You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / SEPTEMBER 2012

JURNAL REFLEKTIF T1A1 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

SUBIYAMIN BIN SULAIMAN 740423115023001 740423-11-5023 019-9327709 youngming234@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

JURNAL REFLEKTIF Aktiviti 1

Tugasan ini betul-betul mencabar kredibiliti saya sebagai seorang anak, ayah, guru, dan pelajar. Dengan tanggungjawab yang semakin bertambah ini telah membuat saya kadang-kadang terasa putus asa untuk menyiapkan tugasan ini. Lebih-lebih lagi kini saya dikurniakan anak kecil dan bertukar ke sekolah baru yang terletak lebih kurang 80 kilometer dari tempat tinggal saya. Situasi ini betul-betul menguji saya dalam menyiapkan tugasan ini. Namun dengan sokongan ahli keluarga, isteri tercinta, rakan-rakan sekerja, dan rakan-rakan sekuliah telah memberikan satu semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan iltizam yang ada pada diri saya ini, saya telah memilih perayaan Tahun Baru Cina kerana di sekitar tempat tinggal saya terdapat ramai juga kaum Cina. Dengan ini, mudahlah bagi saya untuk mendapat responden bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan perayaan ini. Walaupun terdapat juga responden yang sukar memberi kerjasama tetapi saya tetap tidak patah semangat dan cuba sedaya saya dengan membuang jauh-jauh perasaan malu yang menebal dalam diri saya ini. Pada awalnya, saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang perayaan ini. Saya juga membaca buku-buku dan majalah-majalah mengenai perayaan ini. Selain itu, saya juga bertukar bahan maklumat dengan rakan-rakan seperjuangan. Kaedah yang terakhir ialah dengan membuat temu ramah secara rawak di mana setiap kali ke kedai milik orang Cina saya cuba berbicara tentang perayaan ini. Ada responden yang baik hati dan bercerita dengan lebih mendalam tentang perayaan ini terutamanya cara mereka menyambut perayaan ini dan juga sejarah terjadinya sambutan Tahun Baru Cina. Ada juga responden yang tidak berapa suka apabila saya cuba ajak berbicara tentang perayaan mereka. Dengan maklumat yang saya peroleh ini, telah membuka minda saya tentang cerita sebenar adat resam dan amalan-amalan sambutan Tahun Baru Cina. Majoritinya, orang Cina ini percaya kepada tuah dan nasib malang dalam aktiviti sambutan perayaan mereka. Setiap apa yang dilakukan mestilah mempunyai tuah dan menghindarinya daripada mendapat sial atau bala. Justeru, orang Cina ini mempunyai banyak pantang larang dan amalan-amalan yang baik semasa perayaan ini. Pencarian maklumat ini telah membuatkan saya ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai perayaan-perayaan yang disambut di negara kita terutamanya perayaan kaum saya sendiri seperti perayaan Aidilfitri, Aidiladha dan sebagainya. Ini adalah kerana saban tahun kita menyambut

perayaan ini hanya mengikut tradisi turun temurun atau mendapat maklumat daripada kedua-dua ibu bapa kita. Saya percaya mesti ada terselit sesuatu maklumat yang kita belum tahu sepenuhnya tentang perayaan yang kita sambut saban tahun ini. Oleh itu, tugasan ini juga telah membuatkan saya akan lebih menghormati perayaan dan adat resam mereka. Ini kerana sebelum ini, saya tidak mengetahui apa tujuan sesuatu amalan perayaan ini dilakukan seperti melambung Yee Sang, memelihara ikan koi, permainan mercun dan lain-lain lagi. Justeru, kita juga perlu mengetahui dengan lebih mendalam tentang perayaan kita sendiri supaya kita dapat menghayati perayaan itu dengan lebih sempurna dan mengetahui apa tujuan amalan itu dilakukan. Secara tidak langsungnya, amalan ini akan tetap terpelihara dari generasi ke satu generasi dan dapat memupuk rasa cintakan adat resam dan amalan-amalan sesuatu perayaaan itu supaya tidak terhakis dan hilang begitu sahaja.

Aktiviti 2 Peringkat awal untuk mendapatkan responden yang sanggup ditemu ramah amatlah sukar kerana kebanyakannya mereka tidak sanggup memberi komitmen untuk menjayakan temu ramah ini. Namun dengan berkat kesabaran dan tanpa mengenal erti jemu, akhirnya saya dapat juga responden yang sanggup memberi kerjasama. Keadaan ini berlaku apabila saya pergi ke sebuah kedai tayar untuk membaik pulih tayar kereta saya. Dengan ringan mulut saya cuba bertanya kepada beliau tentang temu ramah ini. Alhamdulillah, beliau dan anak-anaknya sanggup member kerjasama bagi menjayakan temu ramah ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Soh Siyok Hong dan dua orang anak lelakinya iaitu Ooi Jian Shian dan Ooi Jian Wei. Oleh itu, saya telah membuat temujanji dengan mereka pada 6 Januari 2013. Pada tarikh dan masa yang dijanjikan, saya telah pergi kedai tayar tersebut untuk membuat temu ramah. Saya disambut dan dilayan dengan baik oleh Puan Soh Siyok Hong. Proses temu ramah itu berlangsung hampir satu jam iaitu bermula jam 5.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Puan Soh Siyok Hong dan dua orang anak lelakinya itu telah memberi kerjasama yang amat baik sekali walaupun sibuk dengan kerja mereka. Berdasarkan temu ramah yang dilakukan banyak maklumat yang saya dapat mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini terutamanya berkaitan hakisan nilai atau amalan-amalan yang ditinggalkan oleh generasi kini dalam upacara perayaan ini. Antara amalan yang tidak diambil berat dan jarang diamalkan pada masa sekarang ialah majlis makan besar. Majlis makan besar ini kurang diamalkan oleh keluarga Puan Soh Siyok Hong ini kerana masing-masing ahli keluarga sibuk dengan

pekerjaan dan urusan keluarga masing-masing. Malahan, kini perkembangan teknologi perhubungan tanpa wayar yang serba canggih ini telah mendekatkan antara satu sama lain. Oleh itu, keghairahan untuk bertemu dan berkumpul bersama semakin kurang dirasai. Majlis makan besar ini juga dikatakan kurang mendapat sambutan untuk diamalkan kerana kos perbelanjaannya terlalu besar. Dengan itu, majlis ini akan diadakan mengikut kemampuan masing-masing. Justeru, dengan kesibukan dan kekangan kemampuan ini membuatkan amalan makan besar ini bukan lagi menjadi kewajipan kepada mereka. Amalan ziarah-menziarahi antara sanak saudara juga jarang diamalkan kerana kekangan masa dan kesibukan dengan aktiviti lain. Pada masa sekarang sudah menjadi satu amalan di mana kebanyakan kaum Cina di Malaysia ini menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini dengan pergi bercuti ke luar Negara seperti ke Taiwan, China dan Eropah. Anak-anak yang meningkat remaja juga sudah tidak suka mengikuti keluarga beraya. Mereka lebih suka menghabiskan masa bersama kawankawan mereka. Secara tidak langsung amalan ziarah menziarahi antara mereka sudah jarang diamalkan. Mereka juga lebih mementingkan keuntungan perniagaan masing-masing berbanding dengan menyambut perayaan mereka ini. Justeru, hanya amalan-amalan yang wajib sahaja dikekalkan atau diamalkan sebagai syarat menyambut perayaan tersebut. Juadah perayaannya juga semakin lama semakin ditinggalkan mengikut peredaran zaman. Susah sekarang untuk kita lihat kuih atau makanan tradisi masyarakat Cina semasa menyambut perayaan ini. Kebanyakan hidangan makanan kaum Cina semasa Tahun Baru Cina di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini dipengaruhi dengan makanan masyarakat Melayu. Mereka menghidangkan ketupat, tapai, nasi dagang dan sebagainya. Ini telah menjejaskan identiti juadah perayaan Tahun Baru Cina. Bagi Kaum Cina di Bandar-bandar, mereka lebih agung-agungkan hidangan Yee Sang. Menurut Puan Soh Siyok Hong, hidangan Yee Sang ini bukanlah tradisi perayaan bagi kaum Cina di Malaysia. Tradisi ini adalah berasal dari negara luar dan diamalkan oleh orang-orang berada sahaja. Terdapat beberapa lagi amalan yang terhakis dalam perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya, memakai pakaian baru dan pakaian tradisional seperti Cheong Sam. Generasi sekarang sudah jarang amalkan memakai pakaian tradisi masyarakat Cina semasa menyambut perayaan seperti Cheong Sam, Samfoo dan Jubah Labuh. Namun, mereka masih lagi mengamalkan dengan berpakaian warna merah semasa menyambut perayaan ini. Sesetengah masyarakat Cina juga telah tidak amalkan pantang larang tertentu semasa menyambut perayaan ini seperti tidak boleh menyapu atau membersihkan apa-apa jua semasa hari pertama sambutan. Walaupun terdapat amalan-amalan yang terhakis semasa perayaan ini, namun masih terdapat amalan yang dikekalkan seperti amalan memberi ang pau kepada

individu yang belum berkahwin, tarian Singa, sembahyang pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan kini menjadi tradisi masyarakat setempat membuat rumah terbuka. AKTIVITI 3 Untuk menjayakan aktiviti 3 ini saya menghadapi masalah untuk merakamkan suasana perayaan terutama semasa majlis makan besar. Kebanyakan mereka tidak membenarkan dibuat rakaman berkaitan majlis makan besar itu kerana menjaga privasi mereka sekeluarga. Oleh yang demikian, saya telah berjalan-jalan malam sebelum sambutan perayaan ini untuk merakamkan suasana ambang perayaan Tahun Baru Cina. Saya telah meninjau di kawasan Kampung Cina di Bandaraya Kuala Terengganu.

You might also like