You are on page 1of 4

Bismillah. Alham dulillah..... 1. Yang berusaha Tn Pengetua SMK Convent Fr Barre, Pn. Oi Ai Lin 2.

Yang diraikan En Wan Kok Gep 3. Yang dihormati Pn Noraishah bt Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah 4. Yang Dihormati Pn.Lat Da a/p Fat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5. Yang Dihormati En. Teo Boon Ko, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum 6. Guru-guru Kanan Matapelajaran, 7. Barisan guru mithali SMK Convent Fr. Barre, 8. Dan para murid yang dikasihi lagi dirahmati sekelian. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Wan Kok Gep . Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Duduk bersama satu tujuan Indah majlis gilang gemilang Mohon doa kupohon tuhan Semoga Majlis peroleh keberkatan Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Justeru, majlis mempersilakan ...... ............................................untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan. Bacaan Doa Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ...................... atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi. Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en Wan Kok Gep di SMK Convent Fr Barre ini, beliau merupakan seorang guruKimia yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun................... Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta ...........ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi SMKCFB khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam. Tinggi bukit gilang-gemilang, Air di laut tenang-tenangan; Budi sedikit tak akan hilang, Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian, Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan kami tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam lipatan sejarah beliau. Warga dewan yang di rahmati sekelian, Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ************************************ucapan Tn pengetua************************************* Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Yang berusaha dan hadirin sekelian Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk memberikan ucapan, dipersilakan ****************************************************************************** ******************************* Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Inderagiri pasirnya lumat, Kerang berjemur dengan lokan; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi, Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan ucapan. Majlis mempersilakan.... ****************************************************************************** *******************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan

Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Tanjung Katong airnya biru, Tempat mandi si dara jelita; Sama sekampung lagikan rindu, Inikan lagi jauh dimata Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Warga dewan yang dikasihi, Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan... ****************************************************************************** ******************************* Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakan Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi. Hadirin yang dimuliakan, Ada pasang ada surutnya Ada pangkal ada hujungnya Ada hulu ada hilirnya Ada pertemuan ada perpisahannya Ada hilang ada gantinya Ada awal ada akhirnya Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkih Dibawa orang dari ambon Buang yang keruh ambil yang jernih Jari disusun maaf dipohon. BINTANG BARAT TERBITAN PETANG, BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI, JIKATIDAK MELARAT PANJANG, ADA UMUR KETEMU LAGI

You might also like