You are on page 1of 9

BAB 3 METOLOGI 3.

2 Rekabentuk Rekabentuk sesuatu produk memainkan peranan penting di mana segala cetusan akan diaplikasi ke dalam satu produk yang menarik. Bentuk dapat menerapkan konsep supaya penghasilan produk kelihatan lebih menarik dimana pengguna yang gemar pada rekabentuk yang unik. Merekabentuk merupakan idea yang baru dalam penambahbaikan sesuatu produk daripada bentuk sedia ada. Penghasilan meja sisi dapat menerapkan gabungan rekabentuk yang unik dan nampak menarik, yang mampu menampilkan ciri ciri tersendiri dimana ia memenuhi struktur yang telah dirancang dan menampilkan rekabentuk yang ringkas dan menarik mengikut kepada citarasa pengguna. Pelbagai aspek diambil kira dan diberi penekanan iaitu pemilihan bahan mentah asas, ukuran, ketepatan, pemilihan penggunaan bahan mentah asas yang lain dan juga ketahanan produk.

3.3

Carta alir Pembuatan Mobile Transformation Bookdesk MULA

MENGUMPUL DATA/MAKLUMAT

KAJIAN MENGENAI MOBILE TRANSFORMATION BOOKDESK

PROSES MEREKABENTUK

PROSES PENGUKURAN

PENYEDIAAN BAHAN MENTAH

PROSES PEMOTONGAN

PROSES PENYAMBUNGAN

PENGIRAAN KOS

PROSES KEMASIAPAN

PERBINCANGAN & KESIMPULAN

TAMAT

3.3.3

Proses Merekabentuk Setelah tajuk projek ditetapkan melalui perbincangan dan keputusan yang dibuat secara berkumpulan, tajuk yang diperolehi berkaitan dengan penghasilan produk berasaskan kayu. Produk yang dipilih direkabentuk secara lakaran lukisan berbantukan Computer Added Drafting & Design (CADD)

Gmbarajah 3.1 Rekabentuk menggunakan perisian CADD

3.3.4

Proses Pengukuran Kayu yang hendak digunakan diukur untuk mendapatkan saiz bagi produk yang hendak dihasilkan berpandukan Spesifikasi yang telah di tetapkan di dalam Lukisan.

Gambarajah 3.2 Spesifikasi Bahan

3.3.5

Penyediaan Bahan Mentah Penyediaan bahan mentah yang telah dikenalpasti akan digunakan mengikut rekabentuk produk yang telah ditetapkan melalui maklumat atau sumber yang diperolehi.

Gambarajah 3.2 Bahan bahan 3.3.6 Proses Pemotongan Proses pemotongan kayu dilakukan mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Ia melibatkan dua proses pemotongan iaitu pemotongan kayu beruti untuk pembuatan rangka dan papan lapis 10mm ketebalan.

Gambarajah 3.4 Kerja Pemotongan 3.3.7 Proses Penyambungan Apabila kesemua bahan dan alatan diperolehi, proses kerja pembuatan produk dimulakan dengan penghasilan komponen komponen mengikut bahagian bahagian tertentu pada produk yang bakal dihasilkan. Ia melibatkan pelbagai kaedah-kaedah dan prosedur prosedur kerja yang telah ditetapkan contohnya pembuatan rangka pada lapisan paling atas dan lapisan paling bawah rak kemudian sisi dan lain lain.

Gambarajah 3.5 Kerja Penyambungan Komponen 3.3.8 Proses Kemasiapan Kemasiapan dikenakan pada produk yang telah dipasang mengikut komponen komponen menjadi satu produk bagi tujuan melindungi produk daripada agen agen yang boleh merosakkan produk dan bagi mencantikkan lagi produk tersebut serta meningkatkan nilai estetika.

Gambarajah 3.6 Pemasangan Kemasan (Wood Sticker)

3.7

Proses Kerja Proses pertama adalah proses pengukuran komponen mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Rajah disebelah adalah proses pembuatan rangka meja. Rangka kayu berukuran 20mmx60mm dan 20mmx40mm digunakan manakala papan lapis dijadikan lapisan bahagian bawah dan atas meja. Penyambungan Selain proses pemotongan, kerja pembuatan menggunakan paku berukuran 1 inci. tanggam juga dilakukan. Kerja tanggam ini memerlukan alatan iaitu pahat dan tukul. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, alat kelikir hendaklah digunakan bersama iaitu setelah selesai kerja memahat. Tanggam dibuat untuk

Gambar sebelah menunjukkan komponen yang telah siap dipotong dan menanti proses seterusnya iaitu kerja penyambungan. Komponen tersebut terdiri daripada meja, pintu, dinding, lapan (8) buah roda dimana dua (2) daripadanya adalah jenis flexible dan bahan bahan komponen lain. Papan lapis yang digunakan adalah berketebalan 10mm bersesuaian untuk dijadikan dinding rak.

Setelah semua komponen telah siap dipotong, kerja penyambungan komponen dilakukan dengan memasang meja dan bahagian atas rak terlebih dahulu. Rel bearing digunakan sebagai penghubung kedua dua belah bahagian dengan menggunakan alat mesin gerudi tangan untuk memutarkan skru. Sebanyak 4 buah rel bearing dipasang iaitu pada kedua dua belah bahagian rak. Selesai pemasangan komponen meja, komponenkomponen lain juga turut dipasang iaitu kedua dua rak. Pemasangan lapisan tengah rak dalam menggunakan paku manakala pada lapisan paling atas dan paling bawah menggunakan skru. Semasa memasang komponen, beberapa aspek perlu diambilkira antaranya meneliti secara terperinci setiap sudut bagi memastikan pemasangan yang tepat.

Gambar disebelah menunjukkan pemasangan roda pada bahagian bawah rak. Papanlapis digunakan sebagai rangka untuk mengukuhkan roda yang akan dipasang. Skru yang dipasang pada roda juga hendaklah menembusi rangka komponen. Roda ini memainkan peranan penting

Sebelum kerja kerja kemasan dilakukan, permukaan rak hendaklah sekata iaitu tidak terdapat lopang atau lubang agar permukaan tersebut akan menjadi lebih mudah di cat dan sebagainya. Wood Puttyfiller digunakan untuk tujuan tersebut. Permukaan hendaklah bersih daripada habuk dan minyak. Scraper digunakan sebagai alat meratakannya. Satu atau dua lapisan diperlukan. Ia akan kering dengan cepat.

Setelah Wood Puttyfiller diratakan pada permukaan rak, kertas pasir digosokkkan pada permukaan kayu untuk menghilangkan dab pada kayu dan menjadikkannya lebih licin. Gred 1 (Sederhana) digunakan pada permukaan rak ini dan digunakan bersama beroti 20mmx40mm.

Pada bahagian dalam rak, kemasan semburan digunakan. Sebelum permukaan dikenakan kemasan tersebut, permukaan hendaklah bebas daripada habuk atau sebarang bahan bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada kemasan. Penyembur hendaklah ditekan dalam 2 hingga 3 saat sekali semburan dengan arah yang sama untuk mendapatkan permukaan yang rata dan cantik. Dua jenis cat untuk kemasan digunakan iaitu cat minyak dan cat air. Setelah proses cat lapisan asas dilakukan, lapisan seterusnya iaitu lapisan alas dan lapisan kemasan dilakukan. Alat yang digunakan adalah berus 4mm dan 40mm. Dua(2) lapisan disapukan untuk mendapatkan permukaan yang lebih cantik dan menarik.

Rak yang telah disiapkan sepenuhnya

3.9 3.9.1

Panduan Keselamatan Pengenalan Panduan keselamatan di sediakan bagi membantu pengguna mengenal pati perkara perkara yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan mesin mesin pembuatan perabot. Perlu diingat kemalangan boleh berlaku dimana mana sahaja. Namun dengan mengambil langkah berjaga jaga, risiko kemalangan dapt dikurangkan.

3.9.2

Langkah langkah keselamatan Langkah langkah keselamatan terbahagi kepada tiga iaitu : Sebelum menjalankan kerja Semasa menjalankan kerja Selepas menjalankan kerja

3.9.3 Sebelum Menjalankan Kerja Fahami mesin yang hendaklah digunakan termasuklah cara cara menggunakannya dan mengendalikan secara berkesan. Pastikan arah dan jarak potongan kayu yang diperlukan Sebelum menghidupkan suis, pastikan sambungan elektrik dan alat pemotong dalam keadaan selamat dan baik

Jangan memakai pakaian yang terlalu longgar dan aksesori lain. Jika ada yang berambut panjang, perlulah diikat dengan kemas ataupun memakai topi. Jangan mengendalikan mesin sekiranya berada dalam keadaan yang letih atau mengantuk. 3.9.4 Semasa Menjalankan Kerja Tentukan tempat anda berdiri merupakan tempat yang selamat. Jangan biarkan unjuran kayu ( kayu bergantung ) terlalu panjang. Gunakan penyokong tambahan jika perlu. Jangan menggunakan mesin semasa kelajuan sedang meningkat. Semasa memotong jangan hulurkan kayu pada kadar melebihi yang mampu di potong oleh cutter. Perhatikan juga ketajaman cutter. Disamping itu diperiksa ketepatan potongan. Potongan yang tidak tepat mungkin disebabkan masalah pemasanga cutter yang tidak sempurna.

Blue_berry1911@yahoo

You might also like