You are on page 1of 12

KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL

Assalamualaikum... Selamat pagi semua dan salam satu Malaysia. Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang setelah beberapa hari memerah keringat mencari rezeki. Tak ke mana-mana ke hujung minggu ni?. Almaklumlah cuti persekolahan sudah pun bermula. Pasti riuh rendah dengan suara anak-anak. Si ibu pastilah orang yang paling sibuk menyediakan keperluan anak2 dan keluarga. Walau apa pun tugasan yang anda lakukan... lakukan dengan ikhlas..

Ramai juga yang mengambil peluang cuti persekolahan untuk mengadakan majlis perkhawinan. Mak pengantin pasti dah menyinsing lengan. Menyambut kedatangan kaum keluarga dan sahabat handai. Kepada yang dapat menantu tu, ita ucapkan tahniah dan semoga semakin bertambah jumlah ahli keluarga semakin erat hubungan kekeluargaan. Pada yang tak de ke mana2 hari ni jom lah kita mencuba pelbagai menu hidangan yang baru. Masa cuti2 ni lah kita nak uji skil memasak. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan lagi kemahiran.

Manalah tahu ianya akan menjadi sumber pendapatan. Dapat juga membantu ekonomi rumahtangga. Tak gitu... !!

Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi kek.. Cheese Kek oh! tidakkkkkk..... Aduyaiiii... dah terasa dah baju semakin sendat dan mula nampak spare tyre kat pinggang ni.. tu yang den tak larat tuuu... maakkk aiii... tapi nak cuba jugak sebab nampak kek ni macam menarik aje..

Sebelum tu ita nak minta maaf sebab ita tak dapat tunjukkan step by step cara bagaimana ita buat lorekan atas kek tu.. jangan mare ye... bukan apa sebenarnya ita ni pada mulanya buat main-main aje.. saja suka-suka nak cuba corak baru.. hihi ingatkan tak jadi.. sekali aii.. jadi pulak! lawa pulak tu.. hehe perasan kejap! jangan kecik ati ita mmg cam tu mudah bebenor perasan.. wakaka Lagipun ita buat malam, saja boring.. tak de benda nak buat ita pun godek-godek lah kat dapur. Mata pon macam tak dapat nak lelap semalam.. Dari dok terkebil-kebil atas katil tu baik ita dok keluarkan peluh cikit.. hiihi berpeluh ke?? Tapi tak pe.. insyaallah kalau ada lain kesempatan kalau ita nak buat lagi ita tunjukkan stepnya.. emmmmm... entah bila lah tu agaknya kan.. berjanggutlah menunggu.. hehe Ala kalau tengok pun dah dapat agak dah kan macam mana ita buat.. senang aje tu.. main calicalit aje..

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih pada Ena Lovely Kitchen kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni.. Bila ita terbaca tulisan Ena yang menyatakan hb dia suka kek ni, ita terus terasa nak mencuba! sebab pada ita orang lelaki bila dia kata suka... bermakna sedap lah kek tu... Ita pun terus salin resepi dan terus lah mengodek kat dapur. Kebetulan bahan-bahan pun tak rumit dan tak banyak pun bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kek ni. Lagi pula, ita mmg nak menghabiskan baki cream chees tu takut rosak sayang pulak kan..

Masa ita buat kek ni ita tengok adunan kek sangat pekat dan likat hingga susah nak di gaul sebati. Adunan tidak menggunakan bahan cecair hanya bergantung pada susu pekat manis yang pun tak berapa membantu untuk melembutkan adunan. Ita agak mungkin ita dah tersilap dan dah berbisik dalam hati " habisss... tak jadi lah kek ni.."

Walaupun ita menggunakan tepung selfraising flour kek ni tak naik sangat. Ita agak sudah tentu kek ita dah menjadi bantat! Tapi bila dah masak dan dikeluarkan dari oven dan ita sentuh permukaan kek aik! lembut pulak! tu yang ita pun teruskan lah projek untuk menyipakan kek ni

hingga selesai. Ita rasa kek ni teksturnya lebih kepada brownies. Apa pendapat anda?? Kepada Ena Lovely Kitchen, ita minta izin untuk sharekan resepi kek ni di sini pula! Memang sedap kek ni pula bila di letakkan cream cheese atasnya mmg laju aje.. habis seloyang! haha buat-buat lupa aje kat baju yang dah sendat tu.. Jom kita cuba!

KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL

By

: Ena

Lovely

Kitchen

Ita guna loyang bulat 9 inc. Kek memang agak rendah. KEK COKLAT 150 gram butter 150 gram gula halus 125 gram tepung gandum - ita guna tepung self raising flour 30 gram serbuk koko - ita letak 40 gm 50 gram milo - ita letak 40 gm 2 biji telur 70 gram susu pekat manis Mula-mula kita sediakan loyang 9 inc, alas kertas minyak dan griskan dengan butter. Panaskan oven pada suhu 170 C. Ita guna api bawah sahaja. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Tutup mixer Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo dan serbuk koko, gaul rata dengan spatula sahaja. Masukkan susu dan gaul rata dengan spatula. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna. Cucuk tengah kek dengan lidi sendengkan sedikit lidinya. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Setelah kek hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese. CREAM CHEESE 400 gram cream cheese 120 gram gula halus

3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul. Tambahkan esen vanila dan pukul sebati Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan. Cara ita. Kek yang telah masak tadi kita keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya atas redai. Bersihkan loyang dengan kitchen tisu supaya habuk kek tiada dan tidak mencacatkan cheese cake kita. Ita potong atas permukaan kek yang keras dengan pisau. Masukkan semula dalam loyang. Kek ni dia bila dah sejuk, ia akan mengecut sedikit Pastikan kek betul-betul di tengah loyang dan bila kita tuang cheese ia akan mengalir masuk di tepi loyang. Kalau ada loyang yg boleh buka dasarnya lagi baik. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi. Mencorak kek cara Ena Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi. Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.

Mencorak bunga tulip cara ita Ita gunakan cotton bud yang bersih ye! Ita sediakan 3 warna semua hanya 1 sudu besar aje Warna yang diperlukan merah, hijau dan warna adunan asal. Celupkan cotton but dalam warna merah Calitkan bentuk kelopak tulip tarik dari tampok bawah ke atas layang perlahan sahaja Celup lagi dan buat calitan kedua pula hingga seterusnya menjadi sekuntum bunga tulip.

Kemudian celupkan warna putih pula atau adunan warna asal, dengan cotton but yang lain pula ye! untuk mencorakkan bayang kelopak Dotkan pula atau titik warna hijau pada tampuk bawah bunga Dengan cotton bud yang lain celup warna hiju pula. Sentuh pada titik hijau tadi dan terus tarik ke bawah dengan lembut untuk membentuk tangkai. Ulang proses yang sama sehingga berapa kuntum bunga yang kita kehendaki. Bila dah siap boleh lah kita bakar dengan kaedah steam bath Kita letakkan loyang besar berisi air panas. Kemudian kita letakkan loyang kek di dalamnya. Peringatan! jika guna loyang yang boleh buka dasarnya jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium, dan ikat kuat supaya air tak masuk dalam kek. Bakar kek dalam oven dengan api atas bawah, suhu oven 170 C selama 45 minit. Kemudian tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. * Kek ni agak manis ita rasa kena kurangkan sukatan gula. Boleh tambahkan yogurd untuk lebih rasa masam pada adunan cheese

Sesuai juga untuk di jadikan hantaran kan??

You might also like