You are on page 1of 8

Kitaran hujan atau air yang berlaku di bumi ini merupakan salah satu fakta sainstifik yang terdapat

di dalam al-quran. Terdapat pelbagai kajian dan fakta yang telah dikaji oleh ahli geologi atau ahli kaji cuaca bagi membuktikan bagaimana terjadinya hujan selama ini. Namun begitu proses kitaran air atau kejadian hujan ini telah disebut di dalam al-quran sejak azali lagi. Mengikut fakta sains, pada tahun 1580, Bernard Palissy menjadi manusia pertama menerangkan mengenai konsep kitaran air. Beliau telah menerangkan bagaimana air menjadi wap dari lautan dan sejuk membentuk awan. Awan bergerak ke atas, mengalami kondensasi dan air turun kembali sebagai hujan. Air hujan ini berkumpul sebagai tasik dan sungai yang mengalir kembali ke laut dan proses ini berulang. Pada abad ke 7 pula, Thales of Miletus percaya bahawa titisan air pada permukaan lautan di ambil oleh angin dan di bawa ke atas untuk turun sebagai hujan. Di zaman awal-awal dahulu, manusia tidak mengetahui sumber air bawah tanah. Mereka menganggap air dari lautan, dengan di pengaruhi angin, di tolak ke kawasan lembah tanah. Mereka juga percaya bahawa air di pulangkan melalui satu terowong rahsia, yang digelar theGreat Abyss. Laluan ini berhubung dengan lautan dan di panggil Tartarus, semenjak zaman Plato lagi. Akhirnya, pada abad ke 19, teori Aristotle mula mengambil tempat. Teori ini mengatakan air terkondensasi di pergunungan yang sejuk dan membentuk tasik bawah tanah yang membentuk mata air. Hari ini, kita semua tahu bahawa air hujan yang meresap ke dalam tanah yang membentuk tasik-tasik ini. Namun demikian di dalam al-quran telah terfaktab bagaimana terjadinya proses hujan ataupun kitaran air tersebut. Terdapat sekurang-kurangnya empat atau lebih ayat-ayat al-quran yang

mengaitkan kejadian hujan itu datangnya dari awan-awan yang terbentuk di langit; berdasarkan kepada ayat maksud daripada ayat Al-Quran : Dan Dialah (Allah) yang mengutuskan angin sebagai khabar gembira yang datang dari rahmat-Nya hinggalah ia (angin) membawa awan-awanan yang sarat (dengan air) lalu kami siramkannya buat (mana-mana) negeri yang (tandus) mati, (surah Al-Araf, ayat 57)

Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah menjadikan awan -awanan itu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan keluar dari celah-celahnya (awan)" (surah An-Nur, ayat 43) Allah-lah yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya, (surah Ar-Rum, ayat 48)

Dan Allahlah yang mengutuskan angin (untuk kemudiannya) mengocakkan awan-awanan seterusnya Kami perjalankannya ke negeri yang buminya mati. Kemudian Kami hidupkan tanah tadi dengannya (hujan yang turun dari awan-awanan), (surah Al-Fathir, ayat 9).
Ayat dibawah ini pula memerincikan bahawa hujan itu turunnya dari langit seperti yang dimaksudkan dalam ayat al-quran yang berikut ini.

Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kemudiannya menghidupkan tanah-tanah yang (tandus) mati, (ayat 164 surah Al-Baqarah)
Perkara ini sudah pun diperincikan oleh Al-Quran sejak seribu empat ratus tahun dahulu sebelum diterokai oleh ahli-ahli sains dalam seratus tahun ini. Dengan ini membuktikan Al-Quran bukanlah seperti mana-mana kitab agama di dunia bahkan diyakini bahawa ia adalah wahyu dari Allah SWT yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buktinya kitab suci ini adalah satu-satunya kitab suci yang sentiasa diperbahaskan perkara yang dikemukakannya serta sabar menempuh ujian masa walaupun mungkin di peringkat awalnya dikecam dan dikritik kononnya apa yang dikemukakan olehnya itu bertentangan dengan penemuan semasa tetapi akhirnya selepas penelitian dan penyelidikan, kebenarannya diakui oleh semua pihak.

Ketika kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan, pada peringkat awalnya kelihatan Al-Quran tumpas di tangan penemuan sains tetapi akhirnya seperti biasa sains kembali akur dengan pendirian Al-Quran dengan kesederhanaannya yang terlihat melalui konteks-konteks ayat dan kadar-kadar pengemukaannya.

Tujuan Al-Quran menyebutkan sedemikian ialah untuk memperlihatkan kekuasaan Allah SWT seterusnya diakui kekuasaan-Nya dan akhirnya mentauhidkan-Nya. Demikian tidak menafikan wujudnya kitaran-kitaran ataupun peringkat-peringkat kejadian alam yang didiamkan oleh Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah wahyu pedoman buat manusia yang bergelar mukmin dan bukanlah kitab yang peranan utamanya ialah menyebut-tentukan peringkat-peringkat kejadian alam semata.

PEMBENTUKAN AWAN : Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana. Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya. Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar. Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan. Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK 1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya :

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala :

:18)

Maksudnya : Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)

Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :

(68) (70) (

(69) :68-70)

Maksudnya : Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur.

2. Proses Pengumpulan Wap Air :

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzukjuzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan. Allah Taala berfirman :

:48).

Maksudnya : Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira.

3. Proses Pergerakan Awan :

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :

( :57)

Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orangorang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan. Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasadjasad manusia. Allah Taala berfirman :

:57)

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Allah Taala berfirman :

( :57)

Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orangorang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi : Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman :

mengikut kadarnya.

:17)

Maksudnya : . Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah

Dan firmanNya lagi :

kamu(manusia).

:32)

Maksudnya : . Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada

Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluan yang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala :

kamu(manusia).

:21).

Maksudnya : . Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada

6. Proses Muka Bumi Meresap Air : Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjirbanjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman :

:18) .

Maksudnya : .maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi..

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi :

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman :

maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi.

:30).

Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi

You might also like