You are on page 1of 2

Asal usul sejarah kereta api di Sabah

Pada tahun 1880-an , kedudukan British telah dikukuhkan oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo( SBUB) di Sabah.SBUB berjaya mengambil sebahagian daripada Borneo Utara daripada Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.Hutan liar yang tedapat di Sabah menjadi daya tarikan bagi SBUB. Pegawaipegawai SBUB sangat berminat untuk mengembara dan meneroka kawasan hutan di Sabah. Oleh yang demikian, mereka telah merancang untuk membina satu landasan keretapi untuk memasuki hutan-hutan di Sabah. Mereka juga memerlukan keretapi untuk mengangkut arang batu dari kawasan perlombongan.Mereka telah merancang untuk membina satu landasan keretapi menghubungkan kawasan perlombongan. Sekiranya mereka tidak membina lansan keretapi sudah tentu mereka tidak dapat mengekport arang batu yang dilombong.Akhirnya mereka berjaya membina satu landasan keretapi dari Tanjung Aru hingga daerah Tenom. Selepas pembinaan landasan keretapi Syarikat mendapat keuntungan yang lumayan sebab mereka berjaya megeksport bahan-bahan galian yang dilombong secara efisyen. pengangkutan keretapi memainkan peranan yang penting di negeri Sabah pada masa sekarang.Pengangkutan keretapi ini sangat bermakna kepada rakyat tempatan. Walau pun keadaan keretapi yang tidak begitu moden tetapi sumbangannya dapat dirasai hingga ke hari . Tambang yang berpatutan membolehkan semua orang dapat menaiki keretapi tersebut.Pihak pelancong dari dalam dan luar tidak ketinggalan untuk menaiki keretapi ini. Di sini saya ingin menerangkan asal-usul sistem keretapi tersebut.Pada tahun 1894, Syarikat Chartered mengundi Wiliam Clarke Cowie sebagai Pengurus Besar Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Cowie dilantik sebagai English Civil Engineer. Beliau telah menyuruh Authur J. West untuk membina landasan kereta api dari Bukau ke Beaufort dan Weston . Weston menjadi pelabuhan baru di Perairan Brunei .Wiliam Cowie berjaya membina landasan pada tahun 1890.Arthur J. West memanjangkan landasan dari Beaufort ke Tenom dan ke Melalap. Buruh bagi pembinaan landasan tersebut adalah kebanyakannya dibawa dari China . Mereka menghadapi kesukaran di sepanjang Gorge Section kerana mereka ini tidak begitu mahir . Boleh dikatakan mereka terpaksa melalui pelbagai rintangan.Hasil usaha mereka inilah landasan keretapi berjaya dibina di negeri Sabah. Sebenarnya, Syarikat Berpiagam Utara Borneo cuma merancang tetapi yamg melaksakannya itu adalah orang tempatan. Pada tahun 1930, kemelesetan ekonomi telah berlaku di seluruh dunia.Ini menyebabkan kebanyakan pembina landasan dibuang kerja . Perdagangan mereka hampir tergendala. Tiada penjualan getah dan ini menyebabkan keruntuhan Syarikat Berpiagam Utara Borneo.Perang Dunia Kedua bermula pada tahun 1939 dan ini menyebabkan kerja pembinaa landasan terrus berhenti.. Jepun telah menguasai Sabah dengan kekuatan 37 orang angkatan tentera Jepun di bawah pimpinan Leftenan Masau Baba. Pihak Jepun telah melumpuhkan hampir seluruh sistem landasan kereta api Sabah di antara tahun 1944 hingga 1945. Semasa Perang-Pos itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan 9 th Division Australia Imperial Force ( AIF ) terpaksa berdepan dengan tugas kerja yang berat untuk pembinaan semula . Mereka bercadang untuk memindahkan Borneo Utara Kepada Pejabat British Colonial. Borneo Utara menjadi kawalan British sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan. Landasan tersebut masih kekal sampailah hari ini.. Keretapi digunakan dalam pembangunan ekonomi Sabah.Ini mebantu pembukaan bandar-bandar baharu di negeri Sabah seperti Bukau, Weston dan Jesselton. Pengangkutan keretapi masih melalui keenam-enam stesen besar seperti Tanjung Aru, Papar, Bongawan, Beaufort dan Tenom. Manakala stesen kereta api yang kecil pula adalah Putatan , Kinarut, Kimanis, Lumat, Saliwangan, Halogilat, Rayoh dan Pangi. Keadaan stesenstesen keretapi Sabah sangat berlainan kalau dibandingkan dengan stesen-stesen di Semenanjung.Kalau

anda ingin merasai pengalaman tersebut silalah ke negeri Sabah. Kesimpulannya, Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah membina landasan kereta api untuk membantu memajukan ekonomi Sabah. Kereta api pertama sejauh 32 km dibina dari Weston ke Beaufort pada tahun 1896. Landasan kereta api sejauh 91 km kemudiannya dibina bagi menyambungkan Beaufort ke Jesselton dan seterusnya ke Tenom dan Melalap. Kesan pembinaan landasan kereta api ini adalah tanah baharu di sepanjang landasan dibuka untuk pertanian.sistem keretapi inilah yang membawa perkembangan ladang-ladang getah di daerah.Sekarang daerah tenom terkenal dengan pusat pertanian terpenting di negara kita.

You might also like