You are on page 1of 5

29/01/2012

Hasil Pembelajaran Pengenalan Kepada Konsep Asas (Pendidikan) Moral


ELM3101 (Minggu 6) PISMP Thn 2 Sem 3 Sains 4. Teori Etika (12 Jam)
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 1

1. Menjelaskan konsep asas moral dan konsep asas nilai. 2. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan. 3. Membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral. 4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan harian.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 2

Objektif
1. Mengenal pasti perbezaan antara antara eksistentialisme dan prinsip Kewajipan. (8.2)

Ulangkaji
Senarai empat teori etika umum. Terangkan Teori Deontologikal secara ringkas. Apakah perbezaan antara teori Eksistentialisme dengan Prinsip Kewajipan?

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Tajuk 1 (12 Jam)


Teori-teori Etika
Teori Teleologikal (2+1 jam)
Utilitarianisme Egoisme

Pembuka kata
Teori-teori etika umum membantu kita memahami tentang sesuatu yang betul dan wajib. Antara teori etika yang diajar ialah:

5 29/01/2012

Teori Deontologikal (2+1 jam)


Eksistentialisme Prinsip Kewajipan

Teori Kemoralan Sosial (2+1 jam) Teori Keperibadian Mulia (2+1 jam)
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Teori Teleologi Teori Deontologi Teori Kemoralan Sosial Teori keperibadian Mulia (Virtue)
Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 6

29/01/2012

Teori Deontologi
Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori Teleologi. Teori ini menilai sesuatu perlakuan berdasarkan pertimbangan dan fakta lain yang bernilai intrinsik sama ada perlakuan itu baik, benar, patut dan diwajibkan.

Teori Deontologi
Individu yang menerima teori ini percaya bahawa sesuatu tindakan bermoral akan melibatkan kesedaran diri (bernilai intrinsik) dalam menghadapi halangan atau peraturan yang ditetapkan atas kepentingan antara diri dengan kebaikan umum. Akibat atau kesan (perlakuan dan peraturan) tidak dititikberatkan, yang penting ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan.
7 29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 8

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Teori Deontologi
Teori deontologi boleh dihuraikan melalui dua konsep besar:
Konsep Sifat Perlakuan/Tindakan. Konsep Peraturan.

Teori Deontologi
Konsep Peraturan
Kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan adalah terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan merupakan asas (bukan pertimbangan moral seseorang) kepada sesuatu tindakan. Tindakan itu dirujuk kepada situasi tertentu. Tidak bergantung kepada keseronokan atau kesengsaraan manusia.
9 29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 10

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Teori Deontologi
Konsep Sifat Perlakuan/Tindakan
Semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Contoh: Murid sedang bergaduh. Guru mengambil tindakan disiplin. Tindakan guru berdasarkan keadaan semasa tanpa merujuk kepada apa-apa peraturan.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 11

Teori Deontologi
Konsep Sifat Perlakuan/Tindakan
Konsep ini merupakan pendekatan berorientasikan tindakan. Penilaian sesuatu etika bergantung kepada tindakan seseorang individu dan bukan kepada akibat tindakan tersebut. Apakah kelemahan pendekatan ini?

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

12

29/01/2012

Teori Deontologi
Teori Deontologi dikelaskan kepada dua:
a) Prinsip Eksistentialisme b) Prinsip Kewajipan

Prinsip Eksistentialisme
Kebebasan memilih (freedom of choice) dititikberatkan, iaitu,
1. Individu perlu menggunakan kebebasannya untuk mencari fakta, menilai situasi dengan teliti. 2. Membuat pilihan atau keputusan moralnya sendiri selepas membuat pertimbangan sewajarnya.

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

13

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

14

Prinsip Eksistentialisme
Prinsip ini bergantung kepada percayaan existence precedes essence iaitu manusia hidup (wujud) dahulu, kemudian memilih untuk menimbulkan nilai-nilai dan identiti dirinya (Sartre). Kewujudan manusia mendahului kepentingannya dan mesti wujud jika dia mahu menjadi sesuatu.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 15

Prinsip Eksistentialisme
Alam semulajadi tidak mempengaruhi kehendak nafsu dan keperluan manusia. Kelakuan dan kemahuan manusia membentuk moral individu secara total dan mutlak. Pendidikan dan matlamatnya dapat mencorakkan individu dan memberi kesedaran tentang kelakuan mulia. Ini termasuk ilmu, sahsiah, nilai dan tanggungjawab individu.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 16

Prinsip Eksistentialisme
Contoh: Manusia bebas bertindak, jadi manusialah yang bertanggungjawab. Kehidupan manusia kini dilanda peperangan, penyakit, kebuluran, kejahilan, konflik ras (dan sebagainya), kesemuanya adalah tanggungjawab manusia kerana manusialah yang menimbulkan masalah-masalah tersebut.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 17

Prinsip Kewajipan
Prinsip ini merupakan prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (17241804). Prinsip Kewajipan (atau principle of duty) menegaskan duty for the sake of duty yang bermaksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan suatu tanggungjawab.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 18

29/01/2012

Prinsip Kewajipan
Sesuatu tindakan itu tidak bernilai moral jika ia berkaitan dengan kepentingan diri. Tanggungjawab (duty) merupakan satu nilai utama dalam etika kemoralan. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan. Contoh: tanggungjawab ketepatan masa, tanggungjawab sebagai ibu walaupun kadangkala dianggap tanggungjawab etika.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 19

Prinsip Kewajipan
Ramai ahli kemoralan merumuskan bahawa tanggungjawab kemoralan adalah berdasarkan agama, tetapi terdapat juga tanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama atau adat resam seperti tidak membunuh, tidak berzina dan sebagainya.

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

20

Prinsip Kewajipan
Tumpuan kepada niat atau tujuan/motif seseorang dan bukan atas apa yang dilakukannya. Prinsip moral yang ditetapkan oleh seseorang individu untuk dirinya sendiri mestilah juga dipatuhi oleh orang lain, misalnya individu mestilah bertindak sebagaimana dia ingin orang lain bertindak, iaitu prinsip moral individu sepatutnya melambangkan undangundang objektif dan sejagat.
29/01/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 21

Prinsip Kewajipan
Humanity atau berperikemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Contohnya: menculik untuk mendapatkan wang tebusan haruslah dikeji.

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

22

Aktiviti
Berikan situasi-situasi yang memperlihatkan prinsip etika sesuai diamalkan dalam kehidupan harian atau di IPGanda.
Teori Etika Prinsip Kewajipan Eksistensialisme Situasi sesuai diamalkan dalam kehidupan harian / di IPG

Tutorial
Membincangkan sifat-sifat peribadi mulia untuk mencapai kesempurnaan hidup.

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

23

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

24

29/01/2012

ISL
Sediakan secara grafik ciri-ciri keperibadian mulia beserta contoh yang releven dengan situasi kehidupan.

29/01/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

25

You might also like