You are on page 1of 4

Implementasi Strategi, Penilaian Prestasi dan Penambahbaikan Berterusan

Sekolah Menengah ........akan berusaha untuk memastikan kejayaan Perancangan Strategik ini dengan mengkomunikasikan atau menghebahkan pelan strategik kepada semua guru terutama yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Pengurusan Sekolah akan sentiasa memantau implementasi pelan strategik melalui proses pemantauan yang signifikan. Guru yang bertanggungjawab kepada program atau aktiviti yang telah dirancang perlulah membuat Pelan Operasi sebelum melaksanakan program atau aktiviti tersebut. Pelan operasi ini dapat membantu guru semasa membuat laporan, tindakan pembetulan dan langkah penambahbaikan berterusan jika perlu. Pelan operasi mestilah mempunyai kerangka seperti berikut: 1. Nama program 2. Objektif program (SMART) 3. Kumpulan sasaran 4. Tarikh dan tempoh 5. Kos

6. Proses kerja (langkah-langkah terperinci termasuk tindakan kontingensi) 7. Penilaian pencapaian objektif program 8. Tindakan susulan (pembetulan/penambahbaikan) 9. Lampiran berkaitan (Carta Gantt, Carta aliran kerja, PERT/CPM dll.) Tindakan pembetulan yang perlu diambil adalah untuk membuat perubahan ke atas penjadualan (schedule) pelaksanaan strategi, atau membuat perubahan terhadap pelan taktikal dalam memastikan keberkesanan strategi atau membuat perubahan kepada strategi yang tidak mantap. Akhirnya sekolah akan memperkemas semua pelan dan pelaksanaannya. Ini dibuat ketika membuat kajian suku pertama atau separuh pertama penggal pelaksanaannya. Penelitian isu-isu yang berkaitan dengan kelemahan yang telah berlaku, bentuk perubahan yang perlu dilakukan pada masa sekarang dan masa hadapan khususnya daripada segi pelan strategik dan pelaksanaan dan jangkaan-jangkaan yang akan berlaku pada masa hadapan Pelaporan prestasi implementasi strategi akan dilaksanakan oleh semua Ketua bidang dan Ketua panitia. Pelaporan ini penting kepada pelaksanaan pelan strategik kerana ia boleh menunjukkan organisasi berada di atas landasan yang betul, menepati sasaran, ukuran yang tepat melalui KPI, dan akhirnya menunjukkan prestasi keseluruhan pencapaian Misi dan Visi. Jadual 3 Laporan Pengukuran

2007

Prestasi Peringkat bidang dan panitai mata pelajaran d an Jadual 4 Laporan Pengukuran Prestasi Pelaksana. Semua bidan dan panitia perlu melaporkan prestasi pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang dalam Mesyuarat Setengah Tahun Pelaksanaan dan Mesyuarat Kajian Semula Pelan Tindakan. Apa yang penting bukan sahaja mewujudkan dokumen, tetapi yang lebih penting adalah bagaimanakah guru-guru menterjemahkan hala tuju organisasi kepada tugas-tugas seharian, mingguan, bulanan, tahunan sehinggalah misi, visi, matlamat dan objektif Sekolah Menengah ......... tercapai sebagaimana yang telah dirancang.

2007

LAPORAN PENGUKURAN PRESTASI DAN MAKLUM BALAS


MISI BIDANG PANITIA MATLAMAT KEY PERFORMANCE INDICATORS (KPI) LAG LEAD TOV SASARAN PRESTASI 2010 2011 2012 PRESTASI SEBENAR TOV 2010 2011 2012 VISI

JADUAL 3

OBJEKTIF

INISIATIF / TINDAKAN

ULASAN :

_________________________________________________________________________________________________
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

______________________________________

2007

LAPORAN PENGUKURAN PRESTASI PELAKSANA


BIDANG PANITIA MATLAMAT
PRESTASI OBJEKTIF Indikator Akhir (Lag) : KPI Sasaran Pencapaian Sebenar ULASAN

JADUAL 4

Indikator Awal (Lead) :

DISEDIAKAN OLEH : ______________________________

DISAHKAN OLEH : ________________________________

2007

You might also like