You are on page 1of 4

Chapter 6

11.0PENGENALAN

[JJ512 PNEUMATIC & HYDRAULIC]

esuatu ciptaan manusia sebenarnya tidak 100 % sempurna, di mana kekurangannya pasti terdapat samada secara langsung atau tidak langsung. Dengan mengkaji dan mengetahui kekurangan tersebut, penambahbaikan akan meningkatkan lagi kecekapan sesuatu sistem. 11.1 PERMASALAHAN DALAM SISTEM HIDRAULIK Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dalam sistem hidraulik yang boleh mengganggu sistem tersebut, di mana sebahagiannya adalah seperti yang dihuraikan di bawah :11.1.1 Kesan Beban Lebih Ke Atas Pam Kebanyakkan pam digunakan atau beroperasi dibawah keupayaan maksimum untuk memastikan ia tahan lama. Apakah akan terjadi apabila digunakan terus menerus ke tahap maksimum. Ia akan memberi kesan kepada ketahanan galas pam tersebut.

11.1.2 Kesan Kelajuan Lebih Ke Atas Pam. Dengan menambah kelajuan maksimum pam, jangkahayat galas pam akan berkurangan. Katakan pam seperti dalam contoh pertama digandakan kelajuannya kepada dua kali, pengiraan seperti berikut menunjukkan pengurangan jangkahayat pam.

11.1.3 Kesan Peronggaan Ke Atas Pam Peronggaan pam merupakan satu masalah yang terjadi disebabkan penyenggaraan pam yang tidak betul. Peronggaan terjadi apabila bendalir tidak memenuhi semua ruang pam. Ini bermakna terdapat ruang yang dipenuhi oleh udara yang akan memberi kesan kepada kecekapan operasi pam. Peronggaan terjadi apabila kelajuan bendalir yang dikeluarkan oleh pam terlalu laju manakala saluran masuk ke pam tersumbat. Apabila pam terus beroperasi maka terjadilah peronggaan di dalam pam. Apabila perkara ini berterusan, kawasan peronggaan akan diisi oleh wap bendalir yang terhasil disebabkan perbezaan tekanan dan suhu. Masalah peronggaan ini akan menjadi rumit disebabkan kejatuhan tekanan pada kawasan peronggaan akan menyebabkan ianya diisi oleh udara yang sedia terdapat didalam bendalir.
1| M U H A M M A D R E D Z U A N H J N O O R D I N

Chapter 6

[JJ512 PNEUMATIC & HYDRAULIC]

Pam akan mengalami kerosakan apabila peronggaan yang terdapat di dalam minyak (tekanan rendah) bertemu dengan bendalir bertekanan tinggi. Kerosakan adalah disebabkan oleh getaran pam yang terhasil. Getaran pam boleh mengakibatkan kehausan pada komponen pam dan ia boleh merosakkan pam tersebut. 11.1.4 Kebocoran Sistem Pada tanggapan ramai, sistem hidraulik adalah kotor dan kerap bocor. Dengan rekabentuk dan pemasangan dan penyenggaraan yang sempurna, secara amnya kebocoran sistem boleh dikawal dan selalu juga dapat dihapuskan. Jika semua litar bocor, kita tentu tidak berani menaiki kapal terbang. Kebocoran bendalir hidraulik berlaku secara dalaman dan luaran komponen. Kebocoran dalaman yang keterlaluan akan mengurangkan kecekapan sistem dan menjana haba yang boleh merosakkan bendalir. Sedikit kebocoran dalaman adalah disengajakan dalam komponen sebagai pelincir, kawalan pemampas dan lain-lain. Kebocoran luaran bukan hanya mengotorkan tetapi juga membahayakan. Bendalir boleh merosakkan komponen tersebut. Kosnya tinggi bukan hanya bendalir hilang yang terpaksa diganti tetapi menambahkan masa rosak dan prestasi juga merosot. 11.1.5 Masalah-Masalah Lain Terdapat beberapa masalah yang timbul selain daripada masalah yang telah dibincangkan di atas. Masalah-masalah lain adalah seperti di bawah. 11.1.5.1 Masalah Yang Berlaku Pada Silinder Kebocoran Luar Minyak keluar melalui pengelap Kebocoran Dalam Minyak mengalir melalui kelegaan antara piston dan silinder apabila tekanan diberikan. Creeping Bila dikenakan tekanan, piston akan balik ke dalam keadaan asal. Ini adalah disebabkan oleh kebocoran dalam juga. Creeping juga berlaku pada injap kawalan arah pada silinder 2 hala.
2| M U H A M M A D R E D Z U A N H J N O O R D I N

Chapter 6

[JJ512 PNEUMATIC & HYDRAULIC]

Sluggish Disebabkan oleh udara yang ada dalam silinder itu. Udara boleh dimampat, maka sluggish akan berlaku. Kelikatan yang tidak sesuai digunakan juga akan menyebabkan sluggish ini. 11.1.5.2 Masalah Disebabkan Oleh Bendalir

Bendalir berasaskan sintetik dikelaskan sebagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kedap minyak ( oil seal ) yang diperbuat dari getah asli. Ia menyebabkan getah asli itu menjadi lembut dan kembang. Bendalir berasaskan air ialah bendalir tahanapi kerana apabila bendalir itu disentuh dengan punca penyala stim yang dikeluarkan dari air akan mengasingkan udara dari sebahagian pelincir yang mudah terbakar dan juga mengasingkan pelincir dari permukaan yang panas seterusnya menghalang kebakaran. Masalah bendalir berasaskan air dan minyak Mudah berkarat disebahagian sistem yang diperbuat dari besi. Menyebabkan kehausan pada aci, silinder dan komponen lain kerana kekurangan pelinciran. Kemungkinan menjadi beku di kawasan yang bercuaca sejuk Peralatan yang besar diperlukan. 11.1.5.2 Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik Berikut disenaraikan kriteria untuk memilih bendalir bagi digunakan sebagai bahantara yang terbaik : Tidak boleh dimampatkan Pada umumnya ia boleh dimampatkan sedikit tetapi pada tekanan yang tinggi. Mesti mempunyai indeks kelikatan yang tinggi Minyak hidraul mempunyai indeks kelikatan yang tinggi tidak kurang daripada 80. Indeks kelikatan yang sesuai bagi sesuatu minyak hidraul ialah 100 tetapi dengan penambahan bahan kimia, indeks kelikatan yang lebih tinggi boleh dicapai. Mempunyai sifat perasingan bauran. Dalam operasi sistem hidraul, lembapan akan diserap oleh minyak hidraul. Ia adalah disebabkan oleh kebocoran pengalir haba dan juga mendapan. Apabila air bercampur dengan minyak, bauran akan terhasil. Ini adalah satu keburukan dan

3|

M U H A M M A D

R E D Z U A N

H J

N O O R D I N

Chapter 6

[JJ512 PNEUMATIC & HYDRAULIC]

mesti dielakkan. Minyak hidraul mestilah mengandungi sifat pemelowapan supaya ia boleh mengasingkan bahan air itu. Mestilah mempunyai sifat pencegah karat Sebenar sifat pencegah karat yang baik tanpa sebarang penambahan pencegahan pengoksidanan, ini adalah sebab kejadian sesuatu oksidanan yang menyaluti dipermukaan logam dan menghalang kejadian oksida, oleh itu bahan pencegah karat hendaklah ditambah. Mempunyai sifat pelinciran dan kekuatan lapisan Untuk menghalang kehausan, lapisan minyak amatlah perlu untuk mengasingkan kedua-dua komponen yang bergerak bersama. Lapisan minyak akan melicinkan permukaan komponen tersebut. Mempunyai sifat pencegah buih Pada umumnya minyak galian tidak ada keupayaan menjadi buih. Cara yang terbaik untuk menghalang kejadian buih ialah dengan menggunakan minyak yang mempunyai kestabilan kimia yang tinggi dan mengurangkan udara dari sistem. Mempunyai kestabilan kimia Suhu yang tinggi akan merosakkan kestabilan kimia di dalam minyak hidraul. Ini akan menyebabkan kejadian oksida dan menghasilkan gam dan kotoran. Mempunyai sifat pencegah toksid Ia tidak akan membahayakan kulit kita apabila tersentuh. Tidak merosakkan penyendal/kedap Bahantara yang dipilih mestilah tidak merosakkan penyendal / kedap dimana ianya tidak akan memendekkan jangka masa hayat komponen tersebut. Mempunyai sifat senang dipam Bendalir yang mempunyai ketumpatan bandingan yang tinggi adalah sukar dipam dan senang terjadi perongaan dan kesukaran dalam pengaliran. Tahan lama, tidak berubah sifat kimianya semasa disimpan Bendalir mestilah bersifat tahan lama dan tidak berubah sifat kimianya dalam jangkamasa yang panjang. Tidak mudah terbakar Bendalir yang dipilih mestilah tidak mudah terbakar. Harga yang berpatutan Bendalir yang dipilih mestilah mudah diperolehi dan kosnya berpatutan.
4| M U H A M M A D R E D Z U A N H J N O O R D I N

You might also like