You are on page 1of 11

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PANITIA SAINS 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI

Aktiviti-aktiviti Tahunan
Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan strategik panitia dengan begitu lancar atas kerjasama guru-guru dan murid-murid. Beberapa program telah dirangka dan dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya ialah: 1) Info Sains 2) Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains 3) Kelas Tambahan (Tahun 6) 4) Gerak Gempur UPSR 5) Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR 6) PEKA Sains 7) Info Bulletin Board 8) Kuiz Sains 9) Pameran Sains (Karnival Pusat Sumber)

Aktiviti Tempat Tarikh

: Info Sains : Dataran Perhimpunan : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan :Aktiviti Info Sains telah dijalankan di tapak perhimpunan pada sesi perhimpunan rasmi mengikut takwim minggu sains. Pada tahun ini, Panitia Sains SKTP telah membuat 4 persembahan Info Sains oleh murid-murid dengan bimbingan guru. Antaranya ialah persembahan Bercerita Sains yang berjudul Magnet, persembahan pantomin dengan judulnya Dolphin Saves His Friends, demonstrasi berkaitan magnet serta taklimat berkaitan mikroorganisma dan HINI. Impak : Aktiviti ini berjaya mencungkil bakat murid sekaligus dapat menyampaikan maklumat yang berguna dan berinformatif kepada murid-murid secara amnya. Keberkesanannya dapat dilihat melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh murid-murid untuk mengembangkan bakat dan mereka mudah untuk mengingat fakta-fakta yang disampaikan melalui teknik persembahan Info Sains. Penambahbaikan : Mempelbagaikan bentuk persembahan dan melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains : Dewan SKTP : 28 Mac 2010

Pelaksanaan : Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains peringkat dalaman pula telah diadakan di Dewan SKTP oleh Pn Adonie bt Adnan,selaku JU Sains Kebangsaan dan juga mantan Guru Besar SKTP. Sasaran program adalah untuk calon UPSR yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6. Program ini berlangsung pada 28 Mac 2010 selama 2 jam. Murid-murid diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan, tips-tips mudah mengingat melalui lagu, strategi menjawab soalan KPS dan sebagainya. Impak : Program ini amat berkesan kepada murid-murid ke arah pengukuhan Kemahiran Proses Sains yang amat penting dalam penilaian UPSR dan juga aplikasi dalam kehidupan seharian. Penambahbaikan : Mengadakan taklimat Pengukuhan KPS kepada murid Tahun 4 atau 5 di dalam kelas atau dewan.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Kelas Tambahan : Makmal Komputer 2 dan Bilik APD : Februari hingga September

Pelaksanaan : Selain itu, program Kelas Tambahan yang melibatkan murid Tahun 6 telah diadakan pada setiap Rabu petang bermula Februari sehingga September. Sehubungan itu, kelas tambahan ini turut melibatkan cuti sekolah pertengahan tahun. Murid dibekalkan dengan soalan-soalan berkualiti seperti soalan yang dibuat dan diperakui oleh Jurulatih Utama Sains dan soalan-soalan peperiksaan UPSR yang lepas. Murid-murid dibimbing oleh guru mengikut tahap pencapaian murid. Impak : Program ini banyak memperbaiki kelemahan murid terhadap bentukbentuk soalan yang sukar dijawab seterusnya meningkatkan prestasi murid. Penambahbaikan : Kelas Tambahan untuk Tahun 5 juga boleh diadakan sebagai persediaan awal untuk menghadapi UPSR.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Gerak Gempur UPSR : Kelas Tahun 6 : Julai-September Gerak Gempur UPSR yang dijalankan turut membantu

Pelaksanaan :Program

meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6 dalam subjek sains. Pelbagai bentuk soalan didedahkan dan dibincangkan bersama murid secara latih tubi. Antara soalan yang menjadi pilihan untuk program ini adalah soalan percubaan negeri-negeri lain,soalan peperiksaan tahuntahun lepas, dan soalan peperiksaan peringkat Negeri Selangor sendiri. Memandangkan program ini dibuat menjelang UPSR, aktiviti ini dilakukan secara berterusan. Secara tidak langsung, murid-murid akan dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin. Impak : Murid-murid dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin. Prestasi subjek Sains juga meningkat berbanding peperiksaan awal tahun. Penambahbaikan: Memberi fokus yang lebih kepada murid-murid pemulihan dengan soalan gerak gempur yang bersesuaian dengan aras mereka.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR : Kelas Tahun 6 : Julai-September

Pelaksanaan :Bagi memantapkan pencapaian murid dalam subjek Sains terutamanya calon UPSR, satu program telah berjaya dilaksanakan iaitu Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR yang diadakan di makmal komputer 2 dengan kumpulan sasarannya adalah murid-murid Tahun 6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains ini telah diadakan pada 23 Jun 2010 oleh Allahyarham Pn Maziah bt Harmin yang baru menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Oktober 2010 yang lalu. Beliau merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman melebihi 20 tahun, dan juga seorang Ketua Pemeriksa kertas peperiksaan Sains UPSR. Beliau telah menjadi penceramah tetap di SKTP selama 6 tahun dan hasil ceramahnya sangat bermakna buat murid-murid. Selain itu banyak info-info terkini berkaitan sains UPSR dan pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan sains dikongsi bersama murid-murid SKTP. Semoga rohnya dirahmati dan jasa beliau tidak akan dapat dilupakan dan perjuangan murni beliau moga dapat direalisasikan oleh generasi hari ini. Impak : Murid-murid dapat mengaplikasikan teknik menjawab soalan sains dengan berkesan. Penambahbaikan : Memberi peluang kepada murid Tahun 5 terutamanya sebagai persediaan awal menghadapi UPSR.

Aktiviti Tempat Tarikh

: PEKA Sains : Tahun 3 hingga 6 : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan : PEKA Sains melibatkan penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap aktiviti hands-on murid-murid, hasil kerja amali dan nota. Selain itu, murid juga dinilai dari sikap dan sahsiah sewaktu menjalankan eksperimen serta kemahiran proses sains. Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahun 3 hingga 6. Bagi murid Tahun 6 markah PEKA mereka akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan dan keputusan penilaian PEKA akan dicetak bersama slip UPSR. Bagi Tahun 3 hingga 5, markah yang dinilai akan dibawa ke tahun berikutnya dan murid yang tidak mencapai tahap lulus akan dibimbing oleh guru sehingga lulus PEKA. Impak : Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui sikap murid yang bersungguhsungguh melakukan aktiviti hands-on mahupun pembelajaran dalam kelas kerana mereka sedia maklum bahawa sikap, sahsiah dan nilai saintifik akan dinilai dan dipantau oleh guru Sains selaku pentaksir sekolah.. Penambahbaikan: Murid- murid diberi pendedahan berkaitan dengan aktiviti dan kaedah penilaian PEKA agar murid-murid lebih serius menjalankan eksperimen. Kepelbagaian bentuk P&P dan Projek Sains juga boleh dilaksanakan bagi memantapkan nilai saintifik murid-murid.

Aktiviti Tempat Tarikh Pelaksanaan

: Info Bulletin Board : Papan kenyataan Sains : Sepanjang Tahun :Bagi aktiviti Info Bulletin Board, pembaharuan maklumat di papan

kenyataan telah dilaksanakan pada bulan-bulan yang ditetapkan agar minda murid-murid terisi dengan pengetahuan yang lebih mantap. Bahan maklumat diperolehi daripada majalahmajalah, sumber internet mahupun hasil karya murid melalui aktiviti pembentangan dalam kelas. Impak : Kesan positifnya, murid-murid dilihat suka membaca info-info pada papan kenyataan panitia Sains yang mana ini dapat mengisi masa terluang mereka dengan berfaedah sewaktu rehat atau semasa menunggu untuk berkumpul di dataran perhimpunan dan sebagainya. Penambahbaikan: Memperbanyakkan info daripada pelbagai sumber dan menampalkan beberapa info dan soalan yang menguji minda murid.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Kuiz Sains : Papan kenyataan Sains : Tiga bulan sekali

Pelaksanaan : Panitia Sains turut mengadakan pertandingan Kuiz Sains untuk murid-murid daripada Tahun 1 hingga 6 dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Aktiviti ini berjaya menarik ramai minat murid dan secara tidak langsung mewujudkan budaya persaingan yang sihat bagi murid untuk menjawab soalan secara bertulis. Kuiz ini telah diadakan sekali dalam 3 bulan dan soalan kuiz telah ditampal pada papan buletin panitia Sains.. Murid-murid perlu mendapatkan borang penyertaan daripada guru-guru Sains dan menghantar jawapan kuiz pada akhir minggu berkenaan di mana setiap hari, satu soalan yang dipamerkan pada papan bulletin. Jadi dalam seminggu ada 5 soalan yang berbeza yang harus dijawab dengan betul. Pihak panitia menyediakan 10 hadiah iaitu 5 hadiah bagi tahap 1 dan 5 hadiah bagi Tahap 2. bagi pemenang-pemenang sebagai galakan dan dorongan motivasi untuk mereka. Impak : Aktiviti ini amat memberangsangkan dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran sains. Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada muridmurid. Penambahbaikan: Menyediakan skema jawapan kuiz dan menampalnya pada papan kenyataan panitia Sains selepas pertandingan kuiz Sains. Jadi ini membolehkan murid-murid membuat rujukan jawapan bagi soalan Kuiz Sains.

Aktiviti Tempat Tarikh

: Karnival Pusat Sumber : Perpustakaan Pusat Sumber : 12-16 April 2010

Pelaksanaan : Karnival Pusat Sumber (kolaborasi dengan panitia Sains dan mata pelajaran yang lain) turut berjaya diadakan. Panitia Sains terlibat dalam pameran bahan panitia. Pelbagai alatan dan instrument sains dipamerkan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran sains ialah sesi soal jawab guru bersama murid dan demonstrasi penggunaan periskop. Impak : Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat daripada murid-murid dan guru-guru. Aktiviti ini turut merangsang minat murid mencuba dan mengaplikasi instrumen sains. Penambahbaikan : Mengadakan kuiz sewaktu pameran, menambahkan lagi instrument dan demonstrasi sains yang lebih menarik sebagai bahan pameran.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, segala aktiviti yang dirangka pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik. Segala penambahbaikan akan diteliti agar pelaksanaan program dan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik dan sempurna pada tahun berikutnya. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru amnya dan guru sains khususnya serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti panitia Sains. Semoga panitia Sains akan terus maju dan prestasi panitia dapat dipertingkatkan lagi.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

----------------------------------------(PN ADZLIANA BT MOHD DAUD) ABDULLAH) Ketua Panitia Sains SKTP

------------------------------------(PN AYU AIDI BT Guru Besar SKTP

You might also like