You are on page 1of 3

Teks Doa Buka Majlis















Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di
atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba
ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.


Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani
cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.




Doa Tutup Majlis





Ya Allah
Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami ,
lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti < Nama Majlis> kali
ini dengan jayanya

Ya Allah
Semoga program yang kami ikuti ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan
menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu ampunkanlah kami
dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan
selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .

Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah
kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan
tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan marifat sebenar
tentang-Mu .

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan melaksanakan doa
dalam majlis rasmi dengan sempurna dan berkesan.

You might also like