You are on page 1of 9

Email o r Pho ne Sign Up Keep me lo gged in Lo g In

Tadabbur vs Tafseer
July 29 , 20 13 at 11:10 am

Shazmie Mohammad Nadziri


Inde pe nde nt Dist ribut o r at Shakle e Malaysia

Bismillah walhamdulillah... Dalam mengikuti perkembangan semasa dan persoalan-persoalan yang timbul, ana berasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan menyatakan pendirian berdasarkan kef ahaman dan juga sedikit ilmu yang pernah diperolehi tentang isu ini. Tulisan ini bertujuan untuk menjelaskan secara ringkas 2 aktiviti yang berbeza, namun sangat berkait dan dekat antara satu sama lain. Dan ana akan terangkan juga cara yang pernah ana lakukan dalam usrah serta beberapa pendalilan berkaitan tadabbur. Semoga Allah memudahkan jalan kita semua untuk menjadikan Allah sebagai ghayah kehidupan dan alQuran sebagai dustur, juga penawar, juga penerang, serta petunjuk yang jelas kepada kita semua. Sesungguhnya, telah timbul kesalahf ahaman dalam masyarakat apabila telah mencampur adukkan pengertian tadabbur dan taf seer, yang akhirnya menyebabkan umat Islam hidup dalam ketakutan untuk mengambil pengajaran dan tadabburnya dari Quran khuatir dikatakan muf assir yang sesat. Dikatakan kepada kita, "Kamu mentadabbur melalui terjemahannya, mengaitkannya dengan kehidupan kamu, dan kemudian mengamalkannya yakni melakukan apa yang disuruh atau meninggalkan apa yang diharamkan atau merasa takut dengan ancaman atau merasa gembira dengan nikmat. Bagaimana kamu melakukan semua ini sedangkan kamu tidak mengetahui asbab nuzul ayat, lemah dalam nahu sorof , hukum-hukum pendalilan, dan pelbagai lagi ilmu lain? Sesungguhnya takutlah kamu dengan hadis di mana Nabi saw berpesan, janganlah kamu mengatakan sesuatu tentang agama ini sesuatu yang kamu tidak ketahui! Kamu penaf sir yang sesat dan aktiviti ini tidak pernah dilakukan para sohabah."

No t e s by Shazm ie Mo ham m ad Nadziri All No t e s

TAG G ED

Get No tes via RSS

PDFmyURL.com

Allahu... Akhi, sesungguhnya tadabbur dan taf seer mempunyai perbezaan yang sangat besar seluas lautan yang membentangi darat yang kita duduki. Tadabbur itu lebih terbuka sif atnya dan mudah berbanding taf seer yang sangat ketat dengan disiplin ilmu dan kef ahaman yang tulen.

Ingin memahami al-Quran melalui dua jalan, yakni; 1. Kef ahaman dengan zihni f ahmi (akal, ilmu dan kef ahaman) 2. Kef ahaman dengan qalbi imani (amal, perasaan, dan hati) Kef ahaman dengan zihni f ahmi ini memerlukan ilmu alat yang mencukupi, dan memahami pendalilan yang pelbagai supaya hasil yang didapati itu menepati segala syarat yang diletakkan sebagaimana dilakukan para muf assir agung. Taf seer itu pula berbeza disebabkan perbezaan tahap keilmuan setiap ulama. Dan ini bukanlah yang ingin kami lakukan dalam usrah atau liqo. Ingin ana jelaskan dan tegaskan, sesungguhnya usrah kami tidak pernah cuba untuk melakukan perkara sedemikian yang semestinya bertentangan dengan prinsip kelimuan yang ana pegang. Bagaimana mungkin insan lemah seperti kami yang hanya mahu menjadikan Quran itu petunjuk yang terang dapat mentaf seer dan kemudian mensyarahkannya kepada orang kebanyakan? Sungguh, ini tuduhan ilmiyah yang amat berat yang pastinya cabaran dari Allah untuk hambanya terus tegar di perbatasan dakwah... Ana bergerak pula kepada kef ahaman dengan qalbi imani, iaitu hasil dari pembacaan alQuran, mengetahui terjemahannya, mengamalkan apa yang dijumpai dalamnya (solat, zakat, puasa), tahu maknanya, dan tidak memerlukan kepada penaf seeran yang teliti, cukup dengan mengamalkannya dalam perbatasan syara', yang menggerakkan hatinya untuk beramal, dan dibuktikan dengan perbuatan dan akhlak sehariannya... Yang ana f aham, kef ahaman dengan qalbi imani ini adalah tujuan utama selepas membaca Quran, manakala kef ahaman dengan zihni f ahmi ini adalah jalan atau cara untuk kita sampai kepada tujuannya, yakni mengamalkan apa yang ada dalam Quran.
PDFmyURL.com

Tujuan kita membaca al-Quran adalah untuk mengamalkannya, mengesankannya dalam hati kita, menjadikan kita sentiasa ingat Allah dan rasul, dan berusaha menyebarkan agamaNya. Dan kef ahaman ulama dari kutub taf seer itu pastinya landasan utama kita sampai, dan ianya adalah wasilah dan jalan untuk tujuan kita semua. Telah berkata Imam Hasan al-Basri ra: Ilmu itu dua, yakni ilmu hati yang bermanf aat untuk pengamalnya, dan yang kedua adalah ilmu lisan yang menjadi hujah Allah ke atas hambaNya. Contoh Tadabbur Mari kita melihat sejenak tatkala dibacakan kepada kita f irman Allah dalam surah anNaba': ) ( (Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kaf ir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kaf ir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".) Soalannya, adakah ayat ini terlalu sukar untuk dif ahami dan dirasai sehinggakan umat islam memerlukan kitab taf seer untuk memberitahu bahawasanya kiamat itu sudah dekat? Sebenarnya, apa yang diperlukan daripada umat Islam adalah berhenti sejenak apabila membaca ayat ini, baca terjemahannya, menghidupkan bayangan kiamat yang dekat dalam jiwa dan hatinya, dan kemudian menghisab amal yang telah dilakukan selama ini. Dia memikirkan, apakah dia mahukan pengakhiran yang baik atau buruk, apakah buku amalnya berat dengan pahala atau dosa, dan kenapa orang kaf ir itu berharap dia adalah tanah? Lalu dia menjadi insaf dengan segala apa yang pernah dilakukan selama ini, dan berusaha menjadi lebih baik hasil terkesan dengan ayat ini. Dan apakah ini taf seer ya akhi? Sungguh, inilah apa yang ana f ahami dan amalkan sebagai TADABBUR, yakin kef ahaman dengan qalbi imani, bukan zihni f ahmi.
PDFmyURL.com

Ruang untuk mentadabbur ini sangat luas dalam al-Quran yang tidak memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab seperti ulama. Antaranya adalah perihal hari kiamat (keadaannya, janji Allah, kesan), usul akhlak-akhak yang baik/buruk (perlu taf seer ke?), dan keadaan orang munaf iq/kaf ir. Ana pernah terbaca satu artikel tentang seorang jemaah masjid yang telah mentadabbur ayat Quran yang beliau dengari dari bacaan imam. Tatkala dibacakan f irmanNya Ahzab ayat 7 dan 8; * ( ) (Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh, agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka dan Dia menyediakan bagi orang-orang kaf ir siksa yang pedih.) Selepas solat, seorang ahli masjid telah bangun dengan segera dan berkata;

"Wahai jemaah masjid sekalian! Takutilah Allah! Sesungguhnya para Nabi yang benar ini akan disoal tentang kebenaran yang mereka bawa selama ini! Apa yang kita semua akan jawab di hadapan Allah apabila disoal kelak sedangkan kita masih leka dengan dunia ini?" Lalu menangislah para jemaah dalam masjid itu dan beliau yang mentadabbur ayat itu juga menangis. Soalannya, adakah tercela perbuatan tadabbur sebegini sehingga perlu dihentikan ya ikhwati f illah? Sesungguhnya ana yakin, tadabbur ini meningkatkan lagi keimanan kita semua... Ibnu Qayyim al-Jauzi berkata: "tadabbur itu kunci untuk hati yang hidup."

Antara penghalang utama dalam mentadabbur Quran:


PDFmyURL.com

1. Terlalu menekankan kepada aspek tajwid sehingga tidak mahu melihat langsung kepada maksud ayat. 2. Ta'sub dengan pandangan bahawasanya kita bukan ahli ilmu untuk mentadabburnya. Syubhat kononnya tadabbur hanya untuk ulama', dan kita yang doif ini haram sama sekali mengambil ibrah tanpa basirah. 3. Dosa besar sehingga menghijab diri dari melihat dengan mata hati ayat Allah.

Pengertian tadabbur Sebenarnya, terlalu banyak pengertian yang boleh kita dapati dari kitab atau kamus arab. Ana ambil pengertian ini yang mudah dif ahami, dan ana sendiri amalkan dalam liqo. Dan ana letakkan tajuk ini di bawah, kerana ibrah dengan apa yang ada dalam aktiviti itu, bukan pada namanya... ( ) "Berhenti pada ayat, f ahami maknanya, berinteraksi dengan diri kita, untuk diambil manf aat serta dicontohi." Ana yakin, tadabbur ini adalah satu aktiviti rohani yang asolah dan dibenarkan untuk diamalkan asalkan tidak melampaui batas pentaf seeran sehingga menjejaskan iman dan kepercayaan kita. Ana melazimi tadabbur dalam kehidupan ana, dan kesannya sangat signif ikan berbanding pada suatu masa dahulu di mana ana hanya membaca untuk dihaf al atau bacaan kosong. Ketika baca itu, dengan dihadiri perasaan dan semangat untuk mencari petunjuk, seolah-olah Allah memudahkan untuk ana mencari jalan keluar dan kesulitan dan kemusykilan yang dihadapi. Alhamdulillah... Namun, sebagai tuntutan keilmuan, ana mewajibkan diri ana untuk membaca taf seertaf seer muktabar agar kef ahaman yang ana rasai di hati itu selari dengan kef ahaman yang digali dan dikaji para ulama. Mereka insan yang telah mewakaf kan tenaga dan masa mereka untuk kepentingan umat dan ana meletakkan semua ulama dalam tempat yang khas dalam hati ana. Tidak pernah untuk meragui kebolehan mereka apatah lagi ingin menyanggah pendapat mereka. Jauh sekali diri ini bagai langit yang terpisah dari bumi malahan jauh lagi.
PDFmyURL.com

Namun, jika kita hanya membaca taf seer itu untuk mencari hukum-hukum ayat, tajiwd, tanasukh dan mansukh, istdilal, istinbat semata-mata, maka ana secara peribadi kurang mengerti di mana Quran itu akan mengesankan hati dan mengubah jiwa kita menjadi tunduk serta patuh kepada Rabbani. Apa Apa Apa Apa guna guna guna guna al-Quran ditelaah teliti tetapi akhlak keji lagi dibenci? lunak membaca tetapi tidak f aham walau suruhan untuk berpuasa? haf al 30 juzuk tetapi mulut mengumpat penuh busuk? khatam sehari sekali tetapi dakwah hanya untuk diri?

Cadangan ana kepada semua umat Islam, teruskan tadabbur al-Quran. Rasai gentaran ayat itu yang bergema dengan hati antum. Terokai dengan mata hati dan keinginan untuk mencari petunjuk, sehingga melahirkan peribadi mirip akhlak mahmudah yang diinspirasi al-Quran. Sentiasa kasih dan sayang kepadaNya, zahirkan melalui kekerapan antum berkomunikasi dengan kitab agung ini. Dan pandulah kekhusyukan antum dalam tadabbur itu dengan melihat taf seer mukatabar yang saleem akidahnya dan thiqah akhaknya, sehingga akhirnya menjadikan antum mumayyiz dalam memahami kitab suci ini. Sentiasa rujuk para alim ulama, dan dengar cara mereka mengesankan Quran itu dalam kehidupan. Begitulah ana f ahami sebagai belajar ilmu taf seer dan semua cabang ilmu yang lain dengan sanad yang sahih dari kibar al-ulama. Sesungguhnya, ini adalah salah satu uslub yang kami gunakan dalam membawa masyarakat am(bukan para ulama) untuk dekat dengan al-Quran dan selesa untuk membacanya. Dan alhamdulillah, tadabbur ini menjadi pintu pembuka kepada insan di luar sana untuk mencari lebih lagi dari apa yang dipelajari sebelum ini. Hati mana tidak gembira, apabila melihat insan yang suatu ketika dahulu tidak mempunyai keinginan langsung untuk membaca al-Quran, berubah dan kini mencari-cari ayat al-Quran yang boleh dibaca dan diamalkan hasil dari aktiviti tadabbur yang ringkas ini. Dan ana tegas mengatakan, tadabbur itu pintu untuk membuka pintu-pintu ilmu dan merancakkan kemahuan dalam diri umat islam untuk terus mendampingi al-Quran walaupun bukan seorang penghaf al atau pengkajinya secara spesif ik. InsyaAllah, kebiasannya al-akh/ukht yang menjadi naqib itu sudah acap kali mendengar daurah/presentation/buku berkaitan bahan yang ingin ditadaburnya supaya kef ahaman kami itu berangkai dengan kef ahaman para asatizah yang sudah menghadam kutub
PDFmyURL.com

taf seer pelbagai sebelum dibawa dalam usrah/liqo. Bukankah ini juga satu talaqqi kitab sebagaimana yang kita f ahami? Namun, boleh jadi keterbatasan ilmu itu berlaku kerana kelemahan kami dalam menyediakan bahan berkualiti kepada mutarabbi dan kekangan waktu. Tapi percayalah ikhwah/akhawat, kami akan berusaha yang terbaik untuk membantu Muslim menjadi lebih baik dari kebiasaannya. Ana mempelawa antum yang berkepakaran dalam pelbagai cabang ilmu untuk bersama berbincang dengan kami dalam menyediakan modul tarbiah yang sohih dan kita-kita sama menginf aqkan tenaga agar agama Allah ini benar-benar mendarah daging dalam sosok peribadi seorang akh/ukt muslim. :) Adapun kata-kata tentang tanpa sanad maka manusia akan bercakap apa sahaja yang dia suka, atau hadis di mana Nabi melarang untuk bercakap tentang al-Quran, atau peristiwa Abu Bakar yang takut untuk mengulas tentang al-Quran, maka ana ingin bertanya dua soalan lanjut: 1. Apakah syarah hadis atau kata-kata itu. Khitob penyampaian perlu dilihat bersesuaian dengan apa/kepada siapa/tentang apa. Mungkin hadis itu diungkapkan dalam keadaan yang boleh merosakkan iman atau amalan jika diteruskan. WA 2. Kesahihan hadis itu. Metodologi ana dalam pencarian ilmu adalah kesahihan matan/sanad. InsyaAllah, jika benar kata-kata itu dengan cara pengamalan tadabbur ana sekarang dilarang, maka ana akan terus tinggalkan. Beginilah jawapan ana kepada pencari jawapan dan ingin mentadabbur dengan bahasa yang mudah dan dalam kemampuan ana. Ana sentiasa menitik beratkan amalan seharian yang ana harap dapat dijadikan sebagai penambah amalan, dan teguran dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang tadabbur ini ana anggap sebagai peluang terbaik untuk ana ref leksi diri dan koreksi agar sentiasa terjaga amal dan peribadi. Ana mohon jika ada sebarang komentar atau ketidaksetujuan, maka bolehlah komen atau PM ana sendiri. Ana masih belajar, dan tidak akan berhenti belajar. Jika benar tadabbur ini salah dengan akidah ASWJ, mendekatkan diri kepada Muktazilah, tidak asolah, hanya mengambil zohir ayat, atau apa-apa lagi tuduhan itu, maka ana yang pertama sekali akan membanteras kegiatan ini dari muka bumi dan pastikan umat Islam sentiasa dalam
PDFmyURL.com

keadaan yang sihat rohani dan jasmani. :) Rujukan: 1. Bersama Memartabatkan Tuntutan al-Quran: Shaykh Ibraheem Al-Deeb 2. Khawatir Quraniyah: al-Akh Amru Kholed http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=1947290 http://www.almoslim.net/spf iles/tadabbur/paper4.htm http://www.saaid.net/mktarat/ramadan/481.htm http://moysar.com/tadbor.php

Share

54 Shares

Mo bile Abo ut

Find Friends Create Ad

Badges Create Page

Peo ple Develo pers

Pages Careers

Places Privacy

Apps Co o kies

Games Terms

Music Help

PDFmyURL.com

Facebo o k 20 13 English (US)

PDFmyURL.com

You might also like