You are on page 1of 8

Pengenalan Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang dijalankan oleh seorang guru dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang

dirancangkan Terdapat 11 jenis stail pengajaran berdasarkan cara membuat keputusan yang merangkumi bagaimana mengorganisasikan pelajar dan bagaimana sesuatu topik disampaikan. Stail-stail ini ialah stail perintah,

latihan, bergandingan, semak kendiri, peningkatan, terbimbing, berpusat, hasilan tercapah, reka bentuk pelajar, pembelajaran penggerak kendiri dan pembelajaran kendiri. Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua keputusan. Sementara itu, pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Stail perintah sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan. Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga sesuai digunakan ketika masa penyampaian

pengajaran adalah terhad dan memerlukan keadaan bilik darjah yang berdisiplin.

Objektif Stail Perintah Terdapat beberapa objektif yang mampu dicapai oleh guru dengan menggunakan stail ini. Antaranya ialah meningkatan ketepatan tindak balas pelajar dan kepatuhan kepada model bagi menentukan pencapaian objektif P&P. Guru akan memberikan arahan atau perintah dengan jelas malah pelajar akan bertindak mengikut arahan yang diberikan dan meniru pergerakan guru yang dianggap sebagai model. Contohnya, dalam

permainan tenis, guru menyuruh pelajar melakukan servis maka semua pelajar akan melakukan servis seperti mana yang diarahkan dan ditunjukkan oleh guru. Dengan menggunakan stail ini, masa P&P dapat digunakan dengan efektif membuat material yang banyak dapat digunakan . Ini kerana

semasa sesi P&P hanya berlaku komunikasi sehala. Arahan diberikan oleh guru dan pelajar melaksanakannya. Ini akan mengelakkan pembaziran masa. Secara tidak langsung lebih banyak material dapat digunakan dalam sesi P&P kerana masa dapat digunakan secara maksimum. Tambahan pula, objektif keseragaman dan keselamatan dapat dicapai memalui stail ini. Stail ini berpusatkan guru dan pelajar sebagai pengikut. Justeru pergerakan yang sama akan dilakukan oleh semua pelajar kerana mengikut arahan guru. Penonjolan faktor keselamatan amat jelas dalam stail ini kerana pergerakan yang dilakukan oleh pelajar sentiasa berada di bawah pemerhatian guru dan membuat aspek keselamatan tercapai.

Contohnya semua pelajar melakukan aktiviti tekan tubi selama satu minit bersama-sama sehingga tamat masanya apabila diarahkan oleh guru. Selain itu, semangat kumpulan dapat dipupuk dalam stail perintah. Atas sebab semua aktiviti dijalankan serentak dan seragam secara kelas atau dalam kumpulan atas arahan guru semangat berkumpulan yang kuat tanpa sebarang perbezaan seperti kaum, jantina dan sebagainya.

Peranan guru berdasarkan Set Praimpak, Impak dan Post Impak

Peringkat Praimpak Guru berperanan penting dalam membuat segala keputusan dalam peringkat praimpak. Apa itu set praimpak ? Peringkat praimpak adalah untuk membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran. Semasa merancang, kesemua keputusan dalam anatomi stail ini mestilah berpandukan perlakuan pengajaran dan pembelajaran yang khusus berdasarkan objektif

pembelajaran. Rancangan yang dilakukan oleh guru akan menyebabkan apa keputusan yang akan didatangkan oleh rancangan. Ini adalah peringkat yang penting kerana ia memutuskan keberkesanan dan keseronokan sesi P&P tersebut menjadi.

Peringkat Impak Peringkat ini merupakan masa pelaksanaan secara bersemuka. Tujuan peringkat ini adalah untuk menarik perhatian pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dan melaksanakan keputusan yang telah dibuat di peringkat praimpak. Peringkat ini lebih tertumpu pada perlakuan sama ada perlakuan

guru atau pelajar. Adalah pentingnya bagi guru menyusun isi kandungan dengan teliti dan berurutan. Bagi pelajar pula, mereka perlu mengetahui hasil pembelajaran yang ingin dicapai dalam tugasan dan hubungan antara guru dan pelajar. Terdapat 3 aspek yang penting bagi membolehkan hasil pembelajaran sesuatu pelajaran tercapai iaitu isi kandungan, perlakuan dan prosedur yang logik. Daripada tiga aspek ini membawa keluar peranan guru. Dalam menyampaikan isi kandungan, guru memberi penerangan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika bersemuka dengan pelajar supaya pelajar

dapat menetahui perlakuan yang mereka akan melakukan nanti. Dalam perlakuan, guru sebagai model untuk dicontohi. Begini tindak balas perlakuan yang tepat dan selaras bagi setiap siri dalam setiap langkah dapat dilakukan oleh pelajar dan memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam prosedur yang logik guru

bertanggungjawab memberikan tugasan kepada pelajar dalam pelbagai cara berdasarkan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah tertentu. Selain itu, guru juga dikehendaki memberikan gerak balas segera kepada pelajar supaya setiap tugasan dapat dipelajari dengan tepat dan cepat.

Peringkat Post Impak Peringkat ini adalah bertujuan mendapat maklum balas daripada pelajar tentang pelaksanaan tugasan dan peranan yang dimainkan oleh pelajar. Guru berperanan mendapat maklum balas daripada pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah untuk mengetahui adalah pelajar

memahami perlakuan yang mereka lakukan tadi dan menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

Peranan Murid Dalam stail ini, murid berperanan melakukan setiap pergerakan atau aktiviti yang telah diterangkan oleh guru. Mereka hendak mamatuhi peraturan dan melakukan pergerakan yang dilakukan oleh guru. Selain iu, murid berperanan bertindak dengan pantas atas reaksi atau arahan yang diberikan oleh guru. Peranan ini penting kerana dengan tindak balas murid, guru dapat memberi maklum balas dan membetulkan kesalahan pada pergerakan murid.

Menjelaskan kebaikan dan kelemahan stail yang dipilih. Seperti semua bahan, ada kebaikan pasti ada kelemahan, stail perintah juga tidak dapat dikecualikan. Kabaikan yang dapat dibawa melalui stail ini adalah guru mampu mengawal kelas secara berkesan .

Keberkesanan pengajaran dengan stail ini adalah jelas sekali bagi saiz kelas yang besar. Stail ini menfokuskan kepada pengajaran dan arahan guru justeru pelajar akan mengikuti perintah guru demi melancarkan lagi proses pembelajaran di samping penggunaan masa dengan baik. Kedua ialah pelajar dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan. Pengajaran stail ini adalah guru sebagai model perlakuan dan pelajar mengikut perlakuan guru. Berdasarkan pengajaran daripada guru, stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal pelajar melalui peniruan secara berkesan. Guru juga bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan

semasa

peniruan

selain

dari

memastikan

penerimaan

kemahiran

pembelajaran pelajaran dengan betul. Ketiga ialah dapat menghasilkan keseragaman. Dengan stail ini, pelajar akan menguasai sesuatu kemahiran melalui peniruan, oleh itu semua pelajar akan melakukan gerakan yang sama dan menghasilkan

keseragaman. Aktiviti yang dijalankan oleh guru melalui perintah sama ada gambar, video ataupun model secara berulang akan ditiru atau ditransform oleh pelajar dan seterusnya menghasilkan keseragaman hasil pembelajaran. Keempat, stail perintah memudahkan pembelajaran pelajar. Stail ini mementingkan pengikutan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar-pelajar dikehendaki menurut dan meniru arahan secara bersama. Ini akan memudahkan pembelajaran tentang isi kandungan yang disampaikan terutamanya pelajar yang lemah penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran kerana mereka hanya mengikut melakukan apa yang dilakukan oleh guru dan menyerap pengetahuan tersebut. Mereka tidak perlu bimbang tentang bagaimana perkara itu dilakukan. Seperti yang dikatakan atas, stail perintah juga mempunyai

kelemahan. Antaranya ialah

menyekat perkembangan kreativiti pelajar.

Sebab stail ini menfokus kepada pengajaran guru dan arahan guru kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi pendapat individu pelajar. Justeru perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam

penggunaan stail ini. Kedua , kurang berjaya dalam memotivasikan pelajar. Stail ini hanya membenarkan komunikasi satu hala iaitu guru kepada pelajar.

Komunikasi dua hala yang menggalakkan saling bertukaran buah fikiran dan meluahkan masalah kepada guru memang tidak wujud dalam stail ini. Pelajar akan berfikir bahawa pendapat mereka tidak penting atau mereka diabaikan oleh guru, malah menghilang motivasi untuk belajar. Ketiga, stail perintah menggunakan komunikasi sehala. Stail ini hanya membenarkan komunikasi satu hala iaitu guru kepada pelajar. Komunikasi dua hala yang menggalakkan saling bertukaran buah fikiran dan meluahkan masalah kepada guru memang tidak wujud dalam stail ini. Dalam pengajaran guru, pelajar hanya mengikuti perintah dan melakukan arahan di mana komunikasi sehala berlaku. Pelajar menjalankan aktiviti mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat. Keempat, stail perintah tidak mengambil kira perbezaan individu. Pengajaran dengan menggunakan stail ini selalunya menganggap semua pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang sama, iaitu perintah atau arahan dikeluarkan tanpa mengira perbezaan individu pelajar. Keberkesanan pembelajaran mungkin menjadi berkurangan disebabkan oleh pelajar yang lemah atau kurang cerdas.

Penutup Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti semulajadi dalamnya. Semasa penyampaian stail ini, bahasa yang jelas lagi tepat, terancang dan berkesan serta mudah difahami perlu digunakan dalam arahan yang diberi. Selain daripada itu, ia juga seharusnya mengambilkira

pelbagai perkara seperti objektif, emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan. Kekeliruan dan kesalahtaksifan dapat dielakkan dengan penggunaan bahasa yang sesuai dan seterusnya menyumbang kepada keyakinan pelajar tentang apakah yang seharusnya mereka melakukan berdasarkan sesuatu arahan guru. Pelbagai masalah sampingan seperti kegagalan melaksanakan sesuatu tugas atau mungkin mendatangkan kecederaan atau menimpa kemalangan pelajar sekiranya terdapat kesilapan dalam perintah. Guru yang melaksanakan stail ini seharusnya membuat persediaan awal dan telah menguasai ciri-ciri serta kemahiran dengan baik demi berupaya menangani segala masalah atau kelemahan yang bakal timbul. Pada keseluruhannya, stail perintah memang merupakan suatu teknik pengajaran yang baik dan sekiranya ia diaplikasikan secara maksimum dengan gaya penyampaian yang sesuai dan betul.

You might also like