You are on page 1of 41

ANATOMI DAN FISIOLOGI

HAFEEZ SHAFEEK BIN AHSOH PISMP BM/PJ/PSV AMBILAN 2012

ARTIKULASI
Sendi atau artikulasi adalah hubungan antara dua tulang. Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Berperanan dalam mempertahankan kelenturan rangka tubuh.
Tanpa sendi, kita tidak mungkin melakukan pelbagai pergerakan.

Sendi dibahagikan kepada 3 jenis:


Sendi mati/sendi berserat (sinarthrosis),
Sendi kaku (Amfiathrosis) Sendi gerak (Diarthrosis atau sinoval),

Sendi

1. SENDI MATI (sinarthrosis)


Sendi mati/sendi berserat (sinarthrosis), sendi ini adalah hubungan
permukaan artikular tulang antara tisu berserat Tidak mempunyai kaviti didalamnya dan antara tulang teramat rapat dan tidak terdapat sebarang pergerakan. Sendi sinarthrosis ini terdapat pada hubungan antara tulang-tulang tengkorak yang dikaitkan oleh sutura.

2. SENDI KAKU (Amfiathrosis)


Sendi kaku (Amfiathrosis), sendi ini adalah tulang-dengan
tulang dihubungkan oleh tulang rawan hialin yang dapat bergerak sedikit.

Contoh sendi ini terdapat pada hubungan antara tulang rusuk

dengan tulang dada yang dihubungkan oleh tulang rawan hialin.

3. SENDI GERAK (Sinoval)


Sendi gerak (Sinoval), pada sendi ini, permukaan tulang yang membentuk
sendi tertutup dengan cartilage sendi, kapsul sendi yang membungkus sendi, dan membran sinovial yang menghadkan kapsul sendi bahagian dalam dimana terdapat cairan yang mengeluarkan suatu lubricant dikenal sebagai cairan synovial. sendi gerak.

Sebahagian besar sendi yang terdapat dalam tubuh manusia adalah

Terdapat enam jenis sendi yang termasuk sendi gerak iaitu:

1. Sendi Engsel (Ginglimus)


Pada sendi engsel, kedua hujung tulang berbentuk engsel dan
mempunyai satu paksi. Gerakannya hanya satu arah seperti gerak engsel pintu. Contoh sendi pada siku (hubungan antara tulang humerus/lengan atas dengan tulang radius ulna/pengumpil hasta, dan hubungan antara tulang femur/paha dengan tulang tibia fibula /kering betis), dan sendi antara ruas jari iaitu gerakan fleksi dan ekstensi.

2. Sendi putar/pangsi (pivot)


Pada sendi putar, hujung tulang satu berputar di satu hujung
tulang lain. Bentuk seperti ini menghasilkan gerakan berputar dengan satu paksi.

Contoh sendi antara tulang hasta/ulna dengan tulang


pengumpil/radius

3. Sendi pelana (saddle)


Pada sendi pelana, kedua hujung tulang membentuk sendi
berbentuk pelana dan mempunyai dua paksi, tetapi dapat bergerak lebih bebas seperti gerakan orang naik kuda. Contoh sendi antara tulang telapak tangan dengan tulang pergelangan tangan Pergerakannya ialah fleksi, ekstensi, abduksi dan aduksi.

4. Sendi ellipsoidal (Gulung)


Sendi elipsoid yang mempunyai dua paksi membolehkan
gerakan ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang. Hujung tulang yang satu berbentuk oval dan masuk kedalam suatu lekuk berbentuk elips. Contoh sendi antara tulang pengumpil dengan tulang pergelangan tangan Melakukan pergerakan ekstensi, fleksi serta abduksi dan aduksi.

5. Sendi Peluru/sinovial
Pada sendi peluru, kedua hujung tulang berbentuk lekuk dan bonggol.
Bentuk ini membolehkan gerakan bebas ke setiap arah dan mempunyai tiga paksi.

Memungkin banyak arah Contoh sendi antara tulang humerus/lengan atas dengan tulang gelang
bahu, dan sendi antara tulang gelang panggul dengan tulang femur /paha.

6. Sendi Luncur (Geser)


Pada sendi ini, kedua hujung tulang agak rata sehingga
menimbulkan gerakan menggeser dan tidak berpaksi.

Contoh sendi antara tulang pergelangan tangan, antara

tulang pergelangan kaki, antara tulang selangka(klavikal), dan antara tulang belikat(skapula).

PERGERAKAN

Pergerakan
Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan
Kedudukan biasa

berdiri lurus/tegak dan tangan rapat ke sisi badan.


Berdiri lurus/tegak dan tapal tangan menghala ke hadapan. Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.

Kedudukan anatomi

Jenis-Jenis Pergerakan
Pergerakan linear Pergerakan putaran

Pergerakan bersudut
Pergerakan khusus

Pergerakan Linear
Pergerakan yang mendatar Contoh:
menggelungsur

Pergerakan Putaran
Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran

Contoh:
Pronasi Supinasi

Pergerakan Bersudut
Contoh:

Pergerakan lurus tetapi bersudut

Fleksi Ekstensi Aduksi Abduksi Sirkumduksi

Pergerakan Khusus
Contoh: Pergerakan yang tiada had
Inversi Eversi Depresi Elevasi Dorsi-fleksi Plantar-fleksi

SEKIAN & TERIMA KASIH

You might also like