You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RANGALAU BARU, TUARAN

KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET JOUTI PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008 DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.

1.0

PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti membina sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut. Di dalam bilik darjah prasekolah, aktiviti bercerita merupakan antara aktiviti yang sangat diminati murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanakkanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru itu, dengan adanya sudut bercerita ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai suasana sebenar pentas bercerita. Sudut bercerita ini juga diwujudkan agar dapat mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah disamping memberi manfaat kepada guru dan kanak-kanak. Diharapkan agar dengan adanya sudut bercerita ini, ia akan menjadikan pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0

MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran bilik darjah prasekolah yang menarik dan kondusif.

3.0 i. ii. iii. iv.

OBJEKTIF Memberi peluang kepada murid merasai suasana pentas bercerita. Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti bercerita. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam bilik darjah prasekolah. Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik darjah prasekolah.

4.0

TARIKH

22 Ogos hingga 23 Ogos 2011

5.0

TEMPAT

Bilik Darjah Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran

6.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK PRASEKOLAH

PENAUNG Mohamad Juin@Mohd.Nauli

PENASIHAT I Mailin Yubih

PENASIHAT II Jovita Sarabun

PENGERUSI Rujiatun binti Imar

NAIB PENGERUSI Paineh Juani

6.1

Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi Janet Jouti

Mentor Rujiatun binti Imar

AJK Pertukangan Francis

AJK Perhiasan Paineh Juani

7.0

PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ; Bil 1 Tarikh 22 Ogos 2011 3 26 Ogos 2011 Aktiviti Menyediakan kawasan sudut bercerita. Membina pentas bercerita. Menghias pentas bercerita. Menghias sudut bercerita. Melekatkan papan tanda sudut. Menyusun bahan-bahan bercerita pada rak sudut. Aplikasi aktiviti bercerita di sudut bercerita yang telah siap. Tindakan Kerjasama daripada AJK Pertukangan

23 Ogos 2011

Kerjasama daripada AJK Perhiasan

Guru pelatih

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN UNIT 1 meter 1 meter 1 kotak 1 keping 1 buah 1 keping 1 gulung 1 kotak 1 buah HARGA UNIT RM 3.00 RM 3.00 RM1.00 RM7.00 RM5.00 RM5.00 RM2.50 RM3.00 RM3.00 JUMLAH UNIT RM3x2 RM3x2 RM1x1 RM7x1 RM5x4 RM5x1 RM2.50x1 RM3x1 RM3x2 JUMLAH RM6.00 RM6.00 RM1.00 RM7.00 RM20.00 RM5.00 Rm2.50 RM3.00 RM6.00 RM56.50

BIL ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kain (biru terang) Kain (biru) Paku tekan Mounting Board Pagar kecil Polistrin Double sided Warna air Pasu bunga

TOTAL

9.0

PERALATAN ITEM Meja Gergaji Tukul Pisau lipat Paku Dawai UNIT 4 buah 1 buah 1 buah 1 buah 1 kotak 0.5 meter

10.0 PENUTUP Semoga dengan wujudnya sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah dapat membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang seronok dan gembira. Bagi pihak guru pelatih, projek membina sudut bercerita di prasekolah ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru prasekolah sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga

diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.

Disediakan oleh, ......................................... ( JANET JOUTI ) Pengerusi Projek Sudut Bercerita Prasekolah, Guru Pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disemak oleh, .......................................... ( RUJIATUN BINTI IMAR ) Mentor Projek Internship, Guru Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran.

Disahkan oleh, .......................................................... ( MOHAMAD JUIN@MOHD.NAULI) Guru Besar, SK Rangalau Baru, Tuaran.

You might also like