You are on page 1of 14

Satu kaedah yang melibatkan guru menunjuk cara

sesuatu proses, produk dengan langkah-langkah yang

sistematik dan jelas.

Penunjuk cara perlu membuat persediaan sebelum

tunjuk cara, melakukannya dengan jelas dan teratur


dan merumus/mengemas selepas tunjuk cara.

Penerangan harus spesifik dan mudah difahami.


Mengadakan aktiviti pengukuhan atau latihan

selepas tunjuk cara.

Perlu penyeliaan dan bimbingan semasa latihan pengukuhan.

Model

hidup melakukan proses, tingkah laku

sebenar atau menunjukkan model/bahan sebenar yang maujud

Model simbolik menerangkan proses atau prosedur secara bertulis

Model persepsi Menunjukkan satu


proses/aktiviti dengan bantuan peralatan seperti video, slaid

Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran


kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa

aktiviti ditunjukkan.

Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku

seiring dengan apa yang mereka dengar.

Guru

boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti

praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain.
Disamping

mendedahkan pelajar dengan

realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh


dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini.

Guru

perlulah memastikan setiap pelajarnya

tidak tercicir daripada mendengar atau

melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya


bilangan pelajar adalah ramai dalam satusatu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil.

Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat


mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal.

Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah

pada peringkat awal, guru perlu menerangkan


dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar.

Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan

supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang


dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti.

Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar

dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada


pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bagi

aktiviti yang membolehkan

kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan

pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari


dengan objektif dan topik pengajaran.

Kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah


pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik

pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang


dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

You might also like