You are on page 1of 3

KELEBIHAN PBS DALAM ASPEK ROHANI, INTELEK DAN SOSIAL Antara elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan

ialah elemen Rohani. Elemen rohani merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Menurut salah seorang guru Pendidikan Islam di SK Sri Suria (2) Ustaz Hilmi, melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan melalui KSSR guru boleh menilai perkembangan murid dari aspek pengetahuan agama mereka dengan lebih tepat dan jelas. Sebagai contoh, guru boleh mengetahui pengetahuan mereka berkenaan rukun Islam atau rukun Iman. Ada sesetengah murid sudah mengingati rukun-rukun tersebut dan ada juga yang masih belum. Dengan PBS segala data berkenaan dengan pengetahuan murid ada dalam simpanan guru. Dengan ini, guru mudah untuk mengambil sebarang tindakan susulan demi memastikan murid mereka tidak ketinggalan. Kurikulum yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga lebih menyeluruh, dimana pencapaian pelajar bukan sahaja dinilai dari aspek pengetahuan malah turut dinilai dari aspek amali dan kemahiran. Antara komponen yang biasa dinilai dalam aspek amali Pendidikan Islam ialah berkenaan langkah-langkah mengambil wudhuk, solat dan tayammum. Dengan PBS guru dapat menilai kebolehan pelajar mereka dengan lebih terperinci. Penilaian juga akan lebih adil dan saksama. Hal ini kerana pelajar yang mudah mengingat tidak semestinya boleh melakukan. Sebagai contoh, pelajar yang boleh menyebut satu persatu rukun solat tidak semestinya boleh melakukan solat dengan cara yang sempurna. Kesimpulannya murid akan dinilai dengan lebih adil dari segenap aspek. Akibatnya murid akan berusaha lebih demi memastikan pengetahuan dan amali mereka dinilai baik. Jika dibandingkan dengan KBSR, sudah semestinya KSSR mampu menghasilkan pelajar yang betul-betul berkualiti dan bertaraf dunia. Unsur seterusnya ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan untuk menilai dan mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman

dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki, juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Dalam PBS, unsur-unsur ini diambilkira. Sebagai contoh, unsur kemahiran menyelesaikan masalah. Ada sebahagian murid mungkin agak berbakat dalam soalan atau aktiviti melibatkan penyelesaian masalah namun lemah dalam kemahiran berfikir. Dengan sistem PBS, guru boleh membentuk murid supaya seimbang dalam semua unsur seperti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini mengatakan bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik. Penilaian yang melibatkan kesemua unsur ini lebih adil bagi murid kerana setiap orang ada jenis kecerdasan masing-masing. Jika dibandingkan dengan KSSR, KBSR hanya mementingkan akademik semata-mata. Oleh itu, PBS mampu menghasilkan murid yang serba boleh dan mampu bersaing dalam semua aspek. Unsur terakhir sekali ialah unsur sosial. Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti. Aktiviti persekolahan sendiri sebenarnya sudah cenderung kepada sosial. Tinggal langkah pelaksanaan sahaja yang diperlukan untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek sosial, seimbang yang membawa maksud sikap saling hormatmenghormati, kasih sayang, kerjasama dan tolong-menolong dalam sesebuah komuniti. Dengan PBS perkembangan murid akan dilabelkan dengan band. Tiada lagi nombor (kedudukan) dalam peperiksaan. Yang ada hanyalah band 1-6. Dengan cara ini guru tidak lagi membandingbezakan murid berdasarkan kedudukan.

Pendekatan ini menyebabkan tidak wujud lagi rasa rendah diri bagi pelajar yang selalu mendapat kekdudukan yang rendah. Mereka menganggap diri mereka sama dengan orang lain dan dalam masa yang sama wujud persaingan sihat untuk sama-sama mendapat band yang tinggi. Maka akan timbul suasana saling membantu antara pelajar. Selain itu, dengan pentaksiran ini tidak timbul semangat berpuak-puak dalam diri pelajar keupayaan mereka dinilai dalam semua banyak aspek, bukan akademik semata-mata. Guru juga tidak akan bersifat pilih kasih dengan selalu membandingbeza pelajar yang mendapat kedudukan yang baik dan buruk di dalam kelas. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Yang paling penting adalah pelaksanaan yang baik. Apabila bercakap soal pelaksanaan ia tidak tergantung di atas bahu guru semata-mata, bahkan semua pihak. Termasuklah pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa sendiri. Ibu bapa sepatutnya memberi sokongan yang sepenuhnya kepada guru-guru dalam pelaksanaan KSSR dan PBS. Sebarang persoalan harus diadu kepada pihak yang sepatutnya dan tidak menaruh prasangka yang buruk terhadap pihak sekolah atau Kementerian Pelajaran sendiri. Tuntasnya pelaksnaan PBS tidak lain dan tidak bukan demi mempastikan negara dapat melahirkan modal insan yang bukan sahaja seimbang malah bertaraf dunia

You might also like