You are on page 1of 4

PENGENALAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN BACAAN 1. DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK Murid-murid menyebut kad huruf yang ditunjukkan oleh guru dengan mengikut melodi. Antara melodi yang boleh digunakan ialah melodi ABC yang biasa. Guru juga boleh mempelbagaikan melodi mengikut kesesuaian. Peringkat kedua, murid dikehendaki mengeja perkataan satu dan dua kata berdasarkan kad yang ditunjukkan oleh guru mengikut melodi. Guru menggabung jalinkan kaedah pandang dan sebut dalam penggunaan melodi. Murid menyebut bait-bait (ayat-ayat) lirik . Lagu-lagu yang sesuai digunakan ialah lagu kanak-kanak. Contohnya lagu Lompat Si Katak. Murid dihendaki menyusun kad-kad yang mengandungi suku kata sambil menyebutnya dengan mengikut melod i. Kemudian suku kata tersebut disusun untuk membentuk perkataan dan perkataan tersebut disebut dengan mengikut melodi.

2. DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Guru membekalkan murid dengan semua peralatan yang

diperlukan seperti gunting, kertas berwarna, plastisin dan gam. Murid dikehendaki menggunting dan menampal huruf-huruf daripada A hingga Z dan mewarnakannya . Kemudian menampalkannya untuk menghasikan kolaj. Selepas itu, muridmurid dikehendaki membaca huruf yang dihasilkan. Selain itu, guru juga boleh membekalkan mereka dengan plastisin dan mengarahkan mereka untuk menghasilkan bentuk hurufhuruf daripada A hingga Z. Kemudian murid-murid akan membaca huruf-huruf yang telah dibentuk dengan menggunakan plastisin. Guru juga boleh mengadakan aktiviti melukis huruf-huruf daripada A hingga Z dengan menggunakan crayon, pensel warna ataupun warna air. Setelah itu, murid-murid dikehendaki menyebut huruf-huruf tersebut. Daripada huruf-huruf yang dihasilkan, murid-murid boleh membentuk menjadi suku kata seterusnya menjadi perkataan. Setiap suku kata dan perkataan yang dihasilkan mestilah disebut oleh murid-murid. 3. DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN Mengadakan aktiviti seperti melambung dan menyambut bola berabjab. Aktiviti ini sesuai dijalankan sebagai aktiviti berkumpulan. Sebelum pihak A melambung bola tersebut, dia

dikehendaki menyebut terlebih dahulu huruf tersebut kemudian pihak B akan menyambut bola tersebut. Pihak B juga perlu menyebut terlebih dahulu huruf tersebut.

Murid-murid juga boleh membuat pergerakan badan untuk membentuk huruf-huruf A hingga Z. Kemudian mereka dihendaki menyebut huruf-huruf yang dibentuk tersebut. Guru juga boleh mengadakan aktiviti bermain huruf dan perkataan secara pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor . Aktiviti yang dijalankan tersebut boleh diterapkan dalam permainan kecik kanak-kanak. Contohnya permainan ayam dan musang. Setiap murid yang berperanan sebagai ayam dikehendaki membawa sekeping kad huruf. Sekiranya murid lain yang berperanan sebagai musang dapat menangkap ayam, dia dikehendaki menyebut kad huruf yang dibawa oleh murid tersebut.

Selain itu, aktiviti seperti menampal kad suku kata untuk membentuk perkataan juga boleh dijalankan . Contohnya, murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan akan berlari menuju ke stesen A untuk memilih kad suku kata. Kemudian meneruskan larian ke stesen B untuk menampalnya. Ahli yang kedua akan meneruskan larian ke stesen A untuk memilh kad suku kata yang sesuai dengan kad suku kata yang telah ditampal oleh peserta pertama dan meneruskan larian ke stesen B untuk menggabungkan suku kata tersebut untuk membentuk perkataan sambil menyebut suku kata tersebut.

RUJUKAN SHARBI . A SMK Panching Selatan Kuantan daripada http:// bm.htm pada September 4, 2007 http://\bmk\KIA 2M.mht

You might also like