You are on page 1of 13

Nama: NUR AINA ATHIRAH BT MOHD SALLEH Kelas: 4 KALIBER Markah:

Isi kandungan
Rumah Limas.............................................3 Rumah Minangkabau..................................4 Rumah Melaka...........................................5 Rumah Kelantan.........................................6 Rumah Kutai..............................................7 Rumah Bajau..............................................8 Rumah Panjang Iban Sarawak.....................9 Igloo........................................................10 Rumah Inggeris........................................11 Rumah Teres............................................12 Rumah Mesir............................................13

Rumah Limas

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Melaka. Seni bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar (Belanda dan British), pengaruh kemasukan agama Islam serta pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia.

Perkataan limas menjurus kepada atap yang mempunyai lima perabung. Limas atau bumbung lima ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit.

Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung.

Rumah Minangkabau

Rumah Minangkabau menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Ruang di dalam rumah ini terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Rumah Melaka

Rekabentuk rumah Melaka ialah berbumbung layar dan panjang, serambi terbuka dan mempunyai tangga batu bersalut jubin. Terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau, Minangkabau dan Cina. Tiang rumah dibuat daripada kayu kempas, cengal, merbau, damar laut dan lain-lain. Tiang dilapik dengan batu alas. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur.

Rumah ini mempunyai tebar layar yang membolehkan pengudaraan ke atas atap.

Rumah Kelantan

Rumah tradisional Kelantan dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur.

Rumah Kutai

Rumah Kutai merupakan senibina warisan yang hanya boleh didapati di negeri Perak Darul Rizuan. Kutai dalam bahasa masyarakat tempatan Perak bermaksud tua. Terdapat pengaruh senibina Rumah Aceh dan Rumah Adat Bugis dari Sumatera. Rumah Kutai terdiri daripada dua jenis, iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16. Rumah ibu bagi Rumah Kutai Tiang 12 terdiri daripada enam batang tiang panjang dan enam batang tiang serambi naik. Ruang yang terdapat dalam Rumah Kutai ialah seperti ruang serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur.

Rumah Bajau

Rumah Bajau terkenal dengan teknik menyambung kayu pada keduadua hujung rabung. Terdapat hiasan ukiran yang dikenali sebagai layang-layang. Rumah ini dibina mengunakan kayu yang bulat untuk gelagar dan tiangnya, manakala lantainya diperbuat daripada buluh dan nibong (kayu nipah). Dinding dan bumbung pula diperbuat daripada daun nipah yang telah disusun. Rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keoyon dan serudung (dapur).

Rumah Panjang Iban Sarawak

Rumah Panjang merupakan rumah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian. Bumbungnya dari daun rumbia dan jenis daun tebal. Dinding rumah ini diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik. Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik.

Igloo

Rumah Iglu didiami oleh orang Eskimo. Rumah Iglu terdapat di zon sejuk.

Iglu diperbuat daripada ketulan ais dan berbentuk separa bulatan. Suhu ruangan di dalam Iglu jauh lebih hangat dan memungkinkan manusia untuk hidup walaupun suhu di luar bisa mencapai -46C.

Rumah Inggeris

Rumah jenis ini terdapat di zon sederhana sejuk.


Bumbung rumah Inggeris berbentuk huruf 'V' terbalik. Bumbung jenis ini memudahkan salji turun pada musim sejuk. Rumah Inggeris juga mempunyai serombong asap (rumah jenis ini terdapat pendiang api untuk memanaskan rumah).

Rumah Teres

Rumah jenis ini terdapat di zon sederhana panas. Rumah ini mempunyai atap berbentuk 'V' terbalik bagi membolehkan air hujan turun. Rumah jenis in tidak mempunyai serombong asap. Ini kerana lazimnya zon sederhan panas tiada salji yang turun. Rumah jenis ini terdapat banyak terdapat di negara Asia.

Rumah Mesir

Rumah Mesir terdapat di zon panas. Rumah Mesir diperbuat daripada batu batu. Rumah ini berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup kencang dan boleh dijadikan tempat menyimpan air, tempat menjemur pakaian.

Rumah jenis ini dapat menahan ribut pasir.

You might also like