You are on page 1of 5

Nama:

Tingkatan 3:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN PERTAMA 2009 TINGKATAN TIGA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (1 JAM) Penggubal soalan: Pn. Eliana bt. Elyas. Disemak oleh: Disahkan oleh:

.............. (Cik Rozana bt. Hashim) (En. Wong Chee Kheon) K. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Pengetua Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak. Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan Objektif ( 30 Markah) Bahagian B : Misi dan Visi Sekolah (10 Markah) Bahagian C : Soalan Struktur (10 Markah) Jawab semua soalan Bahagian A: (Soalan Objektif)- 30 markah Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas? A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya. B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah. C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu. D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja. 2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh? A Melalui buku. C Melalui ceramah motivasi. 3 B Melalui iklan. D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.

Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah bercakap? A Doktor. B Peguam. C Arkitek. D Jurutera. Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri? A Menambahkan keyakinan. B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan. C Menambahkan sumber pendapatan. D Meningkatkan taraf hidup dan sosial. Seseorang yang berperibadi realistic mempunyai potensi diri A konvensi. B kreatif. C mekanikal. D memenuhi matlamat.

Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang? A Meningkatkan kreativiti. B Menambah ilmu pengetahuan. C Meningkatkan kemahiran diri. D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi. Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang pengarang. A Peribadi artistik. B Peribadi konvensional. C Peribadi realistik. D Peribadi sosial. Apabila anda hendak memilih sesuatu jurusan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah A kewangan. B minat. C kehendak ibu bapa. D peluang kerjaya masa depan. Seseorang individu yang mempunyai identiti diri yang positif sentiasa_______________akan dirinya. A bangga B gembira. C yakin D sombong

10 Apakah maksud minat? A Kebolehan semula jadi. C Keyakinan diri tentang sesuatu perkara.

B Kelebihan diri individu. D Kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

11 Apakah kerjaya yang banyak memerlukan kemahiran? A Jururawat. B Pemandu. C Juru ukir. D Petani. 12 Pemilihan bidang kerjaya bergantung kepada A pengaruh rakan sebaya. C kehendak ibu bapa. B kelayakan akademik dan potensi diri. D kehendak guru.

13 Setiap keputusan yang dibuat dalam sesuatu situasi pasti mempunyai A kesan. B punca. C masalah. D rintangan. 14 Setiap keputusan yang dibuat perlulah berdasarkan A maklumat. B rasional dan logik. C ibu bapa. D kawan. 15 Pendekatan ini menggunakan kemahiran mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain. A Pendekatan alternatif. B Pendekatan proaktif. C Penyelesaian masalah. D Pendekatan kesan dan akibat. 16 Seseorang yang berfikiran rasional akan membuat keputusan yang A sambil lewa. B terburu-buru. C teragak-agak. D bijak dan adil. 17 Param berbakat dalam bidang perakaunan. Sekiranya dia membuat keputusan untuk mengikut rakannya memilih jurusan sains, dia akan A hilang minat dalam pelajaran. B menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan sains. C gagal dalam pelajaran serta membazirkan bakatnya. D saudara-maranya akan berasa kecewa kerana dia tidak mengasah bakatnya.

18 Setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan A nafsu. B hasrat. C gerak hati. D rasional dan logik. 19 Apakah yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi? A Andaian. B Anggaran. C Keputusan. D Pertimbangan. 20 Keputusan yang baik biasanya mengambil kira kepentingan A diri sendiri dan orang lain. B diri sendiri. C kawan-kawan. D keluarga. 21 Apakah yang orang lain boleh lakukan semasa kita membuat keputusan dalam sesuatu situasi? A Mempertikaikan keputusan yang dibuat. B Memberi nasihat, pandangan dan idea. C Membuat keputusan untuk kita. D Hanya mendengar masalah kita. 22 Antara yang berikut, manakah merupakan kasih sayang ibu bapa yang tidak dapat dilihat? A Membelai anak. B Memenuhi keperluan anak. C Membawa anak bersiar-siar. D Mendoakan kesejahteraan anak-anak. 23 Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh membantu merealisasikan impian Rumahku, Syurgaku? A Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat. B Setiap ahli keluarga perlu bertukar-tukar hadiah pada hari-hari kebesaran. C Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa membantu ahli keluarga yang lain. D Setiap ahli keluarga perlu membantu keluarga yang lain untuk mencapai matlamat Rumahku, Syurgaku. 24 Pilih tindakan yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah dan nama baik keluarga. A Mengikut ajakan kawan pergi melepak. B Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah. C Berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan imej keluarga. D Memakai pakaian yang berjenama. 25 Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk insan yang A tegap. B berakhlak mulia. C berani. D gagah. 26 Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat? A Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga. B Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa. C Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing. D Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

27 _______________________ bertanggungjawab memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar emosi anak-anak dapat berkembang dengan sempurna. A Ibu bapa B Guru C Rakan D Saudara mara 28 Sekiranya anggota keluarga kita menghadapi kesusuahan, kita seharusnya A membiarkan mereka menghadapi kesusahan seorang diri. B membantu menyelesaikan masalahnya. C memberi nasihat sahaja. D memberitahu kepada saudara yang terdekat. 29 Andaikan anda merupakan anak sulung dalam keluarga manakala ibu anda terlantar di hospital. Apakah tanggungjawab anda? A Memberitahu sanak saudara. B Memasak makanan untuk ibu. C Mencari pekerjaan sementara. D Membantu ayah menjaga keselamatan anggota keluarga Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga? A Bapa. B Ibu bapa. C Anak-anak. D Setiap ahli keluarga.

30

Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah 1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci. ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) 2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci. ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah. 1 Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pekerjaan ? ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) 2 Apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan? ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah)

Kertas soalan tamat.

You might also like