You are on page 1of 16

Amali 1 Tujuan

: Ekosistem tanah-Biota tanah dan jaringan makanan :

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza. Objektif Untuk mengukur makrofauna yang mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Pengenalan Makrofauna tanah terdiri dari berbagai jenis fauna dengan panjang > 4 mm, diameter tubuh > 2mm, dan sebahagian besarnya terdiri dari kelompok Arthropoda, Moluska dan Cacing Tanah. Di dalam pengelolaan ekosistem tanah, makrofauna memiliki peranan yang sangat penting, terutama dalam, pemeliharaan sifat sifat fizikal biologi tanah. Selain itu, peranan lain makrofauna adalah dalam penguraian bahan tumbuhan dan haiwan yang mati, pengangkutan bahan organik dari permukaan tanah ke dalam tanah, pembaikan struktur tanah serta proses pembentukan tanah.Oleh itu, makrofauna berperanan aktif dalam menjaga kesuburan dan keaslian tanah . Selain itu, kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi bendabenda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan keseimbangannya. Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling membiak antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula membawa maksud kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada dua organisma berbeza yang hidup dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Bahan dan radas : Sampel tanah ( dibawah litupan daun luruh- O Horizon dan tanah atas-A Horizon ) dari lokasi yang berbeza. Larutan formalin Corong tulgren Kaki retort Bikar Lampu Corong turas Kain kasa Piring petri Forseps Kanta pembesar Mikroskop : atas (A

Prosedur / kaedah

1. Sampel tanah dibawah litupan daun luruh ( O horizon ) dan tanah

Horizon ) tidak melebihi kedalaman 3 cm daripada dua lokasi berbeza dikumpulkan . 2. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1. 3.Sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama dicampurkan di dalam makmal.Seterusnya, satu sampel tanah yang diketahui dimasukkan ke dalam corong tulgren seperti gambar Rajah 1. 4.Sampel tersebut dibiarkan selama dua hari.Kemudian,sampel tersebut dituangkan ke dalam piring petri yang mengandungi alkohol. Makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 2

5.Sampel dari lokasi kedua pula dimasukkan ke dalam corong tulgren dan dituangkan selepas dua hari ke dalam piring petri yang mengandungi alkohol. 6.Sampel tanah dari beg-beg sampel diperiksa dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan. 7.Fauna dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti.Semua organisma dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam kumpulan yang berlainan.( Contoh : Kumpulan A tiada kaki-cacing , : Kumpulan B -8 kaki-labah-labah, hama ) 8. Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut. 9. Selepas dua hari, sampel tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dibersihkan menggunakan jarum dan makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan mikroskop. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 3 10. Daripada beg plastik, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar. 11. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk dikenalpasti. 12. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian direkodkan dalam Jadual 4.

RAJAH 1

RAJAH 2

Ciri-ciri lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Jenis tanaman Tahap naungan

Pokok rambutan Kurang teduh ( coklat muda )

Pokok mangga Teduh (coklat gelap) Sedikit lembap

Kelembapan/ kekeringan Kering tanah Kemampatan tanah Kurang padat

Kepadatan sederhana Tanah pamah

Tekstur tanah (pasir, liat Tanah pamah dll) Jadual 1

a. Makrofauna terbesar yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ; Order atau kumpulan makrofauna Cacing Siput babi Lipan Ulat gonggok b.Makrofauna terkecil Order atau kumpulan makrofauna Semut merah Semut hitam Kutu tanah Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah =______ 5 2 3 Jadual 3 Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah =_____ 0 5 3 Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah =______ 1 0 1 0 Jadual 2 Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah =_____ 1 1 0 1

c. Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah Kumpulan Makrofauna Cacing Semut merah Bilangan 2 1

Semut hitam Kutu tanah Siput babi

1 2 1

d) Pemerhatian melalui mikroskop Mikrofauna Kumpulan Nematod

e)Kriteria makrofauna Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2

Bilangan order atau kumpulan seliter tanah/litupan

Bilangan kumpulan cacing per liter tanah

Bilangan kumpulan semut per liter tanah

Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah

Bilangan kumpulan lipan per liter tanah

Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah

Jadual 4

Perbincangan : 1.Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan tersebut antara mereka ? Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut ? Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam ekosistem

ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah. 2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Jenis organisma Bakteria Ciri dan peranan organisma kepada tanah Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur di dalam tanah. Aktinomisit Kulat Penting dalam proses pereputan sisa organik. Penting dalam pereputan bahan organik bersimbiosis dengan akar tumbuhan CacingTanah Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod Alga

Membantu pereputan bahan organik Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

3.Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis- jenis biota (contohnya fungi, nematod dan lain-lain ), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll ) dan huraikan bagaimana arah aliran berlaku.Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir ( puncak rantai makanan ).Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati ?Sertakan rajah ini dengan laporan anda. burung

nematod

kutu tanah

Fungi Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan

mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dengan itu, mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting mereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.Mikrofauna boleh ditemui di seluruh dunia, begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar. Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi.

Kesimpulan :

Lokasi 2 mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1.

LAMPIRAN

Tanah yang diambil

Menguji penimbang elektronik

Menyediakan radas

Menimbang isipadu tanah

Makrofauna yang diasingkan

Menguji keasidan tanah

Mengisi tanah di dalam corong Tulgren

Tanah dibiarkan selama 1 hari

Mikrofauna yang dijumpai setelah sampel tanah yang diambil dan dibiarkan selama 2 hari di bawah lampu.

You might also like