You are on page 1of 22

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KM 7.

75, JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT

Mata pelajaran : Kemahiran Belajar Kod : KB1311D1

TAJUK : Dalam proses pendidikan di sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi kegiatan belajar merupakan kegiatan yang paling utama dan terpenting. Kejayaan dan kecemerlangan kegiatan itu antara lain disebabkan seseorang pelajar itu mahir belajar iaitu mereka mampu mengatur kemahiran belajar dan dapat melaksanakan kemahiran itu sehingga berjaya. Anda dikehendaki menulis satu esei yang mencukupi perkara-perkara berikut: 1. Konsep Kemahiran Belajar dan Kepentingan Kemahiran Belajar. 2. Bagaimanakah cara yang terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasi kemahiran belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi: i. Sikap berdikari dan berinisiatif. ii. Mencari ilmu dari pelbagai sumber maklumat. iii. Menggunakan teknik-teknik meningkatkan ingatan.

NAMA: Lie Poh Ling NO. K.P.: 930522-01-6132 OPSYEN: BC / PJ / SJ Ambilan Jun 2011 SEMESTER: SEMESTER 1 NAMA PENSYARAH: ENCIK KHARIL BIN SULAIMAN

SENARAI KANDUNGAN

BILANGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

PERKARA Pengenalan Konsep Kemahiran Belajar Kepentingan Kemahiran Belajar Sikap Berdikari Dan Berinisiatif Mencari Ilmu Dari Pelbagai Sumber Maklumat Menggunakan Teknik-teknik Meningkatkan Ingatan Kesimpulan Refleksi Lampiran

MUKA SURAT

PENGENALAN

Kemahiran belajar perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang diperlajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran turut melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza ketika memproses sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari,

menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Kerjaya guru bakal menjadi

satu profesion yang semakin mencabar mamandangkan generasi muda akan membesar dengan pengharapan dan nilai yang berbeza. Para guru dan

pendidik bukan sahaja dikehendaki menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga dipertanggungjawab untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku pelajar. Ini adalah sejajar dengan hasrat memastikan guru mempunyai tahap

kecekapan mengajar yang tinggi kerana sekolah rendah menyediakan asas bagi membentuk keupayaan belajar dan penyerapan pengetahuan terhadap Konsep Kemahiran Belajar dalam kalangan pelajar. Penguasaan kepada

Kemahiran Belajar pasti membolehkan pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam kehidupan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana proses

pembelajaran yang sedemikian akan menjadi semakin penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembelajaran sepanjang hayat dapat

menyediakan peluang kepada mereka untuk menyambung pendidikan di luar sistem persekolahan atau di tempat kerja serta belajar mengikut keupayaan mereka. Pelajar perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari

sesuatu melalui penguasaan elemen Kemahiran Belajar sejajar dalam metlamat pendidikan yang bertujuan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup dalam kalangan pelajar.

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenalpasti sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan meggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran. Setiap pelajar ingin mencapai kejayaan yang cemerlang, namun begitu mereka menghadapi masalah untuk memilih cara belajar yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan yang ada pada diri mereka yang sebenar. Antara masalah yang sering dihadapi pelajar ialah sering menghadapi masalah untuk mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota untuk menghadapi peperiksaan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik dalam kalangan para mahasiswa ialah kegagalan mereka menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang, 1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya dan gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari kemahiran belajar yang Ini jelas menunjukkan betapa

paling sesuai dengan sikap diri mereka sendiri.

perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika

menghadapi peperiksaan. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Apakah Kemahiran Belajar? Menurut (Sabri Samad, 2003), Kemahiran Belajar ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Manakala

berdasarkan Modul OUM HBML 2203, 2009, Kemahiran Belajar ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk

memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu

pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru. Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu demi

meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan

pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza ketika memproses sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan

oleh setiap individu ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula

maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan menguasai kaedah belajar supaya pengetahuan dan kemahiran dapat diperoleh. Walau bagaimanapun, kemahiran juga wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah sebegini berlaku apabila gaya pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian dan menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan akhirnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith & Renzulli, 1984). Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. pembelajaran mengenalpasti pembelajaran yang dimiliki juga dapat dan membantu seseorang Gaya untuk

situasi (Dunn

pembelajaran dan Stevenson,

mempertingkatkan Pelajar yang

prestasi mahir

1997).

menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Klavas (1994) dalam kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan mengaplikasikannya. telah berjaya memperoleh keputusan lebih cemerlang. Pelajar berkenaan

Berdasarkan perbincangan yang telah diberikan tadi, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Ia juga sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Kemahiran Belajar juga merupakan satu

proses yang digunakan seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku. Kemahiran Belajar merupakan satu proses mentor akan berlaku dan disimpan dalam minda. Di samping itu, Kemahiran Belajar ialah proses yang

melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar

merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Dalam usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya

pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai Kemahiran Belajar yang sistematik. Kemahiran Belajar sangat

penting kepada para belajar kerana dengan menguasai kemahiran tersebut pelajar akan dapat berupaya belajar sendiri tanpa kehadiran pensyarah. Selain itu, pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Di samping itu, pelajar dapat

membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Seperkara lagi, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. Lagipun, pelajar akan

dapat mengetahui proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama pensyarah (formal) atau tanpa guru (non-formal). menambah ilmu pengetahuan serta meraih Selain itu, palajar dapat kecemerlangan dalam

peperiksaan dan kehidupan.

Kepentingan Kemahiran Belajar yang lain ialah Di samping itu, untuk

dapat meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.

pelajar juga dapat menggunakan sumber-sumber persekitaran

melakukan pembelajaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Seperkara lagi, pelajar dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah pembelajaran. Lagipun, pelajar akan menggunakan

pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan masalah pembelajaran. Tambahan pula, pelajar dapat mengaitkan pengalaman

dahulu dengan pembelajaran yang baru. Selain itu, pelajar dapat melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran yang rasional.

Di samping itu, penguasaan Kemahiran Belajar juga akan membantu pelajar memperkembang daya pemikiran mereka. Melalui Kemahiran Belajar,

pelajar akan dapat melatih diri untuk berfikir pada tahap aliran pemikiran kognitif, berfikir dari konkrit kepada abstrak dan menukarkan pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru. Tambahan pula, pelajar

akan dapat memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar dan juga terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Seperkara lagi, pelajar

juga dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang sesuai. Berdasarkan huraian di atas, maka adalah jelas bahawa penguasaan Kemahiran Belajar memang telah dirangka berdasarkan teori pembelajaran yang sesuai dan amat penting untuk diaplikasikan oleh semua pelajar dalam pembelajaran mereka. Pelajar harus bijak mengaplikasi kemahiran tersebut untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berjaya mencapai objektif yang telah dirancangkan oleh tenaga pengajar

SIKAP BERDIKARI DAN BERINISIATIF Maksud berdikari ialah melakukan sesuatu tanpa bergantung dan mendapat bantuan daripada orang lain. Dari segi sikap berdikari guru

sepatutnya mendidik pelajar supaya dapat mengenalpasti kecenderungan gaya pembelajaran dan dapat menilai keupayaan mereka untuk belajar dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah. Mereka perlu

menggalakkan seorang pelajar membuat perancangan pembelajaran secara terperinci dan melaksanakan perancangan tersebut tanpa bergantung pada orang lain. Guru juga dikehendaki memastikan pelajar dapat memantau

kemajuan pembelajaran diri. Seorang pelajar yang berdikari akan menilai kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaikinya. membuat refleksi dan melaporkan kemajuan pencapaian. Inisiatif bermaksud daya usaha atau gerak pertama. Ia juga membawa maksud mengambil tindakan untuk menjawab masalah atau peluang saat ini atau masa datang. Dari segi bersikap berinisiatif, guru Mereka juga dapat

hendak memotivasikan pelajar agar melahirkan semangat inisiatif untuk belajar. Pelajar yang berinisiatif akan membaca akan menemui guru tanpa

disuruh oleh guru untuk membincangkan masalah yang ditemui dalam pembelajaran. Mereka juga akan bertindak cepat dalam situasi kritis atau tanpa informasi yang lengkap, mengambil keputusan yang wajar dan melakukan tindakan dalam keadaan krisis tanpa harus menunggu guru dan menyampaikan informasi yang kunci tanpa diminta.

MENCARI ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT Sebagai seorang pelajar IPT, kita harus bijak memilih bahan-bahan sumber dan alat pembelajaran supaya apa yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan berkesan.

Seterusnya sumber-sumber yang dipilih

haruslah bersesuaian dengan aras kemahiran dan kebolehan pelajar. Sumber yang boleh kita gunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam proses pembelajaran anda ialah sumber manusia, media elektronik, media bercetak, media tiga dimensi dan sumber persekitaran. Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang yang mempunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar arif dan juga Peninjauan

berpengetahuan serta berpengalaman dalam sesuatu bidang.

mengenai bidang kepakaran mereka harus dilakukan sebelum merujuk mereka tentang sesuatu perkara. Sebagai pelajar di IPT, terdapat banyak

sumber manusia yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran kita. Kita perlu bijak memilih setiap sumber yang Antara

relevan dengan pembelajaran dan tugasan yang sedang kita lakukan.

sumber manusia yang boleh gunakan dalam pembelajaran kita adalah seperti ahli politik, pakar, penguatkuasa, orang awam dan orang yang terlibat. Pemimpin politik akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat. Ahli politik telah berjaya melahirkan kepimpinan negara yang unggul dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah sangat penting bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negara masih dilaksanakan oleh ahli politik dalam mencorakkan masa depan negara.

Sebagai pelajar IPT, kita boleh mengadakan perbincangan secara ilmiah atau mengadakan sesi temuramah secara professional supaya menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Aturkan

perjumpaan yang bercorak professional demi meningkatkan martabat sistem pendidikan tanpa mempunyai unsure prejudis atau bias kepada mana-mana pihak demi kejayaan dalam akademik dan kemakmuran amnya. Sumber

manusia yang kedua ialah pakar. Kita boleh menjadikan guru besar sebagai role model kerana mempunyai pengalaman kerja yang luas. Guru besar penting sebagai ketua dan penentu suasana kerja yang selesa serta menjadi pakar rujuk kepada guru-guru di sekolah. penguatkuasa. Sumber manusia yang ketiga ialah

Penguatkuasa boleh member maklumat berkaitan dengan

pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan, jenis-jenis hukuman, bentuk operasi, pelaksanaan dan juga pencegahan. Contohnya, sagala maklumat yang

berkaitan dengan pendidikan, khususnya berkaitan dengan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan boleh anda perolehi daripada mereka. Dalam bidang

lain pula, kita boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pelbagai pihak yang mempunyai autoriti dalam menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang yang relevan dengan isu yang diperkatakan. manusia yang keempat ialah orang awam dan orang yang terlibat. Sumber Segala

isu yang timbul dalam sistem pendidikan negara boleh kita dapatkan pandangan dan maklumat daripada orang awam. Maklumat tersebut boleh

kita gunakan untuk dijadikan bahan kajian atau maklumat yang menyokong kajian yang sedang kita lakukan. Orang yang terlibat secara langsung

dengan pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai dan mudah untuk kita peroleh maklumat. Selain itu, melalui media elektronik, kita boleh menggunakan alat dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi multimedia. Sebagai

seorang pelajar dan bakal bergelar guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan. Antara media elektronik yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat terdiri daripada dua jenis iaitu audio visual dan computer. Menurut Kamus Dewan, audio visual

adalah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglibatan. Apabila menggunakan bahan berbentuk audio visual, pelajar

tidak lagi menerima bahan dalam format yang berstruktur semata-mata. Sebaliknya maklumat berbentuk audio visual memberi peluang kepada pelajar untuk membina maklumat mengikut tahap kognitif dan minat mereka. Oleh

yang demikian, cara pembelajaran menggunakan buku teks adalah berlainan dengan menggunakan bahan dari audio visual. Penggunaan audio visual

adalah sebagai sumber pembelajaran di peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengekses pembelajran kendiri mengikut kesesuaian masa dan aras pengetahuan mereka sendiri. Siaran Televisyen Pendidikan yang telah dirakam dapat membantu para pelajar memahami pelajaran dan pembelajaran dalam bilik tayangan memerlukan perancangan yang rapi. Oleh ini kita perlu mencari bahan-bahan yang sesuai dengan topik dan memastikan sebelum tayangan, kita telah mendapat penjelasan apa yang

perlu dicatatkan oleh pelajar kita dan kita patut membuat kesimpulan atau memberikan latihan kepada pelajar selepas tayangan. berjaya memperoleh maklumat dengan Manakala jika kita komputer,

menggunakan

pembelajaran kita akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Di samping itu, bahan-bahan bercetak boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di perpustakaan dengan cara menempah penggunaan lebih awal. Sebelum itu, perancangan bahan sumber yang sesuai untuk mengajar mesti dilakukan dengan tepat dan berkesan. Seterusnya kita boleh membuat

pemilihan bahan berdasarkan katalog yang disediakan. Terdapat dua bahan bercetak yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat, iaitu bahan bertulis dan bahan grafik. Sebagai pelajar di IPT, kita

mesti memberi fokus kepada bahan bercetak kerana penggunaan bahan bercetak lebih mudah dikendalikan dan kita boleh mendapatkan bahan tersebut dengan mudah. peta minda. Manakala grafik yang sering kali digunakan adalah

Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan Di atas cabangan juga kita digalakkan

kedua-dua bahagian otak.

menggunakan grafik untuk menarik perhatian semasa membaca. Maklumat yang dihasilkan dalam bentuk grafik dan peta minda akan menjadi mudah dan jelas sekiranya dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu, dalam proses pembelajaran, seseorang

itu perlu menyusun strategi supaya segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Kelebihan penggunaan grafik

adalah menjimatkan masa kerja, menjimatkan kos penggunaan bahan-bahan grafik manual, membantu dalam memberi idea-idea kreatif kepada mereka, meningkatkan kualiti pengeluaran dan memudahkan kerja-kerja kreatif dengan bantuan soft-ware kreatif. Lagipun, antara bahan tiga dimensi yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat dan dijadikan sebagai bahan pembelajaran adalah seperti realia, model, diorama, mobil, topeng, boneka, akuarium dan terrarium. Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contohnya daun dan haiwan kecil yang berada di persekitaran. Bahan realia boleh dibahagikan kepada

dua konteks, iaitu bahan realia dalam konteks dan bahan realia di luar konteks. Realia juga merupakan bahan-bahan yang sebenarnya dan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti realia asli, realia awet dan specimen. Manakala model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras. Pecahan jenis model ialah model berskala, model olok-olok dan model keratin rentas. Diorama merupakan

satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru

boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti mata pelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. mobil diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud bergerak. Manakala Mobil boleh

digunakan di dalam penyampaian maklumat kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahan-bahan pembelajaran yang boleh dibawa

kemana-mana dan biasanya digantung pada suatu tempat.

Mobil boleh

dibuat dari bahan-bahan buangan, digunting dan direka untuk mengingat sesuatu formula dalam pembelajaran. Kelebihannya ialah konsep yang betul

dibina kerana pelajar dapat melihat benda yang sebenar, pelajar dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik dan member lebih banyak peluang kepada berinteraksi antara satu sama lain. Seperkara lagi, sebagai seorang pelajar, kita perlu merancang dan membentuk suasana bilik darjah atau persekitaran yang kondusif untuk kita belajar. Perkara yang perlu kita pertimbangkan dalam memilih dan suasana pembelajaran yang kondusif dalam proses

mewujudkan

pembelajaran ialah jauh daripada jalan raya untuk mengelakkan gangguan bunyi bising, dekat dengan kemudahan asas seperti tandas dan kantin dan mesti berada berhampiran kawasan IPG supaya memudahkan untuk mencari dan mendapatkan bahan pembelajaran. Guru perlu menyelesaikan semua

keraguan yang dihadapi semasa proses pembelajran, dengan ini kita barulah boleh menyelesaikan masalah pelajar semasa belajar dan memperoleh keputusan cemerlang. Guru juga perlu mencari bahan rujukan tambahan di perpustakaan untuk menambahkan kefahaman mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

MENGGUNAKAN TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Pengetahuan ini telah dikaji dengan meluas dan boleh didapati dari pelbagai sumber rujukan. Jenis ingatan manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu

ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Teknik mengingat boleh menolong membaiki ingatan. Kemahiran belajar tidak lengkap jika kita tidak melalui proses mengingat. Segala fakta

yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru di sini, dicadangkan beberapa kaedah yang

dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat. Teknik yang pertama ialah Mnemonik. Mnemonik berasal dari

perkataan Greek mnemon yang bermaksud berfikir. Mnemonik membawa erti sebagai alat untuk kita mengingati sesuatu yang kita pelajari. Teknik mengingat yang kedua ialah lokus. bermakna tempat. Perkataan lokus

Kaedah lokus adalah mengaitkan bahan ingatan dengan

suatu tempat yang dikenali. Tambahan pula, teknik yang mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Kebiasaannya teknik ini memerlukan kita melakukan pemecahan kepada kumpulan (Chunking). Purata chunk yang mampu diterima ialah tujuh hingga sembilan. Dengan menggunakan irama dapat menguatkan lagi ingatan kita

dan juga boleh menghilangkan kebosanan semasa belajar atau mengingat.

KESIMPULAN Dalam kerja kursus ini, kita telah didedahkan kepada konsep Kemahiran Belajar, kepentingan Kemahiran Belajar, bersikap berdikari dan berinisiatif, mencari ilmu dari pelbagai sumber maklumat dan menggunakan teknik-teknik meningkatkan ingatan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran kita. Bagi menjamin kejayaan yang

lebih cemerlang, kita perlulah member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Kita perlu meningkatkan minat kepada semua mata pelajaran. perlu sentiasa berfikir terbuka, open mind. gangguan otak. Kita

Jangan hiraukan layanan

Duduk dan tumpukan sepenuh minat terhadap bahan

pembelajaran yang kita gunakan. Kemahiran membuat rujukan bagi mendapatkan maklumat sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh bergantung kepada nota kuliah sepenuhnya, sebaliknya kita perlu selalu membuat rujukan untuk menambah dan mengukuhkan penguasaan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Pelajar juga boleh merujuk kepada rakan

tentang perkara yang mereka tidak fahami atau mereka pergi mendapat tunjuk ajar daripada pengajar atau pensyarah jika ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan bahan pembelajaran kita. Selepas membuat

tugasan, pelajar akan lebih memahami lagi mata pelajaran yang dipelajari. Dengan adanya pengetahuan tambahan, pelajar akan lebih berkeyakinan dan dapat menambahkan pengetahuan dalam pembelajaran kita.

REFLEKSI Selepas berusaha selama dua minggu, saya telah berjaya

menyiapkan kerja kursus kemahiran belajar ini yang telah diberikan oleh pensyarah yang mengajar saya subjek kemahiran belajar, iaitu Encik Kharil Bin Sulaiman. Pada masa ini saya berasa sangat gembira kerana

saya berjaya menyelesaikan kerja kursus ini.

Jika tidak mendapat bantuan,

dorongan dan sokongan daripada Encik Kharil, kerja kersus saya memang tidak akan diselesaikan. Encik Kharil juga telah menjelaskan cara-cara untuk memberikan maklumat kepada saya. Dalam hal ini, saya amat bersyukur.

Melalui kerja kursus ini, keuntungan yang telah saya dapati ialah selepas membaca berulang-ulang, mencari maklumat dari internet atau buku-buku rujukan, saya telah berkemampuan menapis dan

memendekkan maklumat-maklumat tersebut dan memantapkan tugasan esei saya dalam bentuk laporan. Dalam kerja kursus ini, saya telah dapat lebih memahami tentang konsep kemahiran belajar, kepentingan Kemahiran Belajar, bersikap berdikari dan berinisiatif, mencari ilmu dari pelbagai sumber maklumat dan

menggunakan teknik-teknik meningkatkan ingatan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran kita. Ilmu

pengetahuan yang telah saya dapati ini akan mengayakan kehidupan saya pada masa ke semasa. Akhir sekali, saya berasa sangat gembira kerana berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

BIBLIOGRAFI DBP. (1989).Kamus Dewan Bahasa(Edisi Baru). Selangor,Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Diakseskan pada 13/8/2011 dari http://www.scribd.com/doc/22969395/Kemahiran-Belajar Frank. (2010). Dalam Study skills memory principles. Diakseskan pada 14/8/2011, dari http://frank.mtsu.edu KEMAHIRAN BELAJAR (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010). Diakseskan pada 10/8/2011

www.penerbitan-multimedia.com. PPK. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Belajar Cara Belajar.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakseskan pada 13/8/2011 dari http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb6.pdf Tripod, F.S. (2010). Dalam Pengenalan. Diakseskan pada 15/8/2011, dari http://mahirkb.com. tripod.com Yosri. (2007). Dalam Wikipedia. Diakseskan Pada 15/8/2011, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_Belajar.

LAMPIRAN

Ahli Politik

Audio Visual

Komputer

Diorama

Terrarium

You might also like