You are on page 1of 39

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL (ELM 3101)

NAZATUL HASHIMA BT MD RAZALI NOR NAJWA ARIFAH BT SAPRI NURUL SAKINAH BT HASSAN 3PISMP RBT 1 JANUARI 2011

KERANGKA TAJUK
Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia Moral akhlak dan etika KONSEP ASAS MORAL Konsep baik, benar dan patut dalam moral Emotivis Aliran pemikiran moral Intuisionis Naturalis

Rasionalis

Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia

MORAL
Pendapat tokoh-tokoh : Konsep moral 0 Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti membawa pengertian cara, perwatakan dan tingkah laku kesedaran yang diterima. tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peratuaran masyarakat.

Kamus Oxford Advanced learners (6 th Edition);


moral adalah kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah,

apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat


praktikal.
Contohnya salahkah seseorang
perempuan menumpang kereta seorang lelaki ? jadi beberapa pertimbangan moral

( moral judgement ) oleh gadis itu


akan melahirkan keputusan dan tindakan.

Pertimbangan moral seseorang adalah bergantung kepada suasana atau keadaan : Di mana ia berada dan dibesarkan Sistem sosial atau kelas di mana ia hidup Agama yang dianuti ( Peter Baelz: hal 6-8 )

Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:


Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau dapat

menahan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah.
Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturanperaturan masyarakat yang telah diterima secara rasional.

Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tindakan betul melalui

maklumat atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan


dengan pemikiran secara objektif dan kritis. Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-ekonomi masyarakat

Peraturan masyarakat - ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan


adalah lisan / bertulis = bagaimana manusia harus hidup dan bertindak sebagai manusia baik Praktikal, tapi bukan semua praktikal = moral Standard perlakuan: baik atau buruk, adil, amanah, betul atau salah, apa yang perlu dibuat atau ditinggalkan Bergantung suasana, keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dan agama dianuti Diyakini berbanding undang-undang atau standard lain

Merangkumi nilai-nilai murni, iaitu baik hati, berdikari, berhemah


tinggi, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara rasional

AKHLAK
Pendapat tokoh-tokoh : Berasal dari perkataan Arab Khuluk bermaksud budi pekerti.

Perkataan akhlak secara terminologi bererti tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik.

Ibn Athir dan al-Ghazali:


Khuluk merupakan gambaran batin seseorang termasuk jiwa, inspirasi, kehendak dsb;
Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau bentuk luaran seseorang. Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu baik khuluk dan khalqunya maka baik sifat batiniah dan lahiriahnya.

Dr. Miqdad YalJin meringkaskan akhlak kepada 3 aspek:


Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah;
Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat

Akhlak meliputi dua dimensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan
Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia.
( Jamil Saliba: al-Mujam al-Falsafi)

Ibn Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai


Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran (terlebih dahulu) Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2 bahagian: a. Tabii (natural)

Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi seseorang - umpamanya cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dsb
b. Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan (melalui dua peringkat): i) ii) Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang

Konsep Akhlak al-Ghazali: Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Menurutnya: Jika keadaan jiwa syarak) melahirkan perbuatan yang baik (akal dan dipanggil

dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya

akhlak yang buruk. Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak

sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku.

Mengikut Ahmad Amin:


Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan
lahiriah dinamakan kelakuan atau muamalat, dimana ianya merupakan gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak.

Akhlak mempunyai ciri-ciri:


Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku

Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana
tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dsb. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan

hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Mengantuk??

Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai

daya penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan,


dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi. Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di

samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia.

Pendapat tokoh-tokoh :

ETIKA

Berasal dari perkataan Yunani bermaksud adat (custom) atau kegunaan (usage) Frankena W.K.(1973); etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Berbentuk teoritikal dan merupakan kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.
( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula

bersifat praktikal etika adalah penyelidik atau pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji oleh etika.
( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2 )

Contoh:
Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu

teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh


mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

Faktor yang mempengaruhi etika; Manusia. Menggunakan akal untuk memilih dan melaksanakan

sesuatu yang baik dan jahat


Naluri. Lima naluri iaitu naluri makan, berkahwin, sukakan anak, naluri pertahanan dan naluri ketuhanan boleh digunakan untuk tujuan

baik dan jahat


Adat dan kebiasaan. Nilai yang diterima oleh majoriti masyarakat Keturunan. Faktor penting dalam pembentukan etika mulia dan sebaliknya. Persekitaran. Persekitaran jasmani (iklim dan faktor geografi) dan rohani (dalaman individu yang berkait dengan agama/kepercayaan) mempengaruhi corak tingkahlaku seseorang.

Perbezaan antara moral dan etika


0 moral merujuk kepada perkara yang lebih kepada tingkah laku,

manakala
0 Etika merujuk kepada peraturan-peraturan

yang ditetapkan untuk memperbaiki sesuatu keadaan

Peter Baelz: Ethics and Belief: Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya.

J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong tidak membezakan terma-terma moral dan etika:

Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah; atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral

Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga mempunyai metod kajian yang hampir sama,

maka moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang


akan dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. ( Peter Baelz: hal 2 )

Sekian. renung-renungkan.dan selamat bermoral ye

You might also like