You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 MAKTAB MAHMUD KULIM 2012

TARIKH: 24 MAC 2012 (SABTU) MASA: 9.00 PAGI TEMPAT: DEWAN MAKTAB MAHMUD KULIM

AGENDA
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fariz B. Abd Mulub. 1.0 UCAPAN ALUAN YDP PIBG

YDP PIBG En Abd Rasid A. Rahman mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG dan waris yang hadir ke Mesyuarat Agung pibg kali ke 9 maktab Mahmud kulim. Beliau mengharapkan pertemuan kali ini berjalan lancar dengan percambahan idea dan perkongsian pendapat. Tindakan: YDP PIBG 2.0 UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG

Penasihat PIBG selaku Pengetua MMKL, Pn Nawal Nawawi menyatakan perasaan gembira kerana kesudian para waris yang memberikan komitmen tinggi untuk hadir ke mesyuarat agung kali ini. Seterusnya beliau memaklumkan pencapaian MMKL dalam bidang akademik dan ko-kurikulum sepanjang sesi 2012. Selain itu beliau juga menyelitkan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap pembangunan diri anak-anak pelajar MMKL. Tindakan: Penasihat PIBG 3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-8 TAHUN 2011

YDP meminta semua waris meneliti minit mesyuarat agung kali ke 8 tahun 2011 dan memohon wakil dalam kalangan hadirin untuk mengesahkan minit mesyuarat tersebut. En Mohd Fauzi Majid mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh En Mohd Nazri Sobri Tindakan: YDP PIBG Waris 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 STATUS PEMBINAAN SURAU

En Md Hanipah Md Zain bertanya mengenai dana pembinaan surau mmkl dan usaha terkini bagi menambah dana sedia ada seperti meminta sumbangan dari agensi seperti Majlis Agama Negeri , badan berkanun dan sebagainya. YDP meminta Hj Mohd Sabri chik menyampaikan sedikit taklimat. En Mohd Sabri Chik selaku pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau MMKL memaklumkan jumlah semasa kutipan dana ialah rm136 000. Beberapa kontraktor telah dikenalpasti berminat terhadap projek tersebut. Naib YDP PIBG Dr Mohd Asri Selamat pula berkata projek tidak dapat dimulakan kerana syarat pembinaan ialah tabung dana perlu dicukupkan terlebih dahulu. Mengenai cadangan memohon bantuan daripada badan berkanun dan agensi kerajaan negeri, beliau memaklumkan YB Dato Ustazah Siti Aishah iaitu ADUN Merbau Pulas telah menyarankan pihak sekolah menghantar surat kepada kerajaan negeri dibawah Exco Pembangunan dan Ekonomi Negeri. Tindakan: JK Pembinaan Surau

Terdapat beberapa orang waris yang bangun mengajukan pelbagai pertanyaan dan saranan yang diluar agenda mesyuarat. Hal ini telah ditegur oleh YDP supaya dipanjangkan dalam agenda perbahasan usul. 4.2 HEADCOUNT UNTUK SEMUA TINGKATAN En Md Hanipah Md Zain berharap headcount dilaksanakan terhadap semua tingkatan dan dipaparkan secara online kepada para waris. Selain itu beliau meminta program Tahbib Lughah dimantapkan dari semasa ke semasa berikutan kepentingannya terhadap pelajar secara keseluruhan. Penasihat PIBG memaklumkan MMKL telah diarahkan supaya headcount dijalankan terhadap semua pelajar oleh Lembaga Maktab Mahmud. Mengenai aplikasi data headcount secara online pula, beliau berkata MMKL akan cuba memenuhi permintaan tersebut namun meminta sedikit masa diperuntukkan sebelum pelaksanaannya kelak. Tindakan: Pengurusan MMKL 4.3 PENGGUNAAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH

En Rosli bertanya mengenai pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah bagi memantapkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Arab. En Mohd Nasoha Abd Wahab selaku PK Akademik menyatakan usaha peringkat permulaan ialah melalui siri program motivasi. Namun ia kurang berkesan kerana hanya segelintir pelajar yang menunjukkan kesungguhan. Bagi tahun 2012, pendekatan yang lebih tersusun dilaksanakan melalui Usrah. Modul Usrah diselitkan dengan aktiviti Bahasa Arab yang asas, mudah dan santai bagi menanam minat terhadap bahasa tersebut. Tindakan: PK Akademik Panitia Bahasa Arab 5.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2011/2012

Setiausaha membentangkan aktiviti anjuran PIBG dan dengan kerjasama PIBG bermula pertengahan tahun 2011 hingga pertengahan Mac 2012. YDP mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah diatas semua aktiviti yang dilaksanakan dan memberi jaminan PIBG akan melibatkan diri dengan aktif dalam setiap program anjuran sekolah. Tindakan: SU PIBG 6.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN

Bendahari PIBG, Cik Nurhafizah Mahmud membentangkan laporan kewangan sesi 2011/2012 dan meminta semua hadirin menyemak penyata pada lampiran buku program. En Mohd Sabri Chik meminta penjelasan mengenai bayaran balik pada penyata tersebut. Bendahari PIBG memaklumkan ia adalah sejumlah wang yang dipulangkan kepada pelajar kerana mereka terlebih bayar. YDP seterusnya meminta laporan kewangan tersebut disahkan jika tiada kemusykilan. En Mohd Nazri Sabri mencadangkan laporan tersebut disahkan dan disokong oleh En Md Fauzi. Tindakan: Bendahari PIBG Waris

7.0

MEMBAHAS USUL-USUL

Berikut ialah antara usul usul yang dibahaskan. Usul En Azhar Ahmad, Pn Siti Fatimah Ismail dan En Fajar Nina Purnama Alam tidak dibahaskan kerana tidak hadir. 7.1 RESIT PIHAK SEKOLAH KEPADA PELAJAR

Pn Noliah Padupal bertanya adakah pihak sekolah mengeluarkan resit setiap kali urusan melibatkan kewangan dengan para pelajar seperti buku kerja dan sebagainya. Bendahari PIBG memaklumkan resit hanya dikeluarkan bagi urusan pembayaran yang diwajibkan sahaja seperti yuran sekolah, yuran PIBG, yuran asrama atau permohonan dana khas. Namun, bagi pembelian buku kerja ia bergantung kepada guru terbabit. Penasihat PIBG memaklumkan pihak sekolah bersedia mengarahkan supaya sebarang transaksi akan dikeluarkan resit. Tindakan: Guru Terbabit 7.2 WARIS DIBENARKAN BERJUMPA PELAJAR DILUAR WAKTU LAWATAN

En Hanipah Md Zain mencadangkan pihak sekolah memberi kelonggaran kepada waris yang bercuti pada hari Ahad untuk berjumpa dengan anak anak mereka yang tinggal di asrama. Beliau menambah, terdapat waris yang hanya dapat berjumpa dengan anak anak mereka hanya pada hari tersebut berikutan hari cuti yang tidak sama dengan negeri kedah. Penasihat PIBG selaku Pengetua MMKL akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Tindakan: Pengurusan Asrama 7.3 SYARAT KEMASUKAN KE ASRAMA BAGI TINGKATAN 1 DILONGGARKAN

Pn Farah Wahida Abd Rahman meminta supaya dilonggarkan peratus kelayakan masuk asrama untuk Tingkatan 1 kerana mereka masih belum membiasakan diri dengan sistem merit asrama. En Mohd Nasoha berkata syarat tersebut dianggap sesuai iaitu hanya 60%. Ini sebagai cabaran dan peringatan kepada pelajar bahawa mereka perlu mencapai 75% pada akhir tahun. Tindakan: Pengurusan Asrama 7.4 SEKOLAH MEMBERATI ASPEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN

En Mohd Asri Mat Lazim mahu pintu pagar sekolah dibuka lebih luas semasa datang dan pulang dari sekolah. Ini kerana keadaan jalan yang sibuk dan ruang yang sempit mengancam keselamatan pelajar dan waris ketika menurunkan dan mengambil anak anak mereka. Selain itu, beliau menganjurkan sekolah mengaplikasikan konsep Sekolah Selamat Dan Sihat dengan memastikan program anjuran sekolah, kawasan, bangunan dan diri pelajar agar selamat dan sihat. Beliau mencadangkan Ceramah Keselamatan Dan Kesihatan diadakan dan bersedia memberi kerjasama. Penasihat PIBG bersetuju dengan cadangan yang pertama dan akan melaksanakannya dengan segera. Beliau menambah,program ceramah tersebut dalam perancangan dan pihak Polis telah dipanggil pada 8.3.2013 untuk memberikan Ceramah Keselamatan. Tindakan: Pengurusan MMKL 8.0 HAL HAL LAIN

8.1

CADANGAN MENAMBAH KEMUDAHAN ASAS DI KELAS DAN ASRAMA

En Mohd Fauzi mencadangkan supaya pihak sekolah menambah kipas angin di dalam kelas kerana pelajar tidak selesa dengan keadaan panas. Beliau juga mahu tangki air disediakan di asrama puteri manakala koperasi harus ditambah barangan jualannya. Penasihat PIBG menyambut baik cadangan menambah kipas dan akan dilaksanakan. Selain itu, beliau memohon maaf berikutan sekolah dan asrama menghadapi kekurangan prasarana dan berharap semua waris dapat memahami situasi tersebut. Walaupun begitu, usaha penambahbaikan akan tetap dijalankan sedikit demi sedikit. Tindakan: Pengurusan MMKl 8.2 BANTUAN RM 100

En Mohd Nazri Sobri bertanya mengenai kelewatan bantuan RM 100 kepada setiap pelajar. Penasihat PIBG memaklumkan MMKL telah mendapat arahan dari Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengambil duit tersebut namun dibatalkan kemudiannya tanpa diberi sebab. MMKL dalam proses mendapatkan kepastian dalam perkara ini dan berharap para waris dapat bersabar. Tindakan: Pengurusan MMKL 8.3 CADANGAN EN MOHD NAZRI SOBRI En Mohd Nazri Sobri mencadangkan dua perkara seperti berikut. 8.3.1 PENYATA KEWANGAN DIKEPILKAN BERSAMA PELAN SURAU Beliau meminta penyata kewangan disertakan bersama pelan surau supaya bakal penderma dapat melihat projek yang akan dilaksanakan tersebut. YDP memaklumkan penyata kewangan dikeluarkan oleh pihak bank setiap bulan. PIBG akan meneliti cadangan tersebut dalam mesyuarat AJK selepas ini. Tindakan: PIBG JK Pembinaan Surau 8.3.2 PBS Beliau bertanya apakah peranan PIBG bagi meringankan beban perbelanjaan ibu bapa berikutan pelaksanaan PBS. YDP PIBG memaklumkan perbelanjaan kerja kursus PBS anak masing masing adalah tanggungan para waris. Namun, AJK PIBG akan menyelaras yuran sekolah bagi meringankan beban pelajar dan ibu bapa. Tindakan: PIBG Pengurusan MMKL 8.3.3 PELAJAR SPM YANG BERULANG ALIK DARI RUMAH DIBENARKAN TINGGAL DI ASRAMA

Beliau mencadangkan semua pelajar yang bakal menduduki SPM diberi kemudahan untuk tinggal diasrama. PK Akademik En Mohd Nasoha memaklumkan pelajar perlu meningkatkan prestasi terlebih dahulu sebelum dipilih menetap di asrama. 8.3.4 RESAM UTHMANI DALAM PENGAJARAN TAJWID Pn Siti Mariam Ahmad mencadangkan penggunaan Resam Uthmani dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu Tajwid. En Mohd Nasoha menyambut baik cadangan tersebut dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Tindakan: PK Akademik Pengurusan Asrama 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG, En Abd Rasid A. Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang hadir. Beliau turut mengucapkan syabas diatas semua cadangan dan

perbincangan yang disifatkannya berjaya mencapai objektif. Harapan beliau agar MMKL akan lebih maju dan cemerlang. Tindakan: YDP PIBG Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 ptg dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al Asr. Disediakan oleh (MUHAMAD AZAM ABU BAKAR) RAHMAN) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Bapa dan Guru, Maktab Mahmud Kulim Disahkan oleh (ABD RASID B. A. Yang diPertua, Persatuan Ibu Maktab Mahmud Kulim

You might also like