You are on page 1of 2

,

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Tadarus al-Quran peringkat firqah 3 Daerah Petaling Perdana pada hari ini.


Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang telah menyumbang khidmat , menabur bakti mereka kepada anak-anak peserta wakil Negeri Selangor moga-moga kerjasama seumpama ini berkekalan . Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Doa Majlis Kesyukuran Meraikan Peserta Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid 2004 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.


Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul azmi yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami hadapi. Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami sehingga mencapai pengiktirafan ini.

Doa Majlis Kesyukuran Meraikan Peserta Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid 2004 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

You might also like