You are on page 1of 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan meN- (me-, mem-, men-, meng-, dan menge-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini. Ayat Aktif 1 Saya sudah menyiapkan kerja sekolah itu. 2 Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar. 3 Kamu perlu mengajar Siti menulis Jawi. 4 Ahmad membelah kayu api itu. 5 Mereka sedang menganyam tikar. Ayat Pasif 1 Kerja sekolah itu telah saya siapkan. 2 Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar. 3 Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti. 4 Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5 Tikar sedang dianyam oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif


Ayat Aktif Transitif 1 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. 2 Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini. Subjek 1 2 3 4 5 Hassan Pak Wahid Encik Wong Mereka Beliau Predikat Kata Kerja Transitif Objek memancing ikan. membajak sawah itu. memarahi anaknya. mengikuti nasihat guru. merasmikan bangunan baharu itu.

Ayat Aktif Tak Transitif 1 Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. 2 Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini. Subjek 1 2 3 4 5 Kanak-kanak itu Roslan Lori balak itu Bayi itu Belon itu Predikat Kata Kerja Transitif menangis. bersenam. terbalik. tidur. meletup.

PERINGATAN Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek dalam ayat tersebut.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Jenis-jenis Ayat Pasif


Ayat Pasif Diri Pertama 1 Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. 2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini: (a) Almari itu saya buat. (b) Tugas itu akan kita siapkan esok. (c) Jambatan itu kami robohkan. Ayat Pasif Diri Kedua 1 Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. 2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini: (a) Pagar itu hendaklah kamu cat. (b) Pakaian kotor hendaklah awak rendam. (c) Kira jumlah markah yang anda peroleh. Ayat Pasif Diri Ketiga 1 Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. 2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini: (a) Dahan pokok rambutan itu dicantas oleh mereka. (b) Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam. (c) Bas sekolah itu dipandu olehnya/dia. PERINGATAN Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

You might also like