukupan bahan-bahan perniagaan juga menjadi punca utamawaktu perniagaan menjadi singkat.Sebagai penyelesaian, pada masa akan datang, bahan-bahanperniagaan mestila disediakan dengan secukupnya. Ahli-ahli perlumembuat anggaran yang lebih tepat supaya masalah seperti ini tidakberulang lagi. Selain itu, penyedian bahan perlu dilakukan pada masayang sesuai, sebagai contoh malam sebelum perniagaan dijalankan dansebagainya.2) Masalah produktivitiProduk yang dihasilkan iaitu char kue tiaw mengambil masa yangagak lama untuk disediakan semasa perniagaan dijalankan. Inidisebabkan beberapa faktor seperti tukang masak yang keletihan, bahanyang tidak mencukupi dan bahan yang rosak akibat kemalangan kecil. 5 Oleh yang demikian, setelah membuat perbincangan, untukmengelakkan masalah ini dari terus berlaku, tukang masak perlu dibantuoleh ahli yang lain ataupun melatih ahli lain menjadi tukang masak.3) Masalah kekurangan bahanMasalah kekurangan bahan telah menganggu proses kelancaranperniagaan ini. Ini disebabkan oleh kesilapan menggangar bahan yangsepatutnya dibeli. Masalah ini telah menyebabkan ramai pelanggan tidakdapat membeli produk yang dijual pada hari perniagaan.Setelah melakukan perbincangan, ahli kumpulan telah bersetujumenambahkan bilangan bahan pada hari-hari seterusnya. Ini sedikit-sebanyak dapat membantu memperbaiki masalah yang dihadapi oleh ahlikumpulan pada hari-hari perniagaan yang seterusnya.4) Masalah kelewatan memulakan operasiMasalah ini berlaku disebabkan oleh ketidaktepatan waktu untukmemulakan operasi perniagaan. Faktor utama yang menyebabkanmasalah ini terjadi adalah kerana masa untuk memulakan operasi adalahtidak sesuai kerana terdapat kelas-kelas yang bermula pada awal pagi.Penyelesaian masalah ini adalah meminta kebenaran pensyarahyang membuat kelas pada waktu pagi untuk menangguh kelas ke waktupetang. Dengan ini kumpulan kami dapat membuat persiapan awal untukmenyusun kedai dan memulakan operasi perniagaan dengan awal. 6 KESIMPULAN Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kajian kes digunakan untuk pelbagai perkara yangdianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilaiprestasi organisasi, menilai prestasi pasukan-pasukan

atau jabatan-jabatan danpelaksanaan projek. Kebiasaannya, kajian kes biasa bersifat deduktif, iaitu permulaandaripada satu theoretical premise atau pendirian.Kajian kes digunakan apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasipembolehubahpembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Tetapi boleh jugadikatakan kajian kes apabila terdapat satu kecenderungan dalam penjelasan-penjelasan dan situasi-situasi analisis atau peristiwa-peristiwa. Selain itu, sekiranyaterdapat prosedur-prosedur yang tidak berapa jelas untuk penyelidikan ujikaji,penyelidikan kajian kes harus melibatkan pembangunan satu hipotesis awal atau setsoalan-soalan, dan reka bentuk alat-alat kajian itu, protokolprotokol dan prosedur-prosedur lapangan.Kajian kes juga melibatkan unit-unit tunggal atau analisis berganda iaituindividu-individu, jabatan-jabatan, benda-benda, sistem-sistem dan sebagainya dalamkombinasi dengan corak kes tunggal atau berganda. Dalam kajian kes, penyelidik-penyelidik harus mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkanmenjadi satu rangkaian bukti, menghubungkan soalan-soalan penyelidikan, data,analisis dan laporan kajian kes. 7 Selain itu, data untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumbertermasuk dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian.Kesahan dalaman dalam kajian kes dikuatkan lagi dengan corak pemadanan,pembinaan penjelasan dan siri masa analisis. Kebolehpercayaan diperkuatkan olehberbagai replikasi sama atau kes-kes yang sama.Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukankajian kes yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkanalat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data serta menyebarkan data.Kesemua proses ini perlu dilakukan mengikut langkah yang teratur agar prosespenyelidikan dapat berjalan secara teratur dan sistematik.Walaupun terdapat kelebihan dalam melakukan kajian kes seperti sesuatuperistiwa dapat diceritakan dengan lebih terperinci namun terdapat juga beberapabatasan dan kekangan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Maka, setiappenyelidik mestilah tahu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematikagar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lancar

You might also like