You are on page 1of 2

Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2013 (11-12 March ) Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-63, 2013 merupakan kejohanan

olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di Kompleks Stadium Jubilee , pandungan kuching. Persatuan kita iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia telah berjaya menjalankan tugas pertolongan cemas. Konklusinya, saya berasa kekuatan persatuan kita ialah ahli ahli BSMM telah menunjukkan sifat bekerjasama untuk menyelamatkan para peserta yang cedera. Contohnya, apabila mendapati seseorang peserta mahu pitam ataupun terseliuh, mereka akan segera melari menuju ke arah di mana peserta yang memerlukan bantuan kita. Ahli BSMM tidak malas dan saling tolong-menolong juga. Contohnya, lelaki bertanggungjawab untuk mengangkat peserta dan stretcher dan kebanyakan perempuan memainkan peranan dalam pertolongan cemas seperti membalut luka dan sebagainya. Satu lagi kekuatan yang ada pada kita ialah mereka akan bersedia dan berdiri di tepi track walaupun sebagaimana panasnya matahari untuk menunggu mangsa -mangsa dan bukanlah duduk di bawah payung besar. Tambahan, persatuan kita telah mendapat banyak bantuan daripada Encik Morrison dari Stampin Chapter dan empat orang kakak senior untuk menjayakan KOT dalam pertolongan cemas. Dari segi kelemahan , saya mendapati ada beberapa orang tidak bertugas apabila sudah sampai giliran mereka untuk bertugas. Kebanyakan mereka akan menyembunyikan diri dan mengambil acara dalam sukan. Selain itu, AJK peralatan sudah berjanji akan memberi lima buah payung besar untuk persatuan kita. Akan tetapi, mereka hanya menyediakan dua buah untuk kita. Cadangan penambahbaikan ialah AJK peralatan perlu memberitahu awal tentang kekurangan payung besar dan bukanlah sampai hari KOT baru bagi tahu. Kalau bagi tahu awal, ketua BSMM mungkin akan mencari jalan untuk meminjam payung dari SMK Batu Lintang. Di samping itu, mineral air juga haruslah disediakan untuk kita dalam membantu peserta-peseta yang cedera. Seterusnya,

saya mencadangkan AJK membuat Buku Program acara sukan perlu siapkan awal dan bagi Pengerusi BSMM dengan secepat mungkin. Hal ini sedemikian dapat mengelakkan percanggahan daripada masa menjalankan tugas pertolongan cemas dengan masa pertandingan acara. Kalau mendapatkan buku program awal, maka saya boleh atur semula giliran tugas ahli BSMM. Contohnya, Ali ada acara pukul 8 pagi, jadi saya tidak akan memberi masa tersebut untuk dia jalankan tugas pertolongan cemas. Kesimpulannya, saya sebagai pengerusi BSMM berasa persatuan kita telah melakukan apa yang kita harus lakukan dan sudah mencapai kejayaan dengan bangga sekali.

Disediakan Oleh:

(PHILIP HII WAN WON) Pengerusi BSMM IPG KAMPUS BATU LINTANG

You might also like