You are on page 1of 18

Dalam konteks kecedasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan

sempurna. Kelayakan seseorang individu menguruskan emosinya dengan berkesan akan membolehkan dirinya tabah menghadapi situasi yang sukar dan mencabar. Dengan berpandukan kompetensi kecerdasan emosi, seseorang itu mampu mengatasi segala rintangan dalam menguruskan emosi dengan lebih berkesan. Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi. Seseorang individu dapat menerima segala tugasan dan tanggungjawab dengan tabah tanpa mengira situasi yang sedang berlaku. Selain itu, emosi individu akan dikawal tanpa mudah mengaku kalah. Malah, prestasi yang tinggi akan dihasilkan dalam sesuatu tugasan yang akan diterima. Menurut Whiddett dan Hollyfords (2003), kompetensi ditakrifkan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya. Setiap individu mempunyai tingkah laku masing-masing tanpa diubah oleh Maka, tingkah laku tersebut haruslah dipupuk secara efektif untuk Tingkah laku yang efektif akan melahirkan

mana-mana pihak.

melaksanakan segala tugasan yang diberikan.

seseorang individu yang berfikiran positif di samping dapat mengawal emosi dengan baik. Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi yang cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan. Setiap individu akan dihadapkan dengan tugasan yang

mencabar. Oleh itu, bagi memastikan tugasan itu dapat dilaksanakan, seseorang individu akan menunjukkan kompetensi kecerdasan emosi seperti prestasi yang cekap dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Berdasarkan huraian di atas dan konsep kecerdasan emosi, maka kompetensi kecerdasan emosi boleh diertikan sebagai ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial. Secara ilmiahnya, kayu ukur individu yang cemerlang bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ) kerana EQ meninggalkan kesan yang lebih mendalam daripada keseluruhan aspek kehidupan seseorang individu terutama dari segi kesihatan dan hubungan sosial. (Goleman. D, 1998).

Istilah EQ mula diperkenalkan oleh dua orang ahli psikologi, iaitu Peter Salovey dan John Mayer. Kemudian takrifan EQ dikembangkan lagi oleh Daniel Goleman. Menurut Salovey dan Mayer (1990), EQ didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memandu pemikiran dan tindakannya. Menurut Young (1996), Kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan. Berpandukan kecerdasan sosial,

seseorang individu dapat membuat penyelidikan berdasarkan pemikiran dan tindakan yang berkaitan emosi sendiri atau emosi orang lain. Hal ini disebabkan, kemahiran ini melibatkan aktiviti pemantauan serta diskriminasi yang akan menghasilkan satu keputusan berkaitan emosi diri sendiri dan orang lain. Sementara Goleman (1998) mentakrifkan EQ sebagai kebolehan untuk mengenal pastikan emosi diri dan orang lain, untuk memotivasi diri kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan hubungan antara perseorangan yang dapat dikategorikan kepada lima dimensi EQ. Menurut Goleman(1995), EQ yang dikaitkan dengan pengalaman tertentu yang diperolehi dalam membentuk trait yang positif dan negatif. Definisi EQ yang diberikan Murray (1998) pula, menunjukkan bahawa EQ merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif serta keyakinan diri. Selain itu McGarvey (1997) menyatakan terdapat empat kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan EQ seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan, emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain. Sehubungan itu, EQ merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan

mengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh manusia (Cooper Sawaf,1997). Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi EQ boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya (pengurus) dan juga orang lain (pekerja) disamping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.

Kompetensi Kecerdasan Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Kemahiran ini amat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dalam proses mendidik murid-murid dan anak-anak di rumah serta dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan.

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya , dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana,morfin , ganja dan syabu. Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabka penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi samapah masyarakat. Malah ada yang menjadi tidak siuman. Sekiaranya disenaraikan satu persatu, keburukan yang dibawa oleh dadah adalah sangat banyak. Oleh itu, penyalahgunaan dadah harus diatasi. Cara mengatasi yang utama ialah pendidikan mengenai bahaya dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu bapa dan guru. Kempen kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari ke masa oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini berlangsung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi hukuman yang berat sepeti gantung sampai mati. Hukuman yang diterima oleh mereka akan dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu. Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga punca daripada banyak factor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi penyalahgunaan ini. Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.

SEBAB-SEBAB BERLAKU PENYALAHGUNAAN DADAH

KESERONOKAN

FAKTOR BIOLOGI

PERASAN INGIN TAHU

FAKTOR PSIKOSOSIAL

PENGARUH RAKAN SEBAYA

FAKTOR SOSIAL

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

Profil penagihan di Malaysia menunjukkan sebahagian besar penagih adalah dalam lingkungan umur 15-25 tahun yang mana sebahagian besar terdiri daripada belia yang masih bersekolah dan belajar.

1. Keseronokan Ada yang mengambil dadah atas alasan seronok semata-mata. Ini kerana apabila mereka berada di bawah pengaruh dadah, mereka mendakwa dapat menghilangkan tekanan dan melupakan segala masalah yang berlaku.

2. Perasaan Ingin Tahu Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. 3. Pengaruh Rakan Sebaya Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.

4. Faktor Biologi Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. 7

5. Faktor psikososial Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

6. Faktor sosial Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

JENIS-JENIS EMOSI YANG DIHADAPI OLEH INDIVIDU TERSEBUT


SERONOK,SEDIH,TERPAKSA,TERDESAK,MALU,S AKIT,MARAH,MINAT,TAKUT
Kebiasaannya,individu yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah ini terlibat dalam jenis-jenis emosi seperti berasa seronok, sedih, terpakse, terdesak, malu, sakit, marah, minat dan takut.

SERONOK Individu ini merasakan bahawa pengambilan dadah ini menyeronokkan kerana apabila mengambil dadah, segala tekanan yang dihadapi dapat dilupakan. Mereka memilih jalan ini tanpa berfikir tentang kesannya, tetapi hanya memikirkan keseronokkan apabila mengambil dadah.

SEDIH Apabila mereka merasa sedih, mereka mula mencari sesuatu untuk mengubati kesedihan mereka. Apabila kesedihan sukar dan tidak dapat dilupakan,mereka mula ingin mencuba dadah dengan harapan agar kesedihan itu dapat dilupakan.

TERPAKSA Singkat pemikiran menyebabkan mereka merasakan pengambilan dadah merupakan jalan terbaik bagi mereka untuk melupakan semua tekanan. Oleh itu mereka terpaksa mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian. Selain itu, ada sesetengah individu yang terpaksa mengambil dadah apabila mereka dicabar oleh rakan-rakannya. Oleh kerana tidak mahu malu serta panatnag dicabar, akhirnya mereka terpaksa memcuba dadah.

TERDESAK Mereka mula terdesak untuk mengambil dadah apabila tidak ada lagi jalan yang leih baik untuk mereka melepaskan tekanan.

MALU Pengambil-pengambil dadah kebanyakannya ingin berjauhan dari khayalak ramai kerana

mereka malu dengan diri mereka sendiri. Inilah punca mengapa ramai penagih dadah yang merempat di jalanan.

SAKIT Cara mengambil dadah terbahagi kepada pelbagai cara. Antaranya ialah melalui suntikan , pil, dan sebagainya. Melalui suntikan , mereka akan berasa sakit. Namun, akibat tidak boleh membuanag gian mereka terhadap dadah, rasa sakit dilupakan.

MARAH Akibat rasa marah dan tertekan dengan masalah peribadi , kerja atau keluarga, mereka mula memilih untk mengambil dan mencuba dadah. Daripada sikap marah dan singkat pemikiran ,akhirnya mereka lemas ke dalam kancah dadah.

MINAT Apabila melihat kawan-kawan mengambil dadah, mereka mula berminat untuk mencubanya. Sesetangah pihak mla berminat dengan dadah kerana terpengaruh dengan cerita-cerita di television yang memaparkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya di pertontonkan.

TAKUT Apabila sudah mengambil dadah ,mereka mula merasa takut. Kerana orang akan membencinya malah akan menghukumnya. Namun, ada juga yang tidak merasa takut malah tidak serik mengambilnya lagi.

10

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH


1. KESAN FIZIKAL Kesan fizikal jika ketagih dadah ialah kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan , kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan mengigil akibat penurunan metabolism. Selain itu, keaadaan mata penagih juga akan menjadi Kemerah-merahn serta kuyu dan berat badan penagih juga akan menagalami penurunan secara mendadak. 2. KESAN MENTAL DAN EMOSI Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan penggunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan merasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesannya khayal ini akan hilang dan ini menyebabakan penagih perlu mengambil dadah secara berterusan. Namun jika penagih tidak dapat mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami gian iatu ketagihan dadah, hidung beair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasan ini tidak diatasi , kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. 3. KESAN SOSIAL Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam rumah tangga,

11

CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH


Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2.

Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

12

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memasang mata-mata serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.

Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan kita juga telah menubuhkan beberapa rumah pemulihan untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

13

PERHUBUNGAN PENYALAHGUNAAN DADAH


BANGSA

Dari segi pecahan, bilangan penagih teramai adalah daripada etnik Melayu, diikuti dengan etnik Cina dan India. Ini mungkin disebabkan kejutan budaya orang melayu yang sebelum ini begitu menjaga perilaku mereka terhadap alam sekeliling.

UMUR

Majoriti adalah lelaki dan dari segi golongan umur pula, didapati belia dalam lingkungan 19-24 tahun merupakan golongan yang paling banyak menjadi penagih. Memang sudah kita ketahui bahawa lelaki lebih mudah terpengaruh dengan perubahan zaman. Dan kita boleh juga lihat bahawa di pengajian tinggi pun lelaki kurang dan mereka banyak telibat dalam kegiatan jenayah seperti ini.

JENIS DADAH

Dan dari segi jenis dadah pula, dadah ganja adalah yang paling banyak diambil oleh penagih diikuti heroin dan morfin. Ini mungkin disebabkan bekalan yang banyak dan kesan keseronokan yang lebih berbanding jenis dadah yang lain.

KELULUSAN AKADEMIK

Selain itu juga,dilihat ramai penagih yang terlibat adalah dari kalangan sektor buruh am mungkin disebabkan tahap pendidikan yang rendah serta kurangnya pengetahuan tentang bahayanya dadah sehinggakan mudah terjebak dalam kancah dadah.

CARA GUNA DADAH

14

Didapati penggunaan secara chase iaitu menghidu asap hasil daripada ramuan dadah yang telah dimasak di atas dapur khas paling tinggi dan diikuti oleh cara menghidu dan menghisap. Mungkin kaedah ini lebh mudah dan jimat masa.

SEBAB Kes penyalahgunaan dadah ini sering dilihat dengan mata kasar lebih-lebih lagi pada zaman membangun ini. Pengaruh rakan sebaya atau kawan yang paling banyak memainkan peranan mengapa dan sebab atau faktor penyebabnya permulaan mengambil dadah. Seterusnya juga dapat dilihat disebabkan perasaan ingin tahu dan untuk keseronokan.

Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), pada tahun 2009 bilangan penagih yang dapat dikesan ialah seramai 15,736 orang bagi tempoh Januarai sehingga Disember 2009.

15

Syukur alhamdulillah kerana saya telah menyiapkan tugasan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan yang harus saya tempuhi. Melalui bahan-bahan yang saya perolehi, saya mendapati bahawa masalah dapat ditangani dengan cara menggunakan emosi secara sihat dan betul dalam membuat sebarang keputusan di samping meningkatkan keupayaan untuk menangani perubahan dan cabaran yang akan dihadapi. Selain itu, kecerdasan emosi ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan cara untuk menguruskan emosi diri dan orang lain. Malah, tahap disiplin kendiri yang tinggi dapat ditingkatkan dengan menyesuaikan diri terhadap cabarancabaran sekeliling. Melalui tugasan ini saya dikehendaki mengkaji sesuatu isu dimana yang berkenanan dengan salah laku sosial pada masa sekarang. Isu yang menarik minat saya ialah penyalahgunaan dadah. Semasa kami mencari maklumat tentang isu ini terdapat banyak maklumat yang membuatkan saya tidak tidur malam kerana mangsa-mangsa yang bergelumbang dengan najis dadah ini tidak pernah memikirkan tentang dirinya malahan mereka lebih sanggup menyuntik diri atau sebagainya tanpa mereka fikir apa yang bakal berlaku ada mereka dan saya dapat rasakan mereka telah dikuasi oleh kekuatan dadah tersebut. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis lagi di samping dapat memantapkan ilmu pengetahuan saya tentang bidang Kompetensi Kecerdasan Emosi ini. Saya juga tidak segan silu berjumpa dengan Puan Haslina Binti Hashim untuk Pelbagai langkah yang diatur untuk

membimbing saya dalam menjayakan tugasan ini.

menemui pensyarah pembimbing agar tugasan yang dilakukan tepat mengikut format yang diinginkan. Walaupun begitu sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini, namun dengan hati yang cekal dan tabah akhirnya saya dapat menyiapkan juga tugasan ini dengan bimbingan daripada pensyarah. Segala persiapan untuk menemuduga pensyarah telah pun dirancang terlebih dahulu dengan teliti agar tidak bertindih masa dengan tugasan yang lain. Bantuan dari segi idea daripada rakan sebaya juga telah menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Perbincangan secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan juga telah banyak membantu saya dari segi pertukaran idea dan pendapat. 16

Pendapat yang diberikan membolehkan kita berfikir secara lebih mendalam lagi berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan. Rujukan daripada perpustakaan juga telah banyak Tanpa rujukan

membantu saya dari segi mendapatkan maklumat yang betul dan sahih.

daripada perpustakaan, saya tidak dapat memperoleh maklumat tambahan di samping penghasilan idea yang tidak cukup untuk menampung ayat yang dibina. Selain itu, kaedah teknologi maklumat dari laman web juga banyak membantu saya dengan memberikan maklumat berkaitan dengan tugasan ini selain daripada rujukan di perpustakaan

17

LAMAN WEB http://gelorajiwaremaja.blogspot.com/2010/03/kesan-kesan-penyalahgunaan-dadahkepada.html http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasipenyalahgunaan-dadah/ BUKU Mok Soon Sang. (2010). Siri Kemahiran Generik Kompetensi Kecerdasan Emosi. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. A. J. Micheal. (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. JURNAL Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail ( 2009 ) Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009.

18

You might also like