You are on page 1of 25

Nurul Hidayah Binti Mohd Sawal

Kembali ke menu utama Masuk ke dalam paparan sub tajuk Keluar dari paparan sub tajuk dan menu utama Untuk ke paparan seterusnya Untuk kembali ke paparan sebelumnya Untuk kembali melangkau ke paparan seterusnya

PENGENALAN
Agensi-agensi sukan di Malaysia merupakan organisasi yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan aktiviti sukan negara. Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang sihat dan cergas.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah

diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953

OBJEKTIF KBS
Membina satu masyarakat belia yang bersatu

padu, berdisiplin, berakhlak tinggi bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.

FUNGSI KBS
Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan

dan kemahiran vokasional Melahirkan sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institutinstitut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan

Majlis Sukan Negara (MSN)


Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di

bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

PIAGAM MSN:

o Memastikan program pembangunan sukan kebangsaan

o
o o

berjaya melalui bantuan kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan. Memastikan atlet-atlet mendapat kemudahan dan khidmat kepakaran yang terbaik dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan. Memastikan Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek sukan berprestasi tinggi. Memberi pengesahan secara terus di atas tempahan penggunaan stadium dan gelanggang. Memberikan khidmat perubatan sukan yang berkualiti kepada atlet-atlet Negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN


Memastikan perancangan dan pembangunan sukan

negara mencapai hasrat dan visi dan misinya, antaranya adalah: 1. Program Pembangunan Atlet 2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan 3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan 4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan 5. Kemudahan Sukan 6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan 7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)


Diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada

tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan

oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti: (a) Association of National Olympic Committee (ANOC) (b) Olympic Council of Asia (OCA) (c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) (d) Commonwealth Games Federation (CGF) (e) International Assembly of National Confederation of Sports

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)


MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan

nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF UTAMA MSSM:


Menggalakkan, memajukan, memelihara dan

mengatur aktiviti-aktiviti sukan. Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri. Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu. Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.

Persatuan Badminton Malaysia


Merupakan badan induk yang utama kepada

sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997

OBJEKTIF PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)


Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab

kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia. Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain. Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-undang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM. Menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The

Federation Internationale de FootballAssociation (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 Mei 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association di England sejak tahun 1863. Ketika itu telah banyak kejohanan antarabangsa yang dipertandingkan dirantau yang sama.

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)


Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau

International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang : Mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa. Setakat ini keanggotaan dari pelbagai negara adalah sebanyak 212 dan angka ini meletakkan IAAF sebagai salah satu organisasi sukan yang terbesar di dunia.

ITF
ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang

bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan iaitu: (a) Federasi Tennis Asia (b) Confederacion SudAmericana de Tenis (COSAT) (c) Confederation of African Tennis (CAT) (d) Oceania Tennis Federation (OTF) (e) Tennis Europe (f) COTECC

Badan Ragbi Antarabangsa (IRB)


Badan Ragbi Antarabangsa atau International

Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, IRB sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan

PENUTUP
Agensi sukan di peringkat antarabangsa

mahupun Malaysia adalah merupakan badan induk utama yang menyelaraskan semua pentadbiran dan program pembangunan serantau. Agensi ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan dalam sukan-sukan antarabangsa.

You might also like