You are on page 1of 130

BUKU PENGANTAR ILMU HAKIKAT

PENGANTAR ILMU HAKIKAT Apakah hakikat anda itu ? Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad Alinsanu Sirri Wa Ana Sirruhu
Oleh

AL-FAKIR ABDILLAH ABDULLAH AL-GEMASI

MANUSKRIP PENGANTAR ILMU HAKIKAT Apakah Hakikat Anda Itu ? Karangan Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi Daftar Kandungan Risalah CHECKLIST

Amaran Peringatan Penulis Kepada Pembaca Prolog Nyanyian Yang Sunyi Pembuka Kata Kata Pendahuluan Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi Bab Satu Awaluddin Makrifatullah Bab Dua Memperkatakan Hakikat Bab Tiga Sekolah Sekolah Tasauf Bab Empat Tumpuan Utama Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri Bab Lima Manusia Dari Sudut Pandangan Ilmu Hakikat Bab Enam Tuhan Dari Sudut Pandangan Ilmu Hakikat Bab Tujuh Pandangan Syeikh Abdus Samad Palimbani Berkaitan Manusia & Tuhan Bab Lapan Berkaitan Hakikat Muhammad & Nur Muhammad Bab Sembilan Hakikat Tauhid, Iman , Tasdiq & Iqtikad Bab Sepuluh Hakikat Wujud, Adom & Ruh Ibnu Arabi Bab 11 Rukun Iman Dari Sudut Ilmu Hakikat Bab12 Rukun Islam Dari Sudut Ilmu Hakikat Bab 13 Cara Cara Bertemu Diri Dr Bagindo Muchtar Bab 14 Hidup Cara Baru Dengan Tenaga Dalaman Dr Bagindo Muchtar Bab 15 Apa Yang Anda Cari Itu ? Bab 16 Bahayanya Hijab ILMU Bab 17 Solatku Yang Hakiki Bab 18 Hidup Dengan Tauhid . Bab 19 50 Renungan Orang Fasik Bab 20 Penutup The Ultimate Objectives Bab 21 Rajah Siapa Manusia Itu, Balutan Balutan Cahaya, Rajah Usul Mertabat 7 Rajah Proses Pentajallian Bonus Bicara & Muzakarah Berkaitan Cara Cara Bertafakur.

PEMBUKA KATA
Saudara Pembaca, Maka diwujudkan oleh Allah apa yang disebut sebagai ILMU HAKIKAT. Ini adalah kerana Allahlah Yang Memilikki ILMU itu dengan Sifat ALIMUNNYA. Yang ada pada kita hanya TAHU atau PENGETAHUAN yang amat sedikit. Itupun dari Allah jua. Jika tiada diberiNya kita Sifat Ilmu itu maka kekallah kita menjadi manusia BODOH dan DUNGU. Tiada siapa umat pun berani mengatakan bahawa Ilmu Hakikat milik Allah itu SALAH, SESAT, TIDAK BENAR dan MENYESATKAN kerana Allah itu Maha Benar dan Maha Mengetahui. Tetapi apabila disebut sahaja bahawa Ilmu Hakikat itu jugalah ILMU MENGENAL DIRI maka ramailah yang mengatakan ianya Ilmu Sesat, Ilmu Yang Tidak Benar malah Ilmu Yang Menyesatkan. Kenapa begitu ? Kerana mereka mereka itu BUTA dan PEKAK. Buta kerana dibutakan. Pekak kerana dipekakkan. Siapa yang membuta dan memekakkan mereka ? Allahlah siapa lagi Yang Berkuasa ? Mereka buta kerana tidak mahu mencari dan membaca Hadith Qudsi. Tidak mahu membaca Al-Quran dalam ertikata menggali ilmu dari Kitab Suci itu. Mereka pekak kerana tidak mahu mendengar Kebenaran. Ironi yang malang ialah telah menjadi lumrah sebahagian manusia pula, suka kepada benda benda dan perkara perkara yang dikatakan sesat dan tidak benar itu. Maka ramai juga yang meminatinya dan ingin mempelajarinya. Oleh kerana ianya dianggap sesat maka adakah orang yang berani mengajarkan ilmu sesat ini dimasjid masjid, disurau surau, diinstitusi ilmu atau membicarakannya didalam majlis majlis ilmu seperti Seminar, Forum Perdana dan sebagainya ? Kita katakanlah ilmuan-ilmuan yang membicarakan ilmu yang mereka anggap benar adalah LEBAI LEBAI BESAR. Itu yang bertaraf rendah. Yang bertaraf tinggi kita katakanlah mereka mereka itu adalah ULAMA ULAMA BESAR. Maka dimanakah orang yang berhajat untuk menjadi Lebai Kecil ingin mempelajari Ilmu Sesat yang diminatinya itu ? Hanya orang gila berminat belajar ilmu sesat. Itulah yang perlu kita beritahu kepada Lebai Lebai Kecil ini. Saudara Pembaca ! Orang gila tidak tahu dia sesat. Kalau dia tahu maka bertambah gila dan sesatlah dia. Oleh itu dengan Kudrat Iradat dan Sifat IlmuNya Yang Agung digerakkannya aku yaitu penulis yang menamakan dirinya sebagai SiFakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi untuk menulis Risalah Kecil ini bagi memperkayakan lagi bahan bahan ilmu sesat yang nyata terlalu miskin. Ianya ditulis

dengan niat dapat membantu orang sesat keluar dari kejahilannya yang menyebabkan kesesatan itu. Adalah diharapkan Risalah Kecil ini dapat membantu anda dalam keinginan mencari ilmu yang dikatakan sesat itu. Ini adalah kerana Kesesatan itu pada pandangan penulis adalah disebabkan Kejahilan sesaorang tentang dirinya sendiri. Maka carilah DIRI HAKIKI anda untuk membantu supaya anda tidak sesat. Namun begitu penulis INGIN MEMBERI AMARAN kepada orang yang menganggap dirinya benar . ANDA TIDAK BOLIH MEMBACA Risalah ini. AMARAN ini juga ditujukan kepada orang orang yang menganggap dirinya lebih islam dari saudara seagamanya. Takut takut Kesesatan ilmu ini akan menjadi orang benar itu menjadi gila yaitu GILA ISIM dan orang yang mengaku lebih Islam dari orang lain itu menjadi fasik hingga menjadi zindik. Maka taraf lebihnya itu akan menjadi milik orang lain pula. Wabillah Hi Taufik Wal Hidayah. Selamat membaca dan Selamat faham. Yang benar tetapi dikatakan sesat, AL-FAKIR ABDILLAH bin ABDULLAH AL-GEMASI 10hb Ogos 2006.

BAB 1 AWALUDDIN MAKRIFATULLAH.

PERINTAH YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN Perintah Menuntut Ilmu Saudara pembaca, Menuntut ilmu apatah lagi Ilmu Agama adalah Perintah Allah. Sebagai umat Islam janganlah kita ambil mudah perintah ini. Dalam kita menuntut Ilmu Agama, sumber rujukan kita hendaklah nyata dan pasti. Sumber sumber itu ialah Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith. Dan apa yang diperkatakan itu hendaklah masuk akal. Jika pendapat dan penjelasan ulama dijadikan rujukan maka ulama yang dirujuk itu hendaklah merupakan ulama ulama yang diperakui kebesaran ilmunya. Namun begitu sumber sumber penulis Risalah ini adalah seperti dinyatakan dibawah. 1 Sumber Nyata Kitab Hadith dan Al-Quran dan beberapa kitab kitab ulama ulama. Hadith dan Al Quran disebut sebagai SUMBER NAQLI.

2 Sumber Ghaib Pertamanya fikiran dari otak kita, kedua ilham atau bisikan hati disebut sebagai Khatrat daripada Dia dan ketiganya dari Al-Furqan atau Al-Quran Yang Ghaib. Pada penulis Al Quran itu kata kata atau bagi Allah FirmanNya. Al Furqan itu ialah Allah berkata-kata melalui lidah makhluknya sejak dulu kini dan selamanya tanpa henti hentinya. Maka ianya merupakan percakapan kita dan percakapan orang lain. Ketiga tiga diatas asalnya ghaib tetapi bila direkodkan melalui tulisan ianya, jadi nyata dan dipanggil buku atau kitab. Fikiran pula disebut sebagai SUMBER AQLI. Firman Firman Allah Surah Al Furqan Ayat 1 Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambaNya.. Surah Az Zuriat Ayat 49 Dan tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang pasangan supaya kamu ingat. HADITH Hadith ada dua. Pertama Firman Allah yang disampaikan oleh Junjungan kita. Ini disebut sebagai HADITH QUDSI. Kedua sabda sabda Nabi kita, disebut sebagai Hadith sahaja.

Marilah kita mulakan perbicaraan kita ini dengan merujuk kepada beberapa Hadith, Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al Quran:AMALAN AWAL YANG MESTI DILAKUKAN Awal Awal Agama Ialah MENGENAL ALLAH. Marilah kita mulakan perbicaraan kita ini dengan merujuk kepada beberapa Hadith, Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al Quran:HADITH QUDSI Allah Berfirman dan disampai oleh Baginda Rasulullah saw :Awal awal agama ialah MENGENAL ALLAH HURAIAN :1 Tunggak perbincangan atau ajaran mana mana agama tentulah tentang TUHAN. Tuhan orang Islam malah sebenarnya Tuhan semua manusia dulu kini dan selamanya menamakan DiriNya sebagai Allah. Melalui Hadith Qudsi diatas adalah jelas Perintah Allah kepada kita bahawa tugas pertama kita sebagai seorang Muslim ialah Mengenal Allah. Inilah yang pertama mesti kita lakukan bukan yang lain. Ini lojik kerana kalau tidak kenal Tuhan kita bagaimana pula kita boleh menyembahNya ? Allah itu Nama atau Asma . Nama Tuhan kita Yang Agung ialah ALLAH. Ada banyak nama nama lagi. Yang diberitahu kepada kita ada 99. Yang tidak diberitahu tak tahulah beberapa mungkin billion. Tuhan kita itu sebenarnya ialah ZAT WAJIBUL WUJUD YANG MAHA AGUNG DAN YANG MAHA PENCIPTA. Allah itu ialah salah satu daripada Asma Asma Nya Yang Agung.

DALIL NAQLI - AYAT AYAT AL- QURA Penerangan Allah Berkaitan DiriNya. a. Surah As Syura Ayat 11 Dia tidak serupa dengan apa sahaja dan Dia Mendengar dan Melihat b. Surah Al An Am Ayat 54 dan Al Fusilat Ayat 54 Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya Allah meliputi segalagalanya. c. Surah Al Baqarah Ayat 115Kemana sahaja kamu menghadapkan muka kamu disitu ada wajah Allah.

HURAIAN Bolehkah Kita Mengenal Allah Tuhan Kita Itu ? 1 Dari ayat ayat diatas kita diberitahu bahawa Allah Tuhan kita itu bersifat MAHA. Dia Maha Suci, Maha Besar, Maha Agung, Maha Meliputi, Maha Luas dan sebagainya. Kita juga diberitahu bahawa tiada satupun dalam alam semesta ini serupa atau menyerupainya. Kita juga diberitahu bahawa Allah itu meliputi segala-galanya termasuk diri kita dan Allah jua berada dimana mana kerana kemana sahaja kita hadapkan wajah kita disitu ada Allah. Allah juga bersifat Maha Ghaib. Ia disebut sebagai Ghaibul Ghuyub. Oleh kerana Dianya ghaib, maka kita tidak dapat melihatNya dengan mata kepala mahupun merasakanNya dengan pancaindera kita. Oleh kerana Allah itu meliputi sekalian alam semesta ini maka Dia tersangatlah Besar dan Luas. Yang demikian tiadalah Dia bersempadan. Tiada sempadan maka pasti tiada berbentuk.

2 3

Berdasarkan perkara perkara diatas, SOALAN KITA IALAH BOLEHKAH KITA sebagai MANUSIA DAPAT MENGETAHUI APAKAH ALLAH TUHAN KITA ITU APATAH LAGI MENGENALINYA ? PENDAPAT PENDAPAT ULAMA TERKENAL Berkaitan Sama-ada Manusia Boleh Mengenal Allah Didunia Ini. 1 Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi Tidak mungkin, malah mustahil manusia itu boleh mengenal Allah didalam dunia ini kerana katanya pengetahuan manusia berkaitan dengan Allah ialah TIDAK TAHU 2 Imam Al Ghazali Hanya orang yang mendapat cahaya dari Allah peringkat tertinggi melalui cara cara tarikat sahaja dapat mengenal Allah melalui rasa yaitu ketika mereka sedang fana atau mabuk ketuhanan. Itupun tidak lama hanya sekilas sahaja . PERSOALAN KITA ! JADI KENAPA PULA KITA DIPERINTAHKAN UNTUK MENGENALNYA SEDANGKAN PERINTAH ITU MUSTAHIL DAPAT KITA LAKUKAN ?. ADAKAH CARA CARA YANG DITUNJUKKAN ALLAH atau OLEH NABI KITA ?

PETUNJUK ALLAH & RASUL TENTANG JALAN UNTUK MENGENAL ALLAH Dalam Menghuraikan Permasalahan / Persoalan Diatas. Untuk menjawab persoalan yang disebutkan tadi, kita perlulah merujuk Kepada Dalil Dalil Naqli kita.DALIL NAQLI - HADITH HADITH QUDSI 1 Sesungguhnya sesiapa yang mengenal dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya, dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya binasalah dirinya dan nyatalah Tuhannya. Sesungguhnya manusia itu adalah RAHSIAKU dan AKUlah Rahsianya. ( Firman Allah ) KATA KATA SAHABAT & ULAMA 1. Sabda Syaidina Ali r.a Aku kenal Tuhanku dengan Tuhanku 2. Kata kata Hikmah Ulama / Irsyadat Untuk mengenal Allah hanyalah dengan Allah Untuk mengenal Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga. DALIL NAQLI - AYAT AYAT AL QURAN a. Surah Ad Dhuhar Ayat 29 Sesungghnya ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang mahu hendaklah ia menjadikan ini suatu jalan untuk menuju Tuhannya. b. Surah Al Ankabut Ayat 69 Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami.. c. Surah Al Fusilat Ayat 53 Akan kami perlihatkan kepada mereka nanti, bukti bukti Kekuasaan Kami diseluruh penjuru alam dan bahkan PADA DIRI mereka sendiri d. Surah Al Kahfi Ayat 110 Orang yang berharap ingin menemui Tuhannya hendaklah melaksanakan amal soleh dan tidak boleh menyengutukan apapun dalam beribadah kepada Tuhannya.

2 3

e. Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah inilah jalanku. Aku mengajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin. HURAIAN 1 2 Dengan merujuk kepada Ayat Ayat Al Quran diatas, Allah menunjukkan jalan jalan menuju kepadaNya atau Jalan Makrifah. Makrifah maksudnya Mengenal Allah. Untuk mendapatnya kita hendaklah pertamanya BERJIHAD untuk Allah ( Al Ankabut : 69 ) keduanya jalannya ada pada DIRI KITA ( Al Fusilat : 53 ) ketiga hendaklah kita melakukan amal soleh dan jangan sekali-kali MENYENGUTUKAN apa apa pun dalam beribadah kepada ALLAH ( Al Kahfi : 110 ) dan kita hanya dapat berjalan menuju Allah dengan pandangan batin. ( Yusuf : 108 ) Manakala dari Hadith Hadith diatas kita juga ditunjukkan dengan jelas bahawa untuk mengenal Allah satu satu caranya yang telah ditunjukkan oleh Allah ialah dengan mengenali DIRI kita SENDIRI. Ini adalah kerana Allah telah beri kita petunjuk atau clue bahawa kita ini sebagai manusia merupakan RAHSIA ALLAH dan Allah berfirman bahawa RAHSIANYA ialah ALLAH SENDIRI. Yang perlu kita tumpukan sekarang ini ialah pertamanya apakah yang dikatakan DIRI itu supaya mudah kita mengenalnya. Keduanya apakah RAHSIA itu sebenarnya, ketiga apakah kaitan antara DIRI dengan RAHSIA ALLAH itu. Oleh itu saudara saudaraku marilah kita perhatikan dan fikirkanlah Firman Firman Allah seterusnya untuk mencari jawapan kepada persoalan diatas :LAGI DALIL DALIL NAQLI a. Surah At Tin Ayat 4 Sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya / paling sempurna. b. Surah Ar Rum Ayat 8 Dan apakah mereka tidak memikirkan apa yang ada didalam DIRI mereka ? c. Surah As Shad Ayat 72 Aku hembuskan pada Adam daripada RohKu d. Surah Al Hijr Ayat 29 Aku hembuskan kepadanya daripada Ruhku

e. Surah Az Zuriat Ayat 21 Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat f. Surah Al Ahzab Ayat 72 Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung gunung, maka semuanya enggan untuk memikul AMANAH itu dan mereka bimbang akan mengkhianati, dan DIPIKULLAH AMANAH itu OLEH MANUSIA. g. Surah Al Araf Ayat 172 Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap RUH MEREKA . Allah berfirman : Bukankah Aku ini Tuhanmu ? Ruh manusia menjawab : Benar Tuhan kami menjadi saksi h. Surah Al Baqarah Ayat 186 Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mengabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil. i. Surah Al Baqarah Ayat 87 Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI. j. Surah Al Fath Ayat 10 Tangan Allah atas tangan mereka. k. Surah Al Furqan Ayat 45 Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah memanjangkan bayangannya ? l. Surah Al Hadid Ayat 4 Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.m. Surah AlKahfi Ayat 16Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. m. Surah Al Khasas Ayat 88 Tiap tiap sesuatu ( termasuk manusia ) adalah KOSONG belaka melainkan ZatNya. n. Surah Al Waqiah Ayat 85 Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat.

o. Surah Al Mulk Ayat 3 & 4 dan Al Najmi Ayat 11 Kemudian pandang sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepada kamu dengan tidak menemukan sesuatu yang cacat dan penglihatan itupun didalam keadaan tidak berdaya. Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya. p. Surah An Nisa Ayat 1 Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. q. Surah Thaha Ayat 46 Janganlah kamu takut, Aku besertamu. Aku mendengar dan Melihat. HURAIAN 1 2 Terlalu banyak ayat ayat Al Quran yang menjelaskan apakah sebenar DIRI ITU dan apakah RAHSIA serta AMANAH itu. Yang dihembuskan oleh Allah kepada Nabi Adam saw dan seterusnya kepada manusia yaitu cucu cicit Adam ialah ROHKU ( Hijr : 29 ) . Roh itu ialah ROH AL QUDSI( Al Baqarah : 87 ) . Letaknya di-DALAM DIRI MANUSIA itu sendiri ( Az Zuriat : 21 ) tetapi ramai manusia tidak melihatnya atau tidak mengerti kerana tidak mahu mengkaji Al Quran. Kerana itu Allah bertanya tidakkah kamu nampak ? Ruh Manusia yaitu ROHKU tadi telah bertemu Tuhan dan bersaksi bahawa Zat Wajibul Wujudlah Tuhan mereka yaitu Tuhan Yang Sebenarnya. ( Al Araf : 172 ) ROHKU itu bersifat Ketuhanan. Tetapi Allah telah menegaskan bahawa YANG LAIN ( tiap tiap sesuatu itu ) adalah kosong YANG ADA HANYALAH ZATNYA. ( Al Khasas : 88 ) Yang demikian beranikah saudara saudara sekalian mengatakan bahawa DIRI KITA yang ada didalam itu bersifat Ketuhanan ? Dialah RAHSIA dan DIALAH PEMEGANG AMANAH. Yang diamanahkan kepadanya ialah TUBUH kita. Yang Mengamanahkan ialah ZAT WAJIBUL WUJUD. Diri RAHSIA itu ialah RUHKU. Ia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita katakan Sifat Ketuhanan tetapi bolehkah dipisahkan Sifat dengan Yang Empunya Sifat yaitu Zat ? Oleh kerana RAHSIA tadilah manusia itu menjadi makhluk paling sempurna diciptakan Allah. ( At Tin : 4 ) Sempurna itu adalah cukup malah lebih dari cukup. Yang cukup itu bukan BADAN tetapi DIRI YANG SEBENARNYA DIRI yaitu Nyawa kita yang merupakan ROH ALLAH. Yang demikian fahamlah kita maksud ALLAH ITU BESERTA KITA, malah lebih dekat daripada kita. Jadi kenapakah kita masih mengatakan kita ini kita. Allah itu Allah ?. Jawabnya bacalah risalah ini

4 5 6

Dan perhatikan beberapa lagi Ayat Ayat Al Quran. a. Al Anfal Ayat 17 Bukan engkau yang melempar tetapi Tuhanmulah yang melempar. b. Al Baqarah Ayat 45 & 46. Orang yang khusu ialah orang yang menyukai bahawa mereka akan bertemu dengan Allah dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. c. Surah Al Insan Ayat 30 Dan tiadalah kehendak kamu, melainkan kehendak Allah jua. d. Surah Ai Isra Ayat 13 Dan tiap tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya sebagaimana tetapnya kalung pada leher mereka.e. Al Sifat Ayat 96Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat. RUMUSAN 1 Ahli Sufi Melayu yaitu Syeikh Abdus Samad Palimbani didalam Sairus Salikin, menyatakan bahawa manusia itu terdiri daripada Tubuh dan Nyawa atau Jasmani dan Ruhani atau Jasad dan Ruh. Kedua-duanya ini mempunyai jalannya sendiri sesuai dengan penerangan Allah melalui Surah Ar Rahman Ayat 19 :Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya batas yang tidak dilampaui masing masing. 2 Didalam badan ada Dada, didalam dada ada Hati, Hati itu Jantung. Didalam Hati ada Ruhani dan didalam Ruhani ada Sirr. Sirr maksudnya Rahsia. Apakah Rahsia itu ? Hadith Qudsi menjelaskan bahawa Rahsia itu ialah Allah. FirmanNya Akulah Rahsianya Ulama memanggil RAHSIA ini dengan pelbagai nama antaranya ialah Ruh, Nyawa, hati, Nur Muhammad, Muhammad Mustaffa Rasulullah, Tiflul Maani, Al Latifah Rabbaniah dan sebagainya. Hakikatnya adalah satu sahaja yaitu ianya Rohku. Dia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Dialah yang sebenarnya hidup, badan kita yang mati dihidupkan olehnya dan dia ada bersama kita yaitu DIDALAM badan kita. Dialah yang diperintah oleh Allah supaya kita kenali, bukan Zat Allah kerana kita tidak mungkin dapat mengenali Zat Allah itu. Ianya terlalu ghaib.

Dialah ULIL AMRI manusia itu kerana badan atau jasad itu Allah amanahkan kepadanya. Jadi badan itu milik nyawa dan bukan nyawa itu milik badan. Nyawalah yang sepatutnya memerintah bukan badan. Inilah yang menjadi kesilapan ramai manusia. Jadi bos adalah nyawa bukan jasad. 3 Manusia itu hidup dengan TENAGA. Ada dua tenaga yaitu Tenaga Zahir dan Tenaga Batin.Tenaga Zahir diperolehi dari zat zat makananTenaga Batin dibekalkan oleh Yang Menghidupkan Yang Menghidupkan itu pula HIDUP dengan Yang Maha Menghidupkan. Yang Maha Menghidupkan itulah RAHSIA yaitu Zat Maha Zat didalam Ruhani. Inilah yang disebut sebagai DIRI YANG SEBENARNYA DIRI. Dalil Dalil berupa Ayat Al Quran dan Hadith banyak, sebahagiannya disebut diatas. 4 5 Oleh kerana itu wajiblah kita menafikan Badan dan mengisbatkan Diri yaitu dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Kesilapan kita ialah kita beranggapan bahawa segala perbuatan kita dan juga perbuatan orang lain tiada kena mengena dengan Allah. Maka kitalah yang sembahyang, puasa dan sebagainya dan kita jugalah yang berikhtiar, bekerja dengan tenaga fikiran atau tenag jasad. ITULAH YANG SILAP.

Saudara pembaca,, Risalah ini akan menjelaskan tentang DIRI itu dengan lebih mendalam. Ianya disedut dari buku yang ditulis oleh Dr Bagindo Muchtar tetapi diolah semula oleh Al Fakir Abdillah bin Abdullah Al Gemasi. Terpulanglah kepada kalian untuk menerimanya. Betul, salah, benar atau sesat. Itu hak masing masing. Tetapi kebanyakan manusia akan engkar kepada kenyataan Allah didalam Al- Quran kerana mereka takut berbahas dengan guru guru yang mereka anggap ulama yang sentiasa betul. Jika Allah yang berbuat maka kepada Allahlah kita pulangkan semuanya sesuai dengan FirmanNya melalui Surah As Syura Ayat 53 :Kepada Allahlah kembali semua persoalan.

BAB DUA MEMPERKATAKAN HAKIKAT


DEFINASI HAKIKAT Hakikat bermaksud apa yang sebenarnya berkaitan sesuatu perkara itu. Boleh juga dikatakan substance sesuatu benda atau perkara itu. Jadi ianya ialah apakah sebenarnya sesuatu perkara itu. Ianya juga berkaitan dengan sesuatu yang asli, dan sesuatu yang kekal yang disebut sebagai hakiki. DEFINASI ILMU HAKIKAT Ilmu Hakikat merupakan salah satu cabang Ilmu Agama Islam. Baginda Rasullullah banyak merujuk tentang ilmu ini dalam Hadith Hadith baginda. Namun begitu orang orang yang menentang Ilmu Hakikat akan mendakwa bahawa Hadith Hadith itu sama-ada palsu atau daif. Begitulah sifat orang yang menentang kebenaran. Apa yang ditulis didalam Risalah Kecil ini merupakan intipati intipati Ilmu Ilmu Hakikat ini merupakan salah satu cabang Ilmu Tasuf Islam. Ianya menumpukan kepada Hakikat Manusia yang dirujuk sebagai Insan, Hakikat Alam Mayapada ini dan juga Hakikat Zat Wajibul Wujud yaitu Allah Tuhan yang menciptakan kesemuanya. Tumpuan utama ialah dalam hal hal Mengenal Allah atau Makrifatullah dan kaitan Rahsia Allah dengan Diri Sebenar manusia itu. Berlandaskan satu Hadith Qudsi yang menegaskan bahawa sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Allah Tuhannya, maka Ilmu Hakikat ini juga dirujuk sebagai Ilmu Mengenal Diri. ADAKAH ILMU HAKIKAT atau ILMU MENGENAL DIRI ITU ILMU YANG BENAR, TIDAK DIMURKAI DAN TIDAK SESAT ? Pertelingkahan ilmu antara Ahli Feqah yang menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Ahli Tasauf telah bermula seawal abad ketiga Hijrah dan telah terus berlarutan hingga kehari ini, zaman kita ini. Oleh kerana mereka mereka yang mendakwa diri sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu merupakan pihak majoriti dan selalunya merupakan pihak berkuasa atau pemerintah, maka ramai juga umat Islam dahulu dan sekarang yang beranggapan bahawa Ilmu Mengenal Diri ini sesat dan menyesatkan. Ramai pula diantara mereka mereka itu bertaraf ulama. Kita merujuknya sebagai Ulama Syariat atau Ulama Feqah. Penulis ingin menegaskan kepada pembaca bahawa Ilmu Hakikat ini merupakan satu bidang Ilmu Islam seperti Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat jua. Ianya merupakan Ilmu Syariat Batin atau boleh kita katakan peningkatan ilmu kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih mendalam dari Ilmu Syariat biasa yang kita rujuk sebagai Syariat Zahir.

Seperti Ilmu Islam yang lain ianya juga berlandaskan Dalil Dalil NAQLI dan Dalil Dalil AQLI. Terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith baik Hadith Qudsi mahupun Hadith Biasa yang menjadi asas asas dan hujah hujahnya. Ada ramai ulama ulama yang menulis banyak kitab kitab berkaitannya. Dan ramai diantara ulama ulama ini yang ada susur galurnya menuju Rasullullah melalui Sayyidina Ali dan keturunan keturunannya. Malah Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir Jailani membincangkan Ilmu Hakikat ini secara khusus didalam kitab SIRRUR ASRAR nya. Jadi jika orang bertaraf Sultanul Aulia mengakui kebenaran Ilmu Hakikat ini, bagaimana pula ulama ulama bertaraf manusia biasa boleh menghukum ilmu ini sesat dan menyesatkan ? Pembaca fikirkanlah sendiri. ILMU AGAMA ISLAM ITU BERTINGKAT NAIK SEPERTI JUGA KEHIDUPAN MANUSIA DIDUNIA INI BERTINGKAT-TINGKAT. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kehidupan kita didunia ini penuh dengan tingkatan tingkatan, atau tahap tahap atau level level atau hierachy . Itulah Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan Penciptanya, Allah SWT. Begitu jugalah halnya dalam hal menuntut ilmu. Kita bermula dari Sekolah Rendah sebagai asas, meningkat ke Sekolah Menengah sebagai tengahnya, kemudian meningkat lagi hingga ke Kolej atau Universiti sebagai matlamat akhirnya. Dalam proses peningkatan ini penyingkiran berlaku dimana jumlah atau kuantiti akan terus berkurangan hingga dari segi pekerjaan yang berlandaskan pencapaian ilmu maka adalah lebih ramai kerani dari pegawai dan lebih ramai buruh / pekerja dari jurutera. Dan akhirnya didalam kehidupan kita didunia ini kita dapati adalah lebih ramai orang susah dari orang kaya dan orang yang kaya raya adalah lebih sedikit dari orang yang kaya. Kita juga dapati dalam sistem kehidupan didunia, tingkat tingkat itu saling perlu memerlukan dalam erti sering landas berlandaskan, dimana yang ramai atau yang dibawah itu menjadi asas kepada hierachy atau piramid kehidupan itu. Begitu jugalah halnya dalam Ilmu Agama Islam kita. Ilmu asasnya ialah Ilmu Syariat atau Ilmu Feqah sepertimana Sekolah Rendah menjadi asas kepada sistem pendidikan akademik kita. Kemudian sesaorang muslim itu wajar pula meningkatkan pengetahuan agama dengan mempelajari dan mengamalkan ILMU TARIQAT, seterusnya belajar dan mengamalkan Ilmu Hakikat dan akhirnya Ilmu Makrifatullah. Pada penulis Makrifatullah itu bukanlah ilmu yang boleh dipelajari tetapi ianya merupakan matlamat ilmu dan matlamat mengamalkan ilmu. Jadi ianya adalah kemuncak pencapaian ilmu dan amalan. KENAPA ORANG ISLAM TIDAK SUKA MENDALAMI ILMU AGAMA. Pada hakikatnya itulah Kehendak Allah kerana asas itu hendaklah pihak yang ramai itu. Yang lain merupakan perkara khusus hingga ketahap khusus lagi khusus.

Namun begitu umumnya umat islam amat berpuashati dengan hanya mengetahui perkara asas agama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam sahaja. Pada mereka tidaklah perlu mendalami ilmu agama. Yang penting ialah beramal ibadah sebanyak dan sebaik mungkin kerana amal ibadah inilah yang membuat mereka tidak dihumbankan keneraka sebaliknya akan mendapat nikmat syurga. Inilah yang dikatakan DARAJAT. Yang demikian ramailah umat islam pada hari ini berpendapat bahawa membaca AlQuran itu hanyalah dengan mengaji dan melagukan Al-Quran kerana pahalanya banyak. Tidaklah perlu dibaca dan dikaji Al-Quran itu untuk menggali ilmu Ketuhanan apatah lagi ilmu dunia. Dalam hal ini memanglah benar bahawa kitab Al-Quran itu telah mereka sucikan dengan menyimpan didalam almari sahaja atau membacanya dimalam jumaat atau dimalam malam bulan Ramadhan untuk mendapat pahala sebanyak mungkin. Mereka sembahyang kerana takut berdosa dan inginkan syurga sedangkan Allah telah memberi ingatan bahawa SOLAT itu amat berat sekali bagi mereka yang mengerti. Allah juga memberi amaran paling keras kepada mereka yang lalai dalam sembahyangnya. Tempatnya ialah Neraka Wail dan hadiahnya adalah sumpahan CELAKA dari Tuhan mereka. ( Celakalah bagi orang yang lalai didalam sembahyang mereka ) Peringatan ini ditujukan kepada mereka YANG LALAI DIDALAM SOLAT mereka dan BUKANNYA kepada mereka YANG LALAI SEMBAHYANG atau tidak sembahyang. Wahai pembaca fahamilah ayat ini betul betul. Penulis ingin bertanya kepada para pembaca secara ikhlas. Adakah benar bahawa kelalaian dalam sembahyang itu berlaku semasa anda membaca Fatihah dimana ketika anda membaca Fatihah itu, bermacam macam lintasan fikiran berlaku dibenak anda ? Jika ini benar, maka sembahyang anda adalah tidak khusu dan telah diberi tanda pembatalan oleh Allah dengan adanya lintasan lintasan fikiran tadi ketika anda membaca Fatihah. Fatihah itu adalah INTI kepada sembahyang anda. Fikirkanlah sebabnya dan dalamilah ilmu agama anda wahai saudaraku untuk mendapat jawapannya agar solat anda diterima Allah kerana khusu. Penulis ingin bertanya bahawa adakah dikatakan ikhlas jika anda berbuat sesuatu untuk mendapatkan balasan ? Balasan pahala dan syurga ? Mereka sebenarnya terlupa tentang HUSNUL KHATIMAH & SUUL KHATIMAH yaitu hak memberi pahala & syurga atau hak menghukum dosa dan neraka adalah Hak Mutlak Allah Taala . Mereka juga tersilap faham bahawa mereka sepatutnya bergantung kepada Allah Tuhan mereka dan bukannya bergantung kepada amal mereka. Puncanya ialah mereka tidak faham akan konsep TAUHID sebenar yang berlandaskan NAFI & ISBAT dimana pada hakikatnya manusia itu tidak dapat berbuat apa-apa pun, kesemuanya adalah AFAL atau kelakuan Allah dengan menjadikan manusia itu sebagai sandarannya sahaja. Allah berFirman : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu ( baik buruk atau baik ) tetapi manusia itu ego dan masih juga mengatakan aku yang berbuat. Allah itu Tuhan aku ini hambanya. Apabila pihak yang menguasai pemerintahan agama terdiri dari ulama ulama Feqah maka kesedaran dan peluang untuk mendalamai Tauhid & Aqidah sebenar terbantut akibat hukum sesat pada Tarikat apatah lagi Ilmu Hakikat. Maka berterusanlah kehendak Allah akan kekuatan asas Ilmu Agama dimana golongan syariat kekal ditahapnya kerana kejahilan yang sebenarnya merupakan SESAT yang mereka dakwa itu. Sesat itu ialah

kejahilan. Selanjutnya ramailah umat islam yang bergantung pada amal dan bukan kepada Allah. Ramailah umat islam yang tidak mengerti apakah yang dikatakan Nafi & Isbat kerana mereka sangatlah yakin bahawa merekalah yang berbuat. Merekalah yang berusaha, merekalah yang pandai , merekalah yang berjaya dan mereka jugalah yang sembahyang, puasa, menunaikan rukun haji, berzakat dan sebagainya.

BAB TIGA SEDIKIT BERKAITAN TASAUF

SEKOLAH SEKOLAH / ALIRAN ALIRAN DALAM ILMU TASAUF Sekurang-kurang ada dua aliran fahaman dalam Ilmu Tasauf itu sendiri. Pertamanya ialah apa yang disebut sebagai Tasauf Sunni Al-Ghazali, mengambil nama pelopornya Imam Ahmad Al-Ghazali. Sesuai dengan tujuannya yaitu untuk meredakan perbalahan ilmu antara Ahli Feqah dan AhliTasauf dan mendapatkan penerimaan Ahli Feqah, Imam Al-Ghazali mengutarakan perkara perkara penyucian batin dalam hampir semua karangannya dalam usaha sesaorang muslim itu untuk Mengenal Allah SWT. Beliau lebih bertumpu kepada pembersihan jiwa dari tahap Nafsu Terendah yang dirujuknya sebagai Nafsu Ammarah kepada Nafsu yang Suci Bersih yang dipanggilnya sebagai Nafsu Al-Kamilah atau Insan Kamil. Imam Ghazali berpendapat sesaorang salik itu akan mendapat Nur Cahaya Ilahi didalam hatinya yang membolehkannya melihat Tuhan dalam Fana atau Mabuk Ketuhanan pada tahap Tauhid Peringkat Tertinggi. Cara pencapaiannya hanya satu yaitu mengikut methodologi Tariqat melalui zikir zikir yang dibimbing oleh Murshid sesuatu Tariqat itu dan melalui amalan amalan pembersihan jiwa dari sifat sifat yang tercela. Namun Imam Ghazali menegaskan bahawa terdapat kesamaan antara makhluk dengan Khaliknya tetapi perkara ini tidak boleh dibincang didalam kitab tanpa mendatangkan kesalahan ( kepada orang Feqah ). Oleh kerana itu katanya biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya. Aliran kedua disebut sebagai Aliran Wahdatul Wujud atau Ajaran Mertabat Tujuh yang dipelopori oleh Abu Mansur Husein Al Hallaj dan diperincikan oleh Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi. Ajaran Ibnu Arabi bukan bertumpu kepada amalan sesaorang salik itu tetapi bertumpu kepada penjelasan apakah yang dikatakan Alam, Manusia dan apakah yang dikatakan Tuhan Allah itu. Kepada Ibnu Arabi Tiada Wujud Yang Lain Melainkan Wujud Allah melalui Pentajallian Allah dalam bentuk alam serba ganda ini. Manusia itu dirujuknya sebagai Alam Kecil atau Al-Alamul Saghir dimana Allah menampakkan DiriNya dalam bentuk yang paling sempurna. Penjelasan Ibnu Arabi berkaitan Pentajallian ini adalah mengikut konsep yang diketengahkannya yaitu Pandang Yang Satu Nampak Yang Banyak dan Pandang Yang Banyak Nampak Yang Satu. ( Suhudil Wahdah Fil Kasrah, Suhudil Kasrah Fil Wahdah ) Yang Satu itulah banyak dan yang banyak itulah yang satu. Di Nusantara ini kedua-dua aliran yang disebutkan diatas telah disatukan oleh ulama terkenal Melayu yaitu Syeikh Abdus Samad Palimbani melalui kitabnya yang tersohor SAIRUS SALIKIN. Beliau menganjurkan bahawa ajaran Tauhid Peringkat Tertinggi Imam

Al-Ghazali adalah serupa dengan ajaran Ibnu Arabi yang menegaskan bahawa Tiada Yang Wujud Di-Alam Maya Pada ini Melainkan Allah SWT. Penulis berpendapat bahawa Ajaran Syeikh Abdus Samad inilah yang menjadi rujukan utama penganut penganut Ilmu Mengenal Diri di Malaysia ini kerana pada zaman kegemilangan Sekolah Pondok kitab Sairus Salikin merupakan kitab wajib sesaorang murid itu.

BAB EMPAT KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT / ILMU MENGENAL DIRI.


TUMPUAN Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada penjelasan apakah hakikatnya manusia itu dan apakah hakikatnya Tuhan Allah itu. Yang ditumpukan bukan sahaja dalam hal Makrifah atau Mengenal tetapi juga dalam hal sama-ada sesaorang manusia itu boleh menemui Tuhannya ketika hidup didunia ini. Juga dibincang dengan khusus berkaitan NYAWA manusia itu yang dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU. a. b. Apakah Ruhku merupakan makhluk yang bersifat baharu jika ditafsir sebagai Ruh yang dicipta oleh Allah ? Atau Ruh itu Ruh Allah yang dipinjamkan sementara kepada manusia semasa manusia itu hidup dan diambil oleh Allah semula yang menyebabkan manusia itu mati ? Atau Ruhku itu boleh ditafsir sebagai Allah sendiri ? Jika ditafsir sebagai Allah sendiri maka ianya akan membuatkan Allah itu bertempat yaitu didalam diri manusia. Ini dikatakan sebagai HULUL sedangkan ulama berpendapat HULUL itu adalah BIDAH Jika sekiranya ditauhidkan bahawa Allah itu MELIPUTI sekalian manusia dan Allah jugalah yang meliputi sekalian alam, maka Allah itu berada dimana mana diseluruh alam ini, baik alam Saghir manusia atau Alam Kabir yaitu alam mayapada ini. Allah pula menegaskan bahawa manusia ( Hakiki ) itu adalah Rahsia Allah dan Allahlah Rahsianya. Allah juga menegaskan DIA DEKAT malah terlalu dekat dengan manusia itu hingga lebih dekat dari urat leher manusia itu sendiri. Maka wajiblah kita BETAUHID bahawa TIADA YANG NYATA DALAM DIRI KITA MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA Jika ini yang ditauhidkan maka apakah Dalil Dalil Naqli dan Aqlinya ? Ilmu Hakikat mengemukakan dalil dalil untuk menegakkan apa yang diyakini oleh orang orang yang percaya. Yang demikian penganut Ilmu Hakikat yakin seyakinnya bahawa Allahlah yang dirujuk sebagai DIRI HAKIKI manusia itu atau DIRI RAHSIA manusia itu. Ruhku bukanlah Ruh Ciptaan Allah atau Ruh Yang Dipinjamkan tetapi RUHKU itu adalah ALLAH SENDIRI. Yang demikian RUH itu pasti mempunyai SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH yaitu 1

c.

d.

e. f.

Sifat Napsiah, 5 Sifat Salbiah, 7 Sifat Maani dan 7 Sifat Kaunuhu atau Sifat Maknuyah. Masaalahnya ialah pada zahirnya kesemua Sifat Sifat diatas nyata kelihatan kesan wujudnya pada manusia itu melainkan Sifat Sifat Maknuyah yang MAHA itu. Perkara ini juga menjadikan tumpuan dalam Ilmu Hakikat. a. b. c. Adakah Sifat Sifat Allah yang ada pada Ruh itu hanya 13 ? Atau Ruh itu tidak memilikki Sifat Sifat Allah itu. Yang kelihatan ada adalah Sifat Sifat Allah yang dipinjamkan sementara kepada Ruh. Atau Sifat Sifat Maknuyah itu ada tetapi ke-ada-annya MASIH GHAIB. Ia akan hanya kelihatan WUJUD melalui kesannya jika manusia itu dapat menembusi balutan balutan cahaya atau lapisan lapisan ruh ruh yang disebut diatas ?

Namun begitu adalah DITEGASKAN bahawa manusia itu BUKAN ALLAH. Yang dikatakan Allah ialah DIRI HAKIKI manusia itu sahaja. Yang dikatakan manusia ialah manusia yang hidup berjasad dan bernyawa manakala DIRI HAKIKI ialah Zat Serba Zat yaitu Ruh AlQudsi Allah Yang Maha Hidup dan yang menghidupkan Ruhani manusia itu. Ruhani pula seterusnya menghidupkan Jasad yang pada hakikatnya mati dan dihidupkan. Hanya manusia bodoh yang gila sahaja mengakui dirinya Allah. Yang demikian, Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada Perintah Allah agar sesaorang muslim itu Mengenal Tuhannya melalui Hadith Qudsi Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al-Quran yang menjadi Dalil Dalil Naqlinya. Antaranya ialah :a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Awaluddin Makrifatullah ( Awal awal agama ialah Mengenal Allah ) Maka wajarlah akhir agama itu Bertemu dan Beserta Allah. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu ( Sesiapa yang mengenal Dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya ) Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad ( Sesiapa yang telah mengenal Tuhannya maka binasalah jasadnya ) . Alinsanu sirri wa Ana sirruhu ( Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. ) Manusia itu adalah makhluk paling sempurna Manusia itu menanggung amanah Allah yang tidak mampu ditanggung oleh makhluk lain Sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian manusia dan sekalian alam.

Allah itu lebih hampir kepada manusia itu dari urat leher manusia itu sendiri. Allah meniupkan RuhNya kepada jasad manusia. Allah perkuatkan manusia itu dengan Ruh Al-Qudsi.

k. l. m.

Bahkan didalam diri kamu, tidak kamu melihatnya ? Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu Sesungguhnya Aku dari Cahaya Zat Allah dan semua makhluk adalah dari cahayaku

Oleh kerana Allah SWT itu Terlalu Ghaib dan Terlalu Besar, Terlalu Luas, dan Terlalu Suci, maka akhirnya manusia itu sedar bahawa adalah mustahil baginya sebagai manusia untuk mengetahui secara terperinci akan Tuhannya itu apatah lagi untuk mengenalNya dalam ertikata yang sebenar. Yang demikian, Ilmu Hakikat dalam usaha untuk menunaikan Perintah Mengenal Allah ini, telah menggali Dalil Dalil Naqli dari Al-Quran dan Hadith Hadith tentang jalan atau cara cara yang diterangkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul untuk mencari Jalan Makrifatullah itu. Maka adalah jelas bahawa sesaorang muslim itu perlulah Mengenal Dirinya untuk Mengenal Tuhannya. Oleh itu perlulah difahami dahulu akan hakikat Diri itu. Seterusnya difahami pula hakikat hubungan antara Diri dan Tuhan melalui pemahaman apakah hakikatnya yang dikatakan Manusia Sempurna itu, apakah yang diAmanahkan Allah kepada manusia itu dan juga maksud Rahsia yang dinyatakan Allah melalui Firmannya. Setelah memahami dan mengimani perkara perkara diatas maka wujudlah apa yang dikatakan Tauhid Peringkat Tertinggi yaitu Tiada Yang Wujud Pada Diri Manusia itu dan didalam Alam Mayapada ini melainkan Allah semata-mata ( LA MAUJUDA ILLALLAH ). Maka fahamlah dia bahawa yang dikatakan Muhammad itu ialah Sifat Allah Yang Agung yang bukan sahaja menjadi makhluk pertama diciptakan Allah bahkan menjadi ABU AlArwahnya dan menjadi nyawanya. Juga ditumpukan kepada perkara KEESAAN ALLAH melalui SIFAT MUHITH atau SIFAT MAHA MELIPUTINYA. Hanya dengan memahami SIFAT MUHITH dalam ertikata yang sebenar sesarang salik itu akan dapat mencapai TAUHID PRINGKAT TETINGGI dan memahami siapakah yang dikatakan hamba dan siapakah yang dikatakan Tuhan. Berlandaskan KEESAAN Zat, Sifat, Asma dan Afal, sesaorang salik itu akan bertauhidkan bahawa dirinya sebagai manusia sebenarnya, tidak wujud dan kosong melainkan menjadi SANDARAN kepada Tuhan untuk menunjukkan KebesaranNYA, KeagunganNYA KeindahanNYa dan KesempurnaanNYA ( Akbar, Jalal, Jamal dan Kamal ) sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud : Yang lain adalah kosong melainkan ZATNYA Tauhid sisalik bermula dengan Nafi dan Isbat dan akhirnya menjadi Tiada Nafi dan Tiada Isbat. Baginya tiada langsung perbuatan manusia itu baik pada dirinya mahupun pada

orang lain. Kesemuanya adalah Perbuatan atau Afal Allah SWT, Tuhannya sesuai dengan Firman Allah : Sesungguhnya Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu. Mereka mengatakan yang baik itu dari Tuhan mereka dan yang buruk itu dari diri mereka sendiri, katakanlah kedua-duanya adalah dari Tuhan mereka. Fahamlah juga ia bahawa, manusia diwujudkan oleh Allah untuk DiriNYA dan bukan untuk yang lain. Manusia itu diwujudkan sebagai SANDARAN bagi Tuhan untuk menunjukkan kepada DiriNYA SENDIRI akan KebesaranNYA, KeagunganNYA, KeindahanNYA dan KesempurnaanNYA. Yang demikian manusia itu umpama pen atau pensil kepada penulis. Yang menulis itu bukannya pen atau pensil tetapi manusia sebagai penulis. Begitulah contohnya bahawa Yang Berbuat itu bukannya manusia yang berbuat. Yang Berbuat itu ialah Allah sendiri. Maka jelaslah maksud ayat diatas kepada penganut Ilmu Mengenal Diri itu Seterusnya berlandaskan Tauhid bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, Ilmu Hakikat menjelaskan RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM mengikut pengertian Hakikat. Asasnya tetap sama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam pada pengertian Syariat.

BAB LIMA MANUSIA PADA PANDANGAN ILMU HAKIKAT.


Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :a. b. c. d. e. f. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah. Manusia itu menanggung Amanah Allah. Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad. Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.

PECAHAN MANUSIA Manusia itu terdiri dari dua perkara. Ianya terdiri dari BENDA dan BUKAN BENDA ( Immaterial ) Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau ZAHIRnya. Yang dikatakan BUKAN BENDA ialah BATINnya yaitu NYAWA atau RUHNYA. Ilmu Hakikat mengatakan bahawa manusia itu terdiri dari DUA MUHAMMAD. Kenapa pula dipanggil MUHAMMAD ? Ada dua sebab. Pertama manusia itu dicipta oleh Allah mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri. MIM pertama ialah kepalanya, HA pula tangannya, MIM kedua pula pusatnya dan DAL merupakan kakinya. ( Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu ) Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yang melengkapkannya menjadi Insan Yang Sempurna. Kedua ialah kerana Ruh Manusia itu yaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG yaitu Sifat Allah Yang Agung NUR MUHAMMAD yaitu Nabi kita Muhammad. ( Rujuk Hadith ) MUHAMMAD ZAHIR / MUHAMMAD AKHIR Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir yaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yang zahir yang dapat dilihat dengan mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sebagai MANUSIA SEMENTARA YANG ZAHIR. Ianya juga dirujuk sebagai ADAM. Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota. Anggota atau organ organ ini juga boleh dibahagikan kepada dua yaitu anggota luar badan dan anggota dalam

badannya. Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yang halus halus dan seni seni. MUHAMMAD BATIN / MUHAMMAD AWAL Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal yaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara, Pertama apa yang disebut sebagai RUH dan yang kedua ialah apa yang disebut sebagai DIRI RAHSIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI manusia itu. Ruh / Ruhani Yang dikatakan RUH itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yang terdiri dari Balutan Balutan yang akan diterangkan selepas ini. Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal sebegini dikatakan GHAIB. Ada pelbagai nama yang digunakan didalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yang dikatakan RUH itu. Ada yang memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, AlLatifah Rabbaniah dan lain lain lagi. Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung. Ruhanilah yang menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi. Ruhani jugalah yang menyampaikan HAK ALLAH kepada Jasad yaitu Sifat Sifat MaaniNYA yang tujuh itu. Jadi Ruhani juga dirujuk sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah. Diri Hakiki / Diri Rahsia Begitu juga halnya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu. Banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai Diri Rahsia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain lain. Allah pula merujuknya didalam Al-Quran sebagai Ruhku yaitu Ruh Al-Qudsi Allah. Allah SWT juga merujuknya sebagai AKULAH RAHSIANYA didalam Hadith Qudsi yang telah dinyatakan sebelum ini. Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yang memilikki Sifat Sifat Allah Yang Agung. Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Penciptanya. Balutan Balutan Cahaya / Pecahan Ruh Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh kerana itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara

kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya. Butirannya adalah seperti berikut :a. b. c. d. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL- QUDSI Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.

Seperti anggota anggota Jasad juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri. Tempat Ruh Didalam Jasad Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh Ruh diatas didalam Jasad manusia adalah seperti berikut :a. b. c. d. Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging Ruh Ruhani Didalam jantung manusia itu Ruh Sultani Di Baitillah di-jantung manusia itu Ruh Al-Qudsi Didalam RASA Mukmin yaitu satu bahagian khusus

RUH RUH yang merupakan Balutan Balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu dan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH sendiri. Maka inilah yang dirujuk oleh Allah didalam Al-Quran :Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku. DIRI inilah yang diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadith :Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu

Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah yaitu :Awaluddin Makrifatullah. Makna MENGENAL Ilmu Hakikat juga mendefinasikan makna MENGENAL itu. Apakah maksud sebenar MENGENAL itu. Mengenal yang bagaimana ? Adakah mengenal itu bermaksud mengetahui atau mengenal dalam ertikata tahu, atau mengenal dalam ertikata telah bertemu atau mengenal dalam ertikata telah bertemu dan sentiasa bertemu atau sentiasa boleh bertemu atau sentiasa bersama kerana telah menjadi ESA ? Jika mengenal ditafsir dari segi TAHU maka cukuplah mendapat ilmu pengetahuan sahaja, yaitu kita tahu apa yang dikatakan Ruh dan Diri Hakiki itu. Umpamanya bagi kita Diri Hakiki itulah ialah Allah Tuhan yang meliputi seluruh DIRI dan Jasad kita. Tuhan yang dekat. Bagi kita ia tidak pula bermakna Allah itu bertempat kerana Allah itu meliputi sekaliannya yaitu semuanya, tiada yang berkecuali. Oleh kerana Allah itu MAHA MELIPUTI maka Tuhan itu ada dimana-mana. Oleh kerana Dia ada dimana mana maka tidaklah Dia bertempat. Bagi kita, Ruh Al-Qudsi yang meliputi sekalian manusia itu adalah Ruh Al-Qudsi Yang Esa , Ruh Yang Tunggal Tetapi Maha Meliputi, terlalu luas dan terlalu Agung, Besar dan Maha Ghaib. Walaupun Jasad kelihatan seperti sempadan , sempadan itu umpama sarung sahaja kerana MELIPUTI itu bukanlah didalam dan bukanlah diluar. MELIPUTI SEMUANYA. Jika Mengenal itu ditafsir sebagai tahu, telah bertemu dan sentiasa ada bersama, maka kita perlu menyoal dan ilmu perlulah memberi jawapan jika ilmu itu dikatakan benar. Soalnya ialah bolehkah kita sebagai manusia yang terdiri dari Jasad Yang Mati ( tetapi dihidupkan oleh Nyawa ) dan Nyawa Yang Hidup itu mengenal sebahagian dari kita yaitu NYAWA itu ? Soalan kedua ialah jika dikatakan boleh BERTEMU dalam ertikata BERJUMPA bagaimanakah caranya yang ditunjukkann oleh ilmu. Adakah dalil dalil Naqli dan Aqlinya dan adakah wujud manusia yang telah bertemu dirinya itu pada zaman kita ini atau pada zaman dahulu ? Inilah persoalan persoalan yang hanya dapat dijawab oleh Ilmu Hakikat kerana tiada jawapan yang memuaskan boleh diberikan oleh Ilmu Syariat dan Ilmu Feqah. Ruh Ruh / Balutan Balutan Cahaya & Diri Hakiki Itu Esa Pecahan pecahan diatas pada hakikatnya TIDAK WUJUD. Ianya perlu diwujudkan oleh ulama untuk menjelaskan ilmu. Ini bermaksud Ruh Ruh dan Diri Hakiki itu pada hakikatnya adalah satu dan yang sama jua. Itulah Diri Batin atau Nyawa kita. RUH atau

Diri Batin yang telah bertemu dengan Allah di Alam Ruh dan membuat pengakuan serta penyaksian. Alastu Birabbikum ? Qalu Bala Sahidna. Manusia Sebagai Makhluk Sempurna Yang mengatakan bahawa manusia itu adalah makhluk paling sempurna ialah Allah sendiri. Paling sempurna hendaklah dilihat dari segi perbandingan. Maksudnya dibandingkan dengan makhluk makhluk yang lain, maka manusialah yang paling sempurna. Tiada yang dapat menandinginya dari segi kesempurnaan itu. Ini bermakna manusia itu lebih sempurna dari Malaikat, Iblis, Bulan, Matahari , Bintang Bintang malah dari kesemua makhluk yang ada. Berdasarkan kehidupan kita sendiri dan apa yang kita lihat di-sekeliling kita berkaitan manusia lain, kenyataan Allah Tuhan kita ini amat pelik bagi kita. Betapa tidak. Hidup kita didunia ini, penuh dengan kesusahan dan kepayahan. Dalam hal mencari rezeki sahaja kita terkial-kial. Sempurna apakah kita ini ? Dunia pula menjadi haru biru kerana manusia itu atas sifat tamak halobanya sentiasa berbunuh-bunuhan. Kehidupan anak anak muda kita, penuh kekayalan dengan penyalahgunaan dadah dan mengamalkan seks bebas ? Maka adalah jelas pada pandangan zahir kita bahawa hidup dan kehidupan manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekecewaan, tidak sempurna dan tidak bahagia. Bertentangan dengan kenyataan diatas Allah pula menegaskan bahawa manusia itu ialah makhluk paling sempurnaNYA. Berdasarkan Iman dan Tauhid kita, mustahil Firman Allah itu tidak benar. Maka percayalah kita bahawa manusia itu paling sempurna tanpa faham sedikitpun maksud sebenar kenyataan Allah itu. Jadi apakah jawapannya ? Hanya Ilmu Allah sahaja yang mengetahui dan dapat memberi jawapan. Dan ilmu itu ialah Ilmu Hakikat Allah. Dari segi akal kita manusia itu lebih sempurna dari Malaikat, Jin, Syaitan dan Iblis kerana manuia itu ada Jasadnya, yang tersebut terdahulu tiada berjasad. Manusia itu lebih sempurna kerana Malaikat hanya dapat berbuat kebaikan manakala Iblis hanya dapat berbuat jahat. Manusia pula boleh melakukan kedua-duanya yaitu baik dan jahat. Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa Kesempurnaan manusia itu terletak pada Hakikatnya atau Diri Hakikinya bukan manusia yang berbadan dan bernyawa. Kita berikanlah nama baru untuk menunjukkan perbezaan. Perkataan kita ialah INSAN. Pada Insanlah letaknya Kesempurnaan itu. Manusia itu jadi susah, haru biru, sesat dan tidak bahagia kerana SALAH MENJALANI KEHIDUPAN. Ini adalah kerana KEJAHILAN manusia itu sendiri kerana tidak mengenal Dirinya. Maka bergantunglah ia kepada Benda Mati dan bukan kepada Benda Hidup. Hidupnya dengan menggunakan tenaga yang sedikit sedangkan tenaga yang membuatkan dirinya SEMPURNA itu tidak diketahuinya.

Hanya Ilmu Hakikat yang ada jawapan dalam perkara ini. Tidak ada dalam Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat. Manusia itu menanggung Amanah Allah. Yang memberitahu kita bahawa manusia itu menanggung AMANAH ALLAH kepada kita ialah Allah sendiri melalui FirmanNYA didalam Al-Quran. Amanah ini diberikan kepada kita sebagai manusia oleh Allah tanpa kita memintanya. Allah juga mengatakan bahawa makhluk lain seperti gunung, lautan bulan bintang dan sebagainya tidak sanggup menerimanya kerana takut akan mengkhianatinya. Apakah manusia itu tidak akan mengkhianati Allah berkaitan amanah itu ? Kenapakah Allah terlalu yakin bahawa manusia itu boleh menjaga Amanahnya ? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Apakah yang dikatakan amanah itu ? Adakah amanah itu ialah Allah telah melantik kita sebagai KhalifahNya dimuka bumi ini ? Atau amanah itu bukan berkaitan Khalifah tetapi berkaitan RUHKU. Pada Jasad, yang diamanahkan kepadanya ialah Nyawa. Pada Nyawa yang diamanahkan kepadanya ialah Jasad. Pada manusia yang diamanahkan kepadanya ialah RAHSIA ALLAH yaitu RUHKU. Tanggungjawab semuanya adalah menyedari bahawa Amanah itu bukan miliknya. Ianya hanya diamanahkan sahaja. Amanah itu milik Pemilik Hakiki yaitu Allah. Tanggngjawab yang memegang Amanah ialah mengembalikan Amanah itu kepada Pemiliknya. Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH. Allah yang memberitahu kita bahawa kita ini sebagai manusia adalah RAHSIA ALLAH. Dan ALLAH memudahkan kita dengan mengistiharkan bahawa RAHSIA itu adalah ALLAH SENDIRI. Jadi siapakah manusia itu ? Dan manusia yang manakah yang dikatakan Allah menjadi RahsiaNya itu dan bagaimana pula penjelasan Allah bahawa Rahsia itu ialah DiriNya sendiri ? Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad. Kita tahu tentang perkara ini kerana Nabi Muhammad SAW memberitahu kita melalui Hadith baginda. Jika junjungan kita dari Cahaya Zat Allah dan kita pula dari Cahaya atau Nurnya, maka bolihlah kita katakan bahawa kita ini sebenarnya adalah NUR MUHAMMAD. Apakah yang dikatakan Nur Muhammad itu ? Ilmu Hakikat membicarakan hal ini dan ini dijelaskan dalam bahagian lain Risalah ini. Teruskanlah membaca.

Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu. Allah menjelaskan perkara ini didalam Al-quran malalui Surah Ayat . Bunyinya semacam perumpamaan sahaja. Maka perlulah kita mentafsirkan dan memahamkannya. Allah membiarkan dua lautan mengalir dan bertemu, diantara keduanya ada batas, masing masing tidak melampaui masing masing. Lautan pertama ialah Lautan Batin. Ini dinamakan sebagai Muhammad Awal atau Muhammad Batin. Lautan kedua ialah Lautan Zahir atau Lautan Jasad. Ini dinamakan Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir. Keduanya bertemu dalam bentuk kita sebagai manusia. Diantara zahir dan batin ini ada pemisah atau batas atau sempadan. Apakah batas itu ? Bolehkah batas itu dipecahkan hingga dua lautan itu menjadi satu ? Pelajarilah Ilmu Hakikat untuk mencari jawapan. Walaupun ada jawapan Risalah ini tidak akan menjawab semua soalan anda. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna. Perkara ini adalah pendapat Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi. Tajalli bermaksud penampakan zahir. Jadi ianya bermaksud Allah menampakkan DiriNya secara zahir melalui rupa dan kelakuan manusia itu dalam keadaan KamalNya ( KesempurnaanNya ). Selepas penampakan melalui manusia ini, maka tiadalah lagi penampakan lain yang lebih sempurna. Maka dikatakanlah manusia itu merupakan Pentajallian Allah yang terakhir yang paling sempurna. Untuk memahami perkara ini anda hendaklah mengkaji Sifat 20 Allah selumat-lumatnya, ( kata kata Syeikh Anuar Sibuta Gua Impian ) dan carilah kesemua Sifat Sifat 20 itu didalam diri anda sendiri. Manusia Itu Dari Allah Dan Akan Kembali Kepada Allah Manusia itu dari Allah dan kepada Allahlah dia akan kembali. Apakah maksud dari Allah itu ? Adakah ianya bermaksud bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah atau manusia itu memang sebenarnya datang dari DIRI ALLAH sendiri kerana ia sentiasa ada bersama Allah ? Terdapat perbezaan fahaman dan keimanan dalam perkara ini diantara Ahli Syariat dan Ahli Hakikat. Ahli Syariat berpendapat bahawa manusia itu dijadikan Allah dari TIADA kepada ADA dan oleh kerana ianya dijadikan maka manusia itu BERSIFAT BAHARU atau HAMBA. Manusia dijadikan dengan Perintah JADI yaitu KUN. Maka wujud dan jadilah manusia itu sebagai manusia.

Pada pandangan Ilmu Hakikat, manusia itu tidak dijadikan dan manusia itu bukan bersifat baharu. Manusia itu telah ADA bersama Allah yaitu dialam Ilmu Allah. Bagaimanakah benda yang tidak ada boleh menerima Perintah KUN kerana KETIADAANnya itu membuatkan perintah KUN itu tidak ada yang menerimanya atau tidak akan ada kesannya. Bagi Ilmu Hakikat manusia itu telah ada dan sentiasa ada bersama Allah yaitu didalam ILMU ALLAH. Perintah KUN bukan membuatkan terjadinya manusia itu tetapi ianya MENYATAKAN manusia itu dari bentuk bakat bakat kepada bentuk bentuk terperinci. Bakat bakat terpendam dalam Ilmu Allah ini disebut sebagai SYAN atau Hakikat Muhammad atau AYAN SABITAH, manakala Yang Zahir secara terperinci itu disebut sebagai syuyunat dalam bentuk Pentajallian Cinta Allah terhadap DiriNYA melalui manusia melalui Pernyataan yang disebut sebagai TAAYUN. Jadi ada Taayun Awal, ada Taayun Tsani dan sebagainya. Pentajallian Allah dan penzahiran manusia ini disebut juga berkaitan dengan KUNZA MAHFIYYAN atau PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI. Allah itu ISYKI / CINTA dan RINDU dengan DIRINYA sendiri dan terhadap DiriNYA. Allah mentajallikan manusia untuk melihat Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan DiriNYA sendiri. Allah tidak mencintai Yang Lain kerana Yang Lain atau Ghayr itu pada hakikatnya TIDAK ADA. Manusia Itu Dijadikan dari API, AIR, ANGIN dan TANAH. Didalam Al-Quran, Allah menerangkan bahawa sumber kejadian manusia itu adalah dari api, angin air dan tanah. Mengetahui sifatnya perkara perkara itu maka kita mengatakan hanya Allah sahajalah yang dapat menyatukan perkara perkara yang berlawanan dan kekal dalam keadaan aman dan damai. Kita katakan Allahlah yang menyatukan Yang hangat dan Yang Dingin menjadi manusia. Pada zahirnya hanya nabi adam diciptakan dari Api, Air, Angin dan Tanah. Kita pula tercipta dari DI, WADI, MANI dan MANIKAM. Penulis berpendapat biarlah perkara jadi jadi ini menjadi Rahsia Allah. Pada kita kita datang dari Allah ( Jalan datang ) dan kita akan kembali kepada Allah ( Jalan Pulang ). Yang kita tumpukan sebagai penganut Ilmu Hakikat ialah bagaimanakah kita datang ? Macam manakah kita datang dahulu ? Dan bila kita kembali adakah kita akan kembali seprti mana kita datang dahulu ?

BAB ENAM TUHAN DARI PANDANGAN ILMU HAKIKAT


Berkaitan dengan Allah tiada apa apa perbezaan kepada Allah baik dari segi ilmu manakah DIA dilihat. Sifat Sifat Allah itu jelas dapat kita fahami melalui Sifat Sifat 20 yang wajib kita tahu berkenaanNYA. Ini tidak pula bermakna Sifat Sifat Allah itu hanya 20. Yang wajib kita ketahui itu adalah 20. Mahasuci Allah yang sangat kurang SifatNya. Pada Ilmu Hakikat tiap tiap objek atau benda itu adalah Sifat Allah. Maka jadilah Sifatnya berbillion hingga tiada siapa yang boleh membilangnya. Sifat Sifat Allah juga, boleh kita ketahui melalui Nama Nama atau Asma AsmaNya. Yang perlu kita tahu ada 99. Banyak lagi Nama Nama Allah yang kita tidak tahu. Allah itu merupakan Asma bagi Zat Wajibul Wujud Yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita manusia dan kesemua isi alam maya ini. Kenapakah Allah itu selain AsmaNya Allah memperkenalkan DiriNya melalui 99 Nama Nama yang kita sebut sebagai ASMAUL HUSNA ? Hanya orang yang suka berzikir dan berwirid dengan menyebut atau mengingat Nama Nama ini akan mengetahui perbezaan RASA antara Nama nama itu. Ingatlah akan kenyataan terdahulu bahawa tempat RUH ALQUDSI itu ialah didalam RASA. Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa tiada seorang manusia pun dapat mengetahui tentang Hakikat Allah itu. Malah Ibnu Arabi mengatakan bahawa pengetahuan manusia tentang Allah itu adalah TIDAK TAHU. Ini adalah kerana Allah itu terlalu Suci, terlalu Ghaib dan terlalu Besar, Agung dan Sempurna hingga tiada sesuatu pun yang menyerupainya dan serupa dengannya. Maka Ilmu Hakikat mendalami Dalil Dalil Naqli untuk memahami perintah Allah dalam Hadith Hadith Qudsi : Awaluddin Makrifatullah / Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad Dengan mengupas sedalam-dalamnya petunjuk Allah melalui Hadith Qudsi : Alinsanu Sirri Wa Ana Sirruhu. Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu.

Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu. Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan. Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya. Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI. Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ? Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali Tumpukan Debu . ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ? Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!. Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA. Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah. Yang boleh dijadikan petunjuk ialah, pencarian Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga. Ianya tidak dapat ditemui melalui amalan amalan zahir sebab yang dicari itu berbentuk BATIN. Maka rujuklah petunjuk Allah berkaitan PANDANGAN BATIN ini. Penulis hanya mencadangkan kepada pembaca, teruslah membaca tulisan ini, mudahmudahan anda akan menemui jawapan yang langsung atau tidak langsung kerana penulis pada hakikatnya tidak menulis. Yang menulis itu ialah DIA. Hanya DIA sahajalah yang dapat memberi jawapan kepada anda melalui sandaran sandarannya yaitu manusia. Tanyakanlah soalan ini kepada guru guru manusia anda. Mudah-mudahan anda sampai kepada apa yang penulis sebut sebagai THE ULTIMATE OBJECTIVE atau MATLAMAT AKHIR YANG PASTI. Dari segi yang lain pula anda hendaklah berani MENGAKU dan MENYATAKAN bahawa DIRI HAKIKI anda itu ialah ALLAH, Tuhan yang anda cari cari. Tuhan yang meliputi Diri anda sebagai manusia, Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Menghidupkan anda. Setelah mengaku maka anda hendaklah pula MEMBUAT PENYERAHAN dan yakinlah bahawa DIRI anda sendiri akan membawa anda BERTEMU denganNya dan bertemu dengan ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM di Negeri Asal anda yaitu di ALAM LAHUT.

Sekian buat seketika berkaitan Tuhan. Perbincangan seterusnya berkaitan Tuhan dari segi pandangan Ilmu Hakikat akan disentuh dalam bab bab lain Risalah ini. Maka teruskan membaca.

BAB TUJUH MANUSIA DALAM AJARAN SYEIKH ABDUS SAMAD PALIMBANI Dipetik dari Kitab Sairus Salikin & Buku Mengenal Allah Dr Quzwain & beberapa kitab lain
Dalam Tasauf terdapat beberapa ajaran mengenai Hakikat Manusia / Insan dan Tabiat Keruhanian manusia yang unik untuk Mengenal Tuhannya. PENDAPAT AL- JUNAID AL-BAGHDADI Manusia telah memilikki Wujud Yang Lebih Real sebelum mendapat Wujud Sementara didunia ini iaitu Wujud Ruhani yang dinamakannya sebagai Wujud Rabbani dialam Azali dan bagi Azali . PENDAPAT UMAR AL- MAKKI Tuhan telah menciptakan HATI manusia 7,000 tahun sebelum Ia menciptakan JASAD manusia. Hati ditempatkan di-Makam KEDAMPINGAN ( qurb ). Allah telah menciptakan RUH 7,000 tahun sebelum HATI dan menempatkannya di Makam KEINTIMAN ( uns ) . Allah telah menciptakan SIRR, 7,000 tahun sebelum RUH dan menempatkannya di Makam KESATUAN ( wasl ) lalu SIRR dipenjarakan didalam RUH dan RUH dipenjarakan kedalam HATI dan Hati kedalam JASAD manusia itu. PENDAPAT AL- HUSSAIN MANSUR AL- HALLAJ Manusia ( Adam ) adalah PENAMPAKAN CINTA TUHAN YANG AZALI kepada ZATNYA. Manusia itu yang sebenarnya adalah ZAT dari ZATNYA Yang Mutlak. Adam diciptakan Allah dalam RupaNya, mencerminkan segala SifatNya dan Nama NamaNya sehingga Ia adalah Dia. Hadith Nabi : Allah menciptakan Adam dalam RupaNya. PENDAPAT MUHYIDDIN IBNU ARABI Ajaran Al-Hallaj mendapat bentuk yang lebih sempurna melalui Ibnu Arabi. Dalam ajaran WAHDATUL WUJUD manusia dipandangnya sebagai PENAMPAKAN LAHIR ALLAH yang paling sempurna. Manusia ialah ALAM KECIL ( Al-Alamul Saghir ) kerana padanya tercermin dengan sempurna segala NAMA NAMA KRTUHANAN dan hakikat hakikatNya yang lahir pada ALAM RAYA ( Al-Alamul Kabir )

Ruh manusia mencerminkan apa yang disebutnya sebagai HAKIKAT MUHAMMAD ( AlHaqiqatul Muhammadiyyah ) yang merupakan WUJUD PERTAMA berasal dari NUR KETUHANAN dan melahirkan DiriNya dalam rupa dan bentuk Alam Semesta. JIWAnya ( nafs ) mencerminkan ARASY dan HATInya ( Qalb ) mencerminkan BAITUL MAKMUR dan kemampuan kemampuan mental spritualnya mencerminkan MALAIKAT dan BINTANG BINTANG yang semuanya ini membentuk KELOMPOK ALAM TERTINGGI ( Al-Alamual Ala ) Tubuh Jasmaninya mencerminkan segala sesuatu yang ada didalam dunia ini. Manusia Aktual berkedudukan seperti diatas adalah INSAN KAMIL yang merupakan para nabi, para wali dan para qutub. Ajaran Ibnu Arabi ini merupakan satu perbahasan metafisika yang banyak membicarakan hal hal yang saolah-olah KANDUNGAN MAKRIFAH itu sendiri. PENDAPAT ABDUS SAMAD PALIMBANI Dua macam ajaran diatas ( Ibnu Arabi & Imam Al-Ghazali ) diadun secara selesa oleh Abdus Samad Palimbani dalam menghuraikan pendapatnya mengenai manusia. HATI atau Qalb merupakan Jisim Yang Halus yang dibangsakan kepada Tuhan. Hati ini tahu akan Allah. Ianya merupakan landasan bagi DIRI SADAR manusia yang mengenal hakikat hakikat diluar imajinisasi dan akal. QALBU itu ialah RUH / JIWA / NAFS / AKAL iaitu WUJUD SPRITUAL itu. Ruh manusia itu telah memilikki wujudnya yang lebih real disisi Allah dan telahpun Mengenal Allah sebelum dizahirkan kedunia. Alastu Birabbikum Qalu Bala ( bahkan Engkaulah tuhan kami ) RUH PERSAORANGAN adalah differensiasi dari NUR MUHAMMAD. Ruh manusia itu adalah MAKHLUK SUCI iaitu PERCIKAN NUR ALLAH YANG AZALI. PENDAPAT PARA SUFI SECARA UMUMNYA BERKENAAN MANUSIA Keseluruhan para sufi bersetuju bahawa RUH & HATI manusia itu adalah MAKHLUK AZALI yang sudah ada sebelum adanya waktu. Sebelum ditiupkan kedalam Jasad, Ruh Manusia itu sudah MENGENAL TUHAN secara langsung bahkan BERADA DALAM KESATUAN dengan Allah. MAKRIFAH & TAUHID ialah pakaian aslinya. Ada juga para sufi mengatakan bahawa Ruh Manusia itu BUKAN MAKHLUK bahkan NURZAT Allah Yang Qadim.

BAB LAPAN KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT / ILMU MENGENAL DIRI.

TUMPUAN Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada penjelasan apakah hakikatnya manusia itu dan apakah hakikatnya Tuhan Allah itu. Yang ditumpukan bukan sahaja dalam hal Makrifah atau Mengenal tetapi juga dalam hal sama-ada sesaorang manusia itu boleh menemui Tuhannya ketika hidup didunia ini. Juga dibincang dengan khusus berkaitan NYAWA manusia itu yang dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU. a. b. Apakah Ruhku merupakan makhluk yang bersifat baharu jika ditafsir sebagai Ruh yang dicipta oleh Allah ? Atau Ruh itu Ruh Allah yang dipinjamkan sementara kepada manusia semasa manusia itu hidup dan diambil oleh Allah semula yang menyebabkan manusia itu mati ? Atau Ruhku itu boleh ditafsir sebagai Allah sendiri ? Jika ditafsir sebagai Allah sendiri maka ianya akan membuatkan Allah itu bertempat yaitu didalam diri manusia. Ini dikatakan sebagai HULUL sedangkan ulama berpendapat HULUL itu adalah BIDAH Jika sekiranya ditauhidkan bahawa Allah itu MELIPUTI sekalian manusia dan Allah jugalah yang meliputi sekalian alam, maka Allah itu berada dimana mana diseluruh alam ini, baik alam Saghir manusia atau Alam Kabir yaitu alam mayapada ini. Allah pula menegaskan bahawa manusia ( Hakiki ) itu adalah Rahsia Allah dan Allahlah Rahsianya. Allah juga menegaskan DIA DEKAT malah terlalu dekat dengan manusia itu hingga lebih dekat dari urat leher manusia itu sendiri.

c.

d.

e. f.

Maka wajiblah kita BETAUHID bahawa TIADA YANG NYATA DALAM DIRI KITA MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA Jika ini yang ditauhidkan maka apakah Dalil Dalil Naqli dan Aqlinya ? Ilmu Hakikat mengemukakan dalil dalil untuk menegakkan apa yang diyakini oleh orang orang yang percaya.

Yang demikian penganut Ilmu Hakikat yakin seyakinnya bahawa Allahlah yang dirujuk sebagai DIRI HAKIKI manusia itu atau DIRI RAHSIA manusia itu. Ruhku bukanlah Ruh Ciptaan Allah atau Ruh Yang Dipinjamkan tetapi RUHKU itu adalah ALLAH SENDIRI. Yang demikian RUH itu pasti mempunyai SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH yaitu 1 Sifat Napsiah, 5 Sifat Salbiah, 7 Sifat Maani dan 7 Sifat Kaunuhu atau Sifat Maknuyah. Masaalahnya ialah pada zahirnya kesemua Sifat Sifat diatas nyata kelihatan kesan wujudnya pada manusia itu melainkan Sifat Sifat Maknuyah yang MAHA itu. Perkara ini juga menjadikan tumpuan dalam Ilmu Hakikat. a. b. c. Adakah Sifat Sifat Allah yang ada pada Ruh itu hanya 13 ? Atau Ruh itu tidak memilikki Sifat Sifat Allah itu. Yang kelihatan ada adalah Sifat Sifat Allah yang dipinjamkan sementara kepada Ruh. Atau Sifat Sifat Maknuyah itu ada tetapi ke-ada-annya MASIH GHAIB. Ia akan hanya kelihatan WUJUD melalui kesannya jika manusia itu dapat menembusi balutan balutan cahaya atau lapisan lapisan ruh ruh yang disebut diatas ?

Namun begitu adalah DITEGASKAN bahawa manusia itu BUKAN ALLAH. Yang dikatakan Allah ialah DIRI HAKIKI manusia itu sahaja. Yang dikatakan manusia ialah manusia yang hidup berjasad dan bernyawa manakala DIRI HAKIKI ialah Zat Serba Zat yaitu Ruh AlQudsi Allah Yang Maha Hidup dan yang menghidupkan Ruhani manusia itu. Ruhani pula seterusnya menghidupkan Jasad yang pada hakikatnya mati dan dihidupkan. Hanya manusia bodoh yang gila sahaja mengakui dirinya Allah. Yang demikian, Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada Perintah Allah agar sesaorang muslim itu Mengenal Tuhannya melalui Hadith Qudsi Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al-Quran yang menjadi Dalil Dalil Naqlinya. Antaranya ialah a. b. c. d. e. Awaluddin Makrifatullah ( Awal awal agama ialah Mengenal Allah ) Maka wajarlah akhir agama itu Bertemu dan Beserta Allah. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu ( Sesiapa yang mengenal Dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya ) Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad ( Sesiapa yang telah mengenal Tuhannya maka binasalah jasadnya ) . Alinsanu sirri wa Ana sirruhu ( Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. ) Manusia itu adalah makhluk paling sempurnaf. Manusia itu menanggung amanah Allah yang tidak mampu ditanggung oleh makhluk laing. Sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian manusia dan sekalian alam.

f. g. h. i. k.

Allah itu lebih hampir kepada manusia itu dari urat leher manusia itu sendiri.i. Allah meniupkan RuhNya kepada jasad manusia. Allah perkuatkan manusia itu dengan Ruh Al-Qudsi. Bahkan didalam diri kamu, tidak kamu melihatnya ? Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu Sesungguhnya Aku dari Cahaya Zat Allah dan semua makhluk adalah dari cahayaku

Oleh kerana Allah SWT itu Terlalu Ghaib dan Terlalu Besar, Terlalu Luas, dan Terlalu Suci, maka akhirnya manusia itu sedar bahawa adalah mustahil baginya sebagai manusia untuk mengetahui secara terperinci akan Tuhannya itu apatah lagi untuk mengenalNya dalam ertikata yang sebenar. Yang demikian, Ilmu Hakikat dalam usaha untuk menunaikan Perintah Mengenal Allah ini, telah menggali Dalil Dalil Naqli dari Al-Quran dan Hadith Hadith tentang jalan atau cara cara yang diterangkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul untuk mencari Jalan Makrifatullah itu. Maka adalah jelas bahawa sesaorang muslim itu perlulah Mengenal Dirinya untuk Mengenal Tuhannya. Oleh itu perlulah difahami dahulu akan hakikat Diri itu. Seterusnya difahami pula hakikat hubungan antara Diri dan Tuhan melalui pemahaman apakah hakikatnya yang dikatakan Manusia Sempurna itu, apakah yang diAmanahkan Allah kepada manusia itu dan juga maksud Rahsia yang dinyatakan Allah melalui Firmannya. Setelah memahami dan mengimani perkara perkara diatas maka wujudlah apa yang dikatakan Tauhid Peringkat Tertinggi yaitu Tiada Yang Wujud Pada Diri Manusia itu dan didalam Alam Mayapada ini melainkan Allah semata-mata ( LA MAUJUDA ILLALLAH ). Maka fahamlah dia bahawa yang dikatakan Muhammad itu ialah Sifat Allah Yang Agung yang bukan sahaja menjadi makhluk pertama diciptakan Allah bahkan menjadi ABU AlArwahnya dan menjadi nyawanya. Juga ditumpukan kepada perkara KEESAAN ALLAH melalui SIFAT MUHITH atau SIFAT MAHA MELIPUTINYA. Hanya dengan memahami SIFAT MUHITH dalam ertikata yang sebenar sesarang salik itu akan dapat mencapai TAUHID PRINGKAT TETINGGI dan memahami siapakah yang dikatakan hamba dan siapakah yang dikatakan Tuhan. Berlandaskan KEESAAN Zat, Sifat, Asma dan Afal, sesaorang salik itu akan bertauhidkan bahawa dirinya sebagai manusia sebenarnya, tidak wujud dan kosong melainkan menjadi SANDARAN kepada Tuhan untuk menunjukkan KebesaranNYA,

KeagunganNYA KeindahanNYa dan KesempurnaanNYA ( Akbar, Jalal, Jamal dan Kamal ) sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud : Yang lain adalah kosong melainkan ZATNYA Tauhid sisalik bermula dengan Nafi dan Isbat dan akhirnya menjadi Tiada Nafi dan Tiada Isbat. Baginya tiada langsung perbuatan manusia itu baik pada dirinya mahupun pada orang lain. Kesemuanya adalah Perbuatan atau Afal Allah SWT, Tuhannya sesuai dengan Firman Allah : Sesungguhnya Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu. Mereka mengatakan yang baik itu dari Tuhan mereka dan yang buruk itu dari diri mereka sendiri, katakanlah kedua-duanya adalah dari Tuhan mereka. Fahamlah juga ia bahawa, manusia diwujudkan oleh Allah untuk DiriNYA dan bukan untuk yang lain. Manusia itu diwujudkan sebagai SANDARAN bagi Tuhan untuk menunjukkan kepada DiriNYA SENDIRI akan KebesaranNYA, KeagunganNYA, KeindahanNYA dan KesempurnaanNYA. Yang demikian manusia itu umpama pen atau pensil kepada penulis. Yang menulis itu bukannya pen atau pensil tetapi manusia sebagai penulis. Begitulah contohnya bahawa Yang Berbuat itu bukannya manusia yang berbuat. Yang Berbuat itu ialah Allah sendiri. Maka jelaslah maksud ayat diatas kepada penganut Ilmu Mengenal Diri itu Seterusnya berlandaskan Tauhid bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, Ilmu Hakikat menjelaskan RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM mengikut pengertian Hakikat. Asasnya tetap sama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam pada pengertian Syariat.

TUHAN DARI PANDANGAN ILMU HAKIKAT


Berkaitan dengan Allah tiada apa apa perbezaan kepada Allah baik dari segi ilmu manakah DIA dilihat. Sifat Sifat Allah itu jelas dapat kita fahami melalui Sifat Sifat 20 yang wajib kita tahu berkenaanNYA. Ini tidak pula bermakna Sifat Sifat Allah itu hanya 20. Yang wajib kita ketahui itu adalah 20. Mahasuci Allah yang sangat kurang SifatNya. Pada Ilmu Hakikat tiap tiap objek atau benda itu adalah Sifat Allah. Maka jadilah Sifatnya berbillion hingga tiada siapa yang boleh membilangnya. Sifat Sifat Allah juga, boleh kita ketahui melalui Nama Nama atau Asma AsmaNya. Yang perlu kita tahu ada 99. Banyak lagi Nama Nama Allah yang kita tidak tahu. Allah itu

merupakan Asma bagi Zat Wajibul Wujud Yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita manusia dan kesemua isi alam maya ini. Kenapakah Allah itu selain AsmaNya Allah memperkenalkan DiriNya melalui 99 Nama Nama yang kita sebut sebagai ASMAUL HUSNA ? Hanya orang yang suka berzikir dan berwirid dengan menyebut atau mengingat Nama Nama ini akan mengetahui perbezaan RASA antara Nama nama itu. Ingatlah akan kenyataan terdahulu bahawa tempat RUH ALQUDSI itu ialah didalam RASA. Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa tiada seorang manusia pun dapat mengetahui tentang Hakikat Allah itu. Malah Ibnu Arabi mengatakan bahawa pengetahuan manusia tentang Allah itu adalah TIDAK TAHU. Ini adalah kerana Allah itu terlalu Suci, terlalu Ghaib dan terlalu Besar, Agung dan Sempurna hingga tiada sesuatu pun yang menyerupainya dan serupa dengannya. Maka Ilmu Hakikat mendalami Dalil Dalil Naqli untuk memahami perintah Allah dalam Hadith Hadith Qudsi : Awaluddin Makrifatullah / Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad Dengan mengupas sedalam-dalamnya petunjuk Allah melalui Hadith Qudsi : Alinsanu Sirri Wa Ana Sirruhu. Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu. Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu. Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan. Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya. Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI. Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ? Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali

Tumpukan Debu . ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ? Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!. Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA. Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah. Yang boleh dijadikan petunjuk ialah, pencarian Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga. Ianya tidak dapat ditemui melalui amalan amalan zahir sebab yang dicari itu berbentuk BATIN. Maka rujuklah petunjuk Allah berkaitan PANDANGAN BATIN ini. Penulis hanya mencadangkan kepada pembaca, teruslah membaca tulisan ini, mudahmudahan anda akan menemui jawapan yang langsung atau tidak langsung kerana penulis pada hakikatnya tidak menulis. Yang menulis itu ialah DIA. Hanya DIA sahajalah yang dapat memberi jawapan kepada anda melalui sandaran sandarannya yaitu manusia. Tanyakanlah soalan ini kepada guru guru manusia anda. Mudah-mudahan anda sampai kepada apa yang penulis sebut sebagai THE ULTIMATE OBJECTIVE atau MATLAMAT AKHIR YANG PASTI. Dari segi yang lain pula anda hendaklah berani MENGAKU dan MENYATAKAN bahawa DIRI HAKIKI anda itu ialah ALLAH, Tuhan yang anda cari cari. Tuhan yang meliputi Diri anda sebagai manusia, Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Menghidupkan anda. Setelah mengaku maka anda hendaklah pula MEMBUAT PENYERAHAN dan yakinlah bahawa DIRI anda sendiri akan membawa anda BERTEMU denganNya dan bertemu dengan ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM di Negeri Asal anda yaitu di ALAM LAHUT. Sekian buat seketika berkaitan Tuhan. Perbincangan seterusnya berkaitan Tuhan dari segi pandangan Ilmu Hakikat akan disentuh dalam bab bab lain Risalah ini. Maka teruskan membaca.

BAB SEMBILAN TAUHID HAKIKAT TAUHID , IMAN , TASDIQ & IQTIKAD

TAUHID itu berkaitan dengan apa yang dikatakan PERCAYA dan KEPERCAYAAN. PERCAYA PERCAYA maksudnya mengakui benar atau kebenaran sesuatu perkara atau sesuatu hal itu termasuk mengakui benar akan perkara perkara yang tidak benar atau perkara perkara yang hanya dianggap sebagai benar. Contohnya mempercayai bahawa jin itu bertanduk sedangkan orang yang percaya itu belum pernah melihat jin. Itulah yang dikatakan KEPERCAYAAN. Bila sesuatu perkara itu akhirnya dibuktikan tidak benar maka dikatakanlah sebagai TIDAK LAGI PERCAYA. PERCAYA TAHAP TINGGI IMAN & TAUHID Oleh kerana banyak sangat yang dipercayai oleh manusia itu termasuk perkara perkara yng tidak benar dan yang diragui kebenarannya, maka diadakan perkataan perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama dengan maksud PERCAYA itu khasnya yang berkaitan dengan perkara perkara yang manusia anggap sebagai SUCI. Dalam hal ini ianya tidak lagi termasuk perkara perkara yang dianggap benar. Semua yang dipercayai berkaitan yang suci itu diakui kebenarannya secara sepenuhnya. Pengakuan akan kebenaran kebenaran ini telah NAIK TAHAPNYA dan disebut sebagai IMAN & TAUHID. IMAN Perkataan IMAN itu digunakan untuk menjelaskan apa apa yang diakui benar berkaitan HAL HAL KEAGAMAAN. Iman juga disebut sebagai YAKIN dan KEYAKINAN. Selalunya ianya berkaitan dengan perkara perkara YANG GHAIB . GHAIB maknanya perkara perkara itu dirasakan WUJUDNYA tetapi tidak dapat dilihat akan ADA-NYA atau KEWUJUDANNYA. Adanya diketahui dan dirasakan berkaitan dengan kesan kesan adanya sesuatu perkara itu. Kesan kesan itu tidaklah lagi ghaib tetapi boleh dilihat akan adanya dengan mata kepala atau dirasakan oleh lain lain pancaindera..

Perkara perkara pokok berkaitan dengan apa yang diakui benar dalam satu satu agama itu dikumpulkan dalam satu BAB dan bila telah dikumpulkan disebut sebagai RUKUN atau COMMANDMENTS. Didalam Islam ada 6 perkara perkara ghaib yang diakui benar oleh penganutnya. Keenam-enam perkara ini semuanya ghaib. Walaupun sasaorang muslim itu tidak pernah melihat akan keenam enam perkara ghaib itu, dia percaya akan wujudnya serta mengakui perkara itu benar dan sah kebenarannya. Ini dipanggil oleh orang Islam sebagai RUKUN IMAN. TAUHID TAUHID adalah percaya berkaitan satu hal sahaja iaitu Percaya Kepada Wujudnya Tuhan dan kepada semua perkara perkara yang berkaitan dengan Tuhan itu. Ianya berbeza dengan percaya kerana kepercayaan yang ini adalah kepercayaan yang penuh tanpa ada belah-bahaginya sedikitpun. Maksudnya tiada langsung unsur unsur tidak percaya. Maka disebutlah sebagai PERCAYA PENUH. Bila penuh tiada sedikitpun ruang yang berbaki untuk diisi lagi. Jika ditambah lagi ianya tumpah untuk mengekalkan kepenuhan itu. Jadi ianya tetap penuh iaitu penuh yang kekal. Tidak akan ada kurangnya dalam apa apa pun keadaan. Sebenarnya TAUHID itu lebeh khusus dari apa yang dikatakan diatas kerana ianya berasal dari perkataan AHAD. Ahad dalam Bahasa Melayu diertikan sebagai SATU. Maka hari yang pertama dalam seminggu itu disebut sebagai HARI AHAD. Kalau dihalusi Hari Ahad itu bukanlah satu tetapi meliputi waktu 24 jam atau 1,440 minit atau 86,400 saat. Jika kurang dari 24 jam tidaklah dikatakan satu hari dan kalau 12 jam sahaja dikatakan sebagai setengah hari. Yang demikian yang dikatakan satu hari itu MELIPUTI 24 jam atau 1,440 minit atau 86,400 saat. Begitu jugalah halnya dengan TAUHID. Ianya bukan percaya kepada Tuhan Yang Satu tetapi mempercayai akan TUHAN YANG MELIPUTI iaitu TUHAN YANG ESA. Atau kita katakan bahawa TAUHID itu mempercayai dengan ertikata PERCAYA SEPENUHNYA berkaitan KE-ESAAN ALLAH. Hanya dalam agama Islam sahaja ada perkara dan perkataan TAUHID. Dalam agama lain tidak ada. Ini adalah kerana mereka percaya kepada tuhan tuhan yang banyak. Yang demikian TAUHID itu ialah MENG-ESAKAN ALLAH bukan mempercayai Tuhan itu SATU. Apakah erti sebenar MENG-ESAKAN ALLAH itu ? Pesanan kepada pembaca.

Apa yang ditulis dalam entri ini merupakan fahaman dan pandangan peribadi penulis asal Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat. Apakah Hakikat Anda Itu ? karangan Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi. Pembaca tidak seharusnya percaya atau mempercayainya tanpa mengkaji dan menghalusinya terlebih dahulu. Pembaca adalah dialu-alukan memberi pendapat, komen dan kritikan mengemukakan pertanyaan untuk disampaikan kepada penulis asal manuskrip ini. TASDIQ & IQTIKAD. TASDIQ itu berkaitan dengan percaya kepada apa yang difahami. Percaya ini tahapnya percaya penuh, tidak ada langsung belah bahaginya. Oleh kerana ianya berkaitan dengan apa yang difahamkan maka ada banyak kes yang ditasdiqkan itu tidak merangkumi maksud sebenar atau maksud sepenuhnya sesuatu yang hendak dipercayai itu kerana orang yang bertasdiq itu tidak faham atau kurang faham atau berbeza fahaman mengenai apa yang dipercayainya itu. Perkara yang difahami dan dipercayai itu atau apa apa yang hendak ditasdiqkan itu dikatakan sebagai IQTIKAD. Maka walaupun umat Islam yang satu itu BERIMAN kepada Tuhan Yang Esa iaitu Allah, Iqtikad mereka berbeza-beza. Maka wujudlah Iqtikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, Iqtikad Syattariah, Syiah dan sebagainya. Dalam hal kita, Iqtikad kita ialah IQTIKAD ORANG HAKIKAT. Kalau kita mengaku beriqtikadkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah maka ianya bukanlah Iqtikad Ilmu Hakikat. Ianya Iqtikad orang Syariat atau orang Feqah. Ini adalah kerana kedua golongan itu berbeza pendapat dan fahaman dalam beberapa perkara. Masing-masing mengatakan bahawa apa yang mereka faham itulah yang betul dan benar. Ahli Sunnah mengatakan orang Hakikat itu orang yang bukan sahaja SESAT tetapi MENYESATKAN orang lain. Manakala orang Hakikat pula mengatakan bahawa orang Ahli Sunnah itu TIDAK SESAT tetapi merupakan orang orang yang belum sampai lagi meningkat pemahamannya berkaitan perkara perkara dimana mereka berbeza pendapat itu. atau

BAB SEPULUH BEBERAPA PERBEZAAN FAHAMAN ANTARA ILMU FEQAH & ILMU HAKIKAT
a. Berkaitan Kejadian Manusia Dengan Perentah KUN.
Pendapat & Fahaman Ahli Sunnah ( ASWJ ) Ahli Sunnah berpendapat bahawa sebelum dijadikan manusia itu ADOM atau tidak ada. Allah menjadikan manusia itu dengan perentah KUN maka jadilah manusia itu sebagai manusia. Yang demikian manusia itu bersifat BAHARU iaitu YANG DIJADIKAN. Seterusnya jadilah manusia itu HAMBA atau ABID atau YANG MENYEMBAH manakala Allah itu Khaliknya iaitu YANG DISEMBAH. Pendapat & Fahaman Ahli Hakikat. Manusia itu ada bersama Allah sejak azali iaitu dalam ILMU Allah. Oleh itu manusia itu TIDAK DIJADIKAN dan seterusnya BUKAN BERSIFAT BAHARU. Hujah mereka : Bagaimanakah ( benda ) yang tidak ada ( seperti fahaman ASWJ ) boleh menerima perentah KUN ? Pada Ahli hakikat, manusia itu merupakan Penampakan ( Tajalli ) Lahir Allah didunia ini. Manusia pada hakikatnya tidak wujud. Yang Wujud Hanya Allah. Oleh itu pada hakikatnya tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah. Segala perintah Allah adalah ibadah iaitu diam dan gerak manusia itu disebut sebagai Afal Allah atau Perbuatan Allah. Tiada langsung perbuatan manusia itu.

b.

Berkaitan Perbuatan Manusia


Ahli Sunnah Semua perbuatan manusia itu telah ditentukan Allah tetapi manusia itu ada usaha dan ikhtiarnya. Tetapi hasil usaha dan ikhtiar itu juga telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Oleh itu manusia tidak boleh mengsabitkan hasil usaha dan ikhtiarnya itu kepada dirinya. Wajiblah disabitkan kepada Allah jua.

Ahli Hakikat Tiada perbuatan manusia itu. Segala-galanya adalah Perbuatan atau Afal Allah belaka. Manusia itu hanya merupakan SANDARAN atau ALAT bagi Allah menunjukkan AfalNya. Contohnya dalam kerja menulis, bukan pen yang menulis tetapi Penulislah yang menulis. Pen hanya alat untuk menulis. Iqtikad ini disebut sebagai Iqtikad Ahli Hakikat atau Iqtikad Ahli Kasyaf.

BAB SEBELAS TAHAP TAHAP IMAN

Iman sasaorang muslim itu bertingkat-tingkat mengikut 4 perkara :-

1 2 3. 4.

Mengikut cara ianya memperolehi Iman itu Mengikut apa yang di-iqtikadkannya atau apa yang difahaminya berkaitan perkara perkara yang diimaninya itu. Mengikut pengertian Iman yang dijelaskan Allah didalam Al-Quran Mengikut apa yang ditasdiqkannya dalam Kalimah Syahadahnya.

MENGIKUT CARA IA MEMPEROLEHI IMAN ITU Kepercayaan yang dikatakan Iman itu diperolehi oleh sasaorang itu dengan berbagai cara. a. Keturunil / Ikutil Iman Pertamanya oleh faktor keturunan dan faktor persekitarannya. Oleh kerana ibu bapanya orang Islam, maka secara otomatik dia percaya kepada kepercayaan kedua ibu bapanya itu. Ini disebut sebagai Keturunil Iman. Yang demikian dia mengikut Iman kedua ibubapanya dan masyarakatnya. Jadi dikatakanlah sebagai IKUTIL IMAN yang sama tarafnya dengan KETURUNIL IMAN. b. Ilmu Iman Keduanya apabila disekolah dia diajarkan oleh uztaz / guru tentang apa yang diimankannya itu. Iman yang diperolehi dengan belajar ini disebut sebagai ILMU IMAN. c. Nurul Iman Seterusnya jika dia mempelajari sendiri dengan secara mendalam akan apa yang diimaninya itu, Allah akan memberikan kepadanya pengetahuan secara terus yang dia sedari atau tidak sedari akan pengertian pengertian yang lebih

mendalam tentang perkara perkara yang diimaninya itu. Ini disebut sebagai NURUL IMAN. d. Haqqul Iman Sekiranya sasaorang itu atas Kehendak Allah jua mempelajari dengan lebih mendalam akan agamanya dengan menggali ilmu dari Kitab Sucinya biasanya dia akan mendapat ilmu yang lebih halus berkaitan DIRInya dan TUHANnya. Lantas pemahamannya menjadi berbeza dengan apa yang difahamkannya pada peringkat awal atau sebelumnya. Maka jelas kepadanya siapakah DIRInya dan siapakah TUHANnya. Maka berpegang teguhlah ia pada iman itu. Dia sekarang sedar bahawa TIDAK ADA YANG WUJUD di-alam semesta ini dan juga di-dalam jasad dan dirinya sebagai manusia, melainkan Tuhannya iaitu Allah SWT semata-mata. Iman yang sebegini disebut sebagai HAQQUL IMAN.

MENGIKUT APA YANG DITASHDIQKAN DI-DALAM HATINYA BEKAITAN RUKUN IMAN. Apa yang ditashdiqkan dihati berkaitan Tuhan , Malaikat, Rasul Rasul, Kitab Kitab, Hari Kiamat dan Qada & Qadar tertakluk kepada dalamnya ilmu dan pemahaman sasaorang itu. Jika didalami ilmu pengetahuan mengenainya maka pemahaman akan menjadi luas dan mendalam dan akan bertingkat naiklah IMAN sasaorang itu seperti dinyatakan sebelum ini. Sebagai saorang muslim, sekiranya apa apa yang dipercayai oleh sasaorang itu TIDAK BERTENTANGAN dengan PENGERTIAN UMUM RUKUN IMAN, maka tidaklah ada apa apa yang salah. Tahap tahap iman yang disebut diatas Cuma merupakan peningkatan ilmu yang menghasilkan peningkatan keimanan sasaorang itu.

MENGIKUT DEFINASI IMAN YANG DITERANGKAN OLEH ALLAH DI-DALAM AL-QURAN. Di-dalam Al-Quran, Allah meng-ertikan orang orang yang beriman itu seperti dijelaskan dibawah :Pertama

Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada adanya Hari Akhirat. Kedua Orang orang yang beriman itu merupakan orang orang yang TIDAK BIMBANG berkurangan PAHALA dan tidak pula TAKUT bertambah dosa. Ketiga Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH JIWANYA. Jika ingin mengetahui akan definasi Allah berkaitan orang yang tidak beriman, maka TERBALIKKANLAH ayat ayat tersebut. Berdalilkan ayat ayat Al-Quran diatas, adalah jelas bahawa mengikut Allah IMAN itu BERTINGKAT NAIK.

MENGIKUT TASHDIQ KALIMAH SYAHADAH. Akan dijelas apabila membincangkan Tahap Tahap TAUHID.

TAHAP TAHAP TAUHID TAUHID itu merupakan kepercayaan sasaorang muslim itu tentang Tuhannya iaitu Allah SWT. Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap tahap tauhid sasaorang itu. Saperti Iman, tauhid juga bertingkat tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh sasaorang itu. Ianya berkaitan rapat dengan apa yang ditashdiqkan oleh sasaorang itu apabila mengucap Dua Kalimah Syahadah. Apa yang diyakini hasil pemahaman akan intipati kandungan Kalimah Syahadah itu disebut sebagai IQTIKAD. Adalah jelas IQTIKAD itu ialah hasil atau buah kepada pemahaman sasaorang itu tentang KALIMAH SYAHADAH-nya dan juga tentang Tuhannya. Dalam atau bertambah ilmunya maka meningkatlah TAUHIDnya. Jika sasaorang itu berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja, maka akan kekallah ia pada TAUHID ASAS. Ini disebut sebagai TAUHID ORANG AWAM.

Dalam hal ini seperti Iman juga tiada yang salah. Ianya tahap atau tingkat tingkat sahaja. Walaupun sasaorang itu berusaha untuk mendalami ilmu agamanya, penentuan segalagalanya ada pada Allah jua. Maka dikatakanlah bahawa tingkatan tingkatan itu merupakan ANUGERAH ALLAH atau KETENTUAN ALLAH.

TAUHID ASAS. Jika sasaorang bukan Islam mengucapkan Dua Kalimah Syahadah maka tidaklah boleh dikatakan ia orang kafir, kerana kita tidak tahu apa yang ditashdiqkan olehnya didalam hatinya. Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.

TAUHID ORANG AWAM / AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Jika sasaorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, maka tauhid sebegini disebut sebagai Tauhid Orang Awam. Orang pada tingkat ini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya. Maka berimanlah ia bahawa manusia itu ialah manusia manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal itu membawa erti orang awam yang ramai itu. Ianya juga disebut sebagai Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.

TAUHID ORANG KHUSUS / KHAWAS Orang orang pada tahap ini disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI & ISBAT. Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah semata-mata. Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu ( nyawa / ruh ) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( jasad / badan ) Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH. Seperti yang disebut diatas yang bersuara itu ialah Nyawa atau Ruh ( Nur Muhammad ) dan saksinya ialah Jasad atau Badan. ( yang menyampaikan suara )

Tauhid sebegini diibaratkan sebagai isi kelapa oleh Imam Ghazali. Orang orang pada peringkat ini beriman bahawa manusia itu tidak mempunyai apa apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka. Maka segala perbuatan anggotanya pada hakikatnya adalah AFAL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya. Tauhid pada peringkat ini juga disebut sebagai TAUHID AFAL. Ianya Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.

TAUHID ORANG KHUSUS AL KHUSUS Tauhid yang sebegini ialah Tauhid Peringkat Tertinggi atau Tauhid Orang Khusus AlKhusus. Orang orang pada peringkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam mayapada ini. YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasaufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasaufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahawa anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini. Tauhid peringkat ini disebut juga sebagai TAUHID ZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma & Afal. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu.

NAFI & ISBAT

Dari penjelasan berkaitan tahap tahap Iman & Tauhid diatas, kita merumuskan bahawa yang membezakan tauhid antara orang awam dan orang khusus itu ialah berkaitan perkara NAFI & ISBAT. NAFI maksudnya menafi atau menidakkan manakala ISBAT itu maksudnya meng-iyakan atau mensabitkan. Dalam Tauhid maksud Nafi & Isbat ada tiga peringkat :Pertama Menafikan Jasad dan mengisbatkan Nyawa Kedua Menafikan Nyawa dan mengisbatkan Zat Allah. Ketiga Tiada Nafi Tiada Isbat. Maksudnya yang dinafikan itulah yang diisbatkan dan yang diisbatkan itulah yang dinafikan. Yang dinafikan dan yang diisbatkan itu berkaitan dengan Zat, Sifat, Asma & Afal Allah. Perkara nafi isbat ini akhirnya menjurus kepada hubungan makna antara Hakikat Manusia & Hakikat Allah itu sendiri. Untuk memahami Nafi & Isbat sasaorang itu wajiblah menghalusi Sifat Sifat 20 Allah yang sewajarnya dia tahu dan faham jika mengaku beragama Islam dan bertuhankan Allah SWT. Wajiblah dia tahu dan faham apakah yang dikatakan Sifat Maani, Sifat Maknuyah, Sifat Napsiah & Sifat Salbiah. Seterusnya hendaklah dia dapat mengaitkan dan memahami kaitan Sifat Sifat 20 Allah itu dengan DIRI-nya baik berkaitan jasadnya mahupun nyawanya. Akhirnya pemahamannya Mengenai Sifat Sifat 20 Allah itu dan kaitan dengan dirinya akan meningkatkan tahap Tauhidnya bermula dari Tauhid Orang Awam meningkat ke Tauhid Orang Khusus dan seterusnya kepada Tauhid Khusus Al-Khusus. Perlu juga diingatkan disini bahawa mahasuci Allah dari hanya memilikki 20 Sifat sahaja. Sifat Sifat Allah itu terlalu banyak untuk diketahui manusia. Yang wajib saorang Islam itu tahu hanya 20 . Itulah maksudnya. Ini adalah kerana otak manusia itu iaitu akal dan ingatannya terhad. Yang menghadkan ialah Allah.

BAB DUA BELAS WUJUD ADOM RUH Dari ilmu Muhyiddin Ibnu Arabi

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah , Cubalah renungkan pendapat Syaikh Muhyiddin Ibnu Arabi mengenai WUJUD ADOM & RUH. Apa yang ditulis didalam ruangan ini asasnya ialah ajaran WAHDATUL WUJUD Ibnu Arabi yang dikembangkan oleh ulamak ulamak Nusantara saperti Hamzah Fansuri, Syamsudin Al-Sumaterai, Abdus Samad Palimbani, Syeik Daud Pattani, Tok Kenali dan ramai lagi. Berkaitan Ibnu Arabi, sejak zamannya hingga kini ada dua pendapat mengenai beliau pertama orang yang menuduhnya sebagai ZINDIK yang kebanyakannya merupakan orang Feqah, kedua mereka yang mengatakan Syeikh ini sebagai Wali Allah Yang Agung. Tetapi sekiranya Qutubul Aulia Syeikh Abdul Qadir Jailani menerima dan mempersetujui pendapat dan pandangan Ibnu Arabi..maka siapalah kita. Kadang kadang, saya pelik juga tentang hal kucing kucing kurap yang mengiyau-ngiyau ditengah malam cuba mengaum seperti harimau. Pecah anak tekak baru tau. Selamat membaca. Fakir Abdillah.

WUJUD MUTLAK Yang wujud mutlak itu jauh lebih tinggi dari jangkauan wujud atau kenyataan hingga tidak dapat diceritakan. DIA Maha Esa dan tidak batas / sempadan, tidak berbentuk dan tidak dapat dikualitikan. PUSAT-nya dimana mana dan sempadannya tidak diketahui. Kita hanya tahu DIA ada, itu sahaja. DIA ialah Allah. Firman Allah didalam Al-Ikhlas : Allah Hu SAMAD : KepadaNyalah bertumpu segala-galanya. MutlakNya pun tidak dapat diceritakan. Dia sangat SUCI dan tidak dapat langsung diketahui. Ia cukup sendiri dan berdiri sendiri, bercakap sendiri, melihat sendiri dan sebagainya. Tidak ada yang lain ( ghayr ) kecuali DIA.

RUH RUH itu keluar atau terbit dari YANG MUTLAK. Ibarat cakap keluar dari orang yang bercakap atau ibarat cahaya terbit dari matahari. Ruhlah merupakan TAJALLI pertama dari Yang Mutlak. Ia dipanggil KALAM. Ruh itu ghaib atau tidak dapat dilihat dengan mata kepala / mata kasar. Ia diketahui wujudnya melalui kesannya. Oleh itu Tajalli Kedua ialah Tempat Kesan itu terzahir iaitu Jasad / Tubuh. Jika tidak ada HAWA kesan ADAM pun tidak ada.

Ruh ada 2 jenis : pertama RUH SEMESTA atau RUH SEJAGAT, kedua ialah RUH INDIVIDU. Ruh Semesta ialah NASKAH bakat bakat semua perkara yang tidak berubah-ubah. Ruh Individu ialah Ruh Persaorangan. Tiap tiap badan fizikal ada ruhnya sendiri. Matahari , bulan, bintang, bumi dan lain lain badan mempunyai ruh masing masing. Didalam agama ruh digelar sebagai MALAIKAT.

WUJUD & ADOM WUJUD dan ADOM ( Tiada ) bukanlah tambahan kepada MAUJUD ( sesuatu yang wujud ) dan MADUM ( sesuatu yang tidak ada ). Wujud & Adom adalah maujud dan madum itu sendiri. Tiap tiap yang maujud ( yang ada ) mempunyai 4 jenis wujud melainkan Wujud Allah mempunyai 3 jenis sahaja. Pertama Wujud dalam Ain atau Za Kedua Wujud dalam Ilmu Ketiga Wujud dalam Perkataa Keempat Wujud dalam Tulisan Allah pula tidak boleh wujud dalam Ilmu kita. Pengetahuan kita tentangNya ialah TIDAK TAHU. Jadi bagaimana caranya kita hendak MENGENAL ALLAH ?

BAB TIGA BELAS RUKUN IMAN & SIFAT 20 ALLAH Dari kacamata Ilmu Hakikat

RUKUN IMAN 6 PERKARA GHAIB 1 Percaya Kepada Allah Tuhan Yang Esa. 2 Percaya Kepada Malaikat Yang Ghaib 3 Percaya Kepada Rasul Rasul Allah Yang Semuanya Telah Wafat 4 Percaya Kepada Kitab Kitab Allah 5 Percaya Kepada Hari Akhirat 6 Percaya Kepada Qada & Qadar Allah ERTI IMAN Kepercayaan atau Keyakinan FAHAMAN ISLAM Keyakinan pada Yang Ghaib, yang tidak terlihat oleh mata kepala dan lain lain pancaindera tetapi dirasakan kewujudannya pada hati. HUKUM Wajib percaya kepada Yang Ghaib walaupun ada kalanya akal tidak dapat menerimanya. Hukum akal terhapus oleh kepercayaan yang berlandaskan agama berdasarkan dalil dalil. TAHAP IMAN MENGIKUT IMAM GHAZALI 1 Iman satelah mendengar Iman Biasa 2 Iman dengan ilmu Ilmuiman 3 Iman dengan petunjuk Nuruliman 4 Iman dengan haq Haqqulyakin

BAB 14 RUKUN IMAN YANG PETAMA PERCAYA KEPADA ALLAH / AMANTUBILLAH

Kita wajib percaya akan adanya Tuhan yang mencipta kita dan alam serba ganda ini. Dia jugalah PEMERENTAH segala yang diwujudkannya. Sebagai saorang muslim sudah pasti kita semua sudah belajar mengenai hal ini. Macam macam telah diajar oleh guru tentang bukti bukti wujudnya Allah. Antaranya ialah mengetahui akan 20 Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu mengenai Allah Tuhan kita itu. Kita juga disyorkan mengetahui dan faham akan 99 Nama Nama Allah atau apa yang dipanggil sebagai Asmaul Husna. Fakir tersangatlah sedih kerana dalam banyak perbualan Fakir dengan anak anak muda sekarang ini, peratusan yang tidak tahu akan Sifat Sifat 20 Allah sangat tinggi. Ramai yang tidak tahu langsung tentang apa yang dikatakan Sifat MAANI & MAKNUYAH Allah. Guru guru kita yang syarie telah menghuraikan Sifat 20 Allah dengan dalil dalil Aqli & Naqli dan mengupas Sifat 20 ini dengan mendalam dimana Sifat 20 itu dibahagikan kepada kumpulan kumpulan berdasarkan maana, ciri dan nilai nilainya.

a.

Sifat Sifat NAPSIAH - 1 Wujud 1 sahaja

b. 1 2. 3. 4. 5.

Sifat Sifat SALBIAH - 5 Kidam Baqa MukhalafatuhuTaala Lil Hawadith / MLH Kiyamuhu Binafsihi / KTB Wahdaniat

c.

Sifat Sifat MAANI 7 Kesemuanya yakni :-

1 2 3. 4. 5. 6. 7.

Hayat Basar Kalam Kudrat Ilmu Sama Iradat

Sifat Sifat MAKNUYAH 7 semuanya. 1. 2. 3. 4. 5 6 7 Kaunuhu Hayyun Kaunuhu Basirun Kaunuhu Mutakallimun Kaunuhu Qadirun Kaunuhu Alimun Kaunuhu Samiun Kaunuhu Muridun

MAKSUD SIFAT SIFAT 20 ALLAH YANG WAJIB KITA TAHU

SIFAT WUJUD KIDAM BAQA MLH KTB WAHDANIAT HAYAT KUDRAT IRADAT ILMU SAMA BASAR KALAM K. HAYYUN K. QADIRUN K. MURIDUN

TERJEMAHAN Ada Sedia Kekal Bersalahan Berdiri Dengan SendiriNya Esa Hidup Berkuasa Berkehendak Mengetahui Mendengar Berkata-kata Maha Hidup Berkuasa

MAKSUDNYA Allah Itu Pasti Ada Allah Itu Pasti Sedia Allah Kekal Makhluk Binasa Tiada Yang Menyerupai Allah Allah Berdiri Dengan SendiriNya Tidak Memerlukan Bantuan Sesiap ESA bukan SATU ..tetapi SATU YANG MELIPUTI Allah Tidak Berbilang. Satu ialah bilangan Allah Hidup Dengan SendiriNya. Tiada Yang MenghidupkanNya Allah Itu Berkuasa Allah Itu Berkehendak Allah Itu Mengetahui akan segala-galanya Allah SWT itu mendengar akan segala-galanya Melihat Allah itu melihat Allah SWT berkata-kata Allah Taala itu Maha Hidup Sentiasa Hidup Tiada Akan Mati Kuasa Allah SWT Itu Mutlak Tiada Batasan Ia Berkuasa Atas Segala Sesuatu Allah SWT Itu Maha Berkehendak. Kehendaknya Mutlak Allah Itu Maha Berkata-kata Dalam Semua Bahasa Dan Berkata-kata Tanpa Huruf & Tanpa Suara

Maha Berkehendak K. Maha MUTAKALLIMUN Berkata-kata

K = Kaunuhu = Kaunuhu itu menjelaskan hal keadaan Sifat Sifat MAANI Allah. SIFAT 20 ALLAH BOLEH JUGA DILIHAT SEPERTI BERIKUT :WAJIB ada 20 MUSTAHIL ada 20 HARUS ada 01

SIFAT ISTIKHNA ada 11 Wujud / Kidam / Baqa / MTLHD / KTB / Sama / Basar / Mutakallimun / Basirun / Kalam / Samiun

SIFAT IFTHIKAL ada 09 Wahdaniat / Kudrat / Iradat / Ilmu / Hayat / Qadirun / Hayyun / Alimun / Muridun

BAB 15 RUKUN IMAN YANG KEDUA - PERCAYA KPD MALAIKAT...dari kacamata Ilmu Hakikat

Wajib kita percaya kepada wujudnya Malaikat iaitu makhluk Allah yang dicipta dari Cahaya / Nur ghaib dari pandangan mata kepala. Allah ciptakan Malaikat semata-mata untuk menjalankan Titah Perentah Allah. Antara TitahNya ialah menjaga dan mengiringi manusia. Terdapat kitab kitab Feqah yang menggambarkan Malaikat sebagai makhluk yang menggerunkan lebih lebih lagi Malaikat Maut. Janganlah kita susah hati kerana kita ini diciptakan Allah sesifat malaikat. Cerita ini terdapat dalam cerita penciptaan Nabi Allah Adam. Oleh itu yakinlah kita bahawa oleh kerana kita ini dicipta sesifat Malaikat, maka rupa malaikat itu serupa dengan rupa kita juga. Malaikat itu sebenarnya ialah KEMBAR DIRI BATIN kita. Tugasnya menjaga diri kita. Petunjuknya ialah bayang bayang diri zahir kita. Kemana sahaja kita pergi atas kerelaan atau terpaksa malaikat tetap bersama kita kerana menunaikan Perentah Allah. Kita berlari ia berlari, kita tidur ia berjaga, menjaga kita sambil bertasbih kepada Allah. Hendaklah juga kita yakin bahawa malaikatlah yang bertemu Allah memohon Taufik & Hidayah untuk diri zahir kita. Oleh kerana itulah Allah mewajibkan kita melalui Rukun Iman BERIMAN kepada malaikat dan bukannya TAKUT kepada malaikat.kerana tanpa malaikat kita tidak dapat zahir seperti yang ada kini. Dalil Naqli :Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya dibelakangnya. Mereka menjaganya atas Perintah Allah. bergiliran dimuka dan

BAB 16 RUKUN IMAN YANG KETIGA PERCAYA KEPADA KITAB ALLAHWa Kutubihi Dari kacamata Ilmu Hakikat

Ingatlah kepada ajaran guru kita mengenai kitab kitab yang telah diturunkan Allah kepada manusia melalui Rasul RasulNya yang wajib kita yakini selain dari Kitab AlQuran. Perbincangan kita disini hanya tertumpu kepada Kitab AlQuran. Al-Quran Yang Zahir adalah PEDOMAN kepada kita semua. Pedoman ini pula mengikut fahaman masing masing. Lihat contoh dibawah :-

Cerita didalam Al-Quran :Pada Ilmu Syariat ialah untuk memahami sejarah khususnya sejarah Nabi Nabi & Rasul Rasul. Pada Ilmu Tarikat pula cerita cerita itu menganjurkan agar kita mengikuti sejarah rasul rasul. Pada Ilmu Hakikat kita hendaklah mengambil iqtibar rasul rasul untuk panduan hidup Pada Ilmu Makrifat tumpuan ialah mengenal apa yang dikatakan Rasul itu.

Hukum Hukum Di-Dalam Al-Quran.


Pada Ilmu Syariat ianya bermaksud melaksanakan hukum hukum itu. Pada Ilmu Tariqat ianya bermaksud menguatkan hokum Manakala pada Ilmu Hakikat pula tumpuan ialah Mengenal Yang Menghukum Pada Ilmu Makrifat ianya bermaksud Dunia Sahir dan Akhirat

Tertib.
Orang Syariat memahamkannya sebagai membaca dengan tertib Orang Tariqat memahaminya sebagai mensucikan hati Orang Hakikat pula memahamkannya sebagai adab

Manakala dari segi Ilmu Makrifat ianya dimaksudkan sebagai Loh & Kalam

Pengertian..
Bagi orang Syariat ia bermakna menterjemahkan kepada pelbagai bahasa supaya dapat difahami. Pada orang Tariqat ianya difahamkan bahawa Al-Quran perlulah diterjemah melalui murshid. Pada orang Hakikat pula pengertiannya ialah memahami satu persatu. Manakala dari segi Ilmu Makrifat maksudnya ialah Diri Manusia.

Pembacaan.
Pada orang Syariat ianya bermaksud tilawah. Pada orang Tariqat ianya diertikan sebagai dakwah dan tabligh. Pada orang Hakikat maksudnya ialah Iqtikad Diri. Pada orang Makrifat maksudnya ialah Kitabullah.

AL-QURAN BATIN.
Hanya orang yang berpegang kepada Ilmu Tasauf sahaja membicarakan tentang AlQuran Batin. Pada orang yang hanya belajar Ilmu Syariat , ianya satu BIDAH. Didalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bahawa setiap benda yang diciptakanNya, diciptakan secara berpasangan. Contohnya ada lahir ada yang ghaib, ada yang zahir ada yang batin, ada lelaki ada perempuan, ada Adam ada Hawa, ada Zat pasangannya Sifat. Ada Baitullah pasangannya ialah Baitillah. Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin kerana tanpa batin maka yang zahir tidak akan dapat wujud atau nyata. MANA DIA AL-QURAN BATIN / AL-FURQAN ? Al-Quran ialah Firman Allah disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrael, kemudian dikumpul oleh para sahabat menjadi 30 juz terdiri dari 6,666

ayat,kemudiannya dicetak. Sekarang ini terdapat dirumah anda. Ini dikenali sebagai AlQuran Zahir. Dimana pula Al-Furqan ? Tentulah ianya ghaib dan tidak dapat ditunjukkan secara nyata. Untuk mengetahui Yang Batin kenalah merujuk pada yang zahir. Sila anda rujuk kepada awal awal Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah iaitu ALIF LAM MIN. ALIF = Allah LAM = Jibrael MIM = Muhammad Allah Berfirman kepada Jibrael, Jibrael sampaikan kepada Muhammad Penyampaian ayat ayat Allah dinamakan RASUL. Perhatikan huruf huruf LAM & MIM bersambung erat membawa makna tentang hubungan Malaikat & Muhammad kekal selama-lamanya diatas Kehendak ALIF iaitu Allah.

Pengertian Ilmu Hakikat ialah :Yang sebenar-benarnya dikatakan Al-Furqan itu ialah DIRI BATIN MANUSIA iaitu RUH yang bernama MUHAMMAD MUSTAFA RASULLULLAH yakni RUHUL QUDDUS. Makam Rohul Quddus ialah di JANTUNG manusia dikenali sebagai QALBU MUKMIN BAITILLAH iaitu pasangan kepada KAABAH zahir di Makkah. Ada juga ahli sufi yang mengatakan Al-Quran itu adalah Kata Kata Allah manakala AlFurqan itu ialah Allah Berkata-kata

BAB 17 RUKUN IMAN YANG KEEMPAT BERIMAN KEPADA RASUL.Warasulihi.. dari kacamata Ilmu Hakikat.
Rasul adalah perkataan Arab. Makna didalam Bahasa Melayu ialah PENYAMPAI atau menyampaikan. Pengertian rasul dari Ilmu Syariat anda sudah sedia maklum iaitu kita wajib percaya bahawa ada 25 Rasul Rasul bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi & Rasul terakhir Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah berbangsa Arab, dari kaum Quraisy keturunan Bani Hashim. Baginda telahpun wafat. Tiada saorang pun manusia yang ada dimuka bumi sekarang ini boleh menggambarkan baginda secara jelas. Nabi Muhammad adalah saorang manusia seperti kita juga. Oleh itu baginda dirujuk sebagai RASUL ZAHIR. RASUL BATIN pula ialah Nabi Muhammad Mustaffa Rasullulah kekal selama-lamanya menjalankan Perintah Allah dan kekal bersama anda selagi anda masih hidup. Dialah sebenarnya yang menghidupkan anda. Apabila baginda pergi anda akan mati..ya pasti mati. Apabila kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad Mustaffa, maka terbukalah hijab alam ini. Yang menyampaikan segala Rahsia Allah ialah rasul. Dialah Nyawa anda. Perkara ini akan dijelaskan lagi apabila kita membincangkan RUKUN ISLAM nanti khususnya apabila membicarakan KALIMAH RASUL dalam Dua Kalimah Syahadah. Dalil Naqli :Tiap tiap umat itu mempunyai Rasulnya sendiri. Telah datang kepadamu saorang Rasul dari kaum-mu sendiri. Pernahkah anda mendengar saorang kaum Melayu diutuskan sebagai Rasul ?

BAB 18 RUKUN IMAN YANG KELIMA PERCAYA KEPADA DATANGNYA HARI KIAMAT Dari kacamata Ilmu Hakikat
Yang dikatakan Hari Kiamat itu ialah HARI AKHIR ZAMAN. Wajib juga kita percaya bahawa kita yang bernyawa ini akan menemui KEMATIAN & PEMBALASAN. Al-Quran tidak menyatakan dengan jelas tentang MASANYA berlakunya HARI KIAMAT itu. Yang banyak dijelaskan ialah TANDA TANDA sebelum kiamat berlaku, dan keadaan keadaan semasa Kiamat itu berlaku. Dari segi Ilmu Hakikat yang ditumpukan ialah KIAMAT berkaitan manusia itu. Ini dirujuk sebagai KIAMAT KECIL iaitu KEMATIAN manusia itu. Maka dibicarakan lah tentang tanda tanda, SEBELUM SEMASA & SESUDAH manusia itu menemui kematian. Perkataan Kiamat diambil dari kata akar QIAM. Ada dua Qiam, pertama qiam ketika sembahyang dan yang kedua qiam ketika sasaorang itu dikapankan. TANDA TANDA UTAMA KIAMAT a. SEBELUM KIAMAT Menganiaya Anak Yatim. Dari segi Ilmu Hakikat anak yatim yang dimaksudkan ialah DIRI BATIN manusia yang tidak berayah dan beribu itu. Ia dinamakan sebagai Muhammad Mustaffa. Kebanyakan manusia TIDAK MENGENAL siapa itu Muhammad Mustaffa dan hiduplah manusia itu dengan mengambil HAK ANAK YATIM ini dengan manyatakan HAK MANUSIA. b. SEMASA KIAMAT Langit dan bumi beredar dan bertembung dan hancur luluhlah manusia dengan azab Tuhannya. Dari segi hakikat langit itu ialah jasad manusia dari pusat ke-ubun ubun manakala bumi pula ialah dari pusat ketapak kaki. Bagi manusia yang tidak mengenal dan menganiaya anak yatim maka jasad mereka akan dihimpit bumi pusara. Diri Ruh Jasmani akan menerima azab dari Allah. Anggota jasad akan hancur tinggal tulang belulang.

Subhanallah. Semuga Allah memberi kita Taufik & HidayahNya agar kita mati sebagaimana matinya para anbia dan para aulia mati pada nama tetapi sempurna pada Haq. c. SESUDAH KIAMAT Sesudah Kiamat kita akan berhimpun di YAUMIL MASYAR dan akan meniti Titi Siratul Mustaqim mengikut amal ibadah masing-masing. Balasan Syurga ialah balasan bagi hamba Allah yang redho dan menjalankan perentah Allah & Rasul tanpa meminta balasan dan ia selalu bertakwa kepada Allah walaupun dia tidak Mengenal Allah. Balasan Neraka . Inilah istana iblis yang direjam, syaitan berjasad manusia termasuk mereka mereka yang kelihatan sangat kuat beramal tetapi selalu sahaja MENYENGUTUKAN ALLAH termasuk menyengutukan Allah dengan diri mereka sendiri. Amal Ibadah tidak dapat menghilangkan kekotoran jiwanya, masih mengumpat, hasad dengki, ujub dan ria. Pada mereka Ilmu Mengenal Diri sesat dan menyesatkan. Mereka amat bergantung kepada manusia berbanding pergantungan kepada Allah. Jika berlaku musibah kepada dirinya manusia lainlah yang dipersalahkan. Ini disebut oleh Imam Ghazali sebagai Nafsu Ammarah. Firman Allah : Yunus 106 Ramai manusia yang beriman tetapi masih juga musyrik. Firman Allah : Al-Araaf 156 RahmatKu meliputi segala sesuatu. Firman Allah : Hadith Qudsi Wahai Muhammad..sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku mengampuninya. Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang orang yang benar, Aku sangat waspada. KIAMAT IDAMAN AHLI HAKIKAT BALASAN HAQ. Amal ibadahnya 24 jam SUHUD ( memandang ) kepada Zat Allah, Sifat Allah, Afal Allah. Ia sentiasa SE-kan DIRInya dengan SE-ZAT , SE-SIFAT, SE-ASMA dan SE-AFAL dengan Tuhannya.

Apabila nyatalah WUJUD ALLAH maka KIAMAT-lah ( Binasalah ) manusia itu. Zahirlah NURZAT, hiduplah ia disisi Allah dan rasulNya. Sesiapa mengenal DIRI nya maka kenallah ia akan Tuhannya ..siapa yang mengenal Tuhannya..maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya. Syurga bukan pilihan neraka pula bukan idamannya. Inilah KIAMAT DUNIA pada pandangan Hakikat iaitu TAUHID PERINGKAT TERTINGGI dimana sasaorang itu beriman bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH. Jika hanya Allah Yang Wujud, bagaimanakah sasaorang itu mendapat balasan syurga dan hukuman neraka ? Ibnu Arabi berpendapat bahawa Rahmat Allah mendahului dan mengatasi segalanya.

BAB 19 RUKUN IMAN YANG KEENAM PERCAYA KEPADA QADA & QADAR Dari kacamata Ilmu Hakikat.

Rukun Iman yang ke-6 adalah Percaya Kepada Qada & Qadar Allah yakni mempercayai bahawa BURUK atau BAIK semuanya datang dari Allah. TUHAN ITU ALLAH KUDRAT & IRADATNYA BAIK & BURUK Patuh Pada Hukum - Engkar Pada Hukum Mulia Akhlak - Tiada Adab Sopan Dihormati Orang - Dihina Orang Kaya Raya - Miskin Cantik & Segak - Buruk & Hodoh Berilmu Tinggi - Bodoh & Dunggu AFAL ALLAH Firman Allah Dari setitis mani, Allah menciptakannya, lalu menentukannya. Dan tiadalah kehendak kamu, melainkan Kehendak Allah jua. Ayuhai diri.. Berimanlah kepada Allah secara JALAN HAQ yakni meyakini dengan HATI kita akan pengertian Q dan Q yang sebenarnya. Jangan pandai melafazkan sahaja Q dan Q dari Allah tetapi masih memfarakkan jiwa kita yakni dengan lafaz : Baik dari Allah , yang jahat dan buruk dari Diri Kita atau dari Iblis. Cuba anda fikirkan : Adakah anda ingin menjadi hakim atau perompak ? Sudah tentu anda ingin menjadi hakim kerana akan dihormati orang, gajinya lumayan dan berkuasa menghukum penjenayah seperti perompak. Maksudnya jika diberi hak memilih tentulah kita ingin kepada perkara yang baik baik belaka. Saorang perompak tidak mahu menjadi perompak tetapi dia merompak juga. Tiada saorang pun mahu jadi bodoh tetapi ramai juga yang masih bodoh. Semua orang mahu jadi kaya tetapi ramai juga yang miskin walaupun bekerja siang dan malam.

Firman Allah : Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kemuliaan , kesenangan, kedhaifan , kefakiran malah segala-galanya didalam kehidupan manusia itu adalah satu ujian dari Allah jua. Ini dikatakan LUH MAHFUZ yang telah siap seumpama Pengarah Filem yang telah menyiapkan SKRIP untuk pelakunnya. Para pelakun akan melakunkan watak masing masing mengikut apa yang tercatit didalam skrip yang disediakan oleh Pengarah. Ada yang memegang watak hero, heroin, penghulu, OCPD, jutawan, peminta sedekah dan sebagainya. Cerita tidak akan menarik jika tidak ada watak jahat seperti perompak, perogol, pembunuh dan sebagainya. Untuk menambah seri pengarah akan menyelitkan unsur unsur hiburan saperti nyanyian, muzik, tarian dan sebagainya. Sabenarnya pengarah membuat filem mengikut seleranya sendiri walaupun tidak sesuai atau disukai watak watak itu oleh pelakun pelakunnya. Semuanya diarah MENGHAYATI SKRIP supaya filem bermutu dan bernilai. TIADA PILIHAN. Yang menentukan siapa hero, siapa heroin, siapa penjahat, siapa jutawan, siapa pengemis adalah Pengarah bukan pelakun. Inilah IQTIBAR sebenarnya akan erti Q dan Q dan juga iqtibar pengertian Firman Allah berkaitannya didalam Al Quran. Pengarah itu ialah Diri Allah Penolong Pengarah ialah Diri Muhammad Rasullullah Pekerja Produksi ialah Para Malaikat Skrip itu Nyawa Pelakun itu Jasad Filem ialah kehidupan harian manusia yang dihasilkan oleh pengarah iaitu Allah SWT. Firman Allah : An-Nisa 78 Jika perkara baik terjadi, mereka katakan dari Allah SWT dan jika perkara tidak baik terjadi, mereka mengatakan ri kamu. Katakanlah segala-galanya dari Allah SWT.

Firman Allah : Al- AnAm 32 Dan hidup didunia ini tidaklah apa apa selain dari permainan dan gurau senda, dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik. Ataupun boleh kita ibaratkan Q dan Q itu umpama SEBUTIR BIJI LADA. Disitulah buahnya, bunganya, akarnya, batangnya, daunnya kemudian kembali menjadi buah dan didalamnya menjadi biji semula. Jadi kita katakan dari biji menjadi biji atau dari benih menjadi benih semula. Inilah yang dikatakan BENIH YANG SEBUTIR umpama SETITIS AIR MANI. Dalam benih yang sebutir itu telah lengkap sebatang pokok cili api tetapi belum zahir kerana ghaib didalam sebutir biji benih itu. Kalau ditanam disiram dan dibaja maka akan tumbuh menjadi sepohon cili api yang subur. Tidak mungkin tumbuh menjadi sepokok durian kerana benihnya ialah benih cili api. Maksudnya begini. Q dan Q itu telah siap sewaktu air mani bapa yang setitik itu jatuh kedalam rahim ibu. Ianya merupakan BAKAT BAKAT DIRI KITA yang telah ditentukan Allah mengikut Kehendak Allah jua dan yang ini tiada berubah. Ia juga disebut sebagai SYUYUYUNAT. Sama ada manusia itu cacat atau lengkap, buruk atau cantik, jahat atau baik semuanya segala-galanya telah tercatit dan telah ditentukan. MANI SETITIK inilah yang dinamakan LOH MAHFUZ. Firman Allah : Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS. Untuk menghindar diri dari menyalah dan menghukum Afal Allah maka eloklah kita tilik dan tilik kembali bahawa kalaulah manusia itu mungkarmaka yang menyebabkan kemungkarannya itu adalah Gerak atau Afal Allah jua dan serahkanlah kembali kemungkaran itu kepada Allah saperti FirmanNya ..kepada Allahlah kembali segala persoalan.

BAB 20 RUKUN ISLAM UNTUK MENYATAKAN KEIMANAN LIMA PERKARA YANG NYATA Dari kacamata Ilmu hakikat..
1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah Kalimah Tauhid & Kalimah Rasul 2 Mendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam 3 Berpuasa Pada Bulan Ramadhan 4 Menunaikan Zakat & Fitrah 5 Mengerjakan Rukun Haji Ke Baitullah Jika Berkemampuan

RUKUN ISLAM YANG PERTAMA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Prolog Dalam pergaulan bersama anak anak muda , fakir dapati agak ramai juga anak anak kita yang tidak mengetahui akan apa yang dikatakan Kalimah Tauhid & Kalimah Rasul sedangkan mereka menyebutnya sebagai Mengucap Dua Kalimah. Mengucap ..itu mereka tahu dan faham. Maka perlulah kita menjelaskan kepada anak anak kita bahawa Kalimah Syahadah itu terdiri dari dua Kalimah atau perkataan, pertamanya Kalimah Tauhid yakni perkara yang melibatkan Pengakuan kita akan Ketuhanan Allah. Kedua disebut sebagai Kalimah Rasul yakni pengakuan kita berkaitan Kerasulan Baginda Rasullullah Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah. Oleh kerana itulah Syahadah itu disebut sebagai Dua Kalimah bukan satu dan bukan tiga. KALIMAH TAUHID Ash Hadu Alla Ilaha Illallah ( sebut ikut tulisan jawi ) Pengertian yang ditashdiqkan didalam hati menentukan Tahap Tauhid sasaorang muslim itu. ( ini telah dibicarakan dahulu dalam bab tauhid ) Mengikut Imam Ghazali dan dipersetujui oleh ramai ulamak, tauhid itu bertingkat tingkat ( peringkat ? ) bermula dari Tauhid Orang Awam hinggalah ke Tauhid Peringkat Tertinggi. a. Tauhid Orang Awam Tauhid mengikut pengertian Syariat ditashdiqkan sebagai :Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah . ( ramai orang tidak faham maksud perkataan naik saksi berbanding perkataan aku naik

teksi fikirkanlah apa sebenarnya yang hendak diberitahu oleh orang yang mengucapkan aku naik saksi itu kerana tashdiq itu berkaitan apa yang difahami b. Tauhid Orang Khusus Tauhid Peringkat Kedua. Ditashdiqkan Sebagai :Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Tiada Yang NYATA didalam diriku Hanya ( Melainkan ) Allah Semata-mata. Yang mengaku ialah YANG BERSUARA itu dan yang menyaksikan ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu. c. Tauhid Khusus / Tauhid Peringkat Tertinggi / Tauhid Orang Makrifah ditashdiqkan sebagai :LA MAUJUDA ILLALLAH Tiada yang Wujud Hanya Allah Dirinya Sendiri Pun Tidak Wujud. KALIMAH RASUL Wa Ash Hadu Anna Muhammadar Rasulullah ( baca ikut ejaan jawi ) a. Tauhid Orang Awam : ditashdiqkan sebagai Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah b. Tauhid Orang Khusus : ditashdiqkan sebagai Aku mengaku bersaksikan Menyampaikan Haq Allah diriku sendiri bahawa Akulah Muhammad

Yang Mengaku ialah Yang Bersuara itu dan Yang Menjadi Saksi ialah Yang Menyampaikan Suara itu. Yang Bersuara mengistiharkan bahawa Dialah Muhammad yang menyampaikan Haq Allah kepada Yang Menyampaikan suara itu. c. Tauhid Peringkat Tertinggi : ditashdiqkan sebagai La Maujuda Illallah : Tiada Yang Wujud Hanya Allah Oleh kerana Yang Wujud adalah SATU sahaja iaitu Allah, maka tiada ditashdiqkan berkaitan Muhammad kerana Muhammad itu ditauhidkan sebagai Sifat Allah Yang Agung sedangkan Zat dan Sifat itu tidak boleh dipisahkan. Sifat Muhammad adalah Zat Allah dan dialah Ruh Al Quddus iaitu Nyawa manusia yang

menyampaikan Kalimah Tauhid itu dari DiriNya untuk DiriNya. Dia itu Aku dan Aku itu Dia Yang Wujud Mutlak ialah Dia ..tiada yang lain. Untuk mendapat lebih penjelasan sila baca Ana Al Haq, Sirrur Asrar , Mengenal Diri Dr Quzwain & Kitab Kitab Ibnu Arabi.

HURAIAN KALIMAH TAUHID


Terjemahan kebahasa Melayu kalimah kalimah bahasa Arab didalam Kalimah Tauhid berdasarkan Ilmu Syariat yang ditashdiqkan sebagai : Tiada TUHAN YANG DISEMBAH TIDAK MENEPATI MATLAMAT SEBENAR perkataan perkataan Arab yang terdapat didalam Kalimah Tauhid apalagi untuk menyampaikan maksud sebenar . Perkataan Arab yang bermaksud TUHAN iaitu RABBI tidak terdapat didalam Kalimah Tauhid Perkataan Arab yang bermaksud YANG DISEMBAH iaitu FA BUDUHU juga tidak terdapat didalam Kalimah Tauhid. Jika hendak diertikan juga seperti mana terjemahan Melayunya, maka Kalimah Tauhid seharusnyalah disebut sebagai La Rabbi Fa Buduhu Illallah. Namun yang nyata ialah Kalimah Tauhid itu tetap La Ilaha Illallah. Terjemahan kebahasa Melayu yang tepat maksudnya ialah Tiada Yang Nyata Hanya Allah. Itulah makna dan kebenarannya. Dengan pengertian dan tashdiq ini, kita mengaku bukan sahaja didalam bab sembah menyembah tetapi meliputi keseluruhan hidup kita dimana diam dan gerak kita, rezeki, jodoh, buruk, baik, jahat malah segalanya, semuanya adalah ditangan Allah sematamatatiada yang lain.

HURAIAN KALIMAH RASUL.


Manakala bagi Kalimah Rasul pula terjemahannya berbunyi : Nabi Muhammad itu ialah Pesuruh Allah. Persoalannya ialah :Kenapakah Kalimah Rasul yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s dan lain lain Rasul sebelum Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad, serupa dengan apa yang diucapkan oleh seluruh Umat Muhammad didunia ini, sedangkan ketika itu Nabi Muhammad ( yang disebut namanya didalam Kalimah Rasul ) belumpun dilahirkan kedunia ? Mestilah maksud kalimah Muhammad itu selain daripada merujuk kepada Junjungan kita itu, yang berbangsa Arab itu, yang berketurunan Quraisy dan dari keluarga Bani hashim itu MEMBAWA MAKSUD dan MAKNA yang lain iaitu yang lebih menyeluruh ?

Junjungan kita juga mengucap Dua Kalimah Syahadah ( termasuk Kalimah Rasul ) sama seperti kita juga. Sepatutnya oleh kerana Kalimah Rasul itu merujuk kepada diri baginda sendiri, maka baginda haruslah mengucap dengan membawa erti AKU-lah Muhammad Rasul Allah. Yakni ucapan Kalimah Rasul baginda sepatutnya berbeza dari apa yang kita ucapkan. Namun apa yang baginda ucapkan tetap sama seperti yang diajarkan baginda kepada umatnya. Oleh yang demikian, pengertian sabenar mengikut Ilmu Hakikat adalah seperti berikut :Adapun Kalimah Rasul apabila kita lafazkan , kita sebenarnya bersaksi bahawa Yang Menyampaikan Dan Yang Menanggung Diri Rahsia Allah itu ialah MUHAMMAD ( eja jawi ) iaitu DIRI ZAHIR KITA dan dengan melafazkan Kalimah tersebut, maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa Diri Zahir kita TETAP AKAN MENANGGUNG RAHSIA ALLAH dan AKAN MENJAGANYA buat selama-lamanya. Yang demikian jelaslah bahawa :Hakikat Ketuhanan itu adalah DIRI BATIN kita atau RUH atau RUHANI Hakikat Kerasulan itu ialah DIRI ZAHIR kita atau JASAD atau JASMANI. Kesimpulannya ialah dengan Mengucap Dua , Kalimah Syahadah kita berikrar dan bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa TIADA NYATA HANYA ALLAH pada diri kita ini. Dialah RAHSIA ALLAH iaitu DIRI BATIN yang kita kandung atau yang dikandung oleh Tubuh Zahir kita. Maka yang dikandung itu perlulah kita lahirkan seperti mana yang disebutkan oleh Qutubul Aulia Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam Sirrur Asrarnya dan dijelaskan secara panjang lebar oleh Dr Bagindo Muchtar didalam manuskripnya MEMANDANG KE-DALAM. Pendek kata Diri Batin kita iaitu Rahsia Allah dikandung oleh tubuh kita yang merupakan sarungnya. Dato Haji Ahmad Laksamana didalam Hakikat Insan menulis :Dengan melafazkan Kalimah Tauhid kita sabenarnya mengaku dengan sepenuh rasa bahawa Tiada Wujud Lain Hanya Allah semata-mata, tiada sekutu baginya didalam segala hal dan sesuatu apa pun yang bercampur aduk denganNya kecuali Dia Sedia-DiaNya. Oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata-mata iaitu DIRI BATIN kita.diambil dari Hakikat Insan.

BAB 21 Huraian Kalimah Tauhid Dengan Meninjau Kalimah itu sendiri melalui sudut Sifat 20 Allah.
Nota Kecil Fakir menghadapi masalah kerana kekurangan ilmu untuk memasukkan huruf huruf Arab / Jawi kedalam tulisan ini. KALIMAH NAFI / MENAFI Huruf jawi Lam Alif ( bunyi LAA ) Maksudnya TIADA LAA HAYYUN Tiada aku yang HIDUP LAA BASIRUN Tiada aku yang MELIHAT LAA MUTAKALLIMUN Tiada aku yang BERCAKAP LAA QADIRUN Tiada aku yang BERKUASA / BERGERAK LAA ALIMUN Tiada aku yang MENGETAHUI / BERILMU LAA SAMIUN Tiada aku yang MENDENGAR LAA QADIRUN Tiada aku yang BERKEHENDAK Nota :Fakir sengaja menyusun urutan Sifat Maknuyah diatas mengikut urutan anggota yang dikenakan air ketika kita berwudhu.fikirkanlah.

HURAIAN PROSA LAA ( Lam Alif ) bermakna TIADA Apa yang tiada ? TIADA aku yang HIDUP TIADA aku yang MELIHAT TIADA aku yang BERKATA-KATA TIADA aku yang BERKUASA / BERGERAK TIADA aku yang TAHU / MENGETAHUI TIADA aku yang MENDENGAR TIADA aku yang BERKEHENDAK Maknanya :Kita MENAFIKAN segala perbuatan kita semasa kita hidup dan menjalankan kehidupan didunia ini. Dari segi pandangan mata kasar sememangnyalah kita lihat kita dan orang lain juga, yang melakukan sesuatu perkara itu TETAPI yang sebenarnya ( pada hakikatnya ) kita tidak boleh ( tidak mampu ) melakukan sesuatu itu tanpa NYAWA. Contohnya mayat yang sudah tidak mempunyai nyawa itu tidak boleh bergerak sedikitpun walaupun jasadnya masih segar. Seperti yang anda sedia ketahui bahawa kita hidup KERANA ALLAH memberikan kita Nyawa, sedangkan Nyawa HIDUP kerana HAYYAT ZAT ALLAH. Nyatalah kita tiada mempunyai apa apa HAK keatas diri kita walau satu zahrah sekalipun. Segala-galanya adalah HAK ALLAH jua. Yang demikian semasa mengucapkan bunyi LAA dalam Kalimah Tauhid wajarlah ditashdiqkan bahawa kita ini TIADA ..dengan mengaitkan KETIADAAN seperti dirajah diatas. LAM ALIF itu ialah KALIMAH MENAFI. KALIMAH MENAFI ALIF LAM HA / ILA HA Maksudnya NYATA NYATA aku HIDUP dengan HAYAT ALLAH NYATA aku MELIHAT dengan BASAR ALLAH NYATA aku BERCAKAP dengan KALAM ALLAH

NYATA aku BERKUASA / BERGERAK dengan KUDRAT ALLAH NYATA aku MENGETAHUI dengan ILMU ALLAH NYATA aku MENDENGAR dengan SAMA ALLAH NYATA aku BERKEHENDAK dengan IRADAT ALLAH HURAIAN PROSA ILAHA ( Alif Lam Ha ) bermakna NYATA. Adapun yang nyata itu ialah Sifat Sifat Maani Allah yang tujuh ( 7 ) itu didalam Nyawa kita. Nyatanya Sifat Maani ini apabila DIRI KITA YANG MENGATAKANNYA . Contohnya seperti kita hidup kita katakan kita ini hidup dengan Hayat Allah. Kalaulah Allah tidak beri kita Nyawa, maka matilah kita. Jadilah jasad kita jasad yang tidak bernyawa, sedangkan Nyawa itu ialah Hak Allah Yang Kekal Hidup Di-Dunia Dan Di-Akhirat. Dan begitulah seterusnya dengan Sifat Sifat yang lain.

KALIMAH ISBAT ALIF LAM ALIF IL LA ..maksudnya HANYA KAUNUHU HAYYUN KAUNUHU BASIRUN KAUNUHU MUTAKALLIMUN KAUNUHU QADIRUN KAUNUHU ALIMUN KAUNUHU SAMIUN KAUNUHU MURIDUN KAUNUHU itu menyatakan HAL KEADAAN SIFAT MAANI HURAIAN ILLA ( Alif Lam Ha ) itu bermaksud HANYA SEDIANYA diriku HANYA dengan KIDAM ALLAH KEKALNYA diriku HANYA dengan BAQA ALLAH

BERSALAHANNYA diriku HANYA dengan MUKHALAFATUHU LILHAWADITH ALLAH BERDIRINYA diriku HANYA dengan WAHDANIYAT ALLAH Maknanya :ILLA atau HANYA ialah Kalimah ISBAT, kerana zahirnya segala Sifat Maani & Sifat Maknuyah Allah telah tersurat. Maka nyatalah Kalimah Isbat ini datangnya dari Sifat SALBIAH ALLAH yang lima ( 5 ) itu. Inilah gerak yang menggerakkan kelakuan kita. Nyatalah kita ini HANYA menjalankan Amanah & Tanggungjawab HAQ ALLAH yakni MENGESAKAN Allah Zat Wajibul Wujud. KALIMAH MENGISBAT ALIF LAM LAM HA ( ALLAH ) SIFAT MAANI HAYAT BASAR KALAM KUDRAT ILMU SAMA IRADAT PENERANGAN PROSAALLAH ALLAH itu adalah ASMA ( Nama ) bagi DIRI ZAT Tuhan yang mencipta kita sebagai CERMIN nya untuk melihat DIRI-nya sendiri. Adapun KALIMAH MENGISBAT itu adalah SIFAT NAPSIAH yang satu yakni WUJUD atau ADA. Semua Sifat lain sama-ada SALBIAH, MAANI, MAKNUYAH datangnya dari DIRI ALLAH yang satu jua yakni WUJUD. Kita telahpun menafikan Hak Diri Jasad melalui Kalimah LA ILAHA dan nyatalah Diri kita yang sebenarnya dalam Kalimah ILLALLAH. Dengan Kalimah Allah ini kita MENGZAHIRKAN UJUDNYA ALLAH. Dan bila telah wujud Allah, maka NYATALAH ALLAH itu MELIPUTI DIRI KITA.

KESIMPULAN KALIMAH TAUHID Dengan melafazkan Kalimah Tauhid, kita sebenarnya menyaksikan DIRI KITA YANG ZAHIR ini kepada DIRI KITA YANG AWAL ( Batin ) yakni MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA & AFAL kita kepada ZAT, SIFAT, ASMA & AFAL ALLAH. Nyatanya AWAL kita ialah ZAT ALLAH. Maka Zahir kita NURZAT. Bila dapat di-SE-kan akan ZAT, maka TIADA NYATA NYAWA HANYA ALLAH itu WUJUD pada kita dan bila WUJUD ALLAH BINASA lah kita SEBAGAI MANUSIA. YANG KEKAL HANYA ZAT WAJIBUL WUJUD.

BAB 22 HURAIAN KALIMAH RASUL

Ketahuilah bahawa yang berkata ANA atau AKU apabila kita melafazkan Kalimah Rasul itu bukanlah lidah atau mulut kita TETAPI ialah BATIN KITA atau RUH kita yang dinamakan MUHAMMAD MUSTAFFA RASUL ALLAH. RASUL dalam bahasa Melayu bermaksud MENYAMPAIKAN ( Penyampai ). Yang disampaikan oleh Rasul ialah Hak Allah. Ketahuilah bahawa MUHAMMAD itu ialah IBU kepada segala Ruh yang wujud dibumi ini ( Riwayat Nur Muhammad ). Zahirnya Ruh kerana Muhammad yakni Sifat bagi Zat ingin mengenalkan Tuhan kepada umatnya. Muhammad itu ialah Diri Batin kita dan Muhammad itu ialah Rasul. Rasul menyampaikan Hak Allah dan Hak Allah itu ialah Zat Allah sendiri. Firman Allah :Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU ( Zat ? ) Sekarang barulah nyata kepada kita bahawa Muhammad itu adalah Sifat Bagi DIRI ZAT. Tanpa ZAT maka tidak wujudlah Muhammad dan tanpa Muhammad pula tiadalah RUH. Bila Ruh tidak ada maka tiadalah Nyawa dan tidak akan adalah kita manusia didunia ini. Jika tiada manusia seperti kita maka siapakah secara terus menerus akan menyatakan akan KEBESARAN dan KEAGUNGAN Allah ? Allah Hu Akbar ? Maka apabila menyebut kalimah AAMIIN ketika membaca Fatihah khasnya ketahuilah bahawa ALIF dan MIM itu tidak akan berpisah buat selama-lamanya selagi kita hidup didunia ini.

KESIMPULAN Diri ZAT mengzahirkan SifatNya bernama Muhammad Mustaffa Rasul Allah dimana Muhammad itulah Diri Batin manusia itu dan Muhammad inilah yang menyampaikan PERINTAH ALLAH kepada Diri Zahir yang bertubuh dan berjasad itu yang bergelar ADAM.

KESIMPULAN 2 KALIMAH SYAHADAH

Tiada Nyata Hanya Allah & Akulah Muhammad Menyampaikan Haq Allah Yang bermakna Allah itu MELIPUTI diri kita manusia dan nyatalah kepada kita bahawa apabila liata ME-ESAKAN Jasad kita dengan Batin kita, maka binasalah anggapan kita bahawa kita ini manusia. Nyatalah bahawa kita sebenarnya adalah Allah Taala kerana bila Zat itu memenuhi anggota zahir binasa nama Jasad maka nyatalah Sifat Muhammad yang mengakui bahawa DIRI kita yang SE itu ialah Allah yang disuruh cari dan yang kita cari selama ini. Nyatalah kepada kita bahawa Allah jadikan Muhammad sebagai RasulNya kepada kita kerana tidak lain dan tidak bukan supaya manusia itu MENGEMBALIKAN DIRI-nya didalam keadaan sempurna sebagaimana Rasul telah menyempurnakan tugasnya. SOAL YANG PALING BERAT sekarang ialah apakah benar bahawa manusia itu Allah ? Jika benar, bolehkah manusia itu menciptakan manusia seperti mana Allah menciptakan dirinya ? Ilmu Allah jua akan menentukan bahawa yang dikatakan manusia itu MUSTAHIL ALLAH sebab YANG NYATA ialah WUJUD ALLAH MELIPUTI MANUSIA itu, Surah Ar Rahman : 19 Dia membiarkan dua lautan mengalir dan kemudiannya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing masing. Lautan pertama ialah Lautan Jasad dan Lautan kedua ialah Lautan Nyawa. Keduanya bertemu menjadi MANUSIA. Batasnya tertakluk kepada ilmu sasaorang itu khasnya tauhidnya. Jika tauhidnya syariat dimana dia percaya dia berkuasa dan berkebolehan, maka batasnya ialah syariatnya atau dirinya. Jika dia bertauhid bahawa tiada yang wujud hanya Allah maka terhapuslah batas itu. Batas mungkin juga bermaksud bulu dan kulit manusia itu ataupun cahaya cahaya yang membalut Diri Rahsia manusia itu. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk mentafsirkannya. Manusia itu terdiri dari dua unsur ( dua lautan ? ) iaitu Nyawa dan Jasad. Nyawa itu Ruh Allah manakala Jasad itu bersifat baharu. Jika dinafikan Jasad maka nyatalah ianya merupakan barang mati yang dihidupkan oleh Ruh. Manakala Ruh pula hidup dengan Zat Yang Maha Menghidupkan.

\Maka amatlah perlu kita ME-ESAKAN Jasad dengan Nyawa dan Me-esakan Nyawa dengan Zat Allah. Maka terhapuslah dua lautan menjadi satu. Inilah maksud Me-esakan dan maksud perumpamaan Allah diatas pada fikiran Al-Gemasi. ALLAH MENYURUH MANUSIA MENG-ESA-KAN Dirinya dengan Allah Tuhannya dan BUKAN MENGAKU DIRI MANUSIA ITU TUHAN BERNAMA ALLAH. Selagi ombak masih wujud ianya tetap ombak walaupun pada hakikatnya ombak itu ialah air laut jua dan ombak itu tidak wujud pada hakikatnya. Bolehkah cahaya matahari yang satu itu mengaku ianya matahari ? Sedangkan sinar matahari itu berjuta-juta walaupun sinar yang satu itu pada hakikatnya adalah matahari. Walaupun bersatu semua cahaya matahari ianya tetap sinar selagi belum kembali menjadi ESA dengan matahari yang ternampak oleh mata kepala kita itu. Inilah IKTIBAR hubungan manusia dengan Allah itu. Kesedarannya tentang hakikat ini hanya untuk Tauhidnya bukan untuk didakwahkan. Mustahil ianya dapat dijelaskan tanpa mendatangkan KESALAHAN yang tidak salah sebenarnya. Kerana itulah Imam Ghazali mengatakan :Biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya !!!! Sebenarnya tiadalah ikhtiar manusia itu untuk mencarinya, kerana dia kosong. Ianya didatangkan Allah kepada sasaorang hambanya sebagai satu Kurniaan. Bertuahlah anda sedangkan ianya dari Allah Untuk Allah. Tiada ghayrnya ( tiada yang lain ). Fikir fikir dan fahamkanlah.

BAB 23 RUKUN ISLAM YANG KEDUA MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM Dari Kacamata Ilmu Hakikat
SEMBAHYANG ialah SOLAT. Perkataan sembahyang tidak ada digunakan didalam AlQuran. Yang digunakan ialah perkataan solat. Pengertian Solat mengikut Hakikat ada sedikit perbezaan dengan pengertian Syariat. Pada Ilmu Syariat pengertian kalimah Sembahyang dan Solat adalah sama. Sembahyang ialah satu ibadah wajib yang bermula dari niat dan berakhir dengan salam dengan mengikut rukun ( Rukun 13 ) dan lain lain syarat, dimana manusia sebagai hamba menyembah Allah sebagai Tuhan yang menciptakannya. Dari segi Ilmu Hakikat , solat tidak sekali-kali boleh diertikan sebagai SEMBAHYANG. Adapun hakikat solat itu ialah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu bersaksikan diri kita sendiri bahawa Tiada Nyata Pada Diri Kita Hanya Allah iaitu Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah. Pengertian SOLAT HAKIKI terhurai dalam kalimah ALHAMDU ( eja jawi = alif lam ha mim - dal ) yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh manusia iaitu Nabi Allah Adam a.s ALIF Melambangkan NIAT kerana niat itu ialah menzahirkan DIRI BATIN. Diri inilah IMAM yang kita ikuti iaitu ULIL AMRI atau pemerentah / pemimpin. LAM Bila telah nyata Diri Batin, maka kita lafazkan TAKBIR RATUL IHRAM. Maka bermula dari sini bukanlah manusia yang berkehendak tetapi segala-galanya adalah digerakkan oleh Allah. HA Apabila telah nyata Allah menguasai diri kita, maka kita pun rukuk menandakan kita tunduk patuh akan Kebesaran Allah dan sedia patuh menerima segala PerintahNya. MIM Maka diri kita mengakui bahawa Zat Allah itulah Tuhan Sekalian Alam yang meliputi seluruh diri kita mengwujudkan dan menghidupkan kita. Kita pun sujud menandakan kesyukuran kita. DAL Satelah kita tahu Zat telah mengurniakan kepada diri kita menjadi KhalifahNya dibumi ini , maka kita pun merendah diri atas Kurniaan itu ( yang tidak dikurniakan Allah kepada makhluk lain selain manusia ) RINGKASAN ALHAMDU

ALIF = Niat LAM = Berdiri Betul HA = Ruku MIM = Sujud DAL = Duduk Antara Dua Sujud HURAIAN TENTANG NIAT Usalli Fardhu Rakaat Lillah Hi Taala Usul Diri Rangka Nyata Allah Usalli = Kita berniat untuk mengusul asal diri kita Fardhu = Fardhu ialah Diri Yang Di-usul Rakaat = Rangka kita ialah Jasad yang dizahirkan Lillah Hi Taala = Nyata Allah melalui jasad yang zahir. Barulah dapat diusul akan Asal Usul Diri. Maka setelah diusul nyatalah Allah itu Meliputi Diri Zahir dan Diri Batin. Diri Zahir tiada mempunyai apa apa daya melainkan melakukan Afal Allah semata-mata. Dengan KESEDARAN itu maka Nyatalah Kebesaran Allah dan kitapun TAKBIR untuk mengESAkan Zat Tuhan itu meliputi sekalian diri. HURAIAN TAKBIRATUL IHRAM Allah = Sifat Napsiah = 1 Hu = Sifat Salbiah = 5 Akbar = Sifat Maani & Maknuyah = 14 Maka nyatalah ke 20 Sifat Sifat Kebesaran Allah didalam ucapan ALLAH HU AKBAR. CARA CARA SOLAT HAKIKI SOLAT PADA PANDANGAN IBNU ARABI SOLAT PADA PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI SOLAT PADA PANDANGAN SYATTARIAH Sila rujuk entri terdahulu bertajuk KHUSU & LALAI dalam Solat. Sila lihat ARKIB BLOG.

BAB 24 RUKUN ISLAM YANG KETIGA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN Dari Kacamata Ilmu Hakikat.
PENGERTIAN SYARIAT Manahan diri dari makan, minum dan bersetubuh disiang hari sepanjang bulan Ramadhan. PENGERTIAN HAKIKAT Daripada pengertian perkataan PUAS SE PUAS = Sesuatu yang mendatangkan nikmat maksimum SE = Tiada Zahir , tiada Batin, bukan satu, bukan dua tetapi merangkumi atau meliputi. Dari segi pengertian Hakikat PUASA itu ertinya mematikan Diri Jasad dan menghidupkan Diri Batin kerana bila manusia itu dapat mematikan atau menafikan hak manusia, maka barulah nyata WUJUD ALLAH. Bila nyata Wujud Allah iaitu SifatNya maka zahirlah Kelakuan atau Afal Allah Yang Maha Berkuasa iaitu Sifat yang hidup dengan sendirinya , tidak makan, tidak minum dan juga tidak berkehendak kepada segala sesuatu. Yang demikian PUASA yang sebenarnya adalah MENG-ESA-KAN Zat Allah yang meliputi diri manusia itu. Apabila manusia dapat SE kan pada zat maka zahirlah Afal seperti disebutkan diatas dan terang benderanglah NUR atau Cahaya meliputi Diri Zahir manusia itu. Puasa Yang Hakiki nyatalah MENYATAKAN HAQ ALLAH dan MELENYAPKAN Hak Manusia. Dalam 12 bulan , Allah memerentahkan manusia yang bertakwa dan beriman supaya menzahirkan AfalNya selama satu bulan diwaktu siang hari. Untuk melahirkan AfalNya Allah menyuruh kita MENG-TAUHIDKAN DiriNya dan apabila manusia itu dapat melakukannya, maka terasalah Kenyang Hati pun senang. KESIMPULAN Hakikat memandang manusia yang BERPUASA SYARIAT sahaja tanpa hakikatnya sebagai orang yang menyeksa diri tidak makan dan tidak minum. Allah tidak memerentahkan manusia MENAHAN makan dan minum sahaja tetapi BER- PUAS SE. Yang pasti ialah Yang Tidak Makan dan Tidak Minum itu ialah Allah. Maka sekiranya manusia mengaku bahawa yang tidak makan dan tidak minum itu ialah dia manusia dan

bukan Allah maka SYIRIK HOPPI-lah namanya. Allah suruh kita mengkaji DIRI AWAL kita dan SE kan. Namun begitu oleh kerana Syariat itu kulit dan Hakikat itu isinya, anda hendaklah berpuasa dengan penegrtian syariat diluar dan meng-esakan Allah didalam. PUASA PADA PANDANGAN QADIR JAILANI Menurut Syeikh ini, Puasa atau SAUM Tarikat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan menjauhi dari sifat sifat yang tercela. Puasa Syariat sebulan dalam setahun sementara Puasa Tarikat sepanjang tahun. Puasa Hakikat pula ialah menjaga hati dari selain Allah dan tidak mencintai yang lain selain Allah.

BAB 25 RUKUN ISLAM YANG KELIMA MENUNAIKAN FARDHU HAJI KE BAITULLAH Dari Kacamata Ilmu Hakikat

PENGERTIAN SYARIAT Haji Syariat ialah melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan syarat syarat dan rukun sehingga menghasilkan Pahala Haji. Bila kurang syaratnya maka kuranglah pahalanya bahkan boleh membatalkan. Antara pekerjaan haji ialah Ihram, Masuk Ke Mekah dan Tawaf Qudum, Wukuf di-Arafah, Menginap di Mudzafilah, Menyembelih haiwan qurban di Mina, Masuk ke- Tanah Haram, Tawaf Keliling Kaabah, Minum Air Zam Zam, Solat Sunat, Tawaf dimakam Nabi Ibrahim, Melakukan Tahllul dan Tawaf Wida.. PENGERTIAN HAKIKAT Dari segi Ilmu Hakikat, ianya bermakna KESEMPURNAAN KEISLAMAN sasaorang muslim itu. Haji ditafsirkan sebagai HAJAT. Maka apabila kita telah berjaya SE kan diri kita dengan Zat, Sifat, Asma & Afal Allah maka mencapailah kita akan HAJAT. Ini dinamakan PAHALA. Bila kita FANABILLAH itu dikatakan SYURGA. Fahamkanlah pokok pangkalnya ialah jangan kita sekutukan Allah. ESA kanlah Allah. Asasnya ialah Kalimah Tauhid. Kemuncaknya ialah tercapai HAJAT MAKRIFATULLAH. Itulah Haji Hakikat. Separuh orang mengertikan mengerjakan haji sebagai jima antara lelaki perempuan ( suami isteri ) dimana dikatakan perbuatan jima itu seperti melaksanakan rukun rukun haji. Walaupun pandangan mereka ada benarnya kerana perbuatan jima itu adalah suci , jika dilakukan mengikut peraturan Allah, kerana tanpa jima manusia akan pupus dan siapa pula akan meneruskan mengatakan Keagungan & Kebesaran Allah kerana pada hakikatnya jima itu adalah sebahagian dari proses Pentajallian. Perkara haji menyerupai jima ini tidak dihuraikan disini. Biarlah orang lain yang menghuraikannya. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan bahawa melaksanakan rukun Rukun Haji adalah sebagai satu Proses Zikir yang bertingkat tingkat yang harus dilakukan untuk mencapai Makrifatullah . Perkara ini tidak dihuraikan disini. Sila baca Kitab Sirrur Asrar.

BONUS ZIKIR HATI SYEIKH ABDUL KADIR JAILANI.

Zikir Asmaus Sifat = Pilihan Sendiri Zikir Nama Kedua = Ya Allah Ya Allah Zikir Nama Ketiga = Ya Hu Ya Hu Zikir Nama Keempat = Ya Haqqun Zikir Nama Kelima = Ya Hayyun Zikir nama Keenam = Ya Qayyum Zikir Nama Ketujuh = Ya Qahharun Seterusnya = Zikir Rahsia. PERSOALAN PELIK - RUKUN ISLAM KEENAM ???? Rukun Islam Pertama = Awaluddin Makrifatullah Rukun Islam Keenam = Menunaikan Rukun Haji Ke Mekah Adakah anda berani mengatakan begitu ??????? Adakah ianya satu Bidah ? Adakah ianya masuk akal ? Adakah ianya wajib menjadi Rukun Kehidupan kita sebagai orang Islam

BAB 26 PENTINGNYA TAFAKUR Bahagian Pertama : Nota Tafakur Al-Gemasi

Dari pelajaran yang lalu kita telahpun memahami bahawa BERTAFAKUR memikirkan tentang Allah itu lebih baik dari beribadah seribu tahun. Kita juga telah memahami megenai TAUHID kita yang sewajarnya bertingkat naik, juga tentang zikir zikir yang sewajarnya kita amalkan lebih lebih lagi apa yang disebut sebagai ZIKIR NAFAS. Soalnya selalukah kita bertafakur ? Selalukah kita berfikir dan merenung tentang Allah atau setidak-tidaknya tentang DIRI kita. Diri Yang Sebenarnya iaitu Nyawa atau Ruh kita. Barangkali perkara YANG HAMPIR kepada kita ialah KEMATIAN. Entah bila entah lama lagi ( begitulah harapan kita ) entah esok , entah lusa. Dan perkara yang hampir berkaitan sudah mati ( tujuh langkah terakhir ) ialah soal jawab atau temuduga Malaikat. Cuba difikirkan jika didunia ini ketika nyawa masih bersama bila dipanggil nyawa kitalah yang menjawab. Jika sudah menjadi mayat dimana nyawa telah meninggalkan jasad dan jasad dalam keadaan kaku, siapakah yang akan menjawab soalan temuduga malaikat itu ? Bolehkah badan yang sudah ditinggalkan nyawa itu menjawab ? Atau kita mengharapkan nyawa datang kembali kepada badan untuk menjawab ? Jika sekiranya selama kita hidup didunia ini, jasad kita tidak pernah peduli tentang nyawa. Tidak kenal akan nyawa, apa lagi menemui dan menghargainya , apa sudikah kiranya sinyawa itu kembali membantu jasad yang durhaka itu ? Fikir fikirkanlah wahai pembaca yang budiman.dan sambungan seterusnya Kita juga sudah belajar bahawa adalah MUSTAHIL kita dapat Mengenal Allah yang sebenar-benarnya yang kita panggil sebagai ALLAH HU RAB BIL ALAMIN itu, dengan mata kasar kita, juga dapat Mengenal Allah dalam ertikata mengetahui bagaimanakah sebenarnya Allah, Tuhan kita itu. Ini adalah kerana hakikat bahawa Allah itu Maha Ghaib / Ghaibul Ghuyub. Kita juga telah dapat memahami tentang KAITAN DIRI atau NYAWA dengan Allah, Tuhan kita itu. Maka dari segi ilmunya tahulah kita bahawa Nyawa kita itu Bersifat Ketuhanan Yang Amat Halus, Seni & Kompleks ( Al-Latifah Rabbaniah ) tetapi bukan Tuhan Allah Hu Rabbul Alamin ..ianya hanya RAB diri kita. Ini adalah bersandarkan tauhid kita bahawa tiada yang wujud didalam dunia ini melainkan Wujud Allah sahaja.

Tetapi harus kita ingat bahawa apa yang telah kita pelajari itu hanya ilmu pengetahuan semata. Sekiranya kita yakin dengan kebenaran ilmu kita itu maka sewajarnyalah kita meningkatkan tauhid kita dengan beriman bahawa segala-galanya baik kelakuan kita mahupun kelakuan orang lain termasuk isteri dan anak anak kita adalah PERBUATAN ALLAH BELAKA. Jadi sekiranya anak yang kita bela dan jaga sejak bayi, tiba tiba engkar dan menderhaka kepada kita maka wajarkah kita marah ? Atau sahabat yang telah banyak kita bantu, tiba tiba menjadi pengkhianat wajarkah kita balas perbuatannya ? Bukan mudah menegakkan Tauhid Afal saudara saudaraku ....selagi Tauhid belum mantap didada dan dijiwatambahan pula Janji Allah tetap berlaku yaknisemakin kuat imanmu semakin kuat pulalah DUGAANKU. Ujian Allah berkaitan ketauhidan kita selalunya amat berat ..ada kalanya yang amat kita kasihi diambilNya.yang selama kini mendatangkan nikmat kepada kita ..tiba tiba tiada lagitetapi jika lulus ..kita sendiri akan tahu ..akan bagaimana nikmat dan bahagianya. Dan jika kita BERWIRID selalu, pasti kita telah mengalami apa yang dikatakan sebagai WARID. Janji Allah : Setiap wirid ada waridnya. Harus kita ingat dan mengingatkan diri supaya jangan terlalu seronok dengan warid warid itu. Dan juga janganlah kita terlalu seronok dengan ilmu ilmu kita itu, lebih lebih lagi Ilmu Hakikat. Ini adalah kerana ( pada pendapat Al-Gemasi ) warid warid dan ilmu ilmu itu merupakan HIJAB HIJAB yang melalaikan kita dari menuju atau berjalan kearah MATLAMAT TERAKHIR ( the ultimate objective ) kita iaitu MAKRIFATULLAH. Mungkin ramai diantara kita dalam perjalanan menuju Makrifatullah, telah mendalami dan mengamalkan Ilmu Syariat, Tariqat hingga keperingkat Samaniah, telah berzikir, berwirid serta menjaga Tauhid..TETAPI MASIH BELUM DAPAT MERASAI MENGALAMI ERTI MAKRIFAH YANG SEBENAR. Jika kita berpegang kepada Ajaran Tasauf Sunni Al-Ghazali, maka caranya hanyalah dengan cara cara Tariqat yang kita anuti dan diajar oleh Murshid kita. Kita akan kecewa kerana dizaman kita ini tersangatlah susah untuk mencari MURSHID. Namun begitu haruslah kita ingat akan kenyataan Saidina Ali rda : BAHAWA UNTUK KENAL ALLAH MESTILAH DENGAN ALLAH JUA dan Ingatan Ulamak bahawa UNTUK MENEMUI YANG MAHA GHAIB MESTILAH DENGAN YANG GHAIB JUA. Dalam perkara ini kita sudahpun faham akan maksudnya. Allah berfirman bahawa pengetahuan manusia tentang Ruh adalah sedikit. Sedikit pada Allah melimpahruah pada kita. Jika kita faham apa yang dikatakan YANG SEDIKIT itu dan

faham pula akan JALAN-NYA untuk MENEMUI RUH TUHAN yakni NYAWA kita maka berkemungkinan besar JALAN MAKRIFATULLAH kita sudah terbukamaka katakanlah ALHAMDULILLAH. TETAPI .ya TETAPI kita masih lagi belum nampak jalan ..bagaimana caranya untuk MENEMUI DIRI itubelum lagi dapat jalan untuk mengenal dan bertemu dengan LAPISAN LUAR yakni RUH RUHANI ..apatah lagi RAHSIA ALLAH yakni.RUH AlQUDSI Dalam keadaan sebegini ..adalah normal jika kita berasa susah hati kerana kita tidak tahu dimanakah boleh kita temui guru untuk belajar tentang cara caranya. Kalau pun kita ketemui guru yang sedemikian, kita hendaklah pasti bahawa guru yang mengajar kita itu TELAHPUN bertemu dengan DIRI-nya sebab pada peringkat ini kita tidak lagi mahu berkisar dalam lautan ilmu. Ianya hal praktikal. PETUNJUK ALLAH Allah menghuraikan tentang Nyawa kita ini melalui Ayat 35 : Surah An-Nur dan Surah Ali Imran : Ayat 27. Fakir telahpun postkan entri khusus mengenai kedua-dua Ayat ini. Dalam perjalanan Fakir bertahun tahun mencari dan mencari tentang cara cara ini, Fakir hanya menemui 2 cara sahaja pertama sebagaimana disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan kedua cara yang disyorkan oleh Ustaz Abu Sangkan. Dr Bagindo Muchtar ada meninggalkan beberapa anak murid yang telah diberi Ijazah dalam membantu MEMBUKA . Fakir telahpun menemui salah saorang murid beliau. Dalam hal ini pengetahuan Fakir tentang perkara BUKA MEMBUKA ini terlalu sedikit. Oleh kerana itu Fakir memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya melainkan satu sahaja iaitu adalah lebih baik dan lebih Afdal jika kita sendiri dapat MEMBUKA Diri dengan secara terus menerus mengamalkan Tafakur & Zikir. Jika saudara berminat untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut saudara boleh berhubung dengan Saudara Osman Hadi @ hp 010 5445271 atau layari laman webhttp://internatebest.webs.com Manakala cara cara Ustaz Abu Sangkan akan dijelaskan didalam laman blog ini. Kedua-kedua cara ini pada pandangan Fakir adalah lebihkurang sama sahaja dan Fakir sangat yakin jika diamalkan bersungguh-sungguh Allah akan makbulkan hajat kita.

BAB 27 KONSEP TAFAKUR SAORANG SUFI..


Bertafakur mengingatiNya akan membuatkan sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian, kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia. Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan, yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta. Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan mengabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya. Inilah yang dikatakan tafakur, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat. Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan Hakikat Ketuhanan. Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran dan tidak dapat hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan. Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja. INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam. Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti ia adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan tiada muda. Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih adalah satu, dan sebagainya. Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi satu. Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya. Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari Hakikat Ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi,

cinta memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk mengatasi fikiran. Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya. Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas. Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring. Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya fikiran akan menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa. Dan ingatlah,, ketika sufi tiada Dia akan ada Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri, Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi Dengan mengosongkan fikiran, sufi menciptakan ruang batin di mana sufi dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih. Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong, dan untuk mengalamiNya sufi perlu untuk menjadi diam yang kosong pula. Dalam tafakur sufi memulangkan dirinya kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam dunia lautan nan esa yang tak terbatas.

BAB 28 CARA TAFAKUR DR BAGINDO MUCHTAR


Nota Kecil Apa yang ditulis dibawah ialah Pemahaman Fakir sendiri mengenai cara cara Tafakur yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar. Barangkali ada perbezaan pemahaman ini i.e tidak sama dengan pemahaman mereka mereka yang pernah berguru dengan Bapak itu. Yang demikian Fakir meminta pembetulan daripada murid murid Bapak Muchtar. Cara dan pemahaman merekalah yang lebih tepat. Methodologi Asas MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI. Suasana : Tempat yang hening i.e bebas dari gangguan. Posisi : Elok duduk diatas kerusi , duduk relaks kaki dilunjurkan dan kedua tapak tangan diletakkan diatas kepala lutut. Eloklah dalam keadaan terbuka bukan tertangkup. Lain Lain Eloklah berwudhu dahulu dan bertafakur menghadap Kibla Berdoalah agar Allah makbulkan niat dihati. Oleh kerana ilmu ini ilmu Dr Bagindo Muchtar, eloklah sedekahkan Fatihah kepada ruhnya. YANG DILAKUKAN a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah sebanyak 3 x dengan cara yang betul dan berisi. b. Bersalawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad 3 x c. Beristighafar dan Berhauqalah sebanyak mungkin d. Hentikan segala gerak geri anggota badan yang diluar e. Kosongkan fikiran f. Mulakan Tafakur iaitu MEMANDANG KEDALAM . Tundukkan kepala, pejamkan mata dan fokuskan pandangan hati kedalam badan kita sendiri. g. Bawakan zikir ALLAH ALLAH dengan mengikut masuk dan keluarnya Nafas.

Cara yang biasa Fakir lakukan ialah bawa zikir Allah masuk bersekali dengan menarik nafas masuk. tahan nafas itu dan bawa zikir Allah itu mengembara keseluruh badan dari hujung kaki kehujung rambut ..dan hembuskan nafas keluar perlahan lahan dengan zikir HU Huraian Apabila kita matikan kedua gerakan fizikal dan mentalyang masih ada hanyalah gerakan keluar masuknya nafas kita yang telah kita isi dengan zikir Allah Hu itu. Gerakan turun naik nafas merupakan gerakan yang tidak dapat dikawal oleh otak. Apabila kita lakukan perkara diatas ( g ) maka akan berlaku satu gerakan dalaman umpama kejutan letrik ( stroom ) atau badan umpama mengelujut. Inilah reaksi dalaman pertama yang akan kita rasakan. Jika kita teruskan berzikir rasa tadi akan mengembang menjadikan tangan kita bergerak sendiri, dan terus menerus berkembang hingga kedua tangan kita menggerakkan satu siri pergerakan umpama kita sedang menggayakan bunga bunga silatdan gerakan bunga silat itu amat indah dan menarik. h. Ikutilah gerak kedua-dua tangan kita itu dan tumpukan kepada kekuatannya. i. Lakukan dan bawalah latihan ini berulang ulang kali sampai kita dapat MENURUTKAN jalannya gerak pernafasan kita itu dari dalam ( dari punca nafas dijantung hingga keluar kehidung i.e Nupus / Tanapas / Anpas / Nafas ) j. Jika mampu dan ada kemahuan, lakukanlah latihan ini setiap hari. Berlatihlah hingga sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari tangan kitayang bermakna dinding telah tembus dan rahsia telah terbuka. HURAIAN Setelah kita dapat menemui Jalannya Pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam , maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya nafas kita itu DENGAN PENGERTIAN kita sudah mula memakai atau menggunakan TENAGA DARI DALAM iaitu tenaga yang membuatkan kita bernafas itu. Latihan diatas merupakan JALAN PEMISAHAN yang memisahkan antara BADAN dan DIRI ( Nyawa ) atau memisahkan antara AKU dan DIA. Untuk dapat membawakan sampai mengerti kita hendaklah MENYERAHKAN segala sesuatu yang ada pada kita kepada DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu ( Nyawa ). Jadikan kita ini sebagai manusia milikNYA dan bukan sebaliknya. DIAlah yang menjadi KITA.

BAB 29 TAFAKUR CARA ABU SANGKAN. Berdasarkan buku Berguru Kepada Allah

BAHAGIAN SATU..Memasuki Kesadaran DIRI ( AKU ) .Manusia itu memilikki DAYA SANG AKU yang merupakan daya tenaga yang diterimanya dari YANG MAHA BERKUASA Selain daripada itu manusia juga memilikki pelbagai anggota tubuh luar dan dalam disamping daya mentalnya. ( akal ) Semuanya itu adalah MILIK dan BUKANNYA manusia itu sendiri. Manusia perlulah menguasai semua yang dimilikkinya untuk hidup bahagia didunia dan di akhirat. Untuk itu manusia itu perlu TAHU dan SADAR akan DIRINYA sendiri iaitu AKU. Manusia mesti tahu dan dapat membezakan yang mana satu AKU dan yang mana satu milik AKU atau alat alat kepunyaan AKU AKU adalah RUH yang ditiupkan kedalam tubuh yang terbuat dengan komposisi kosmos yang sempurna setelah diberi bentuk ( Al-Hijr 28 29 ) AKU bersifat abadi, tidak mati, dan tidak rusak. AKU juga memilikki kekuasaan , kebijaksanaan dan kenyataan. Ramai manusia tidak sadar akan potensi yang tertidur didalam dirinya dan tidak mengenal DIRInya sendiri yang sebenarnya. Bila DIRI SEBENAR sudah bangun ia mengenal mana yang disebut AKU dan mana yang bukan AKU. AKU inilah yang akan kembali kehadirat asalnya : Sesunguhnya AKU adalah berasal dari Allah dan kepada Allahlah AKU kembali.

MEMASUKKI KESADARAN ZIKIR Terlebih dahulu sucikan diri / jiwa kita dengan BERWUDHU Carilah TEMPAT yang bebas dari gangguan Duduklah dengan enak / selesa / rileks

Istirahatkan / rehatkan badan dan pasrahkan / serahkan seluruh jiwa raga, tenangkan fikiran. Sadarilah bahawa AKU adalah hakikinya ( hakikatnya ) manusia yang tidak pernah tidur, tidak mati, abadi..Aku ialah Ruh Suci yang mampu menembus alam malakut dan uluhiyah Kalau anda pejamkan mata, anda akan merasakan dan boleh membezakan mana Aku yang sebenarnya .disitu ada Aku yang memperhatikan sensasi badan seperti lapar , haus dsb Anda akan merasakan bahawa bukan aku yang lapar, yang haus tetapi yang lapar dan haus itu ialah alat milik Aku . Aku sebenarnya diluar dan diatas semua alat alat milik Aku itu. Aku harus keluar dari alat alat Aku ini Aku tidak akan fikirkan lagi tentang alat alatku kerana alat alat itu ada Batin Nalurinya. Keluarlah dan tinggalkan tubuh anda Kemudian sadarkan Sang Aku anda dan hubungkan Aku itu dengan Zat Yang Maha Mutlak. Hadirlah dihadapanNya ..panggilah dengan penuh santun Ya Allah Ya Allah..tundukkan jiwa anda dengan hormat dan datanglah keHadratNya dengan terus memanggilNya Ya Allah Ya Allah ..timbulkan rasa cinta yang dalamhadirlah terus dalam ZIKIR..biarkan sensasi fikiran dan perasaan melayang layang......................................................................................... LATIHAN TAFAKUR SATU ABU SANGKAN Berkomunikasi Dengan Allah. PERSIAPAN 1 Berwudhu dan menghadap Kiblat 2 Membaca Bismillah 3 Mengucap Dua Kalimah Syahadah 4 Membaca Selawat Nabi YANG DILAKUKAN Datangi Allah dengan RASA INGAT. Datang kepada Allah sambil MEMANGGIL nama Allah dengan kesadaran penuh hingga terasa adanya sambutan / respons berupa GETARAN yang terus menerus sehingga timbul rasa Menyintai Allah. Pertahankan rasa mencintai Allah tersebut dan akhirnya keadaan tersebut akan terhenti

dengan sendirinya. Ketika terhenti , maka ubahlah dengan kesadaran IKUT ALLAH iaitu mengikut Kemahuan Allah tuntunan Allahm , sambil terus menerus menyebut Ya Allah , Ya Allah dengan seluruh jiwa raga, kita ikut Allah, BESERTA ALLAH ..hingga ada rasa kita betul betul MENGIKUT ALLAH. Biasanya timbul TASBIH untuk mengagungkan Allah dan memuji Allah. Ianya datang dengan sendirinya dari jiwa dan mengalir begitu sahaja. Kembalikan wujud kita kepada Allah. Hadapkanlah kepada Allah. Teruskan pengembalian kepada Allah. Jangan melihat kepada DIRI BATIN anda. Pandanglah alam yang luas sebagai tanda Kekuasaan Allah. LATIHAN TAFAKUR 2 ABU SANGKAN Pengembalian Haq Allah. Berdoa DOA 1 Ya Allah Engkaulah yang MEMILIKKI segala sesuatu Engkau jugalah yang MENGUASAI segala sesuatu KekuatanMu melebihi Alam Raya ini Yang Maha Dahsyat Ya Allah Wujudku bentuk QudratMu bentuk KekuasaanMu Yang Dahsyat Terus Berdoa Doa 2 Ya Allah Rohku MilikMu , atas KehendakMu kembali kepada Engkau Ya Allah Dengan petanda keluar masuknya nafasku Kerana Engkaulah menyebabkan badanku bergerak Teruskan berdoa Doa 3 Doa Kesadaran Diri Bismillahirrahmanirrahim Masuknya nafas kerana Allah ( memperhati masuknya nafas )

Keluarnya nafas kerana Allah ( memperhati keluarnya nafas ) Nafasku petanda Rohku Dalam QadratMu Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Ulang Doa 3 - Kesadaran Ini Beberapa Kali Nota :Biasanya timbul rasa zikir. Ikut terus rasa zikir itu sehingga ada rasa yakni Rasa Ingat dan Rasa Menghadap Allah Hilangkan atau nafikan Pelaku Zikir. Yang ada ialah Rasa Ingat Allah Kembalikan Rasa Ingat Allah Kepada Allah Terus Berdoa Doa 4 Doa Pengembalian Rohku adalah dari Allah Milik Engkau Ya Allah Atas Kehendak Engkau Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiiuun. Qudrat Allah Menghadap Allah Rohku Kembali Kepada Allah Rasa Ingat Menghadap Allah Nota :Nafikan / hilangkan Diri Pelaku maka timbul Rasa Zikir. LATIHAN TAFAKUR 3 Fana / Berserah Mengikut Kemahuan Allah. Perhatikan Tumbuhan Dan Alam Keliling Kita Perhatikan GERAK YANG MENGHIDUPKAN , membesarkan dan mematikan

Yang Mengatur Alam Semesta Yang Menghidupkan Semua Makhluk Hidup WUJUD kita bergantung dan diliputi GERAK yang tidak boleh kita tahan Kecil, besar, tua lalu mati Juga segalanya spt pokok pisang, matahari dan sekalian alam berada dalam GERAK yang satu. Yang menghidupkan tubuh saya, tanaman, bumi, langit adalah sama yaitu Yang Satu Yang Esa itu. Kondisikan keadaan ini Semua wajah, penglihatan kembalikan Yang melihat, mendengar adalah Yang Bergerak itu Hilangkan diri kita Yang bergerak itu Hidup Yang Sejati Hidup itu Sifat Allah Hidup itu mempunyai Kehendak Hidup itu mempunyai DIRI Yaitu AKU Bersabda melakukan sesuatu melalui AKUNYA AKU Yang Maha Tahu Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia. Huraian Abu Sangkan Yang ditulis diatas bukan hanya untuk dibaca TETAPI UNTUK DILAKUKAN Hanya yang melakukan sahaja akan dapat memahami akan RASA KEDAHSYATAN BER-IHSAN KEPADA ALLAH. Yang ditulis itu juga hanya panduan dan bukannya Syariat Baru ( Bidah ) Nota Fakir :Untuk pemahaman lanjut sila baca buku karangan Abu Sangkan bertajuk BERGURU KEPADA ALLAH terbitan Yayasan Shalat Khusu Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Indonesia. Website : www.dzikrullah.com

BAB 30 MANUSIA BARU - KEHIDUPAN BARU

Dizaman pemerintahan Dr Mahathir, rakyat Malaysia disarankan menjadi manusia yang berfikiran positif dengan slogan MALAYSIA BOLEH. Dizaman Pak Lah pula lagi hebat kita disarankan supaya menjadi manusia Cemerlang , Gemilang supaya Terbilang. Ini retorik atau cerita politik untuk menjadikan manusia Malaysia itu umat yang berjiwa besar. Boleh ke dicapai ? Jawapannya boleh kalau kita dapat menjadikan diri kita MANUSIA BARU yaitu manusia lama yang dapat dilahirkan semula buat kedua kalinya dengan cara melahirkan dengan segera apa yang dikandungnya sejak ianya dilahirkan kedunia oleh ibunya !!!! Persoalan pertama Apakah manusia baru itu ? Persoalan kedua Apakah maksud kelahiran kali kedua itu ? Persoalan ketiga Apa maksud kita mengandung dan perlu segera melahirkan kandungan kita itu ? Kalau kita lelaki atau jantan tak masuk akal kita boleh mengandung kerana yang boleh mengandung perempuan dan betina sahaja ? Persoalan keempat Jika betul apa yang dikatakan diatas maka bagaimanakah caranya kita boleh menjadi MANUSIA BARU itu ? Persoalan kelima Maksud kehidupan baru tu apa ? Teruskan membaca risalah ini. Renung dan fikirkanlah atau bertafakurlah. Bukankah bertafakur sesaat itu lebih baik dari beribadah seribu tahun ?. Kalau ingin menjadi manusia baru, maka cari ilmunya dan amalkan bersungguh-sungguh. Ini pesanan aku kepada diriku dan kepada kamu. HIDUP / HAYYAT HIDUP itu mempunyai ALAMnya sendiri. Dia yaitu yang dikatakan HIDUP itu memberi kehidupan kepada yang ada, termasuk kita. Yang diberikannya ialah ISI. Aliran hidup ertinya TIADA MATI atau BEKU. Kebanyakan orang tidak pandai membawa hidup kerana membawakan kehidupan sendiri TANPA ADA PENGERTIAN HIDUP atau tak faham apa yang dikatakan HIDUP itu.

Persoalan keenam Apa ertinya HIDUP yang sebenarnya ? Persoalan ketujuh Dimanakah letaknya HIDUP itu ? Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah pada hartakah atau pada wang dan pangkat ? Jawapan kepada persoalan ketujuh diberikan oleh seorang Hamba bernama DR BAGINDO MUCHTAR. Beliau mengatakan letak HIDUP itu bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada sengsara, suka duka, wang pangkat atau harta dan sebagainya. Yang disebut diatas itu pada hakikatnya AKIBAT perjalanan kehidupan bukan HIDUP itu sendiri. Contohnya kambing, lembu, kucing, anjing dan lain lain tidak kaya bahkan tak punya apa apa juga HIDUP. Untuk menjawab persoalan keenam, DR BAGINDO MUCHTAR mengatakan bahawa HIDUP itu ada pada DIRI KITA sendiri dan DIRI itu ada dalam TUBUH kita. Dan DIAlah yaitu DIRI, yang meisi kehidupan kita didunia dan akhirat nanti. DR BAGINDO MUCHTAR merujuknya sebagai DIRI, saya merujuknya sebagai NYAWA. Samalah tu. Persoalan Kelapan Semasa kita menjalankan kehidupan katakanlah semasa kita mencari REZEKI, adakah kita membawa NYAWA atau DIRI itu bersama ? Jawapan orang awam Ya tentulah kita ada bawa bersama. Macam mana pula orang tak bawa nyawa boleh mencari rezeki. Kan ada kita bawa bersama. Jawapan Bagindo Aku mengatakan TIDAK, kerana sungguhpun kemana saudara pergi dia ada bersama saudara TETAPI untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara bawa serta dengan erti yang sebenarnya. Maksudnya dalam menguruskan kerja kita itu DIA tidak ikut serta atau berjasa pada usaha kita itu diluar, dia hanya didalam sahaja, keadaannya PASSIF atau langsung TIDAK AKTIF. Dan untuk MENGAKTIFKANNYA perlu dia selain DIKETAHUI ke ada-annya ( atau akui dia itu ADA ) kita juga harus mengerti CARANYA dan kita usahakan supaya dia selain MEISI KEHIDUPAN kita DIDALAM juga MEISI KEHIDUPAN kita DILUAR. PETUNJUK atau PERINTAH ALLAH didalam AL-QURAN Surah Ar-Rum Ayat 8 :Tidakkah mereka memikirkan APA YANG DIDALAM DIRINYA SENDIRI ? Soal Ada apa didalam DIRI kita itu ? Jawab Yang ada ialah sumber kehidupan sebenar . Itulah yang disebut sebagai HIDUP . Jadi DIRI itu HIDUP dan HIDUP itu DIRI. DIRI itu meisi kehidupan kita didalam. Ianya seperti darah kita yang mengalir BEZANYA darah itu nyata yaitu dapat dilihat, DIRI itu TIDAK NYATA atau

GHAIB. Yang nyata Cuma KESANNYA saja. Ada pada SEBUTAN tak ada dalam pandangan Mata Kasar. Huraian / Penjelasan Lanjut Dan adalah yang dinamakan DIRI itu merupakan kumpulan kumpulan ISI ISI atau BUTIR BUTIR yang berasal dari HIDUP yang DIDATANGKAN oleh YANG MAHA HIDUP. Dia hidup dan menjaga. Dan adalah KANDUNGAN DIRI itu ialah ZAT SERBA ZAT tiada yang lain. Zat tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam. Seluruh aliran itu menimbulkan RUHANI yang merupakan gambaran dari JASMANI. TENAGA HIDUP Yang demikian kita rumuskan bahawa ada DUA TENAGA HIDUP pada kita ini :Pertama TENAGA LAHIR yang berasal dari tenaga hidup YANG DIHIDUPKAN yang menjad TENAGA JASMANI. Datangnya dari ZAT MAKANAN yang kita makan dan minum. Kedua TENAGA BATIN yang bersal dari TENAGA HIDUP YANG SEBENARNYA HIDUP yang ADA DIDALAM dan DILUAR batang tubuh kita ( Udara ) Dialah POKOK KEHIDUPAN. Dialah yang dikatakan DIRI. Dia juga yang dikatakan HIDUP Dia juga yang dikatakan NYAWA. Dia jugalah yang dikatakan RUH. Dia jugalah yang dirujuk sebagai AL LATIFAH RABBANIAH atau KETUHANAN ( bukan Tuhan tetapi Ketuhanan ) dan dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Aku pula menyebutnya sebagai AKU. Tenaga ini TENAGA HEBAT YANG TERSEMBUNYI DIDALAM DIRI kita yang selama ini belum pernah kita ketahui apalagi kita kuasai dan gunakan. KENYATAAN AKU yang BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu mempunyai ALAM sendiri yaitu BADAN ? JASMANI / BATANG TUBUHku disebut sebagai ALAM KECIL atau ALAM SAGHIR. KITA yang terdiri dari badan dan DIRI keluar hidup dialam ALAM KABIR yakni Alam semesta ini. Maka berjalanlah kita sebagai manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan TIDAK MEMPELAJARI jalannya KEHIDUPAN DIDALAM terlebih dahulu. INILAH PUNCA SEGALA MASAALAH CORAK KEHIDUPAN dengan bersandarkan kepada YANG LUAR tanpa mempedulikan YANG DIDALAM sudah tua umurnya, sudah usang, lapuk dan patut ditinggalkan kerana ianya CARA HIDUP YANG SEBEGINI adalah SALAH. Ia perlu digantikan dengan CARA HIDUP BARU yang lurus lagi benar. Kita PERLU DILAHIRKAN SEMULA menjadi MANUSIA BARU.

CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR. Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar. Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!! Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA & TENAGA LEMAH. RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja. Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP. SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH. Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS. Soal Soal Soal MODAl ! , modal apa tu ? Mana letaknya modal tu ? Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?

Jawab MODAl tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB. Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.

Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga. Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa. Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU. IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa ? Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT. Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :- Surah Al Hijr Ayat 29 Aku hembuskan kepadanya daripada RuhKu. Itulah yang SEDIKIT. DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah. Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.

Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar . Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ? Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri. Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR. Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR. SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS. BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA yaitu PERASAAN KITA. Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ? JALANNYA YANG DAPAT BETUL KITA RASAKAN IALAH MELALUI HUJUNG JARI KITA JARI JARI YANG SEPULUH ITU. PADANYALAH LETAKNYA RAHSIA HIDUPMU DIDALAM. Yang dikatakan jalannya diri itu sama juga dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita seperti karan pada dawai letrik. Jadi yang hendak dicari ialah PANCARAN dari dalam tubuh kita sendiri. Jika terus diturutkan pancaran ini ianya akan MELAHIRKAN bermacam-macam pergerakan pada anggota kita yang tidak dapat kita kawal dengan otak kita.

Ketahuilah bahawa DIRI itu dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU yaitu RUH TUHAN. Jadi kita katakan RUH yang digelar DIRI itu KETUHANAN Firman Firman Allah :Surah As Shad Ayat 72 Aku hembuskan kepada Adam daripada RUHKU. Surah Az Zuriat Ayat 21 Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat Surah Al Baqarah Ayat 87 Aku perkuat manusia dengan RUH AL-QUDSI Ketahuilah juga bahawa tidak ada yang sulit disisi Tuhan. Oleh kerana DIRI itu bersifat Ketuhanan padanya :Segala kesulitan dapat diselesaika, Kalau kita ketahui padanya ada UBAT kalau kita pandai menjalankanya segala penyakit akan terubat Kalau kita ketahui padanya ada rezeki, dan kalau kita perkembangkan maka akan mudahlah rezeki kita Dari itu jadilah kita orang serba tahu di jalannya DIRI. SOALAN PADA DIRI SENDIRI Kenapakah sewaktu kita belum dikeluarkan dari ALAM YANG SEMPIT DAN TERBATAS yaitu RAHIM IBU kita, kita tidak merasa susah akan tetapi setelah keluar ke dunia yang luas terbentang kita susah dan menderita ? Kita sebenarnya dikeluarkan dari tempat yang senang / Rahim Ibu didatangkan dari tempat yang sesenang-senangnya yang memberi segala kesenangan. Jawabnya ialah kita tak tahu di DIRI dan telah melupakan DIRI sendiri. Kita telah menurutkan JALAN MATI bukan JALAN HIDUP. ELOKLAH KITA KEMBALI KEJALAN YANG BENAR dan TINGGALKAN JALAN SESAT.

YANG BENAR IALAH DIRI kita BUKAN BADAN kita. DIRIlah yang HIDUP dan pada BADAN letaknya KEMATIAN. ORANG YANG BERPEGANG PADA BADAN BERERTI MENEMPUH JALAN MATI DAN YANG BERPEGANG PADA DIRINYA MENEMPUH JALAN HIDUP. MAKA HENDAKLAH KITA TINGGALKAN JALAN HIDUP CARA LAMA KERANA TIDAK MEMUASKAN DAN HENDAKLAH KITA HIDUP DENGAN JALAN HIDUP YANG BARU YAITU JALAN YANG BOLEH KITA TEMUI DENGAN MENGENAL DIRI ITU YAITU POKOK JALAN KEHIDUPAN YANG BERISI. DENGAN ITU KITA TELAH MENJADI MANUSIA BARU DAN KITA TELAH LAHIR UNTUK KEDUA KALINYA . ALAHAMDULLLAH SUJUD KITA KEPADA ALLAH DENGAN PENUH KESYUKURAN. JALAN KEHIDUPAN Dalam kehidupan kita menempuh tiga jalan yaitu :Pertama Berjalan dengan sendirinya Kedua Menjalankan kehidupan sendiri Ketiga Dibawa berjalan Perjalanan pertama Semasa dalam kandungan ibu kita berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebab kita tidak merasa susah. Perjalanan kedua Yaitu setelah kita lahir kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan. Perjalanan Ketiga Yaitu setelah perjalanan sampai kebatas, kita dibawa berjalan untuk kembali keasal. Perjalanan pertamalah yang terbaik yaitu berjalan dengan Ilmu Tuhan. Soalnya setelah kita dilahirkan ibu, masih adakah Ilmu Tuhan itu pada kita ? Jawapannya masih ada dan padanyalah terletak RAHSIA kehidupan kita. DIA menghidupkan kita didalam. Mengaliri dam mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Keadaan keliling kitalah yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.

Kehidupan kita yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampau banyak dibawa MELIHAT KELUAR dan amat sedikit sekali diberitahu tentang keadaan kita DIDALAM. Kita dididik diasuh kesemuanya mengenai alam diluar sahaja sejak dahulu hingga kini. Yang dititikberatkan ialah kehidupan lahir. Amat sedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tidak nampak, yang batin dan yang ghaib. Kita diberitahu tentang Yang Maha Ghaib yaitu Allah Maha Besar Lagi Maha Berkuasa, tetapi amat sedikit pengetahuan kita tentang JALAN kepadaNya, kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya kerana amat sedikit pula orang yang dapat PETUNJUK akan jalan itu. Pendek kata kita dididik terlampau jauh melihat KELUAR sampai lupa DIRI SENDIRI yang DIDALAM. Akibatnya cara kita menjalankan kehidupan bercabang cabang kekiri dan kekanan sedangkan jalan kehidupan yang sebenarnya adalah LURUS yaitu keatas untuk kembali kepada TUHAN dan kebawah untuk kembali ketanah. Jauh dan lama sudah kita berjalan. Apakah HASILNYA ? Kita sebenarnya telah menempuh JALAN KOSONG yang dimurkai dan diperdaya oleh IBLIS. Percayalah jalan yang lurus, benar, berisi dan tidak dimurkai ADA PADA DIRI kita. Maka cari dan kenalilah DIRI SENDIRI. Untuk mendapat petunjuk HENDAKLAH JANGAN BERDOA SAHAJA, disamping berdoa gunakanlah otak dan kecerdasan kita. Kajilah Al-Quran. APA LAGI YANG DIMINTA KEPADA TUHAN, SEDANGKAN YANG ENGKAU KEHENDAKKI TELAH DIBERIKAN KEPADAMU. KEBODOHAN KITALAH YANG MENYEBABKAN KITA KEKURANGAN, TIDAK PUAS DAN SEBAGAINYA.. KALAU ENGKAU TELAH MENGETAHUI HAL INI, TIDAK KENA PADA TEMPATNYA LAGI KAMU MINTA PADA TUHANMU, KERANA APA YANG ENGKAU MINTA ITU TELAH DIBERIKAN KEPADAMU SEBELUM KAMU MEMINTA. FIKIRKANLAH. SEMBAHLAH TUHANMU DAN BERSELAWATNYA KEPADA RASULMU MUHAMMAD SAW. RUHANI DARI KACAMATA ILMIAH Adalah RUHANI itu tersusun dan terdiri dari ZAT ZAT atau electron electron hidup mengandung tenaga electro magnetic atau bioelectrositet. Apabila electron electron itu keluar dari susunannya yaitu ruhani tadi, maka TENAGA yang keluar dari proses ini BESAR SEKALI akan tetapi tenaga ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau dikatakan GHAIB. Jadi kita panggilah tenaga itu TENAGA GHAIB atau METAENERGIE. Dengan metaenergie ini kita dapat mengadakan kemungkinan kemungkinan yang kita mahu atau idamkan.

Oleh kerana setiap manusia mempunyai metaenergie ini, maka setiap orang mampu mencapainya asalkan ada kemahuan yang teguh. Oleh itu alangkah baiknya jika kita semua dapat mengenali dan menguasai tenaga ghaib ini. Tenaga ghaib ini mealiri seluruh batang tubuh kita DIDALAM. Dalam agama Islam kita menyebutnya sebagai RUHANI. Dalam ilmu kita pula yaitu ILMU HAKIKAT kita menyebutnya sebagai DIRI. Adalah jelas bahawa DIRI itu adalah ZAT ZAT. Pada kita ianya ZAT KETUHANAN. Maka ada orang menyebutnya sebagai AL LATIFAH RABBANIAH. Untuk DAPAT MEMPUNYAINYA dan MENGUASAINYA sampai dapat merasakan tenaga ghaib itu KITA HENDAKLAH MENEMBUS DINDING KITA. DIRI itu berdiri dengan sendirinya berdiri seperti ALIF dan duduk seperti WAU tak lekang oleh panas dan lapuk dek hujan. Dia Maha Besar, tidak berupa, tidak beranak dan diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk merupakan segala yang berupa. Dia TERRAHSIA. Bagi orang yang mencarinya menjadi tugas pencari MEMECAHKAN RAHSIANYA supaya ianya dapat DIKENAL dan DITEMUI. Dia sangat dekat bagi orang yang tahu ilmunya dan sangat jauh bagi orang yang tidak tahu rahsianya. Firman Firman Allah :Surah Al baqarah Ayat 186 Jika hambaKu bertanya kepdamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mangabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil. Surah Al Kahfi Ayat 16 Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. CARILAH DIA, DIRIMU di alammu sendiri . Dia memberi dan meisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu tetapi kehidupannya sangat bergantung padanya. RISALAH ini merupakan intipati dari BUKU karangan seorang Hamba Allah yang menamakan dirinya sebagai DR BAGINDO MUCHTAR. Jika anda yang mempunyai keinginan yang kuat lagi teguh untuk menjadi manusia baru yang ingin menemui DIRI YANG SEBENARNYA DIRI maka bacalah bahagian dua risalah ini dan sedekahkan lah FATIHAH kepada penulis yang

menyampaikan ilmu dan pengalamannya Saudara kita Saudara Dr Bagindo Muchtar. Bahagian dua risalah ini akan menjelaskan cara cara yang perlu dilaku dan diamalkan untuk mengenali, menemui dan menguasai DIRI SENDIRI. Sekian Wasallam.

BAB 31 CARA MENUNTUT ILMU KETUHANAN

Sebenarnya saudara saudara menuntut Ilmu Ketuhanan itu TIADA SIAPA YANG BOLEH MENEGAH dan TIADA SIAPA PUN BOLEH MENGHALANGNYA kerana ilmu itu adalah hak masing masing. Mencari ilmu adalah sama jua dengan mencari rezeki. Kita mencari adalah untuk kita bukannya untuk orang lain. Ibaratnya kita mencari rezeki semata-mata untuk diri kita untuk membuat bekalan hidup didunia ini. Mencari ilmu adalah untuk bekalan diri kita dinegeri Akhirat. Adakah tersangkut dengan orang lain, macam mana orang boleh melarang kita. ? Maka inilah sebabnya menuntut ilmu ini tiada sesiapa yang boleh menegahnya. Banyak jua saya bertanya kepada alim ulamak tentang Ilmu Ketuhanan ini. Ada juga yang mengatakan SALAH dan ada juga yang mengatakan BETUL. Pada pendapat saya pula yang mengatakan salah itu ialah alim ulamak yang tamak dan haloba.Dia takut hendak mengembangkan ilmunya itu bukannya takut salah. Hanya ia takut orang ( lain ) alim. Jikalau orang lain semuanya alim bererti SEMPITLAH SYURGA baginya. Maka inilah dibahasa ia alim tamak kerana dia sendiri sahaja mahukan Islam, orang lain biarlah hidup didalam kejahilan yang mengatakan Ilmu Ketuhanan ini SALAH, DI-TEGAH orang ramai mempelajarinya. Maka alim inilah yang muafakat dengan syaitan tidak suka kepada Ilmu Ketuhanan ini. Maka inilah sebabnya ia MENYEKAT kemahuan orang lain, supaya jangan belajar. Ada pula setengah daripada alim ulamak mengatakan Ilmu Ketuhanan ini bukannya pakaian orang awam kerana ilmu ini adalah pakaian untuk ulamak ulamak sahaja. Ini alim penipu namanya. Cubalah fikir baik baik jikalau ilmu ini ditegah untuk orang awam belajar, siapakah yang boleh mewarisi pesaka Islam ini ? Adakah ulamak itu boleh hidup menungkat langit ?Jikalau semuanya ulamak itu sudah mati, dimanakah hendak mencarinya ilmu ini, dan siapa hendak mengganti tempat ulamak ini, kerana yang tinggal itu semuanya jahil jahil belaka kerana hendak mempelajari ilmu yang tinggi tinggi sedikit tidak boleh SALAH. Terdengar sahaja orang mengajar Ilmu Ketuhanan cepat cepat mereka bertindak serta melemparkan tuduhan tuduhan liar dan memfitnahkan bermacam macam habuan. Mengatakan mengajar ilmu salah. Mereka tidak sedar syaitan menghasut mereka dari

belakang. Kerana tiap tiap hidup dialam ini jikalau dirinya tiada memegang kukuh dengan kuasa keimanan, nescaya syaitanlah bermaharaja pada dirinya. Oleh itu saya tegaskan disini bahawa didalam Islam tiada siapapun boleh MENGHUKUM kita melainkan diri kita sendiri. Yang kena hukum itu adalah ISLAM PAK TURUT kerana menurut perintah NAFSUnya. Jikalau diri kita sudah benar benar dikuasai oleh Islam siapa hendak menghukum kita kerana kita tidak melakukan kesalahan. Oleh itu janganlah dengar percakapan yang karut karut. Gunakan akal dahulu, berfikirlah semasak masaknya dan tilik pada hati demi mencari kebenaran. Jangan kita ikut perasaan orang lain kerana kita datang kedunia ini pun saorang diri semasa keluar dari perut ibu kita, tiada bersahabat dengan sesiapa melainkan dengan ilmu jua sahabatnya. Dia mengajar kita bergerak dengan mengajar kita berkata-kata. Dia mengajar kita mendengar. Dia mengajar kita merangkak. Dia mengajar kita berjalan. Apabila kita sudah berakal ianya menghilang. Salahkah jika kita mencari ia sekarang ? Kerana ia sahabat karib kita daripada dalam kandungan ibu lagi. Bukankah ilmu sahaja yang boleh membawa kita kembali kealam akhirat Siapa yang mengatakan menuntut ilmu itu salah bererti mereka belum mengenali DIRI-nya lagi. Tiap tiap yang tidak mengenal akan dirinya sanya orang itu masih didalam golongan kafir dan masih menjadi hamba kepada syaitan dan jin. Bukannya mereka menjadi UMAT MUHAMMAD dan HAMBA kepada ALLAH. Oleh itu mengetahuilah wahai saudaraku kaum muslimin dan muslimat bahawasanya Ilmu Ketuhanan itulah HARTA bagi dirimu, bekalan bagi dirimu daripada kandungan ibu sampai kealam ini, dan daripada alam ini sampailah kembali kealam Akhirat. Oleh itu tiada siapa pun yang boleh MENEGAH kita menuntut dan mencarinya. Kerana ianya adalah HAKMILIK kita yang tulen. Sedangkan bangsa lain pun diseru supaya mengikut Ajaran Islam. Sedangkan Rasul Allah pernah berkata : Tuntutlah ilmu olehmu walau kenegeri Cina sekalipun. Begitulah besarnya harapan baginda kepada umatnya supaya mereka semua jangan SESAT didalam agamanya sendiri. Pada pendapat saya orang orang yang mengatakan salah dan menghalang pendapat ini, maka mereka inilah yang menjadi alat alat kaum kafir. Mereka daripada kebendaan daripada golongan golongan AHLI KEDUNIAAN atau golongan saintis yang pro dengan kebudayaan kuning dan mengikut pengaruh barat. Atau pun pada golongan yang berfahaman kominis didalam agama supaya senang ianya memasukkan jarum hasutannya untuk mencapai cita citanya hendak merobohkan satu satu negara.

Pada halnya kita semua boleh berfikir diatas kehidupan kita sehari-hari dan kita dapat melihat akan sesuatu pergerakan dan perubahan pada kaum belia dizaman ini. Tidakkah banyak anak anak muda yang terpesong daripada landasan sebenarnya ? Tetapi mengapakah kita tidak mencari jalan untuk mengatasi masalah ini ? Oleh itu saya berseru kepada kaum muda mudi carilah jalan kebaikan pada diri sendiri. Dan tuntutlah akan ilmu ilmu yang boleh menjamin kehidupan kita dari dunia sampai Akhirat. Kerana ajaran Islam sahajalah yang boleh menjamin kehidupan dan keamanan didalam sesebuah negara. Tugas Islam ialah untuk menyatupadukan kesemua umat umatnya demi untuk menjaga kedaulatan dan keamanan sesebuah negara dan bangsa. Separuh ulamak berkata Ilmu Ketuhanan ditegah dipelajari kerana tiada orang dizaman kita ini dapat memperoleh MAKAM WILAYAT. Ini sangat tidak lojik. Jika ditegah belajar sejak muda lagi akan Ilmu Ketuhanan , bagimanakah boleh sampai kemakan Wilayat ? Diwaktu muda tak mahu belajar asyik dengan tipu daya daripada syaitan. Tak boleh menuntut Ilmu Ketuhanan ini kerana kamu orang awam bukannya pelajaran dan pakaian kamu. Siapakah yang rugi ..bukankah kita sendiri yang rugi ?

Dipetik dari Buku MUFTAH AL-ZIRAH IL AKWAL IDAH Karangan Tuan Ismail bin Abd Rahman Tariqat Ahmad Ahmadiah Kuantan Pahang.

TOPIK UTAMA MUZAKARAH .. KEADAAN RUH DALAM PELBAGAI SUASANA PERCUBAAN MENJAWAB SOALAN SDRA RIANOPUTRA.
RENTETEN MUZAKARAH YANG MEMBAWA KEPADA PERBINCANGAN.. Saudara pembaca Yang Di-Rahmati Allah. Fakir telah menyertai Grup Zikirullah yang diterajui oleh Ustaz Abu Sangkan dari Indonesia. Grup ini sangat aktif membicara dan memuzakarahkan Ilmu Agama Islam demi melaksanakan SERUAN Baginda Rasul tentang Ilmu & Keilmuan. Ikutilah rentetan muzakarah ilmu melalui e-mail antara Fakir & Saudara Rianoputra saorang ahli milis / ahli majlis Dzikirullah hingga membawa kepada TOPIK MUZAKARAH UTAMA saperti dibawah :SATU : Kenyataan Sdra Rianoputra Salam perkenalan, Memang demikianlah adanya, situasi yang kita temui sekarang ini. Banyak persoalan crucial yang melingkar-lingkar didalam umat kita; energi, uang, waktu dan daya upaya habis tercurah untuk menyelesaikan masalah-masalah itu-itu saja. Umat islam-pun tidak bergerak maju bahkan cenderung jalan di tempat, payah tenaga tapi tidak sampai tujuan pula. Sedang umat lain, mereka iqra dengan sebenar-benarnya... Mungkin konsep pengajaran oleh ulama-ulama masa lalu perlu dibenahi ya pak sehingga tidak hanya menghasilkan dogma dan fanatisme sempit saja melainkan juga membenahi mindset dan perilaku dalam ber-agama. Yuk, mulai langkah ini dari diri sendiri dan keluarga kita dulu. Senang berkenalan dengan Anda. DUA : Ulasan Fakir Pada pendapat saya ulamak terdahulu. tiada apa yang salah yang disampaikan oleh ulamak

Barangkali yang salah ialah kita yang masih malas untuk menggali ilmu dari Al-Quran dan enggan mahu berguru dengan Allah sendiri. ...kita tidak mahu mengemukakan masalah

kepada Allah sedangkan Allah sentiasa mahu Mendengar dan telah mengajar kita dengan FirmanNya Kepada Allahlah kembali segala persoalan. Kita lebih percaya kepada manusia berbanding Allah ..sedangkan didalam IQRA' Allah menegaskan ..Bacalah dengan menyebut Nama Tuhan kamu...Allah yang mengajar dengan Kalam..ulamak kita kata Allah mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad juga .... TIGA : Pertanyaan Sdra Rianoputra Assalamualaikum, ulamak kita kata Allah mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad juga ....Tolong jelaskan maksud saudara diatas ya sebab saya kurang jelas... maaf ya. Terima kasih. EMPAT : ULASAN Fakir. Allah yang mengajar dengan Kalam..ulamak kita kata Allah mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad juga ....Maksud saya ialah ....Allah lah pemilik segala ilmu dan Allahlah yang mengajar semua manusia. Untuk faham hal ini kita kenalah faham dulu akan Sifat Allah iaitu Mutakallimun = Maha Berkata-kata. Ya bagaimanakah harus difahami cara Allah berkata-kata itu ? Adakah manusia yang pernah dengar suara Allah ? Ulamak Syariat akan member jawapan yang otak kita susah hendak terima : Jawapan biasa ialah Allah berkata-kata tanpa huruf dan tanpa suara. Otak kita akan kata bagaimana ya mahu bicara ngaak ada suaranya ? Yang bicara itu ya bukannya mulaut tetapi Nyawanya...bukti ialah orang yang baru saja mati ngak bisa bersuara lagi...nyawa itu bukankah Al-Latifah Rabbaniah iaitu Zat Allah yang MELIPUTI jasad manusia itu...maka dialah yang ngomong..ngomongnya ngak pernah berhenti ...ngomongnya dalam semua bahasa didunia ini....siapkah yang mencipta bahasa bahasa itu ? Manusia atau Allah ? ...kitapun Muhammad juga. Nama MUHAMMAD itu ( eja arab = mim - ha - mim - dal ) ialah Mukjizat Allah yang amat ajaib yg boleh jadi faktor dakwah yg hebat. Cuba eja (arab ) mim pertama = kepala manusia , ha = tangannya , mim kedua = pusatnya, dal = kakinya. Jadi sudah lengkap satu Muhammad . Yang ini gambar jasad kita. Kita beri dia nama = Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir

Tulis lagi ikut cara yang sama untuk Muhammad kedua . Mim pertama = kepala, ha = tangan, mim kedua = pusat dan dal = kaki. Ya yang ini gambar nyawa kita .Kita beri nama = Muhammad Batin atau Muhammad Awal. Cantumkan kedua-dua gambar tadi. maka sudah lengkaplah gambar penuh Muhammad dengan satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki. Yang ini kita beri nama..Manusia yang terdiri dari Tubuh dan Nyawa. Jadi kita sebut manusia itu sebagai MUHAMMAD. Untuk penjelasan lebih lanjut silalah baca laman blog saya http://fakirabdillah.blogspot.com Maaf kerana mengelirukan saudara. KELIMA : Ulasan Saudara Rianoputra. Subhanallah, Bapak telah menjawab apa-apa yang masih menjadi kebingungan saya selama ini dalam menikmat lezatnya iman ihsan. Terima kasih tak terhingga atas keterangannya. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua. Ada beberapa hal yang kiranya anda berkenan menjelaskan sebagai berikut; 1. Saat kita exciting, semangat/spirit, confuse, tidur, mengantuk, datangnya malas, kelaparan/kehausan, mabuk kelelahan dan sakit di badan; bagaimana posisi ruh dan jiwa saat-saat seperti ini ? 2. Orang gila (hilang/sakit ingatan) bagaimana posisinya ? Semoga Bapak bersedia menjelaskannya. Sekali lagi terima kasih atas bantuannya. Salam, Rianoputra TOPIK UTAMA MUZAKARAH ..KEADAAN RUH DALAM PELBAGAI SUASANA PERCUBAAN MENJAWAB SOALAN SDRA RIANOPUTRA. Salam Takzim saudara pembaca yang budiman, Saorang pembaca laman blog ini telah mengemukakan soalan dimuzakarahkan. SOALAN SOALAN dibawah untuk buku Pengantar Ilmu Hakikat

1. Saat kita exciting, semangat/spirit, confuse, tidur, mengantuk, datangnya malas, kelaparan/kehausan, mabuk kelelahan dan sakit di badan; bagaimana posisi ruh dan jiwa saat-saat seperti ini ? 2. Orang gila (hilang/sakit ingatan) bagaimana posisinya ?

PERCUBAAN MENJAWAB. Fakir dengan Kudrat & IradatNya jua menyerahkan kepada jejari untuk cuba menaip jawapannya. Asas perbincangan ialah:Pertamanya kita harus mengingatkan diri bahawa Ruh atau Nyawa itulah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita setiap detik dan ketika semasa Ianya masih meliputi jasad kita mengikut KetentuanNya jua. Ini meliputi segala segala aktiviti dan kegiatan badan ..baik diamnya atau geraknya termasuklah segala keadaan seperti yang disebut oleh Rianoputra diatas..sama ada dalam keadaan excited, murung, jaga , tidur dan sebagainya. Segala kegiatan kegiatan itu baik positif mahupun pasif telahpun ditentukan mengikut Program PenciptaNya iaitu Allah SWT. Oleh kerana Nyawa itu ialah RUHKU Allah, sudah pasti Ianya tahu akan program itu. Dan program itulah yang dilaksanakanNya. Kesan atau efek perlaksanaan itulah yang kita ketahui . Oleh kerana itulah tidur itu didahului oleh mengantuk dan makan itu didahului lapar barangkali. Begitu jugalah halnya tentang suka, sedih, menangis, ketawa dan sebagainya ..iaitu efek perlaksanaan program THE ONE & ONLY GREATEST..iaitu Allah Yang Mentajallikan DiriNya meliputi sekalian alam dan sekalian manusia. Begitu jugalah halnya menggerakkan RuhNya yang digelar Rianoputra untuk bertanya dan RuhNya bergelar Fakir untuk menjelaskan. Apa berbezakah RuhKU yang meliputi si Rianoputra dengan RuhKU yang meliputi si Fakir itu ? Berbeza tetapi TETAP RUHKU yang satu. Umpama air dalam sabuah cerek dituangkan kedalam beberapa cawan. Yang berbeza adalah cawan cawan itu..air didalamnya tetap air yang satu..iaitu dari cerek yang satu jua. Untuk faham, ianya umpama matahari yang menerangi seluruh dunia dengan sejumlah pancaran pancaran ( yang kita sebut sebagai sinaran matahari ) . Sinaran matahari yang menyinari Jakarta umpamanya bukannlah sinaran matahari yang ketika itu sedang menerangi Kuala Lumpur. Tetapi ianya adalah sinaran matahari yang satu jua. Jika dikatakan berbeza

ianya sama ..jika dikatakan sama berbeza pula. Begitulah Keagungan dan Kebesaran Allah ..susah tetapi senang untuk dimengerti tetapi tetap sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Namun kita boleh faham jua. Begitulah Kehebatan Allah yang memerentahkan empat unsur yang berbeza dan berlawanan dibadan manusia. Api, Air, Angin dan Tanah diamankan oleh Ruhku dalam satu organisma bergelar manusia. Pertanyaan saudara kita Rianto ialah bagaimana posisi / keadaan ruh pada saat kesan kepada badan seperti yang dinyatakannya. Barangkali jawapan yang sesuai ialah RUH TETAP dalam keadaan seperti sediakala juga TIDAK BERUBAH dan TERUBAH BARANG SEDIKITPUN kerana yang kelihatan berubah dalam pelbagai rupa, suasana dan keadaan itu saperti sedih, suka, malas, tidur dan sebagainya ialah atau merupakan kesan kesan atau efek efek kepada perbuatan ruh terhadap peralatannya iatu badan. Hadith Rasul yang maksudnya lebihkurang begini : Allah dahulu dan Allah sekarang tetap sama jua ..TETAP KEKAL ABADI DALAM KEADAANNYA JUA. Sebagai contoh untuk fahamyang dikatakan Televesi / television itu pada orang yang berakal bukannya kotak yang ada dirumah itu sahaja. Television ialah kotak televisi yang ada dirumah , gelombang megahertz yang tidak nampak biasa disebut sebagai stesyen dan stesyen penyiar ( katakanlah RTM di Malaysia ) Jika RTM menyiarkan cerita sedih melibatkan babak tangis menangis yang disampaikan oleh peti televisyen kepada penonton stesyen RTM tidak terjejas atau sama turut menangis..ia tetap Stesyen RTM menjalankan tugas dan aktivitinya seperti ditentukan olehKerajaan Malaysia. Pada manusia, kotak televisi itu ialah JASADnya, Gelombang Megahertz itu ialah NYWAnya, RTM itu ialah penggerak atau PELAKU SEBENAR iatu ALLAH SWT. Perlu juga diingat berdasarkan pelajaran kita yang lalu bahawa yang dikatakan nyawa itu walaupun satu dalam pengertian ESA tetapi terdiri daripada pelbagai lapisan lapisan. Masing masing lapisan atas KetentuanNya menjalankan peranan dan tugas masing masing serentak tanpa mendatangkan apa apa kecelaruan mengikut Perencanaan yang telah ditentukanNya tanpa sebarang ketidaktentuan umpama program komputer. Akibat sinaran NURZAT bergelar RUH AL-QUDSI, jantung berdenyut tanpa henti mengikut rentaknya. Denyutan jantung itu MEALIRI seluruh anggota tubuh yang terdiri dari pelbagai benda benda yang kita sebut sebagai anggota atau organ yang terdiri daripada jutaan malah trillion sel sel yang amat senimenyebabkan sel sel yang rumit dan banyak itu berfungsi dengan penuh sempurna.

Jika dimithalkan untuk faham , ianya umpama arus letrik yang mealiri ribuan kilometer dawai tembaga keseluruh pelusuk rumah disatu satu bandar itu ( eg Jakarta ) membuatkan jutaan peralatan berfungsi secara harmonis. Umpama arus letrik yang tidak mempedulikan akan keadaan dan rupabentuk peralatan yang difungsikannya sama ada sudah buruk atau baru , sama ada besar atau kecil sama ada hitam atau putih ..ianya tetap mengaliri dan mengaktifkan peralatan itu sepertimana ditentukan oleh Jurutera yang menciptakanya. Begitu jugalah si Nyawa , tetap mealiri tubuh tidak kira tubuh itu sehat, sakit, cerdik , pandai, gila, mabuk, nanar atau sebagainya sebab hal hal berkaitan badan itu berfungsi mengikut program dan Ketentuan PenciptaNya iaitu Allah Hu Rab Bul Alamin yang mentajallikan DiriNya meliputi Rab Rab yang meliputi sesuatu jasad itu. Ini diketahui dalam bentuk kesan kesan aktivitas nyawa terhadap badan manusia itu. Gila , waras , cacat , sempurna sasaorang manusia itu bagaikan PROGRAM ALLAH yang ditentukanNYa dan yang dikehendakkiNya. Si- Nyawa hanya melaksanakan program itu. Kedua apa juga keadaan dan aktiviti / aktivitas sasaorang manusia itu telahpun ditentu dan diperincikan olehNya . Ini disebut sebagai Syan & Syuyunat atau Qada dan Qadar sasaorang itu. Umpama watak sipelakun telah ditentukan oleh Pengarah Filem. Inilah jawapan kepada persoalan Sdra Rianto berkaitan orang gila dan juga orang yang dilahirkan down syndrome dan sebagainya. Kepada manusia barangkali kelihatan tidak adil TETAPI itulah Kekayaan dan Keagungan Allah berkaitan Kesempurnaan untuk membuatkan manusia berfikir Apakah Hakikatnya manusai itu dan apakah HakikatNya Tuhan yang menamakan DIRINYA ALLAH SWT. Adalah diharap penjelasan diatas bersesuaian dengan soalan soalan saudara RIANO PUTRA yang dihormati.Terima kasih kepada semua khasnya saudara Rianoputra.

Salam Takzim Fakirabdillah Gemas, NSDK, Malaysia.

Apa yang tuan cari tu ? BERAMALLAH JIKA MAHU

Kalam Allah Kata Kata Si Fakir 1 Anda sibuk MENCARI ILMU, maka ilmulah yang anda dapat. Anda MENCARI DIRI, maka ALLAHlah yang anda TEMUI. Mulailah MENCARI DIRI. Berhentilah mencari ilmu. 2 Ada macam macam IBADAH, yang wajib, yang sunat dan pelbagai tindaklaku kebaikan Fardhu Kifayah dan Amal Jariah. Tetapi anda lupa TAFAKUR itu mengatasi segala ibadah ibadah itu. Maka eloklah anda mulai BERTAFAKUR. 3 DIRI itu GHAIB. Allah pula MAHA GHAIB. Ini dikatakan BATIN. Zahir itu DILUAR, Batin pula DIDALAM. Tafakur itu MEMANDANG KEDALAM. Carilah Yang Ghaib itu didalam DIRI ANDA sendiri. 4 Amalan Luar / Zahir untuk diluar yaitu Badan / Tubuh. Hasilnya dikatakan DARAJAT. Balasannya SYURGA mengikut tahap pencapaian amal masing masing. Amalan Dalam / Batin untuk BERTEMU Yang Ghaib, yang akan membawa kita BERTEMU dengan Yang Maha Ghaib. Ini dikatakan sebagai QURBAH Mana satu pilihan anda ? Darajat atau Qurbah. Jadi tanyalah mahu apa aku ini ? Jika anda memilih QURBAH maka Kalam Allah dan kata kata Si- Fakir adalah seperti berikut :1 Berhentilah mencari Ilmu. Ilmu itu HIJAB. Memang seronok tetapi ianya MELEKAKAN kita dalam perjalanan BERTEMU ALLAH. Kita sudah tua, takut takut tidak sempat. Hak memakai Diri diambil semula oleh PemilikNya. 2 Amalan sama ada Zahir atau Batin hendaklah IKHLAS tanpa ingin mendapat Pahala atau takut Berdosa. Beramal hendaklah UntukAllah dan Dengan Allah, tanpa menyengutukanNya denga apa apa pun. Hanya amalan Tafakur ada ciri ciri ini kerana Tafakur tiada dijanjikan Pahala atau hukuman Dosa. Yang bertafakur itu DIA untuk mencari DIA juga. 3 Hentikan amalan Zahir dengan MEMBATINKAN amalan amalan Zahir itu. Caranya mudah sahaja .. lakukan atau jadikanlah semua amalan amalan anda itu AMALAN KEDALAM atau Amalan Didalam yaitu AMALAN DALAM HATI atau Batin.

a. Sentiasa mengucap 2 Kalimah Syahadah, Selawat, Hauqalah dan Istighafar anda didalam hati anda. b. Dirikan SOLAT HAKIKI dimana Diri yang bersolat bukan badan. Badan Cuma menjadi pemerhati sahaja. Maka hukum QAULI sudah tiada. Hanya Hati anda yang berkata kata. Mulut anda tertutup rapat. ( macam BID'AH aje bunyinya..terpulanglah kpd anda ) c. Sentiasa lakukan PENYERAHAN diri anda kepada Allah dalam menjalani kehidupan harian anda. Katakan selalu didalam Hati :- Aku hidup dengan HAYYUN Allah - Aku melihat dengan BASIRUN Allah - Aku berkata - kata dengan MUTAKALLIMUN Allah - Aku berkuasa dengan QADIRUN Allah - Aku mengetahui dengan ALIMUN Allah - Aku mendengar dengan SAMIUN Allah - Aku berkehendak dengan MURIDUN Allah Sebenarnya aku tidak ada. Yang ada hanya Allah. Allah menyatakan Sifat Sifat Jalal ( Keagungan ) Sifat Sifat Jamal ( Keindahan ) dan Sifat Sifat KamalNya ( Kesempurnaan ) melalui aku yaitu Sandaran Allah. ....................................................................................... BAHAYANYA ILMU 1 Memang wajib menuntut ilmu. Tetapi jika sudah bertahun-tahun menuntut tidak juga pandai pandai, maka wajiblah berhenti mencari ilmu. Jika bertahun tahun sembahyang masih lagi tidak khusu eloklah berhenti sembahyang. Takut .. tidak terdaya nanti memikul beratnya sumpahan Allah. Jadi apa nak buat ? Tenangkanlah DIRI anda bertafakurlah .. dan renunglah kepangkal jalan. Angkat kepala pandang habis habis ke hujung jalan. Anda akhirnya akan berkata : Oh ya, awal awal agama Mengenal Allah maka akhir agama mestilah BERTEMU dengan Allah. Siapa yang berkata ? BATIN anda yang berkata bukan mulut anda.

Jadi IKUTLAH BATIN anda. BERTAFAKURLAH KEDALAM MENCARI DIRI. Hentikan Sembahyang, DIRIKAN SOLAT HAKIKI. DIRI anda itu bukannya anda sebagai manusia tetapi anda tanpa badan anda. Badan Yang mati tetapi dihidupkan oleh DIRI hendaklah menjadi KHADAM anda bukan TUAN anda. ........................................................................................ SOLATKU YANG HAKIKI

Orang lain SEMBAHYANG. Aku tidak. Aku SOLAT. Orang lain sembahyang MENYEMBAH TUHAN yang entah dimana untuk mendapatkan pahala dan syurga, menjauhkan dosa dan neraka. Aku tidak. Aku solat untuk meng-usul Diriku. Aku solat untuk menyaksi dan me-nyata-kan DIRI HAKIKIku yaitu Allah yang meliputi seluruh diriku sebagai manusia. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka adalah Hak Allah bagiku, bukannya hak aku. Orang lain sembahyang Rukunnya 13. Aku solat Rukunku 14. Aku solat dengan Wudhu Sempurna. Orang lain berwudhu untuk bersihkan diri. Aku wudhu untuk Me-nafi-kan diri dan Meng-iyakan ( Isbatkan ) Diri Hakikiku yaitu Allah Tuhanku. Orang lain QIAM dengan cuba mematikan diri mereka yaitu mematikan hawa nafsu. Aku pula QIAM dengan :a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah DIDALAM HATI bukan dengan suara mulutku dengan mentasdiqkan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. b. Kemudian aku mengucap Kalimah Kalimah itu buat kali keduanya dengan cara yang sama dengan mentasdiqkan : Bahawa tiada apa yang NYATA didalam diriku melainkan DIRI HAKIKIku yaitu Allah semata-mata dan Akulah Muhammad menyampaikan HAQ ALLAH kepada seluruh Jasadku.

c. Aku bersyahadah buat kali ketiga dengan mentasdiqkan : Bahawa Yang Wujud dialamku dan Alam maya Pada ini hanyalah Allah semata-mata. Aku teruskan Qiamku dengan BERSELAWAT kepda Baginda Rasullullah dengan bertasdiq bahawa Dialah asal usulku , bapa kepada Nyawaku dan beliaulah sebenar-benarnya Diri Hakikiku itu yaitu yang menamakan Dirinya Allah. Dialah Sifat Agung Allah Yang Rahsia yaitu Diri Rahsiaku. Didalam Qiam aku BERHAUQALAH dan aku nyatakan penyerahan aku kepada Diri Hakikiku yaitu Allah : Ya Allah masukkanlah wujud Jasadku kedalam Wujud Batinku dan masukkanlah Wujud Batinku kedalam ZatMu semata-mata Ya Allah setiap detik dan ketika dalam hidupku dunia akhirat. Aku serahkan apa yang ada padaku kepadaMu dan engkau serahkan pula apa yang ada padaMu kepadaku. Aku adalah kepunyaan Engkau sepenuhnya. 5 Aku memang berniat untuk Solat. Namun aku nyatakan Niatku itu dengan melafazkan didalam hati : Ya Allah, aku solat . ( zuhur ).. ( empat ) rakaat untuk MENG-USUL, ME-NYAKSI dan ME-NYATAKAN DIRI HAKIKIku YAITU ENGKAU kerana Engkau juga Ya Allah. Jadi orang lain menyatakan Niatnya dengan lafaz yang disuarakan mulutnya. Aku tidak, kerana hatiku yang berkata aku solat .. ( seperti diatas ) 6 Orang lain sembahyang dengan menyuarakan TAKBIRATUL IHRAM, Allah Hu Akbar. Aku tidak. Aku hanya menyuarakan Allah. Didalam HU, aku MIKRAJ kealam asalku yaitu ALAM LAHUT dengan menyerahkan wujudku kedalam Wujud Allah semata-mata. Kemudian aku turun dari Mikrajku menuju keseluruh Alam tubuhku dengan Kebesaran AKBAR. Aku simpan Allah Hu Akbar di baitillah Mukminku didalam Jantungku. 7 Orang lain sembahyang BERKIBLATKAN BAITULLAH di Mekah. Aku tidak. Aku Cuma menghadapkan wajahku kearah Kaabah. Aku berkiblatkan Diri Hkikiku yaitu Allah yang meliputi diriku. Aku memandang wajahku sendiri. 8 Orang lain sembahyang dengan membaca apa apa yang perlu dibaca dengan mulut dan lidahnya yaitu dengan suara zahir. Aku tidak. Diri Hakikiku membaca didalam hatiku. Aku hanya mendengar dan memerhatikan sahaja. 9 Didalam sembahyang, orang lain memberi salam kepada entah siapa. Aku tidak. Aku tahu kepada siapa aku tujukan salamku. Aku tujukan kepada Diri Batinku yaitu ZATULHAQ yaitu Aku yaitu Zat Allah dan aku juga tujukan salam itu kepada SIFATUL HAQ yaitu Diri Zahirku yaitu aku yaitu Sifat Allah.

10 Aku mengakhiri MUNAJATku dengan Kalimah Syahadah dan Selawat Nabi. Aku sedar wudhu itu pemisahan sementara antara Diri Zahirku dengan Diri Batinku sementara Solat itu Penyatuan semula kedua-duanya menjadi Esa dengan Zat, Sifat, asma dan Afal Allah Tuhanku. Aku sudah TIADA, sentiasa TIDAK ADA kerana YANG ADA HANYA DIRI HAKIKIKU yaitu ALLAH Tuhanku, Tuhan diriku dan Tuhan Rabbul Alamin. ITULAH SOLAT HAKIKIKU dan orang mengatakan entah Islam apakah aku ini kerana tidak sembahyang. Ya memang aku sudah berhenti sembahyang sebab aku SOLAT. Biarlah orang mengata aku asalkan jangan aku mengata orang. ....................................................................................... HIDUPKU DENGAN TAUHIDKU 1 Hidupku lain dari orang. Orang NORMAL aku ABNORMAL. 2 Orang lain hidup, bekerja mencari rezeki dan sebagainya dengan menggunakan tenaga otak dan tenaga anggota badannya. Ramai yang berjaya , ramai juga yang tidak. Aku juga hidup dan bekerja tetapi aku hidup dan bekerja dengan TENAGA DIRI BATINKU yaitu Allah. Maka jadilah aku ini :a. Aku hidup dengan HAYAT Diri Batinku yang hidup dengan HAYYUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga hidup dengan HAYYUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. b. Aku melihat dengan BASHAR Diri Batinku yang melihat dengan BASIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga melihat dengan BASIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. c. Aku berkata-kata dengan KALAM Diri Batinku yang berkata-kata dengan MUTAKALLIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga bercakap dengan MUTAKALLIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. d. Aku berkuasa dengan QUDRAT Diri Batinku yang berkuasa dengan QADIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkuasa dengan QADIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. e. Aku mengetahui dengan ILMU Diri Batinku yang mengetahui dengan ALIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mengetahui dengan ALIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.

f. Aku mendengar dengan SAMA Diri Batinku yang mendengar dengan SAMIUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mendengar dengan SAMIUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. g. Aku berkehendak dengan IRADAT Diri Batinku yang berkehendak dengan MURIDUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkehendak dengan MURIDUN ALLAH dan itulah yang aku katakan. ...................................................................................... MERTABAT TAFAKUR Allah Tuhanku BerFirman :Bagindaku Rasullullah Menyampaikan :Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah setahun Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun, daripada ibadah seribu tahun . Qutubku Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam SIRRUR ASRAR menghuraikan :Maksudnya manusia yang berfikir dalam masalah masalah Furu ( cabang ) , maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah setahun. Berfikir untuk mengetahui hal hal yang diwajibkan oleh Allah dalam ibadah dan berfikir tentang aturan aturan ibadah wajib, maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah 70 tahun. Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah, maka nilai Tafakurnya lebih besar daripada beribadah seribu tahun. Jadi kenapakah Aku tidak mengambil berat akan Firman Allah Tuhanku, Sabda Baginda Rasulku dan penjelasan Qutubku ? Aku telah sedar dan kini mengambil berat tetapi bagaimanakah caranya Aku harus bertafakur ? Guruku menjelaskan :a. Matikan segala gerak anggota luaranmu maksudnya duduk diam jangan bergerak gerak.

b. Matikan otakmu maksudnya jangan fikir apa apa pun. c. Tundukkan kepalamu, tarik nafas kedalam dengan sepanjang-panjangnya tahan nafas itu selama mungkin dan ingatlah Allah Tuhan yang meliputi dirimu diluar dan didalam tubuhmu dengan menyebut Nama NamaNya didalam hatimu apapun NamaNya yang terlintas dihatimu. Lakukanlah berulang-ulang kali kata guruku. ........................................................................................ MANUSIA Terdiri dari DUA MUHAMMAD Yaitu Muhammad Awal Muhammad Akhir Atau Muhammad Batin Muhammad Zahir Dipanggil sebagai MANUSIA KEKAL MANUSIA SEMENTARA Yang Dicari Yang Mencari Yaitu Yang Hidup Yang Mati Yang Menghidupkan Yang Dihidupkan Yaitu RUH / NYAWA JASAD / TUBUH Terdiri Dari 4 Lapisan Balutan Pelbagai Anggota Cahaya Cahaya Luaran & Dalaman

Tubuh Balutan Lahut namanya RUH AL- QUDSI yaitu NUPUS Balutan Jabarut namanya RUH SULTANI yaitu TANAPAS Balutan Mulki namanya RUH RUHANI yaitu ANPAS Balutan Mulki namanya RUH JASMANI yaitu NAFAS Nota : Maaf Fakir belum pandai memasukkan rajah kedalam blog. Yang didalam catatan original rajah ni cantik ni......

You might also like