You are on page 1of 7

LAMPIRAN A MAKLUMAT DAN SYARAT SYARAT

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2013

Anjuran bersama

Dengan kerjasama

1)

MAKLUMAT PERTANDINGAN a) Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 (Kategori A), pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Kategori B) dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas (Kategori C) di seluruh Malaysia. Pertandingan ini dibuka dari 15 April 2013 hingga 31 Julai 2013. Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja. Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut: i. Sekolah Rendah Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa anda sayang akan negara Malaysia. ii. Sekolah Menengah Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan. iii. Terbuka (18 tahun ke atas) Tragedi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menggugat keamanan negara. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menceritakan sebab-sebab rakyat Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme. e) f) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI. Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau salah dialamatkan. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan. Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

b) c) d)

g) h)

2)

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN a) b) c) d) e) f) g) h) Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja. Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Julai 2013 kepada Sekretariat Pertandingan. Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d). Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta. Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja. Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer. Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut: i) Kategori A: Sekolah Rendah ii) Kategori B: Sekolah Menengah - 200 hingga 300 patah perkataan - 500 hingga 750 patah perkataan

iii) Kategori C: Terbuka (18 tahun ke atas) - 500 hingga 750 patah perkataan i) Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my) dan Facebook Surat 1Malaysia 2013 (www.facebook.com/surat1malaysia2013) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 P.O. Box 1000 50796 Kuala Lumpur k) Sila sertakan juga sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja. Setiap penyertaan bagi Kategori A dan Kategori B mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.

j)

l)

m)

Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.

Contoh: Sampul surat untuk surat yang ditulis


KATEGORI A SETEM 80 SEN

Kepada: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 P.O. Box 1000 50796 Kuala Lumpur

Contoh: Sampul surat kosong untuk sijil penyertaan

KATEGORI A SETEM 80 SEN

Nurul Syuhada binti Azmi No 89, Jalan Sejahtera 2 Taman Sejahtera 68000 Ampang, Selangor

n)

Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya: i) Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri ii) Tiada setem bernilai 80 sen dilekatkan di sampul surat kosong iii) Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap iv) Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan

3)

KRITERIA PENGHAKIMAN Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut: i) Takrif Tajuk ii) Idea iii) Bahasa iv) Olahan Keseluruhan = = = = = 10 markah 40 markah 30 markah 20 markah 100 markah

5)

SENARAI HADIAH PEMENANG a) Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilh bagi setiap kategori KATEGORI A RM 1000 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Wang Tunai berjumlah RM3000 untuk Sekolah RM 750 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 500 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 200 Album Setem SAGUHATI Sijil X 10 Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM KATEGORI B RM 2000 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Wang Tunai berjumlah RM 3000 untuk Sekolah RM 1500 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 1000 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 200 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM KATEGORI C RM 2000 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM

JOHAN

RM 1500 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 1000 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM RM 200 Album Setem Sijil Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

6)

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan, sila hubungi: Sekretariat Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 Bahagian Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia Kompleks Dayabumi 50670 Kuala Lumpur Tel Faks Facebook : 03-2267 2206 / 2267 2203 : 03-2267 2255 : www.facebook.com/surat1malaysia2013

You might also like