You are on page 1of 12

Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PBS), Perkhidmatan Pergigian, Sekolah Bebas Denggi, Sekolah Kawasan

Larangan Merokok, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Program 3K

Fungsi komuniti dalam menjayakan Program Bersepadu Sekolah Sihat 1. Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan. 2. Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran, bahan atau kewangan. 3. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid. 4. Menjadi role model amalan cara hidup sihat.

Cara Pendidikan Kesihatan secara tidak formal a. Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti-denggi, kempen makan untuk kesihatan, kempen senaman dan kecergasan fizikal dan lain-lain. b. Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat. c. Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah. d. Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam komuniti. e. Mengadakan pertandingan aktiviti berkaitan dengan kesihatan di sekolah-sekolah.
1

f. Mengadakan demonstrasi aktiviti berkaitan dengan kesihatan seperti pemakanan sihat, senaman, penjagaan gigi dan lain-lain lagi. g. Menjalankan pemeriksaan berkala di tempat-tempat seperti bilik darjah, tandas, kantin dan lain-lain kawasan di sekeliling sekolah. h. Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru dan pelajar sendiri. i. Menyediakan khidmat kaunseling.

Aktiviti yang dijalankan dalam perkhidmatan Kesihatan Sekolah 1. Penilaian status kesihatan 2. Rujukan dan tindakan susulan 3. Khidmat Kaunseling 4. Pemakanan 5. Pergigian 6. Pertolongan cemas 7. Pendidikan kesihatan 8. Kanak-kanak dengan keperluan khas

Kriteria Pemilihan murid yang layak menerima bantuan program RMT 1. Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada muridmurid daripada golongan miskin 2. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM 400.00 dan ke bawah 3. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu dikesan dan disahlan oleh pegawai perubatan.
2

4. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan

Tindakan yang perlu dilakukan semasa member pertolongan cemas a. Menilai Situasi Kecemasan i. ii. iii. i. ii. iii. iv. Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku. Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa. Hindarkan diri anda daripada sebarang risiko. Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa. Pastikan mangsa dihindarkan daripada bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya. Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda. Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya. c. Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas i. Cuba lindungi mangsa daripada sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera.
3

b. Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat (Rujuk Rajah 4.1)

ii.

Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:


Sedar sepenuhnya atau tidak; Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri; Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi; dan Tidak mempunyai nadi.

d. Meminta Bantuan atau Pertolongan (Rujuk pada Rajah 4.2) i. ii. Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan daripada orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:

Memastikan kawasan kemalangan selamat; Membuat panggilan kecemasan; Mendapatkan peralatan pertolongan cemas; Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan; Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa; dan Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

Maksud D.R.A.B.C D (Danger) R (Response) A (Check airways) Pastikan mangsa berada dalam keadaan dan tempat yang selamat. Cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda. Periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau tersumbat akibat daripada lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya atau benda-benda asing seperti gigi palsu dan gula-gula atau sebagainya. B (Check breathing) C (Circulation) Peredaran darah. Periksa pernafasan mangsa.

a. Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR): i. ii. iii. Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba.
4

iv.

Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

c. Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR): i. ii. Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Bantuan EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Objektif utama Program Kebersihan Sekolah 1. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. 3. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 4. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah. 5. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. Lima Perkara Asas
5

Kebersihan bahan mentah. Pengendalian makanan yang bersih. Kebersihan diri pengendali makanan. Keperluan kemudahan asas yang mencukupi. Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. Penyediaan makanan yang betul. i. ii. iii. iv. Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi. Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas. Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat. Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pengusaha Premis Makanan

Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum. b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius. c. Mencegah dan mengawal penyakit. d. Memberi khidmat pertolongan cemas. e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah. Lima aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:
6

a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah; b. Rawatan, rujukan dan tindak susul; c. Imunisasi; d. Pendidikan Kesihatan; e. Kaunseling; dan f. Rekod dan laporan 5 ahli Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada: a. Doktor (Ketua pasukan) = 1 orang b. Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih = 1 orang c. Penolong Jururawat = 2 orang d. Atendan = 1 orang e. Pemandu = 1 orang

Peranan murid dalam melaksanakan PBSS adalah seperti berikut: a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang. b. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan. c. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. d. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktivitiaktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah. Peranan Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini. Penjelasan mengenai konsep PBSS hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS. Antara peranan guru ialah: a. Memahami teras-teras utama PBSS. b. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. c. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. d. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat. e. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif. f. Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS
7

Peranan Pengetua atau Guru Besar sekolah juga memainkan peranan yang penting. Antara tanggungjawabnya adalah: a. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah. b. Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat. c. Merancang aktiviti dengan mengambil kira: i. ii. iii. iv. Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri d. Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan. e. Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS. Peranan Ibu bapa dan masyarakat juga mempunyai peranan yang penting dalam merealisasikan PBSS. a. Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. b. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS. c. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS. d. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat. Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam pelaksanaan PBSS. a. Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau program yang dijalankan. Peranan Jabatan Pendidikan Negeri pula akan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjayakan PBSS.
8

a. Memberi penerangan kepada Bahagian/Daerah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada Bahagian/Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian/Daerah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau perjalanan program.

1) Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Berdasarkan Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1987, " A Survey Of The Status Of Personal Hygiene and Level Of Health Knowledge, Attitude and Practices Among School Children ", menunjukkan tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan murid sekolah masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
i.
o

Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik. Guru yang tidak ada latar belakang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) atau pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan. Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemu duga telah mendapat latihan kesihatan di institut pendidikan guru, universiti dan kursus-kursus pendek. Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata pelajaran yang diberi keutamaan di sekolah. Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru. Masa dan Kandungan Kurikulum PJK Kementerian Pelajaran menghadapi kekangan kerana terlalu banyak perkara penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Beberapa isu baharu seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu sosial lain.
9

ii.
o

iii.
o

o o

Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad. Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada. Ini sedikit sebanyak melunturkan semangat murid-murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Penilaian Pendidikan Kesihatan Matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi mengukur perubahan-perubahan ini. Kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur perubahan sikap dan amalan. 2. Organisasi dan Pelaksanaan Program Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza dari segi prestasi. Ada jawatankuasa yang aktif dan ada pula yang sebaliknya. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan sumber-sumber tempatan yang sedia ada. Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk menangani beberapa isu dan masalah kesihatan semasa. Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan program-program yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan kesihatan semasa. Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah. 3. Bebanan Kerja Guru Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam menyediakan rekodrekod dan maklum balas kepada pihak-pihak berkenaan serta tugas-tugas kokurikulum. Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan. 4. Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal

iv.
o

i. ii. iii. iv. v.


i.

ii.

i. ii. iii. iv.

Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah. Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan asas dan fizikalnya. Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan sekolah. Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat. 5. Masalah Penyelarasan Program

i.

Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan agensi bukan kerajaan. Pelbagai masalah seperti penyelarasan timbul kerana setiap agensi terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai tugas keutamaan tersendiri. 6. Kewangan
10

i. ii. 7. i. ii.
iii.

Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali. Ini menjejaskan usaha-usaha membaikpulih dan menaik taraf keadaan fizikal sekolah. Isu-isu Baharu Kesihatan Pada masa kini, telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah seperti: Kesihatan sosial remaja; Pengurusan tekanan diri (stress management); Penderaan; dan Perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti. Masalah-masalah ini semuanya perlu diatasi dan memerlukan program-program tertentu untuk mengatasinya. Kepakaran guru dan individu tertentu adalah penting untuk menangani masalah-masalah tersebut. CADANGAN Cadangan yang dikemukakan merupakan pandangan secara umum dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Bahagian Sekolah atau Kementerian Pelajaran. Permasalahan yang ditimbulkan boleh dibincangkan secara rasional berdasarkan cadangan yang dicadangkan seperti berikut: a. Pendidikan Kesihatan di sekolah dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan beberapa langkah berikut:

iv. v. vi.

i. ii. iii.

Menaik taraf mata pelajaran PJK sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan, supaya sikap murid, guru dan pentadbir sekolah terhadap PJK berubah. Diperbanyakkan dan dipertingkatkan Program Pendidikan Kesihatan secara tidak formal sebagai sokongan untuk memantapkan program pendidikan formal yang terhad waktunya. Guru-guru diberi latihan, sama ada latihan praperkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan perlu ditambah dan dimantapkan, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya.

iv.

Pegawai-pegawai perubatan dan pegawai-pegawai pendidikan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan perlu terlibat dalam program-program latihan bagi memberi kemahiran-kemahiran tertentu kepada guru-guru.

v.

Mempertingkatkan penilaian bagi mengukur keberkesanan PJK dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran murid-murid terhadap kesihatan. b. Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran, perlu mengkaji semula mata pelajaran PJK untuk memastikan program kesihatan sekolah dapat berjalan dengan lancar:

i.

Bahagian Kesihatan Sekolah atau Jabatan Kesihatan Sekolah perlu diwujudkan.


11

ii. iii.

Bahagian dan jabatan ini perlulah terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan atau kesihatan diletakkan sama ada di bawah bumbung Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran. Tujuan utama diadakan struktur sedemikian ialah untuk mendapatkan kepakaran daripada kedua-dua bidang pendidikan dan kesihatan bagi membolehkan bahagian tersebut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan sekolah. c. Untuk mengurangkan beban tugas guru terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan kesihatan sekolah:

i. ii. i.

Seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan tugas-tugas kesihatan sekolah dan dikurangkan beban tugas yang lain. Jawatankuasa Kesihatan sekolah juga perlu diwujudkan di peringkat sekolah. d. Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji: Kemudahan-kemudahan asas kesihatan dan kemudahan fizikal sekolah memastikan setiap sekolah telah pun dibekalkan dengan kemudahan minimum yang sepatutnya terdapat di dalam sesebuah sekolah, seperti bilangan tandas yang mencukupi, tempat pelupusan sampah yang diterima pakai, kantin sekolah, singki air yang mencukupi dan sebagainya. e. Program-program kesihatan sekolah dikaji semula untuk memastikan ianya mengikut perkembangan kesihatan semasa. Modus operandi program-program tersebut perlu dikaji semula supaya dapat ditingkatkan kecekapannya.

12

You might also like