You are on page 1of 7

KERTAS KERJA: PROJEK SEKOLAH ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAHAGIA

TARIKH: 7 HINGGA 25 JULAI 2013

TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAHAGIA, W/P MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

ANJURAN: GURU PELATIH INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

1. Pendahuluan Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah. Antaranya ialah aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini, menceriakan bilik darjah dan sebagainya. Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih Intership telah bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan alam pada koridor makmal komputer dan blok pentadbiran buat semua warga Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia. Selain itu, kami juga akan membimbing dan mengajar 4 orang murid sebagai persediaan ke pertandingan mewarna peringkat negeri Terengganu

2. Rasional Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang ceria dan cantik buat pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat, kondusif dan ceria.

3. Objektif Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu: i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik untuk dijadikan sumper perhatian terutamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah. ii. Memenuhi keperluan dan menyiapkan tugasan (Projek) sebagai sebahagian daripada aktiviti kurikulum. iii. iv. Mengurus dan mengendalikan aktiviti / projek seni dengan bijaksana. Mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran melalui projek mengikut prosedur dan tata cara.

4. Asas pertimbangan Program ini bertujuan bagi memenuhi keperluan Internship di mana guru pelatih perlu melaksanakan projek yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

5. Tarikh 7 25 Julai 2013

6. Tempat Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia, W/P Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

7. Organisasi Guru Pelatih Internship SKPB Semester 8 (Rujuk lampiran A)

8. Belanjawan (Rujuk lampiran B)

9. Tentatif Program (Rujuk Lampiran C)

10. Penutup Penghasilan projek ini merupakan salah satu wadah bagi kami untuk

mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran dalam gerak kerja di sekolah. Mengurus dan mengendalikan sesuatu projek bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya harus melalui tata cara yang betul dan diuruskan dengan bijaksana. Di samping memberikan pengalaman yang berharga, melalui aktiviti ini juga dapat memberikan suasana yang lestari dan kondusif buat pelajar. Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Justeru itu, melihat kepada impak positif hasil daripada aktiviti-aktiviti ini,

kami mohon pertimbangan dan sokongan pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia agar program ini dapat dijayakan.

Disediakan oleh, .. (NOR SHAHIRAH BINTI MOKHTAR) Setiausaha Projek Mural Sekolah, Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

Disemak oleh, .. (RUSSLAN BIN ABU BAKAR) Guru pembimbing, Sek. Keb. Pulau Bahagia, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Disahkan oleh, (RASHID BIN YAHYA) Guru besar, Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lampiran A

STRUKTUR ORGANISASI

PENASIHAT PENGERUSI N/PENGERUSI 1 N/PENGERUSI 2 MENTOR KETUA PROJEK PEN. KETUA PROJEK SETIAUSAHA BENDAHARI

: EN. RASHID BIN YAHYA ( GURU BESAR ) : PN.FADZILAH BT. YASIN (GPK 1) : EN. MOHD ZARUFINI BIN MOHD SABRI (GPK KK) : PN. NORAINI BT. MOHD NORDIN (GPK HEM) : EN. RUSSLAN BIN ABU BAKAR : MOHD HAMDAN BIN MOHD NOOR : LUQMAN HAKIM BIN HARON : NOR SHAHIRAH BINTI MOKHTAR : NUR SABARIAH BINTI AHMAD

Lampiran B

Belanjawan

Bil.

Perkara

Unit

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM) 120.00 15.00 30.00 165.00

1. 2. 3.

Cat Pelaka Berus Clear Spray Paint Jumlah Keseluruhan

6 5 3

20.00 3.00 10.00

Lampiran C

Jadual Tentatif Aktiviti Projek Internship 2013

Bil 1

PERKARA Menghasilkan mural bertemakan amalan 3K di Blok Pentadbiran. Membimbing dan mengajar 4 orang murid bagi persediaan ke pertandingan mewarna peringkat negeri Terengganu

TARIKH / TEMPOH MASA 7 25 Julai 2013

7 25 Julai 2013

Menghasilkan mural di koridor makmal Komputer.

7 25 Julai 2013

You might also like