You are on page 1of 5

ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek. Antara yang penting ialah sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan sebagainya. Berikut diperlihatkan aspek-aspek tersebut secara ringkas: SEBUTAN Pada peringkat awal lagi, pelajar telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan kalimat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut. Ia bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat seperti yang sepatutnya. Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan para pelajar bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka. TEKANAN

Tekanan adalah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pasa tempat-tempat tertentu. Biasanya, tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan itu. Lambang pada tekanan ialah /?/. Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Ia mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya sajak) atau menandakan tempat-tempat penting atau yang perlu diberi perhatian. TATABAHASA Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Pertuturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan (lisan), walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk memperoleh

kebiasaan bertutur dan bercakap dengan sempurna dan berkesan, aspek ini harus ditekankan. Dari segi fonologi, pelajar harus boleh menyembunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat. Dari segi morfologi, mereka harus boleh memilih, membina, dan menggunakan perkataan denagn tepat dan betul. Dari segi sintaksis, mereka harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya dan sebagainya harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

FAKTOR-FAKTOR PENGARUH PERTUTURAN


FAKTOR KECERDASAN Dihubungkan dengan kemampuan otak utk memproduksi bahasa. Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak baik. Kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasan akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.

FAKTOR JANTINA Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanakkanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan menggunakan bahasa dan menguasai perbendaharaan dengan lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki, dalam lingkunagan umur yang sama. Ini disebabkan perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan berlaku lebih pantas daripada kanak-kanak lelaki. TARAF SOSIOEKONOMI Bergantung kepada pekerjaan ibu bapa. Mempunyai pertalian yang rapat dengan perkembangan penguasaan bahasa kanakkanak. Kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan dan pertengahan boleh menguasai bahasa lebih cepat daripada kanak-kanak kelas bawahan. Semakin tinggi taraf sosioekonomi, semakin tinggi taraf penguasaan bahasa. PERHUBUNGAN KELUARGA Kanak-kanak daripada kelas atasan dan menengah biasanya mendapat kasih sayang yang lebih daripada kanak-kanak kelas bawahan.

Persekitaran yang dialami oleh kanak-kanak kelas atasan dan pertengahan lebih baik daripada kanak-kanak kelas bawahan. Pertuturan yang baik bukan suatu yang natural dan boleh dikuasai secara automatis tetapi perlukan latihan secukupnya. FAKTOR DWIBAHASA Kanak-kanak ekabahasa boleh bertutur lebih baik berbanding kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Penguasaan bahasa ibunda selalu mengganggu bahasa yang dipelajari. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda tidak sama menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu.

You might also like