You are on page 1of 33

SJH 1108 HUBUNGAN ANTARABANGSA DASAR LUAR MALAYSIA KETIKA ERA PEMERINTAHAN TUN HUSSEIN ONN DAN TUN

DR. MAHATHIR

MOHD FADHLI BIN MOHD NASIR

DASAR LUAR

Definisi

Dasar yang merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubungan dengan negara lain (Yusof Ismail, 2007.)

Dalam pengertian yang terhad, dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Dasar ini biasanya berubah bergantung kepada keadaan semasa ( Ranjit Singh Malhi, 1988.)

DASAR LUAR MALAYSIA


HUBUNGAN BILATERAL hubungan secara terus dengan negara negara tertentu

HUBUNGAN MULTILATERAL

hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

MATLAMAT MALAYSIA JALIN HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR


*

Ingin berbaik-baik dengan semua negara. Menjamin keselamatan rakyat dan negara. Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

* * * * *

FAKTOR YANG MEMPENGARU HI DASAR LUAR MALAYSIA

EKONOMI

SOSIAL

POLITIK

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA FAKTOR EKONOMI

Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonomi iaitu dengan mengamalkan pasaran bebas Mengharapkan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut untuk menggalakkan pelaburan asing untuk meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun untuk pasaran barangan dan pelaburan

FAKTOR POLITIK

Dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen, Malaysia menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat

Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan resolusi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia

FAKTOR GEOGRAFI

Kedudukan yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap Malaysia

FAKTOR DEMOGRAFI

Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi palestin Menentang keras dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan,kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada perlbgagai kaum dan agama diberikan kebebasan untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing

DASAR LUAR KETIKA PEMERINTAHAN TUN HUSSEIN ONN

Tempoh pemerintahan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri adalah singkat iaitu dari tahun 1976-1981.

Dalam tempoh yang singkat ini, Dasar Luar Malaysia tidak mengalami begitu banyak perubahan berbanding pemerintahan Tun Abdul Razak.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang Perdana Menteri, Tun Hussein Onn tetap berusaha

POLITIK

Sebagaimana Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn masih menjalankan dasar berkecuali iaitu dasar yang mengelakkan negara Malaysia terlibat dalam mana-mana konflik antarabangsa. Ini adalah selari dengan konsep ZOPFAN yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin negara untuk mengelakkan sebarang konflik antarabangsa berlaku di kawasan Asean.

Dasar berkecuali diamalkan adalah kerana kepentingan Nasional Malaysia dapat dijamin melalui tindakan ini. Walaupun menjalankan dasar berkecuali, dari segi politik Malaysia masih bersikap pro-Barat. Sebagai bukti, Malaysia tetap menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia Selain itu, Tun Hussein Onn dalam dasar luarnya juga telah mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama serantau dengan negara-negara Islam serta dengan negara-negara Dunia Ketiga.

Dalam masa sama, Malaysia juga masih memberikan keutamaan dalam menjaga hubungannya dengan negara-negara Asean.

Keinginan malaysia menjalinkan persahabatan dengan semua negara dengan negara jiran berlaku selepas mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.
Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

DASAR LUAR KETIKA PEMERINTAHAN TUN DR. MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun.

POLITIK

Ketika era Tun Dr. Mahathir, aspek politik Malaysia berkaitan dengan Dasar Luar dilihat agak berjaya apabila telah berjaya menyertai banyak pertubuhan antarabangsa

Antara senarai pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. i) ii) iii) iv) v) Komanwel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Kumpulan Selatan-Selatan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

KOMANWEL
MATLAMAT PENUBUHAN

Untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota. Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang di kalangan negara anggota.

FAEDAH MENYERTAI KOMANWEL

Negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand akan mempertahankan negara sekiranya diserang oleh musuh luar.

Kerjasama pertahanan dengan membantu Malaysia semasa berkonfrontasi dengan Indonesia

Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.

Malaysia menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

Dalam bidang sukan,Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 1. Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945,selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. 2. Ibu pejabat asalnya di San francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. 3. Pada awal penubuhannya,PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara. 4. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957,setelah negara kita mencapai kemerdekaan. 5. Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB.

Apakah Piagam PBB


1. Satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip asas hubungan antarabangsa dikalangan negara-negara anggota.

Senaraikan matlamat Piagam PBB.


1. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia.

2. Kedua,menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.


3. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit. 4. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui keanggotaan dalam PBB.
1. Mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara. 2. Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelaburpelabur asing untuk membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakn peluang pekerjaan. 3. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA). 4. Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Pergerakan Negara- Negara Berkecuali ( NAM).


1. NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. 2. Ahlinya merupakan negara- negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. 3. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan. 4. Malaysia menganggotai pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran Dasar Luar daripada dasar pro Barat dan anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Pergerakan Negara Negara Bersekutu. 1. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau Blok Kumunis. 2. Mengekalkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara. 3. Menghormati kedaulatan sesebuah negara.

4. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.


5. Menghormati hak asasi manusia.

Malaysia juga telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu
* * * * * Malaysia Indonesia Singapura Laos Vietnam * * * * * Thailand Filipina Myanmar Kemboja Brunei Darussalam

Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Malaysia turut menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara Dunia Ketiga disamping negara maju.

EKONOMI

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. DPT menjadi salah satu dari instrumen beliau dalam memacu perkembangan ekonomi Malaysia pasca kemelesetan ekonomi dunia pada awal 1980an.

DPT bermaksud memandang ke negara-negara timur yang sudahpun maju atau meningkat maju iaitu Jepun dan Korea Selatan dalam ertikata peminjaman teknologi serta mencontohi etika kerja (Ahmad Atory Hussain, 1992) yang diamalkan oleh negara-negara tersebut Fokus DPT ialah
o o o o o

o
o

displin dan kerajinan bekerja kesetiaan kepada negara keutamaan diberikan kepada organisasi dan tidak kepada diri sendiri daya pengeluaran dan kualiti yang tinggi peningkatan kecekapan pengurangan perbezaan jurang antara eksekutif dengan pekerja biasa sistem pengurusan yang menitikberatkan pencapaian serta kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan jangka pendek

Setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan keduadua belah pihak.
Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fiji dan Tonga dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negaranegara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat.

SOSIAL

Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya Selatan Selatan kerana idea penubuhannya datang daripada Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987 Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Malaysia amat menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986. Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-selatan yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh Malhi, 1989).

Tun Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti :

penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan (Dasar Apetied) penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia,

Apakah dasar Apatied.

Satu dasar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan penduduk mengikut warna kulit.

Mengapakah Malaysia menentang dasar Apatied di Afrika Selatan. * * Orang kulit putih merupakan golongan minoriti dan bukan penduduk asal diberi banyak keistimewaan. Orang kulit hitam merupakan golongan majoriti dan penduduk asal dipandang rendah.

*
*

Orang kulit hitam tidak diberi hak politik yang sama.


Orang kulit hitam tidak diberi hak kemasyarakatan yang sama.

Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat.

Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik negaranegara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia

RUJUKAN
* Yusof Ismail (2007), Dasar-dasar Utama Kerajaan MALAYSIA, Kuala Lumpur : A.S. Nordeen

* http://sitibahriahsejarah.blogspot.com/2011/01/ sejarah-tg5-bab-9.html * En. Abdul Razak Bin Abu Kasim, Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Darulaman

You might also like