You are on page 1of 1

Jurnal Praktikum: Minggu 4 Praktikum saya bagi fasa yang kedua ini telahpun menginjak ke minggu yang keempat.

Sepanjang minggu ini, saya lebih memfokuskan kepada soal pengurusan masa. Terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya mendapati bahawa saya agak sukar untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) tepat pada masanya iaitu pada pukul 7.45 pagi. Situasi ini berlaku kerana setiap pagi sebelum memulakan kelas, murid-murid perlu berada di dataran perhimpunan dan ia kadang kala memakan masa yang agak lama. Kadang kala, kelas hanya dapat bermula pada jam 8 pagi. Namun begitu, ianya bukan satu alasan untuk saya tidak menjalankan sesi p&p seperti yang dirancang. Saya berpandangan bahawa saya perlu lebih bijak dalam merancang serta menjadikan rancangan pengajaran saya lebih fleksible tanpa mengabaikan walau sedikit pun isi pelajaran yang hendak di sampaikan. Misalnya, saya boleh memendekkan masa bagi setiap bahagian di dalam p&p saya. Saya juga perlu menggunakan pendekatan yang lebih kreatif agar sesi pengajaran saya yang singkat ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam masa yang sama, pada minggu ini juga saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing saya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan guru pembimbing Sains. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan perjalanan sesi p&p saya meskipun terdapat sedikit kelemahan. Antara kelemahan yang ketara ialah penerapan nilai semasa sesi p&p berlangsung. Saya dilihat cuai dalam menerapkan nilai-nilai murni yang penting dalam pengajaran saya. Penerapan nilai ini tidak harus dipandang enteng kerana ianya sangat memberi impak yang mendalam kepada diri setiap murid. Sebagai penambahbaikan pada masa hadapan, saya perlu menyatakan secara terus iaitu secara lisan akan nilai-nilai yang ingin diterapkan kepada murid-murid saya agar ianya lebih bersifat eksplisit.

You might also like