You are on page 1of 3

a) Untuk meningkatkan minat membaca seorang anak tahun satu, ibu bapa boleh menawarkan hadiah wang tunai

dan sebuah buku baru apabila setiap kali anak itu habis membaca sebuah buku. Buat PMI untuk cadangan ini.

PMI adalah salah satu alat dalam CoRT 1 yang membawa maksud baik, buruk, menarik(Plus,Minus,Interesting). Menerusi pengunaan alat ini individu diminta menyenaraikan semua kebaikan,keburukan, dan yang menarik pada sesuatu idea yang diutarakan. Alat ini dapat meluaskan pemikiran seseorang apabila menghadapi sesuatu situasi. Selain itu ia dapat mengelakkan kecenderungan seseorang bertindak emosional dalam menghadapi sesuatu idea.

Baik Memberi hadiah atau penghargaan sebagai galakkan kepada anak-anak merupakan sesuatu yan baik kerana anak-anak lebih bersemangat untuk membaca buku. Ini secara langsung dapat menambah minat membaca dalam diri anak-anak. Seterusnya, pengetahuan anak-anak juga bertambah dan minda mereka berkembang. Buruk Memberi wang tunai kepada anak tahun satu adalah kurang sesuai sebagai langkah untuk mengalakkan mereka membaca. Mereka masih tidak mampu untuk berfikir untuk membelanjakan wang dengan cara yang betul. Selain itu, minda anak-anak akan terdidik untuk menerima ganjaran apabila melakukan sesuatu. Mereka menjadi terlalu mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan atau tidak menerima ganjaran.

Menarik

b) aplikasikan CAF ke atas cadangan bekerja dari rumah secara online.

CAF bermaksud ambil kira semua faktor. Menerusi alat ini, individu diminta meneroka terlebih dahulu kesemua aspek dengan terperinci dan menyeluruh sebelum memberi idea. Tujuannya untuk mengelakkan tertinggalnya faktor utama dan penting. Aspek sosial Bekerja di rumah secara online menyebabkan seseorang individu kurang berkomunikasi secara bertemu muka antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan kemerosotan kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Aspek ekonomi Bekerja secara online di rumah tidak memerlukan pekerja bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, kos pengangkutan ke tempat kerja tidak diperlukan. Majikan juga tidak membelanjakan banyak kos untuk

menyediakan kemudahan di pejabat. Aspek pengurusan Bekerja secara online menyebabkan majikan sukar memantau pekerjanya. Sekiranya masalah seperti ganguan talian internet berlaku, majikan tidak dapat menghubungi pekerjanya.

e) Tenaga manusia dalam sektor pekerjaan digantikan dengan mesin atau robot sebanyak 50%. Cadangan ini perlu diperhatikan melalui kaedah C&S. C&S bermaksud consequence anda sequel atau kesan dan akibatnya. Alat ini

melatih individu memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan diambil. Dengan ini individu dapat meramal kesan dan akibat bagi keputusan yang telah dilakukan. Kesan daripada penggantian tenaga manusia kepada mesin atau robot memberi kesan positif dan negatif. Kesan positif yang boleh dilihat adalah peningkatan

produktiviti dalam pengeluaran serta menjimatkan masa pengeluaran. Selain itu, kos buruh juga dapat dikurangkan. Di samping itu, kerja-kerja pengeluaran dapat dipermudahkan. Dari sudut negatif, cadangan ini menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang disebabkan tenaga manusia digantikan oleh mesin dan robot. Pengantungan pada mesin menyebabkan pekerja tidak berdaya maju selain memerlukan kemahiran yang baik untuk bekerja. f) sifat-sifat guru yang dikehendaki oleh ibu bapa pada masa sekarang. Perkara ini perlu dilihat melalui kaedah FIP. FIP bermaksud utama, penting, prioriti(First Important priorities). Alat ini memberi fokus kepada apa yang penting. Ia digunakan setalah seseorang individu menggunakan alat-alat lain. Tujuan pengenalan alat ini adalah untuk menentukan proriti(sesuatu yang didahulukan atau diutamakan) dan mengelakkan perkara yang tidak patut diutamakan. Sifat guru yang paling penting ialah berkeperibadian terpuji. Keperiadian ini termasuklah mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang

teguh kepada etika perguruan. Selepas itu, guru perlu berpengetahuan dan berketerampilan. Ini termasuklah pengetahuan yang baik dalam bidang pengkhususan dan memahami serta bijak mengurus masa. Selain itu guru juga perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya ialah komunikasi. Guru idaman ibu bapa ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

You might also like