You are on page 1of 18

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 KAEDAH

Tajuk: Lagu Kanak-kanak dalam Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

Isi Kandungan

Muka surat 1.0 1.1 PENDAHULUAN Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2 2

2.0 2.1 2.2 2.3

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Isu Keprihatinan / Fokus Kajian Tinjauan Masalah Analisis Masalah

3 3 4 5

3.0

TINJAUAN LITERATUR

4.0 4.1 4.2 4.3

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif Umum Objektif Khusus Soalan Kajian

8 8 9 9

5.0

KUMPULAN SASARAN

6.0 6.1 6.2 6.3

PELAKSAAN KAJIAN Perancangan Langkah-langkah Tindakan Perancangan Cara Mengumpul Data Perancangan Cara Menganalisis Data

10 10 11 11

7.0

PERANCANGAN PELAKSAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

12

7.1 7.2

Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Kos Kajian

12 13

8.0

SENARAI RUJUKAN

14

LAMPIRAN 1

15

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji adalah guru pelatih yang telah menjalani program Praktikum Fasa 3 di sekolah kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 12 minggu. Daripada pengalaman ke sekolah tersebut, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti murid-murid Prasekolah tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka ti dak memahami apakah maksud kosa kata tersebut.

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran slot Bahasa Inggeris pada Praktikum Fasa 3 dijalankan. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali pengkaji terdengar mereka berkata, Ala, cikgu, saya lupalah, Saya tak tahu dan kadangkala murid-murid hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji) mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.

Pengkaji berasa kesal dan sedikit kecewa dengan tindak balas tersebut. Namun, pengkaji mengakui bahawa mungkin pengkaji tidak memberikan tunjuk ajar dengan baik pada pengajaran sebelumnya ataupun strategi pengajaran yang pengkaji gunakan tidak sesuai dengan minat dan perkembangan mereka. Mereka terlalu bergantung kepada guru dan rakan rakan yang lain untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan soalan kepadanya. Masalah ini juga dihadapi oleh majoriti rakan-rakan pengkaji yang berpraktikum di sekolah-sekolah kawasan Lembah Klang.

Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid berbangsa Melayu sangat lemah terutamanya dalam kalangan murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas arus perdana. 2

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Prasekolah ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris, namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan kemahiran-kemahiran lain.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek adalah Bahasa Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di sekolah. Mungkin faktor ini menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun dengan menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah yang menyebabkan mereka masih tidak menguasai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini dapat diatasi. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan lagu kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah.

2.2

Tinjauan Masalah

Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris, pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu dengan subjek sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak. Jadual 1 di bawah adalah cara tinjauan masalah dalam penyelidikan ini;

Jadual 1: Cara Tinjauan Masalah Langkah Cara tinjauan masalah Langkah 1 Pemerhatian catatan pemerhatian menggunakan Borang Rekod Pemerhatian pada Lampiran A Langkah 2 Tinjauan awal menggunakan Senarai Semak pada Lampiran B 6 orang subjek yang terlibat Kumpulan sasaran 22 orang muridmurid prasekolah Melihat penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Melihat respon murid semasa P&P slot Bahasa Inggeris Mengenal pasti dan mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris subjek Tujuan

Alat kajian 1: Pemerhatian Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek akan direkodkan. Kekerapan ini akan dijumlahkan selepas 5 pemerhatian dibuat.

Alat kajian 2: Borang senarai semak Borang senarai semak untuk tinjauan awal yang digunakan adalah set soalan sama yang akan digunakan dalam penilaian selepas intervensi. Dalam senarai semak ini, murid perlu menjawab soalan-soalan guru dengan jawapan dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 18 perkataan mudah telah dipilih untuk diuji.

2.3

Analisis Masalah

Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Masalah ini menyebabkan aktiviti P&P slot Bahasa Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak memahami apa yang diperkatakan oleh guru. Jadual 2 di bawah adalah hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek.

Jadual 2: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek Sampel Pemerhatian / Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris 1 A B C D E F 1 2 0 1 1 0 2 2 1 0 0 1 0 3 0 0 1 1 0 0 4 1 1 0 0 2 1 5 0 1 0 0 0 1 Jumlah kekerapan 4 5 1 2 4 2

Kenam-enam subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa Inggeris dijalankan kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa Inggeris ke bawah sahaja dalam setiap slot P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali pemerhatian dibuat, jumlah kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek B adalah 5 kosa kata, subjek A dan E 4 kosa kata, subjek D dan F dengan 2 kosa kata dan subjek C dengan 1 suku kata.

Jadual 3 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada tinjauan awal.

Jadual 3: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek Sampel Jumlah jawapan yang betul Peratusan (%) A 2/18 11.11 B 3/18 16.67 C 0/18 0 D 1/18 5.56 E 5/18 27.78 F 6/18 33.33

Hasil analisis mendapati subjek F hanya dapat menjawab 6 soalan dengan tepat daripada 18 soalan yang telah diajukan iaitu sebanyak 33.33%. Subjek E 27.78%, subjek B 16.67%, subjek A dengan 11.11% dan subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56% dan 0%. Oleh itu, keenam-enam subjek ini mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad kerana hanya mencapai 33.33% ke bawah sahaja iaitu min sebanyak 15.74% sahaja.

Hasil dapatan mendapati bahawa kenam-enam subjek kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya mendiamkan diri sepanjang P&P dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad. Oleh itu, latihan demi latihan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata subjek.

3.0

TINJAUAN LITERATUR

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills , Reading skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0% bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari di negara kita.

Dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow (dalam Helen Bee, 2007) berpendapat kanak-kanak yang ibu bapanya sering berbual, sentiasa bercerita kepada mereka dan menggunakan banyak perkataan dalam permulaan percakapan mereka, memperkembangkan banyak perbendaharaan kata, menggunakan banyak ayat kompleks dan mempelajari bagaimana untuk membaca dengan lebih bersedia apabila mereka memasuki zaman persekolahan.

Pendapat Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow (dalam Helen Bee, 2007) ini disokong oleh B.F. Skinner (dalam Mok Soon Sang, 2009) di mana B.F. Skinner berpendapat perkembangan bahasa adalah dipengaruhi oleh faktor alam sekitar.

Noam Chomsky (dalam Mok Soon Sang, 2009) mewakili perspektif nativisme mengandaikan kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk menguasai pertuturan bahasa yang kompleks. Menurut (Patsy M. Lightbown, 2006) pula, kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada peringkat persekolahan yang sebenar. Selain itu, (Helen Bee, 2007) pula mengatakan, kanakkanak yang kurang didedahkan kepada bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecam banyak kosa kata. Jadi, pendedahan kepada bahasa adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu perkembangan bahasa mereka.

Mengikut Teori Pemprosesan Maklumat pula, kemahiran penggunaan bahasa dan penggunaannya adalah diperolehi melalui proses pembelajaran. Menurut seperti teori pemprosesan maklumat yang diperkenalkan oleh R.M.Gagne (dalam Mok Soon Sang, 2009), rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deriaderia manusia dan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balasa melalui sistem saraf. Rajah 1 di bawah menggambarkan proses pembelajaran berdasarkan teori Gagne:

Persekitaran

Rangsangan-rangsangan

Pelaksanaan

Rakaman deria

Penggerak tindak balas

Stor ingatan jangka pendek

Stor ingatan jangka panjang

Rajah 1: Teori proses pembelajaran Gagne

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keempat-empat subjek adalah Bahasa Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di rumah mahupun di sekolah. Menurut Kamaruddin Haji Husin dalam (Hidayatul Akmal Hashim, 2010), bahasa kedua adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia perolehi. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan -tujuan tertentu. Dari segi definisi, semua yang mempelajari (pelajar) bahasa kedua tidak mengira peringkat umur, sudah menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa (Patsy M. Lightbown, 2006) . Pengetahuan sedia ada mungkin akan menjadi kelebihan kepada mereka bagaimana cara untuk mempelajari bahasa kedua pula.

Penggunaan lagu kanak-kanak merupakan salah satu cara untuk membantu murid murid dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Murid-murid prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar. Murid-murid prasekolah pada masa kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Nyanyian adalah salah satu aktiviti menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian (Nani Menon, 2005).

Peery dan Peery (1987) (dalam Levinowitz, 1998) mencadangkan kanak-kanak patut didedahkan, dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga. Muzik perlu didedahkan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi untuk memperluaskan pengalaman pembelajarannya.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

4.1

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.

4.2

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;

(i)

Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah selepas penggunaan lagu kanak-kanak.

(ii)

Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah dengan penggunaan lagu kanak-kanak.

4.3

Soalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian iaitu;

(i)

Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid Prasekolah?

(ii)

Sejauh manakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid Prasekolah?

5.0

KUMPULAN SASARAN

Jadual 4 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini;

Jadual 4: Kumpulan sasaran penyelidikan tindakan Bilangan sasaran Jantina 6 daripada 22 (dipilih secara rawak mudah) 3 orang lelaki 3 orang perempuan Umur Prestasi akademik 5+ tahun - Pasif dalam slot P&P Bahasa Inggeris - Mempunyai masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad

6.0

PELAKSANAAN KAJIAN

6.1

Perancangan Langkah-langkah Tindakan

Jadual 5 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk menjalankan penyelidikan ini;

Jadual 5: Perancangan langkah-langkah tindakan Kaedah / Teknik Cara pelaksanaan Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes) Langkah 1 Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu bergambar sehingga menghafaz 2 lagu tersebut murid benar-benar dapat

Langkah 2 Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul

Langkah 3 Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih. Murid akan diterangkan dengan maksud atau pengertian dalam Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin diuji

Langkah 4 Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin dalam prasekolah iaitu seperti pada waktu Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu P&P Lagu kanak-kanak yang digunakan Bahan bantu belajar 1. Ten Little Teddies 2. Head, Shoulders, Knees and Toes Radio, cakera padat, carta lirik bergambar

10

6.2

Perancangan Cara Mengumpul Data

Jadual 6 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan ini;

Jadual 6: Perancangan cara mengumpul data Langkah / Tarikh Langkah 1 5 8 April 2011 Cara Mengumpul Data Pemerhatian Kumpulan Sasaran 22 orang murid prasekolah Melihat percakapan dan penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris sepanjang slot P&P Bahasa Inggeris Langkah 2 12 April 2011 Langkah 3 28 April 2011 Selepas intervensi Tinjauan awal 6 orang subjek yang terlibat 6 orang subjek yang terlibat Mengenal pasti kelemahan subjek Melihat pencapaian subjek selepas penggunaan lagu kanakkanak Tujuan

6.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

Jadual 7 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam penyelidikan ini;

Jadual 7: Perancangan cara menganalisis data Langkah / Tarikh Langkah 1 5 - 8 April 2011 Langkah 2 12 April 2011 Langkah 3 28 April 2011 Selepas intervensi Tinjauan awal Pemerhatian Data akan dikumpulkan dengan menjumlahkan kekerapan kosa kata yang dituturkan oleh subjek Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul. Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul. Cara mengumpul data Cara menganalisis data

11

Perbezaan data dalam bentuk peratusan sebelum dan selepas intervensi akan dibandingkan bagi menunjukkan perubahan peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris muridmurid. Data yang dikeluarkan adalah dalam bentuk kuantitatif deskriptif.

7.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1

Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Jadual 8 di bawah adalah jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan;

Jadual 8: Pelaksanaan penyelidikan tindakan Bil 1 Aktiviti Mengenal pasti masalah Pemerhatian Dijalankan pada slot P&P Bahasa Inggeris Modul Teras 2 Pengumpulan data tinjauan awal Dengan menggunakan senarai semak, 6 orang sampel telah dikenal pasti mempunyai masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad 3 Menentukan objektif / soalan kajian 4 Penentuan objektif umum kajian (tujuan kajian) Penentuan objektif khusus kajian 7 8 April 2011 6 April 2011 6 7 April 2011 Tarikh 5 April 2011

Merancang tindakan Merancang langkah tindakan dan cara mengumpul data

5 6 7

Menulis proposal kajian Melaksanakan tindakan Menganalisis tindakan Mengira kekerapan dan peratusan hasil dapatan daripada pengumpulan data

5 6 April 2011 11 April 6 Mei 2011 2 Mei 6 Mei 2011

8 9 10

Membuat refleksi Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian 12

9 Mei 11 Mei 2011 13 Jun 26 Ogos 2011 14 16 September 2011

7.2

Kos Kajian

Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos untuk menyediakan soalan semasa tinjauan awal dan selepas intervensi serta kos yang diperlukan sepanjang intervensi. Jadual 9 di bawah adalah kos yang dijangkakan;

Jadual 9: Kos Kajian Bil Bahan Bilangan unit Harga seunit (RM) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kertas A4 Dakwat cetakan komputer Cetakan riso Kad manila Pensel warna Pen marker Cakera padat Minyak kenderaan Binding Buckram Barangan am 1 1 100 4 1 5 4 26L 5 12.00 10.00 0.05 0.70 10.00 3.80 2.00 1.90 30 Jumlah harga (RM) 12.00 10.00 5.00 2.80 10.00 19.00 8.00 49.40 150.00 20.00 286.20

JUMLAH KESELURUHAN

13

8.0

SENARAI RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua. Didapatkan Mac 6, 2011, daripada Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/carapemerolehan-bahasa-kedua_11.html

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan . Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok S.S. (2009) . Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Serdang: Penerbit UPM.

14

LAMPIRAN A

BORANG REKOD PEMERHATIAN

Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah disediakan.

Nama subjek : ............................................................................................................... Tarikh : ...............................................................................................................

PEMERHATIAN:

(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)

WAKTU PEMERHATIAN

KOSA KATA BAHASA INGGERIS YANG DITUTURKAN

ANALISIS

Masa : ..................

Jumlah kekerapan

15

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS

UJIAN FASA*

(Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama Tarikh Masa

: ........................................................................................................ : ........................................................................................................ : ............................ ............................................................................

Arahan: (i) (ii) Murid : Jawab soalan dalam Bahasa Inggeris apabila diajukan soalan. Guru : Tandakan / pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah. Jika salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.

Bil

Perkataan / Objek

Jawapan Betul Salah

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Kepala Bahu Lutut Kaki Mata Hidung Mulut Telinga Angka 2 Angka 8 Angka 1 Angka 3 Angka 9 Angka 7 16

15 16 17 18

Angka 10 Angka 5 Angka 4 Angka 6 Jumlah

* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal 2 Selepas Intervensi

17

You might also like