You are on page 1of 22

Mukadimah

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w mempunyai mesej yang penting kepada umat Islam. Firman Allah:

Bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (segala makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah al-Alaq:1-5).

Wahyu pertama ini mempunyai beberapa signifikan:

1. Yang pertama ialah perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir. Dengan ini bermulalah penyebaran syiar Islam ke pelosok dunia. 2. Yang kedua ialah menerusi mesej saintifik dalam wahyu pertama ini. Terdapat maklumat biologi tentang maklumat proses perkembangan manusia. Bayangkan Nabi Muhammad SAW tidak tahu menulis dan membaca tetapi Allah mengangkatnya sebagai manusia pertama di muka bumi ini yang mengetahui proses kejadian manusia. Fakta biologi ini hanya terbukti berkurun-kurun kemudian apabila pengetahuan manusia bertambah menerusi penemuan-penemuan sains dan teknologi. Seorang pakar bedah Perancis, Maurice Bucaille di dalam bukunya The Bible, The Quran and Science membuat kesimpulan bahawa wahyu ini membuktikan wujud keserasian Islam dengan ilmu sains, yakni tidak wujud sebarang konflik, paradoks, pertentangan atau dikotomi antara sains dan teknologi dengan Islam. 3. Yang ketiga ialah menerusi firman Allah SWT dengan jelas mengenai kaedah yang perlu diamalkan oleh manusia dalam menuntut, mengembangkan dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan. (a) Kaedah pertama ialah menerusi arahan Allah SWT supaya membaca kerana ia merupakan tabiat yang menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Justeru itu kita perlu membudayakan tabiat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan.

(b) Kaedah kedua yang dinyatakan dalam wahyu pertama ialah menyebar luaskan ilmu pengetahuan melalui penulisan. Menerusi kaedah penulisan, karya-karya ilmiah terselamat hingga ke hari ini. Ini kerana karya-karya ilmiah ini terpelihara dalam bentuk penulisan dan bukan percakapan. Sebagai contoh Al-Quran dihimpunkan dan dibukukan begitu juga dengan al-hadith. Usaha ini menjamin kedua-dua ilmu ini terpelihara sehingga ke hari ini.

4. Signifikan yang keempat ialah dapat dikesan menerusi ayat kelima Surah Al-'Alaq ini apabila
Allah SWT menyebut bahawa, "Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.". Ayat ini jelas menerangkan hakikat bahawa segala bentuk ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi asalnya daripada Allah SWT. Jika tidak kerana keizinan-Nya, manusia tidak akan mengetahui sebarang cabang atau bidang ilmu.

Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan al-hadith untuk melengkapkan diri dalam segenap ilmu pengetahuan dan seterusnya meningkatkan kemampuan untuk membangunkan sains dan mencipta teknologi mengikut acuan sendiri. Islam adalah agama dan pegangan yang lengkap meliputi semua aspek. Perkembangan pesat dalam sains dan teknologi dewasa ini perlu ditangani dengan bijak oleh umat Islam khasnya.

http://cikgusaiful.blogspot.com/2010/04/keperluan-sains-dalam-kehidupan.html

disiplin biologi(embriologi)
kejadian manusia
Embriologi adalah satu pengkhususan sains yang mengkaji pembentukan embrio didalam rahim ibu. Selama berpuluh-puluh tahun pakar-pakar Embriologi menganggap tulang dan daging manusia terbentuk pada masa yang sama ketika didalam rahim ibu. Kebanyakkan ahli-ahli sains yang samada dari kalangan atheis (tidak percaya Tuhan) ataupun yang beragama kristian sekalipun menyangkal akan ayat-ayat Al Quran iaitu sebagai bercanggah dengan penemuan sains mereka. Lalu mereka mencipta teori sistem mereka sendiri bersandarkan akal fikiran. Allah S.W.T. telah mengelapkan hati-hati mereka daripada pintu rahmatNya dan mereka tetap beranggapan bahawa tidak mungkin Al Quran berkata benar. Pada mereka Al Quran hanyalah khayalan dan karangan Muhamad S.A.W.. Allah S.W.T. tidak akan membiarkan kemusrikan ini berlanjutan dengan teori-teori songsang yang tidak bersandarkan firmanNya. Aristotle iaitu pengasas ilmu Embriologi manusia sedar bahawa embrio ayam dihasilkan melalui beberapa peringkat dalam kajianya tentang telur ayam pada kurun ke 4 sebelum masihi. Namun, dia tidak dapat memberi penerangan tentang tahap-tahap ini. Tiada seorang pun dalam sejarah ilmu embriologi pernah memberi penerangan jelas tentang ilmu Embriologi sehinggalah kurun ke 20 masihi. Sejak tahun 1940, Prof Streeder yang berkhidmat di institut Embriologi Carnegie Washington mencadangkan satu sistem untuk mengklasifikasikan tahap-tahap pembentukan manusia. Sistemnya mengatur embrio manusia menjadi 23 tahap berasaskan rupa dan perbezaanya. Sistem pengkelasan Canegie telah digunakan diseluruh dunia (termasuk para doktor2 Islam yang di Malaysia).

Sehinggalah tahun 1970an dimana sistem yang lebih baik dicadangkan oleh Dr Roman Nurali dari institut Carnegie yang kini berpusat di San Diego,California. Kajian-kajian teliti Dr Roman berkenaan Al Quran dan hadis selama 4 tahun telah mendedahkan sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang paling menakjubkan kerana didapati Al Quran yang telah dicatatkan pada kurun ke 7 masihi telah berjaya menerangkan dengan jelas sesuatu bukti yang begitu saintifik walaupun sains moden hanya mengetahuinya baru-baru ini. Al Quran telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali tentang tahap-tahap embriologi sebelum manusia sendiri menyentuh berkenaan bab-bab tersebut. Aspek terpenting yang dirujuk didalam Al Quran ialah tahap-tahap pembentukan manusia didalam rahim ibu .Bagaimana tulang tulang dibentuk dan kemudianya daging pula akan dibentuk dan akhir sekali ialah keajaiban daging mambalut tulang-tulang tersebut didalam rahim. Penemuan ini telah berjaya menutup mulut ramai pengkritik-pengkritik Al Quran (orang kafir) yang selama ini lantang menidakkan ayat-ayat suci yang diimani lebih 1.2 billion umat Islam seluruh dunia.Allah tidak akan membiarkan kalamNya dihina oleh manusia-manusia yang dengan lantang menolak ilmu sains dalam Al Quran. Hasil daripada kemajuan teknologi dalam kajian microskopik yang terkini oleh New Technological Developments mendedahkan bahawa kata-kata dalam Al Quran adalah benar sebenar-benarnya. Pemeriksaan microskopik telah menunjukkan bahawa pembentukan bayi didalam rahim ibu berlaku menepati tahap tahap seperti yang difirman didalam surah Al-Mukminuun.

Firman Allah dalam surah Al-mukminuun ayat 12-14: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal)dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani(yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah(alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang (idham) lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Surah Al Muminun: 12-14)

Berdasarkan kajian saintis Muslim, yang dimaksudkan di dalam al-Quran bahawa manusia berasal daripada saripati yang berasal dari tanah adalah protein, sari-sari makanan yang kita makan yang semuanya berasal dan hidup dari tanah. Yang kemudian melalui proses metabolisme yang ada di dalam tubuh di antaranya menghasilkan hormon (sperma), kemudian hasil dari pernikahan (hubungan seksual), maka terjadilah percantuman antara sperma (lelaki) dan ovum (sel telur wanita) di dalam rahim. Kemudian berkembang hingga mewujudkan bentuk manusia yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat di atas). Selain daripada fakta ilmiah di atas, al-Quran sekali lagi memberikan inspirasi kepada para saintis khususnya dalam bidang embriologi untuk memahami fenomena embrio secara tepat. Sebagai contohnya, para saintis menemui bahawa selama embrio berada di dalam kandungan seorang ibu, ada tiga selubung/lapisan yang menutupinya iaitu dinding abdomen (perut) ibu, dinding uterus (rahim), dan lapisan tipis amichirionic. Ia juga disebut sebagai kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup/membungkus anak dalam rahim. Hal ini ternyata selari dengan apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran:

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam TIGA KEGELAPAN. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang memiliki kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? (Surah Az Zumar: 6)

Menurut Prof Keith Moore,pengarang buku yang terlaris dipasaran The Human Development tentang tahap pertama adalah yang dinamakan hadaq ayat yang dipetik dari surah at Thariq ayat 6 Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (kedalam rahim). Sebutan bahasa arab hadaqini merujuk kepada pengeluaran cecair yang berlaku semasa pemancutan dari lelaki dan tahap ovulasi dari wanita. Pengeluaran dari lelaki yang dipanggil mani mengandungi sel sperma dan pengeluaran dari wanita pula yang dipanggil cecair funicular yang mengandungi ovum. Ini adalah tahap pensenyawaan yang dipanggil nuftah atau lebih dikenali dengan nama zygote yang dirujuk didalam Al Quran sebagai nuftah. Dan ia akan melalui proses pembahagian sementara ia melalui uterus .Ini lah tahap nuftah sementara ia melalui proses pembahagian sel. Jelaslah sewaktu proses pengsenyawaan bermula setitik mani bercantum dengan sebuah ovum untuk membentuk embrio satu sel atau lebih dikenali dengan nama zygote. Pada tahap ini, ciri-ciri biologi individu baru itu telahpun dipilih. Ini bermaksud Al Quran telah menerangkan secara teliti tentang 6 tahap embriologi manusia, sesuatu yang sains hanya temui dan mengesahkannya dikurun ke 20 masihi. http://www.cakap.net/lofiversion/index.php?t4455.html http://mozaman75.wordpress.com/2012/03/24/merenung-asal-kejadian-manusia/

disiplin astronomi(ilmu falak)


kejadian alam cakerawala

Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan." Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat' ( ). Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolaholah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya.

Sebenarnya kestabilan matahari seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari. Cahaya yang dipancarkan oleh matahari datang dari suatu proses kimia pada permukaannya yang telah berlaku secara berterusan semenjak 5 billion tahun yang lalu. Bagaimanapun, suatu hari nanti, pasti matahari akan berhenti dari meneruskan fitrahnya, dan pada saat itu kehancuran selurah alam semesta yakni kiamat akan mengambil tempat. Berkait dengan sifat matahari yang hanya sementara, telah disebut di dalam Al-Quran: Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (Yasin, 38).

Seorang pakar astronomi dari Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy. Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun.

Dalam surah Al-Anbiya ayat 33 Allah berkata,

Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya." Perkataan yasbahuun ( ) bermaksud berenang. Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan matahari dan bulan. Kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Pendek kata, matahari dan bulan tidak pegun. Oleh sebab perkataan falak ( ) digunakan, dan falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan. Seperkara yang menarik dalam ayat ini adalah Allah mengatakan mengenai malam dan siang, seperti matahari dan bulan yang juga berputar dalam falaknya. Semasa menjelaskan kejadian malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam falaknya, Allah menggunakan perkataan yasbahuun yang melambangkan banyak (lebih dari dua,dalam tatabahasa bahasa arab). As-Syeikh Said hawa di dalam al-Asas fi al-tafsir menjelaskan perkataan yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini, jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua, iaitu matahari dan bulan. Malam dan siang bukannya objek sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi, maka objek yang ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam. Kesemua ini

menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayatayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya. Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38 Allah menyatakan,

Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui." Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri ( ) dan mustaqar ( ). Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza. Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Petikan ayat-ayat Al-Quran:


Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak[669]. dia menjelaskan tandatanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa. [669] Maksudnya: Allah menjadikan semua yang disebutkan itu bukanlah dengan percuma, melainkan dengan penuh hikmah. [Yunus:5-6] Dan dialah yang Telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. [Al-Anbiyaa:33] Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya. [Yaasiin:40]

Katakanlah: "Siapakah yang Empunya langit yang tujuh dan yang Empunya 'Arsy yang besar? Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" [Al-Muminuun:86-88]

Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. [Ar-Rahmaan:5]

Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. [AlAnam:96]

Ahli astronomi dahulu kala telah membuat hujah bahawa angkasa lepas bersifat vakum, di mana tiada kemungkinan wujudnya jirim-jirim selain dari yang telah di temui dalam system solar. Walaubagaimanapun, ahli astronomi kemudiannya telah menemui bahawa wujud jaringan jirim pada ruangan vakum ini.jaringan jirim ini digelar plasma, yang terdiri daripada gas terion yang mengandungi bilangan electron bebas dan ion positif yang sama. Plasma kadangkala di rujuk sebagai keadaan ke-4 jirim (selain pepejal, cecair, gas), Al-Qurantelah menyebut mengenai kewujudan jiim-jirim ini: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. (Al-Furqan, 59)

Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi Amerika bernama Edwin Hubble telah mengemukakan bukti pemerhatian bahawa semua galaksi terhubung antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa semesta ini membesar. Pembesaran semesta kini telah menjadi fakta yang kukuh. Al-Quran telah menerangkan mengenai semesta yang semakin bertambah keluasannya ini: Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.(Adz-Dzariyat, 47). Stephen Hawking, di dalam bukunya A Brief of History of Time mengatakan, Penemuan bahawa semesta ini bertambah keluasannya adalah salah satu revolusi intelektual terulung pada abad ke-20. AlQuran telah menyentuh mengenai semesta yang bertambah keluasannya, sebelum manusia belajar mencipta teleskop lagi.

Heart Nebulae atau pun kodnya IC 1805 ini berada di lengan Perseus dalam galaksi Bima Sakti dan terletak di kawasan buruj Cassiopeia, iaitu dimitoskan sebagai Puteri Negara Habshah. Ianya terletak sejauh 7500 tahun cahaya dari bumi iaitu bersamaan jarak perjalanan cahaya selama 7500 tahun. Nebulae atau boleh dipanggil sebagai awan gas ini terdiri daripada plasma dan gas hidrogen terion serta elektron2 bebas lain. Nebulae Hati ini kelihatan bersinar kemerahan disebabkan oleh sinaran yang dipancarkan oleh sekumpulan bintang (star cluster) di tengah2 hati tersebut. Cahaya ini telah menyebabkan gas disekitar menjadi bersinar (fluorescent) dan kelihatan bercahaya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya..."(Surah Yunus : 5) Sinar adalah suatu yang terpancar langsung dari benda yang terbakar serta bercahaya dengan sendirinya manakala sinar ini jatuh pada benda yang gelap maka sinar tersebut akan memancar.

Maksudnya: "Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir." (surah al-Furqan ayat 61). Hal yang sama ditekankan dalam surah al-Nabak ayat 13 yang bermaksud, "Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)." Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, "Tidakkah Kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj."

Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic, siraj diertikan sebagai 'lamp', 'light' yang bermaksud 'pelita', 'lampu'. Makna wahaaja pula adalah burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya. Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir pula diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia mamantulkan cahaya matahari yang menimpanya. Ayat-ayat di atas menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya, sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya.

Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. [Al-Furqaan:61] Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? [Nuh:15-16]

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4345.40

disiplin geografi(ilmu bumi)


kitaran air

Pada tahun 1580, Bernard Palissy menjadi manusia pertama menerangkan mengenai konsep kitaran air. Beliau telah menerangkan bagaimana air menjadi wap dari lautan dan sejuk membentuk awan. Awan bergerak ke atas, mengalami kondensasi dan air turun kembali sebagai hujan. Air hujan ini berkumpul sebagai tasik dan sungai yang mengalir kembali ke laut dan proses ini berulang. Pada abad ke 7, Thales of Miletus percaya bahawa titisan air pada permukaan lautan di ambil oleh angin dan di bawa ke atas untuk turun sebagai hujan. Di zaman awal-awal dahulu, manusia tidak mengetahui sumber air bawah tanah. Mereka menganggap air dari lautan, dengan di pengaruhi angin, di tolak ke kawasan lembah tanah. Mereka juga percaya bahawa air di pulangkan melalui satu terowong rahsia, yang di gelar theGreat Abyss. Laluan ini berhubung dengan lautan dan di panggil Tartarus, semenjak zaman Plato lagi. Akhirnya, pada abad ke 19, teori Aristotle mula mengambil tempat. Teori ini mengatakan air terkondensasi di pergunungan yang sejuk dan membentuk tasik bawah tanah yang membentuk mata air. Hari ini, kita semua tahu bahawa air hujan yang meresap ke dalam tanah yang membentuk tasik-tasik ini.

Kitaran air telah disebut di dalam Al Quran: Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingg ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Adz-Zumar, 21)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keteranga-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya. (Ar-Rum, 24) Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa meenyapkannya. (Al-Mukminin, 18)

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkkannya atau) menyimpannya. (Al-Hijr, 22) Perkataan arab yang digunakan iaitu lawaqih yangmerupakan kata jamak bagi laqih dari perkataan laqaha, yang bermaksud membenihkan. Dalam konteks ini, pembenihan bermaksud angin menolak awan bersama-sama, meningkatkan kadar kondensasi yang menghasilkan petir lalu turunlah hujan. Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan: kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompokkelompok: lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira; (Ar-Rum, 48) http://al-dzulfiqar.blogspot.com/2010/12/bukti-kebenaran-kitab-al-quransiri-2.html

Sekurang-kurangya, terdapat empat ayat di dalam Al-Quran yang mengaitkan kejadian hujan itu datangnya dari awan-awan yang terbentuk di langit; berdasarkan kepada ayat maksud daripada ayat Al-Quran : Dan Dialah (Allah) yang mengutuskan angin sebagai khabar gembira yang datang dari rahmat-Nya hinggalah ia (angin) membawa awan-awanan yang sarat (dengan air) lalu kami siramkannya buat (mana-mana) negeri yang (tandus) mati,-surah Al-Araf, ayat 57, Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah menjadikan awan -awanan itu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan keluar dari celah-celahnya (awan)"-surah AnNur, ayat 43, Allah-lah yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya,-surah Ar-Rum, ayat 48, Dan Allahlah yang mengutuskan angin (untuk kemudiannya) mengocakkan awan-awanan seterusnya Kami perjalankannya ke negeri yang buminya mati. Kemudian Kami hidupkan tanah tadi dengannya (hujan yang turun dari awanawanan),-surah Al-Fathir, ayat 9. Demikian sekaligus memperincikan pengertian datangnya hujan itu dari langit seperti maksud daripada ayat Al-Quran : Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kemudiannya menghidupkan tanah-tanah yang (tandus) mati,- ayat 164 surah Al-Baqarah dan lain-lain. Ertinya, dapatlah ditentukan pengertian ayat-ayat seumpama ini dengan bahawa hujan itu datangnya dari arah langit di mana hujan tadi berasal dari awan-awan yang berisi titisan air. Perkara ini sudah pun diperincikan oleh Al-Quran sejak seribu empat ratus tahun dahulu sebelum diterokai oleh ahli-ahli sains dalam seratus tahun ini. Dengan ini membuktikan Al-Quran bukanlah seperti mana-mana kitab agama di dunia bahkan diyakini bahawa ia adalah wahyu dari Allah SWT yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buktinya kitab suci ini adalah satu-satunya kitab suci yang sentiasa diperbahaskan perkara yang dikemukakannya serta sabar menempuh ujian masa walaupun mungkin di peringkat awalnya dikecam dan dikritik kononnya apa yang dikemukakan

olehnya itu bertentangan dengan penemuan semasa tetapi akhirnya selepas penelitian dan penyelidikan, kebenarannya diakui oleh semua pihak. Ketika kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan, pada peringkat awalnya kelihatan Al-Quran tumpas di tangan penemuan sains tetapi akhirnya seperti biasa sains kembali akur dengan pendirian Al-Quran dengan kesederhanaannya yang terlihat melalui konteks-konteks ayat dan kadar-kadar pengemukaannya. Tujuan Al-Quran menyebutkan sedemikian ialah untuk memperlihatkan kekuasaan Allah SWT seterusnya diakui kekuasaan-Nya dan akhirnya mentauhidkan-Nya. Demikian tidak menafikan wujudnya kitaran-kitaran ataupun peringkat-peringkat kejadian alam yang didiamkan oleh Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah wahyu pedoman buat manusia yang bergelar mukmin dan bukanlah kitab yang peranan utamanya ialah menyebut-tentukan peringkat-peringkat kejadian alam semata. Merujuk kepada kitaran hujan ini, ketika Al-Quran menjelaskan kitaran ini, ia hanya memulakannya dari awan-awan yang terkumpul di langit. Persoalan dari mana datangnya awan-awan ini didiamkan oleh Al-Quran. Berkemungkinan isyarat halus buat para mukmin, Cukuplah kitaran hujan setakat ini buat kamu mengakui kekuasaan Allah SWT seterusnya mentauhidkan-Nya,. Diamnya Al-Quran dalam persoalan ini bukanlah menafikan wujudnya baki-baki kitaran hujan sebelumnya apalagi untuk dikatakan Al-Quran tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Mahasuci Allah daripada bersifat dengan demikian! Adakah mesti Al-Quran menjelaskan semua kejadian-kejadian alam? Jika ia dipenuhi dengan fakta-fakta sains, AlQuran hanya tinggal menjadi ensiklopedia sains. Ini menyimpang dari tujuan asal ia diturunkan sebagai pedoman sejagat buat para mukmin.
PEMBENTUKAN AWAN : Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana. Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya. Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar. Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan

kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan. Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK 1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya : Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagianbahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala : ( Maksudnya : Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan) Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala : (68) 70) Maksudnya : Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur. (69) (70) ( :68 :18)

bermaksud masin. 2. Proses Pengumpulan Wap Air :

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan. Allah Taala berfirman :

( Maksudnya :

:48).

Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira.

3. Proses Pergerakan Awan : Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :

( Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan. Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t . Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman : ( :57) :57)

Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu sejam. Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin. Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Allah Taala berfirman : ( Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan. Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian ([11]) pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi. 5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi : Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman : Maksudnya : . Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya. ( :17) :57)

Dan firmanNya lagi : Maksudnya : . Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia). ( :32)

Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluan yang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala : Maksudnya : . Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia). ( :21).

6. Proses Muka Bumi Meresap Air :

Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka

mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kumankuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman : Maksudnya : .maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi.. ( :18) .

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi : Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman : ( Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi. :30).

You might also like