Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)
- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah: 1. 2. 3. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang. Persoalannya 1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan? 2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.
2.
3.
4.
Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan. Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)
Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak.
Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.
Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis
KULIAH 2
Masyarakat Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.
- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok; b) berbudaya; c) mengalami perubahan; d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
e) mempunyai kepimpinan; dan f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta) Konsep Etnik / Kaum - Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
- Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk
- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
Konsep Suku
kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
Konsep Bangsa / Nasion Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama. Bangsa Malaysia sbg bangsa idaman yg kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yg harmonis.
- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.
Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.
Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.
kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharihari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan puncapunca pengeluaran. Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: 1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. 2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja
Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.
persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.
kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat.
- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti
sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
Etnosenterisme: - Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. - Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. - Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. - Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.
Rasisme
-
Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.
- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis - Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi. - Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial. - Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip - merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang X bersifat kasar dsbnya. - Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. - Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.
Konsep Diskriminasi - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
-
Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.
- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Budaya
Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.
4. 5. 6. 7.
-
Diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (world view)
Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
Konsep Perpaduan & Integrasi Perpaduan sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. Integrasi Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi: 1. Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah 2. Integrasi ekonomi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan pembentukan satu kebudayaan kebangsaan
4.
5.
6.
Integrasi sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll) Integrasi pendidikan mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial Integrasi politik kerjasama & pembahagian kuasa politik
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi
Konsep Segregasi merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.
Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A + B + C = A + B + C A, B & C merujuk kepada budaya
Satu keadaan atau proses apabila kelompokkelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompokkelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.
etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.
kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).
satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.
Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.
- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.
2.
3.
-
Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses
asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. - Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi
- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.
- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini
berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).
Konsep Akulturasi
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan
daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan
yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg
bersifat kebendaan.
KONTRAK SOSIAL Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.
-
Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Nasionalisme.
-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah.
Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya.
semangat nasionalisme dgn cara menamatkan penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas & berdaulat.
sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.
Konsep Nasion -Negara bangsa. Pembinaan negara bangsa umumnya boleh disamakan dgn integrasi nasional.
Kepentingan pembentukan nasion:
- untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.
APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ? - Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau. - Kesan dasar pecah dan perintah oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara. - Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.
penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan.
Hadhari.
Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama)
- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB)
- Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan. - Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.
3. Keadilan sosial.
- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar.
5. Kebudayaan Kebangsaan.
Teras, Model dan usaha membentuk nasion Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar.