You are on page 1of 8

Dokumentasi GAYA HIDUP SIHAT by Jerry Tan, SMK Bukit Rahman Putra 2013 DEFINISI

1.) Konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. 2.) Frasa tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. 3.) Satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

PENDAHULUAN
1.) Dalam era yang menongkah arus pemodenan ini sering kali kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan yakni berita yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Sebagai tamsilan, penyakit diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Oleh itu, kita mestilah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut supaya nasi tidak menjadi bubur. 2.) Muktahir ini, Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Gaya hidup sihat merangkumi aspek fizikal, mental dan rohaniah. Namun begitu, masyarakat Malaysia hari ini masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Mengikut kajian, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap sakit jantung, manakala 19% daripada jumlah penduduk Malaysia diklasifikasikan sebagai obes. Saban hari, kita juga sering mendengar berita tentang gejala sosial seperti kes pembunuhan, kes rogol atau kes ragut beg tangan terpapar di dada akhbar. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Persoalan yang tidak lekang daripada bibir masyarakat ialah apakah usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat? 3.) Menurut kajian pakar-pakar dietetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami obesiti dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang kebanyakan. Oleh itu, pendekatan secara drastik perlu diambil bagi membendung masalah kesihatan di negara ini daripada semakin berleluasa.

ISI
REHAT 1.) Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia. 2.) Selain itu, pengamal gaya hidup sihat juga amat mementingkan tidur dan rehat yang secukupnya. Perkara ini sangat penting kerana kita akan kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Tidur yang mencukupi bagi seseorang ialah selama lapan jam sehari. Sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang mencukupi akan menyebabkan produktiviti mereka menurun malah proses biologi dalam badan turut terganggu. Pendek kata, tidur dan rehat yang cukup menjamin kehidupan yang sihat sejahtera.

PEMAKANAN 1.) Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang. 2.) Amalan gaya hidup sihat lain yang perlu diikuti adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang menepati nisbah piramid makanan perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi selain terhindar daripada penyakit. Kita juga seharusnya perlu mengurangkan pengambilan makanan segera kerana makanan tersebut biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Sebaliknya, pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperbanyak agar mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. 3.) Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan penyakit kronik. 4.) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. 5.) Di samping itu, pengambilan makanan seimbang perlu kita amalkan agar berat badan kita sentiasa ideal dan risiko dihinggapi penyakit akan berkurangan. Misalnya, kita perlulah melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Seandainya jumlah kalori dalam badan tidak seimbang masalah kesihatan akan berlaku seperti masalah obesiti akibat pengambilan lemak yang berlebihan. Oleh itu, setiap individu perlulah peka terhadap pemakanan mereka setiap hari agar tidak menyesal pada kemudian hari kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". 6.) Dalam pada itu, amalan pemakanan yang betul dan seimbang juga dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap hidangan yang lengkap harus terdiri daripada karbohidrat, protein, lipid, serabut, vitamin, garam mineral dan air. Makanan yang mengandungi lipid dan kolestrol harus merangkumi hanya 5% daripada satu hidangan lengkap. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita dan memastikan metabolism badan berjalan secara lancar. Protein pula akan membantu badan kita membina sel dan tisu badan yang baru. Vitamin dan garam mineral merupakan nutrien yang tidak membawa sebarang nilai tenaga tetapi penting untuk mengekalkan fungsi badan yang optimum. Misalnya, vitamin D penting bagi membantu penyerapan ion kalsium dan ion fosferus serta membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat, manakala garam mineral ferum penting untuk membentuk hemoglobin yang diperlukan untuk pengangkutan oksigen dalam proses respirasi. Selain itu, serabut yang diperoleh daripada sayur-sayuran penting untuk memastikan proses penyejatan berlaku dengan lancar dan masalah sembelit dan penyakit kolon dapat dielakkan. Badan kita

terdiri daripada 75% air. Oleh itu, air merupakan suatu komponen penting dalam badan dan seseorang itu seharusnya meminum sebanyak dua liter air sehari. Air berfungsi sebagai medium untuk tindak balas biokimia dalam badan serta membantu mengekalkan suhu badan pada suhu 31darjah selsius., iaitu suhu yang optimum untuk enzim badan. Amalan pemakanan yang betul juga termasuk mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam atau kandungan gula yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan seseorang itu menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi, manakala kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit kencing manis atau penyakit diabetis melitus, iaitu keadaan apabila hati seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan glukosa menjadi glikogen. Oleh itu, amalan pemakanan yang betul akan membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. 7.) Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. SENAMAN 1.) Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petang menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia. 2.) Di samping itu, aktiviti senaman juga perlu dijadikan keutamaan bagi seseorang individu. Hal ini demikian kerana apabila kita bersenam, tubuh badan kita akan membakar lemak, membuang toksin dan melancarkan pengaliran darah. Hal ini penting terutamanya bagi pelajar kerana apabila pengaliran darah menjadi lancar, otak akan lebih mudah menyerap pembelajaran. Jadi, seseorang perlulah bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari bagi meningkatkan kecergasan tubuh da kecerdasan minda. 3.) Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. 4.) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

5.) Pertama sekali, kita perlu mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Contohnya berjoging, bermain bola sepak dan seumpamanya. Hal ini penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak diamalkan, badan kita akan mudah dijangkiti penyakit berbahaya. Fungsi otak untuk memproses maklumat akan terganggu dan gagal menyimpannya di kotak ingatan dengan sempurna. Justeru aktiviti kecergasan memberi banyak faedah kepada kita bertepatan dengan slogan "badan sihat, otak cerdas". 6.) Antara usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah menggalakkan orang ramai untuk bersukan atau beriadah. Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin sendiri mengakui kepentingan sukan untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, kita dapat meningkatkan kesihatan diri kita dari aspek fizikal. Menurut laporan satu kajian, sekiranya seseorang itu bersenam selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, seseorang itu dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik seperti penyakit hipertensi, sakit jantung atau penyakit tekanan darah tinggi. Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan juga dapat meningkatkan ketumpatan biojisim tulang dan mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit osterioporosis apabila tua kelak. 7.) Di samping itu, amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih kuat dan memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol yang berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan mengelakkan kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang darah mengalir dengan lancar. Menurut majalah Readers Digest, amalan bersukan juga dapat membantu mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan dikategorikan sebagai gendut sekiranya dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang sepatutnya untuk ketinggian sebanyak 20%. selain itu, pimpinan negara turut sedar akan kepentingan amalan bersukan telah turun padang untuk mengetuai orang ramai dalam aktiviti senam erobik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bersukan memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. PEMERIKSAAN BADAN 1.) Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat. 2.) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah. 3.) Seterusnya, pemeriksaan kesihatan perlu juga dilakukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Setiap individu harus menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mengetahui tahap kesihatan pada satu-satu masa. Contohnya, pemeriksaan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita akan dapat mengesan penyakit yang kita hidapi dengan lebih awal. Dengan itu, kita tidak akan bersusah payah

mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ubat-ubatan kerana "mencegah lebih baik daripada mengubati". PEMIKIRAN 1.) Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini. 2.) Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain Dalam konteks ini, sikap ini didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka bagaikan kera sumbang. Sikap suka berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama dengan mereka menjadikan keperluan psikologi manusia yang dapat dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang sihat ini. 3.) Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran terbuka dan membina. Sehubungan dengan itu individu itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran terutama tekanan di pejabat atau di sekolah memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

4.) Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
KESIMPULAN
1.) Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gaya hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita sering dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya. 2.) Intihanya, banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang individu dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menyelamatkan tubuh badan yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah bertindak bijak dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 3.) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi

kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. 4.) Kesimpulanya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Cuma sikap masyarakat masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah sudah terhantuk baru tengadah, iaitu setelah berpenyakit kronik baru kita menyesal. 5.) Konklusinya, individu yang prihatin terhadap kesihatan mereka akan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan ini perlu dibudayakan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar generasi hari ini sentiasa bertenaga untuk menyumbang kepada pembangunan negara. 6.) Sebagai natijahnya, untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya berusaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian untuk mewujudkan negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat Satu Malaysia menjadi realiti. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. 7.) Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

EKSTRA kita adalah apa yang kita makan 1.) Menghindari gejala tidak sihat Langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan gaya hidup sihat adalah dengan menghindarkan diri daripada gejala-gejala tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan bahawa perokok menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Penyalahgunaan dadah pula perlu dicegah kerana perbuatan terkutuk itu akan membawa kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS. Oleh itu, kita perlu bijak dalam membuat keputusan agar tidak terjebak dalam gejala-gejala negatif yang bukan sahaja meragut wang ringgit, bahkan meragut nyawa seseorang. Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan sarang pelacuran. Hal ini demikian kerana tempat-tempat sebegini akan menjerumus seseorang ke kancah pengambilan alkohol dan dadah selain hubungan seks rambang. Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan seseorang individu mendapat penyakit HIV dan AIDS. Sebaiknya, kita boleh mendapat hiburan dengan berekreasi di taman atau melancong bersama keluarga bagi mengurangkan stres. Apabila kita mengawal tingkah laku dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian, nescaya kita tidak akan terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu harus menghindari amalan merokok atau meminum arak. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap hisapan rokok boleh memendekkan tempoh hayat seseorang itu sebanyak lima saat. Setiap batang rokok pula mengandungi kira-kira 4000 jenis racun, termasuklah prestisid, nikotin, formaldehid dan insektisid. Bahan-bahan kimia sedemikian yang disedut ke dalam badan seseorang perokok akan mengakibatkan mutasi sel berlaku. Seseorang perokok besar kemungkinan akan menghidapi penyakit kanser. Paru-paru seseorang perokok akan mengalami pembahagian sel secara tidak terkawal sehingga mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser peparu. Trakea seseorang perokok pula akan melecur dan mengakibatkan kesakitan yang kronik. Apabila menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan telah melancarkan kempen Tak Nak! terhadap rokok kerana setiap sedutan akan membawa padah!. Kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif merokok sekali gus menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghindari amalan tersebut. begitu juga jika seseorang itu meminum arak secara berlebihan, mereka akan mengalami gangguan emosi dan kehilangan keupayaan untuk berfikir secara logik dan rasional. Selain itu, seseorang yang kerap meminum arak juga akan merosakkan hatinya dan kehilangan keseimbangan badan. Kerap kali, seseorang yang mabuk akan memandu dan seterusnya mengakibatkan nahas jalan raya berlaku. Untuk menggalakkan orang ramai supaya menghindari amalan negatif sebegitu, pihak kerajaan telah mengenakan peningkatan duti eksais untuk rokok dan arak dalam Belanjawan 2005. Jelas sekali, bahawa amalan tidak merokok dan tidak meminum arak, juga merupakan gaya hidup sihat. 2.) Didikan agama atau moral Di samping itu, untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental dan rohaniah,seseorang itu harus mempunyai didikan agama atau moral sejak kecil lagi bak kata pepatah, Melentur buluh,biarlah daripada rebungnya. Dengan menyemai nilai-nilai murni, seseorang itu pasti akan bersikap bertanggungjawab dan menjauhi gejala sosial seperti merompak, merogol atau membunuh. Selain itu, seseorang itu juga harus bergaul dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh positif dan menjauhi rakan celaka yang akan mengakibatkan seseorang itu terjebak ke

dalam kancah maksiat. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak serta bersikap prihatin terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang kondusif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

You might also like