You are on page 1of 30

Pengenalan Mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kokurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran teras yang

wajib dipelajari oleh semua murid yang beragama Islam. Ini selaras dengan hasrat dan matlamat falsafah Pendidikan Kebangasaan dan falsafah Pendidikan Islam. Pendidikan Islam yang menekankan perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum Pendidikan Islam bukan sahaja menuju kearah mendapatkan ilmu pengetahuan dan amalan tetapi juga kearah perkembangan dan pemupukkan ilmu serta penghayatan nilai-nilai Islam melalui pendekatan Islam Hadhari. Pendidikan Islam sekolah rendah memupuk nilai-nilai ilmu dan memperkukuh jati diri melalui ilmu yang dihayati untuk menjadi insan yang bertakwa. 01Kandungan dalam Pendidikan Islam Ada lima komponen utama dalam Pendidikan Islam sekolah rendah.

Komponen komponen tersebut ialah seperti berikut:1. Asuhan Tilawah Al-Quran 2. Asas Ulum Syariah Akidah 3. Asas Ulum Syariah Ibadah 4. Asas Ulum Syariah Sirah 5. Asas adab dan akhlak Islamiah Kurikulum Pendidikan Islam ini adalah menumpukan kepada pemupukkan asas Al-Quran, penanaman akidah, pengajaran sirah,pembentukan asas temadun, penerapan adab yang berteraskan akhlak dan bimbingan asas fardu ain dan fardu kifayah. Untuk mencapai hasrat ini maka murid-murid dibimbing menghayati dan mengamalkan pengajaran berdasarkan isi kandungan tersebut.

02 Pengenalan Akhlak Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan khulq yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran. Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata -kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran. Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. MenurutIbnu Maskawih, Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman. Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwataala berfirman :Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Rad: 11)

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan. Dengan ini, adalah wajar bagi kita mendedahkan ajaran islam kepada pelajar agar dapat melahirkan genarasi yang berakhlak terpuji dan berguna kepada bangsa agama dan negara.
2

03 Kandungan Kemahiran Akhlak Sekolah Rendah Tahun Satu Adab Makan Adab kepada Ibubapa Adab Bergaul Dengan Rakan Adab Dengan Guru

Tahun Dua Adab Tidur Adab Masuk dan Keluar Rumah Adab di Sekolah

Tahun Tiga Adab Membaca Al-Guran Adab Berpakaian Adab bercakap Adab Ziarah-menziarahi

Tahun Empat Adab Berjalan Adab Bertanya Adab Bercakap Dengan Orang Tua Adab Menziarahi Jenazah Dan Kubur Adab Makan Di majlis Keramaian Adab Berjiran Adab Berkumpul Adab Semasa Di Sekolah Adab Berhujah

Tahun Lima Adab Mengurus Diri Adab Dengan Ibu Bapa


3

Adab Berjual Beli Adab Bekerja Adab Menziarahi Jiran Adab Ketika Bermain Adab Dengan Pemimpin Adab Menolong Guru

Tahun Enam Adab Terhadap Tempat Dan Harta Benda Awam Adab Kecintaan Kepada Negara Adab Menjaga Kebersihan Sungai Dan Alam Sekitar Adab Rehlah Adab Dengan Manusia DanMakhluk Lain Adab Menjaga Harta Benda Sekolah Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

04 Analisis Kandungan Asas Ulum Syariah Akidah Kandungan tersebut adalah seperti berikut: Tahun Satu: 1. Adab makan dan minum Tajuk : Saya di meja makan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Bercerita Menjaga kebersihan Memilih makanan

2. Adab terhadap ibu bapa. Tajuk : Sayangi ibu bapa. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Lakonan Mendoakan keampunan kepada ibu bapa. Menghormati dan berkasih saying.

3. Adab bersama rakan. Tajuk : Saya dan rakan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Permainan Menolong rakan
4

Bergaul mesra 4. Adab kepada guru Tajuk : Guru pelita hidupku. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Nyanyian (lagu kanak-kanak) Guru adalah sumber ilmu di sekolah Menghormati dan menolong guru.

Tahun Dua 1. Adab sebelum dan selepas bangun tidur Tajuk : Selamat malam anakku sayang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Lakonan Perbincangan kebaikan mengamalkan adab ini. Membina buku panduan tentang adab ini.

2. Adab masuk dan keluar rumah. Tajuk : Berkati langkahku. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : ICT (power point) Gambar berurutan tentang ketika pulang ke rumah. Dilindungi dan diselamatkan Allah.

3. Adab di sekolah. Tajuk : Sekolahku Syurgaku.. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Nyanyian (Boria) Peratuaran sekolah yang perlu diikuti Belajar adalah kewajipan semua orang.

Tahun Tiga 1. Adab memuliakan Al-Quran. Tajuk : Saya di meja makan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Penerangan. Al-Quran kitab yang perlu dijaga dan dimuliakan Cara memegang dan menyimpan Al-Quran dengan betul.

2. Adab berpakaian. Tajuk : Pakaianku pilihanku. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Dialog
5

Ciri pakaian yang perlu mengikut syariat. Jenis pakaian tradisi mengikut bangsa. 3. Adab bercakap. Tajuk : Sopan dalam percakapan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Teks cerita. Situasi bercakap sesuai dengan keadaan sekeliling. Keperluan mempelajari pemilihan perkataan ketika bercakap.

4. Adab berziarah. Tajuk : Saya di meja makan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran : Bernasyid Keadaan orang yang diziarahi. Bercerita pengalaman mengunjungi orang tua.

Tahun Empat: 1.Adab berjalan Dalil Surah Luqman ayat 18 dan 19. Surah al-Furqan ayat 63. Adab-adab berjalan Sebelum berjalan Menutup aurat Membaca doa Berniat baik

Semasa berjalan Mula dengan langkah kanan Berjalan dengan tenang Memelihara pandangan Memberi dan menjawab salam Membuang benda yang bahaya

Faedah adab berjalan: Diberi pahala Berdisplin


6

Selamat perjalanan Disukai oleh masyarakat

Akibat tidak beradab: Dicemuh dan dicaci Terdedah kepada bahaya Mendapat dosa Tidak berdisplin

Kaedah: Penerangan, perbincangan, latih tubi dan bercerita.

2. Adab bertanya Adab-adab bertanya: Memberi salam Bahasa yang baik dan sopan Bertanya perkara munasabah Bertanya tidak menyingung Berani bertanya Mengucapkan terima kasih Faedah adab bertanya: Tidak sesat jalan Berakhlak terpuji Dapat menyelesaikan masalah Tercapai hajat Ramai kenalan Disukai dan dihormati Akibat tidak beradab: Mendapat susah Sesat jalan Disisih masyarakat Tidak tercapai hajat Dibenci rakan Kaedah: Penerangan, perbincangan, soaljawab dan latih-tubi.

3. Adab dengan orang tua: Pengertian: Orang yang lebih tua umurnya daripada kita. Hukum : Wajib Dalil Naqli: Hadis riwayat Riwayat at-Tirmizi dan Surah an-Nisa ayat 36. Adab-adab dengan orang tua: Memberi salam dan bersalaman Bersedia memberi pertolongan Menggunakan panggilan yang sesuai Menerima teguran dan nasihat Tidak menyampuk perbualan mereka Faedah adab dengan orang tua: Hidup bahagia Tenang jiwa Disayangi dan dihormati Mendapat keredhaan Allah Akibat tidak beradab: Mendapat dosa Hidup susah Dibenci dan dicaci Tidak diredhai oleh Allah Kaedah: Penerangan, perbincangan, latih tubi dan soaljawab.

4. Adab menziarahi jenazah dan kubur: Dalil. Hadis Nabi riwayat Muslim, riwayat al-Tirmizi dan alBaihaqi Adab-adab menziarahi jenazah: Berdoa untuk simati Berpakaian menutup aurat Insaf dengan kematian
8

Solat jenazah Mengiringi jenazah ketanah perkuburan Adab-adab menziarahi kubur: Pakaian yang sesuai dan menutup aurat Memberi salam kepada ahli kubur Membaca Al-quran dan tahlil Menjaga kebersihan kawasan Hikmah-hikmah adab menziarahi jenazah dan kubur: Menimbulkan rasa insaf Mendorong melakukan ibadah Meringan beban kesedihan Mengeratkan hubungan Melahirkan masyarakat yang perihatin Faedah menziarahi jenazah dan kubur: Mendapat ganjaran pahala Takut kepada Allah Yakin ajal maut ditangan Tuhan Menimbulkan rasa insaf 5. Adab makan di majlis keramaian: Adab-adab makan: Ambil makanan ikut giliran Tidak berebut-rebut Ambil makanan ikut perlu Gunakan peralatan dengan betul Duduk dengan tenang dan betul Membaca doa makan Faedah adab makan di majlis keramaian: Sebagai Ibadah. Mendapat keberkatan dan kerahmatan. Mensyukuri nikmat Allah Melahirkan amalan-amalan yang baik. Merapatkan silaturrahim.

Akibat tidak beradab: Tidak mendapat keberkatan Dicemuh dan disisih masyarakat Menimbulkan suasana yang kurang senang Menimbulkan keaiban

Kaedah: Penerangan, perbincangan, soaljawab

6. Adab berjiran. Pengertian: Orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Adab-adab berjiran: Bermanis muka Bertegur sapa Hormat-menghormati Menziarahi Berbaik sangka Bertolak ansur Faedah adab berjiran: Hidup berkasih saying Mengeratkan hubungan Semangat kejiranan Melahirkan masyarakat penyanyang Kaedah: Bersoljawab, penerangan ,perbincangan dan lakonan.

7. Adab berkumpul: Adab-adab berkumpul: Tujuan yang baik Masa yang sesuai Elak membuang masa Berpakaian sopan dan menutup aurat Memberi tempat kepada yang lewat Menumpukan perhatian Memelihara ketenteraman awam

10

Faedah adab berkumpul: Menambah ilmu Bertukar-tukar fikiran Dicontohi masyarakat Bijak mengurus masa Mengeratkan silaturrahim

Akibat tidak beradab: Menganggu ketenteraman Tersisih daripada masyarakat Dibenci masyarakat Membuang masa Menjadi genarasi yang mundur

Kaedah: Penerangan, perbincangan, lakonan dan soaljawab

8. Adab semasa di sekolah: Adab-adab semasa di sekolah: Berniat menuntut ilmu Hormat warga di sekolah Taat perintah guru Sayangi rakan sebaya Hargai dan sayangi harta benda sekolah Jaga nama baik sekolah Faedah beradab di sekolah: Berdisplin Maju dalam pelajaran Disayangi dan dihormati Dikenali dan disenangi ramai Akibat tidak beradab di sekolah Tidak berdisplin Didenda dan dimarahi Dibenci dan dicemuh orang Tersisih daripada rakan Lemah dalam pelajaran

11

Kaedah: Penerangan, soal jawab, lakonan dan perbincangan

9. Adab berhujah: Adab-adab berhujah: Memberi salam Merendahkan suara Bahasa yang mudah dan bernas Ikhlas menyampaikan hujah Intonasi yang sesuai Berfikiran terbuka Menerima keputusan Ciri-ciri berhujah: Idea yang bernas Isi yang padat Rasional Tidak menyinggung Fakta yang jelas Faedah beradab: Dihormati, disegani dan mendapat pujian Akibat tidak beradab: Tidak dihormati, dibenci dan mendapak kegagalan dalam pertandingan tersebut. Kaedah pengajaran: Penerangan, soal jawab, lakonan dan perbincangan. Tahun lima 1. Adab mengurus diri: Pengertian: Mengambil berat terhadap diri sendiiri. Aspek-aspek pengurusan diri; Kebersihan. Tatarias. Kesihatan. Pengurusan masa
12

Faedah beradab. Disukai rakan Mendapat pahala Dijauhi penyakit Kesempurnaan rohani dan jasmani Nampak kemas dan cantik Mendapat kejayaan Diredhai Allah

Akibat tidak beradab. Masa terbuang tanpa faedah Kerja tidak sempurna Aktiviiti dan Ibadah terganggu dan terjejas Fikiran menjadi lemah Kawan-kawan menjauhi diri Tanggungjawab terabai

Kaedah: Penerangan, perbincangan, inkuari penemuan, soal jawab, lakonan dan latih tubi.

2. Adab dengan ibu bapa: Pengertian: Membantu mereka dalam apa-apa bentuk

pertolongan yang baik sama ada mereka hidup atau sudah meninggal dunia. Adab-adab dengan ibu bapa; Taat Jauhi larangannya Bercakap dengan sopan Sentiasa membantu ibubapa Bermanis muka Tidak merunggut Berdoa kepada kedua ibubapa Faedah beradab Mendapat pahala Disukai oleh masyarakat

13

Mendapat kerahmatan Menjadi anak soleh Dimurahkan rezeki Akibat tidak beradab: Mendapat dosa Dibeci masyarakat Menjadi anak derhaka

Kaedah: Penerangan, perbincangan, bandingbeza dan soal jawab

3. Adab berjual beli: Pengertian: Urusan pertukaran barang antara penjual dan pembeli Rukual beli: Akad Penjual dan pembeli Barang Adab-adab berjual beli: Dengan niat ikhlas Layanan yang baik Muka yang manis Menjalin hubungan baik Cakap dengan sopan Faedah beradab; Diredhai Allah Merapatkan hubungan Disukai Allah, masyarakat Mendapat pahala Akibat tidak beradab Mendapat dosa Bermunsuhan Dibenci masyarakat
14

Kaedah: Penerangan, bandingbeza, lakonan dan soal jawab.

4. Adab bekerja: Adab-adab bekerja: Amanah Ikhlas Menepati masa Taat kepada pemimpin Tidak mengabaikan ibadah Dalil Naqli: Sabda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kamumelakukan sesuatu perkara dia melakukannya dengan tekun (Riwayat Kepentingan beradab: Meningkatkan prestasi Menghasilkan produk yang berkualiti Rezeki yang halal dan berkat Faedah beradab: Lahir pekerja yang mahir dan berdisplin Prestasi kerja meningkat Dihormati masyarakat Mendapat pahala Ekonomi Negara berkembang Akibat tidak beradab: Dimurkai Allah Pasif dan jumut Dibenci masyarakat Berlaku penindasan dalam masyarakat N egara mundur Kaedah pengajaran: Perbincangan, penerangan, soal jawab dan lakonan 5. Adab menziarahi jiran.

15

Pengertian menziarahi jiran: Mengunjungi orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kediaman kita. Adab-adab menziarahi jiran: Memilih masa yang sesuai Memberi salam dan bersalam Bersopan dan berbahasa dengan lembut Mengawal pendangan Meminta izin apabila hendak beredar Memendekkan tempoh ziarah

Faedah beradab: Mendapat ganjaran pahala Mengeratkan silaturrahim Melahirkan masyarakat harmoni Menghilangkan sifat sombong

Kaedah pengajaran: Penerangan, perbincangan, lakonan dan soa jawab

6. Adab ketika bermain. Adab-adab ketika bermain: Bersalam-salaman Pilih tempat yang sesuai Menutup aurat Mengawal emosi Bersemangat kesukanan Menerima keputusan pengadil Bermaaf-maafan Tidak berdendam Faedah beradab ketika bermain: Dapat menambah kenalan Melatih berdisplin Mengeratkan hubungan Menyayangi peralatan permainan Akibat tidak beradab ketika bermain:
16

Mengganggu permainan Menimbulkan pergaduhan Melemahkan semangat kesukanan Mencemarkan maruah diri Kaedah pengajaran: Penerangan, perbincangan, lakonan,

bandingbeza dan soal jawab. 7. Adab dengan pemimpin Pengertian pemimpin: Orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah kumpulan, persatuan atau organisasi Adab-adab dengan pemimpin. Berterima kasih Menghormati Tidak meninggikan suara Bersifat kasih sayang Berdoa untuk kebaikan Faedah beradab dengan pemimpin: Dikasihi oleh Allah Masyarakat aman dan harmoni Mudah mendapatkan pertolongan Memudahkan pengurusan Kaedah pengajaran: Penerangan, lakonan, soal jawab,

perbincangan dan bandingbeza. 8. Adab menolong guru. Pengertian guru: Orang yang mempunyai ilmu dan menjadi pengajar, pendidik dan pengasuh. Adab-adab menolong guru: Jujur dan ikhlas Menawarkan diri untuk menolong Bercakap sopan dan berbahasa mulia Tidak mengharapkan balasan Sebab-sebab perlu menolong guru:
17

Mengenang jasa guru Mendidik sikap bertanggungjawab Mengembirakan hati guru Merapatkan hubungan guru dengan murid Faedah pengajaran: Mematuhi perintah agama Mendapat keberkatan ilmu Dipercayai dan disukai Berjaya didunia dan akhirat Melatih diri menghormati orang lain Akibat tidak beradab Tiada keberkatan ilmu Pentingkan diri sendiri Bersikap malas Rendah budi perketi Tiada kerjasama Menjadi sombong Kaedah pengajaran: Penerangan, soal jawab, lakonan dan perbincangan. Tahun Enam 1. Adab terhadap tempat dan harta awam: Pengertian: Harta benda awam merupakan kemudahan yang disediakan pihak kerajaan bagi kegunaan umum. Adab-adab terhadap tempat dan harta awam: Guna dengan betul Sayang harta awam Menjaga kebersihan Mengelak pembaziran Ikut peraturan Faedah beradab. Disukai oleh Allah dan masyarakat Mendapat pahala
18

Tidak rosak Dapat digunakan Mengelak pembaziran Akibat tidak beradab; Dibenci masyarakat Mendapat dosa Tidak dapat digunakan lagi Merugikan dan berlaku pembaziran Kaedah: Penerangan, bandingbeza dan soal jawab;

2. Adab kecintaan kepada Negara: Adab-adab kecintaan kepada negara; Menghormati undang-undang Taat kepada pemimpin Mematuhi rukun Negara Menjadi warganegara yang baik Dalil Naqli: Surah Saba ayat 34 Kebaikkan menjadi warganegara yang baik: Negara dalam keadaan selamat Negara disanjung dan disegani Rakyat sentiaa berkorban untuk Negara Rakyat hidup aman dan damai Akibat tidak beradab: Perpaduan Negara akan tergugat Keselamatan Negara tidak akan terjamin Negara akan menjadi lemah dan mundur Imej Negara akan tercemar Kaedah: Penerangan, soal jawab, perbincangan dan lakonan

3. Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar. Kepentingan sungai dan alam sekitar: Sumber air
19

Sumber tenaga Sumber rezeki Laluan pengangkutan Membekalkan udara yang bersih Tempat tinggal yang selesa Tempat mencari rezeki Adab-adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar: Dilarang membuang sampah merata-rata tempat Menebang pokok sesuka hati Mencemarkan sungai dan alam sekitar Kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar: Selamat digunakan Dapat menggelak bencana alam Memastikan udara bersih Menjamin sumber alam yang mencukupi Akibat mengabaikan kebersihan: Air dan udara tercemar Punca rezeki berkurangan Hidup tidak selesa Punca penyakit dan mudah berjangkit Hidupan semakin pupus Kaedah pengajaran: Penerangan, perbincangan, soal jawab dan lakonan. 4. Adab rehlah: Pengertian:Melawat kesesuatu tempat untuk melihat ciptaan Allah. Adab-adab rehlah: Berniat kerana Allah Menjaga maruah diri dan keluarga Bertingkahlaku baik dan bersopan Menjaga keselamatan diri Perkara yang perlu dielakkan semasa berrehlah
20

Bergaul bebas Memakai pakaian yang mendedahkan aurat Mengotorkan tempat rehlah Merosakkan harta benda awam Melakukan perbuatan maksiat Faedah beradab ketika berrehlah: Mendapat keredhan dan rahmat Allah Memelihara keselamatan dan maruah diri Mengambil iktibar daripada cipataan Allah Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah Kaedah pengajaran: Penerangan, perbincangan, soal jawab dan lakonan. 5. Adab dengan manusia dan makhluk lain: Adab-adabnya: Memberi salam Bertanya kabar Hormat-menghormati Ziarah-menziarahi Memeliahara dengan baik Disayangi Dimanfaatkan untuk perkara yang berfaedah Faedah beradab: Mendapat pahala Disayangi dan dihormati orang lain Hidup dengan selesa Dihargai oleh masyarakat Akibat tidak beradab: Mendapat dosa Dikutuk oleh makhluk lain Hidup tidak hermoni Dipinggirkan oleh masyarakat

21

Kaedah pengajaran: Penerangan, perbincangan, lakonan dan soal jawab.

6. Adab menjaga harta benda sekolah: Adab-adabnya: Menggunakannya dengan baik Mematuhi peraturan penggunaan Tidaak menyalahgunakan harta benda sekolah Faedah menjaga harta benda sekolah: Dapat digunakan dengan sebaik mungkin Suasana dalam kelas menadi selesa dan ceria Mendapat pujian dan penghargaan Akibat jika merosakkan harta benda sekolah: Murid akan ditegur olah guru Pembaziran akan berlaku Akan menyusahkan orang lain Dikenakan tindakan disiplin Kaedah penggunaan: Penerangan, perbincangan, lakonan dan soal jawab.

06 Ciri-ciri Komponen Akhlak Antara ciri-ciri utama isi pelajaran komponen akidah di atas, bolehlah dirumuskan meliputi elemen-elemen berikut: 1. Kefahaman konsep dan maklumat 2. Keupayaan memahami yang abstrak 3. Memahami dalil-dalil Naqli 4. Memahami dalil-dalil Aqli 5. Penghayatan nilai akhlak dan nilai-nilai ketuhanan 6. Aplikasi konsep dan nilai.

22

07 Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan dan lain-lain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti

pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan. 08 Kaedah Pengajaran Akhlak Sebelum kita membicarakan tentang kaedah pengajaran, terlebih dahulu kita memperkatakan tentang pengertian kaedah. Ada dua perkataan yang hampirhampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alatalat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-

23

Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Pengajaran Akhlak sangat penting kepada pelajar kerana ianya merupakan asas kepada pendidikan Islam. Dengan ini, guru perlu berusaha

menyampaikan isi pengajaran dengan pendekatan, strategi dan kaedah yang betul. Ini bertujuan supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk pengajaran akhlak. Bagi kurikulum pendidikan sekolah rendah, pengajaran akhlak tahun 1 hingga 6, kaedah yang diguna pakai antaranya:
24

1. Kaedah Soal Jawab. Kaedah ini merupakan kaedah di mana guru mengemukan soalan manakala pelajar pula memberikan jawapan. Kebiasaannya adalah berdasarkan dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta. Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi

pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati. 2. Kaedah Perbincangan: Ianya merupakan satu strategi pengajaran berbentuk perbualan dikalangan pelajar dan dikawal oleh guru. Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar. Ianya hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan, supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.

25

3. Kaedah Syarahan: Kaedah ini juga bolehlah dikatakan kaedah penerangan. Kaedah ini memerlukan guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan dan penerangan kepada pelajar. Ianya berpusatkan kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru. 4. Kaedah Bercerita: Kaedah ini merupakan satu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita. Cerita tersebut mestilah menarik dan menghiburkan pelajar. Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat. Antara ciri-ciri bercerita ialah: i. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. ii. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). iii. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka. iv. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian. 5. Kaedah projek: Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri
26

pengalaman

pembelajaran

dengan

melakukan

sendiri

aktiviti-aktiviti

pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing. Kaedah projek menggalakkan dan pelajar mempelajari Pelajar sesuatu merasa melalui seronok

pengalaman,

permerhatian

percubaan.

menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar

menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. 6. Kaedah Latih Tubi: Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Rukun Iman dan meminta murid menyenaraikan Rukun Iman yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.

27

Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru. 7.Kaedah Amali kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami. Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan,

kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan. Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru. 8. Kaedah Luar Kelas: Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan
28

pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.

Penutup Daripada perancangan akhlak yang tersusun dalam kurikulum pendidikan Islam ini, kita mengharapkan ianya akan mencapai matlamat sebenar pendidikan Islam. Dengan menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam, ianya akan membentuk sikap,, kemahiran, keperibadian yang menjurus kearah kebaikkan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Ini sangatlah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Islam.

29

Rujukan
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.(2004).Huraian sukatan pelajaran dan Pustaka. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.(2006).Buku panduan pengajaran dan pembelajaran tahun 4. Kuala Lumpur.KPM. Dr. Adnan Mohamad Yusoff,(2008) HBIS3203 Pendidikan Islam: Tahun 5 dan 6. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Dr Ismail Abas.(2007).HDIS1103/HBIS1103 Kaedah pengajaran pendidikan Islam.Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Habibah @ Artini Ramlie & Syaryanti Hussin.(2007). Pendidikan Islam Tahun 3. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Muzni Borhan, Mohd Fauzi Daud, Muhsinul Nidzam Abddullah & Zaradi Sudin.(2007). Doc.Sdn.Bhd. Nidzamuddin Zakaria, ,(2008). HBIS3103 Pendidikan Islam. Kuala Meteor Doc.Sdn.Bhd. Saiful Bahri Yaziz & Rozlina Abdul Aziz.(2006). Pendidikan Islam Prasekolah dan Tahun 1. Kuala Lumpur. Meteor Doc.Sdn.Bhd. http://syazalina83.blogspot.com. http://eprints.utm.my/10360/1/KAEDAH_PENGAJARAN_GURU_ DALAM_PENGGUNAAN_ALATAN_TANGAN. Lumpur: Pendidikan Islam Tahun 2.Selangor: Meteor pendidikan Islam tahun 6. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

30

You might also like