You are on page 1of 6

SERVIS QS Perkembangan pesat sektor pembinaan negara menyaksikan lebih banyak peluang kerjaya sebagai arkitek, jurutera atau

juruukur bahan diperlukan dalam industri berkenaan.Dikategorikan sebagai kerjaya profesional, populariti arkitek atau jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan juru ukur bahan yang kurang menonjol biarpun peranannya begitu penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Sejak kebelakangan ini juga, wujud permintaan tinggi terhadap juruukur bahan dan ia dikatakan masih belum mencukupi biarpun beratus graduan dilahirkan universiti tempatan setiap tahun. Gambaran ini secara tidak langsung menunjukkan prospek cerah kerjaya sebagai juruukur bahan. Peranan dan tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat luas sama ada dalam peringkat pra kontrak atau pun pasca kontrak. Juru ukurbahan akan terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan dari peringkat permulaan awal projek sehingga ke peringkat penyelesaian akaun terakhir. Royal Institute of Surveyor Malaysia (RISM) secara umumnya telah menyediakan pembahagian khidmat juruukur bahan professiona kepada 2 katogeri iaitu servis utama dan servis sampingan. Servis utama yang dilakukan oleh juruukur bahan pertamanya adalah penyediaan anggaran awal dan pelan perancangan kos. Anggaran awal akan dirangka oleh juruukur bahan berdasarkan maklumat awal dari klien dan lukisan kasar arkitek. Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh juruukur bahan di dalam membuat anggaran awal ini iaitu teknik keluasan lantai, isipadu dan jumlah unit. Anggaran ini akan dijadikan rujukan asas oleh klien dalam menetapkan perbelanjaan projek. Perancangan kos pula merupakan pelan cadangan perbelanjaan keatas projek yang telah diagihkan untuk tiap-tiap elemen bangunan tersebut. Di dalam membuat perancangan kos ini, juruukur bahan memerlukan lukisan asas projek, maklumat berkenaan bahan binaan yang akan digunakan, maklumat kontrak dan analisis kos dari projek-projek lepas. Servis utama yang kedua adalah penyediaan Bill of Quantities (BQ). Bill of Quantities (senarai kuantiti) adalah merupakan senarai kerja-kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor. Ia merupakan satu bahagian yang paling penting dari kandungan dokumen kontrak yang berasaskan kuantiti. Senarai kunatiti ini harus dihargakan oleh kontraktor sebagai asas tawaran di dalam proses tender. Senarai kuantiti disediakan oleh juruukur bahan apabila lukisan terperinci telah diterima daripada arkitek dan jurutera struktur projek. Di dalam senarai kuantiti, juruukur bahan perlu menerangkan jenis kerja, jenis dan saiz bahan binaan, cara pemasangan, kuantiti dan unit. Di dalam membuat senarai kuantiti ini, juruukur bahan akan berpandukan kepada piawai pengukuran tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak lembaga atau jabatan. Servis utama yang ketiga adalah penyediaan dokumen dan laporan tender. Dokumen tender atau dokumen penawaran adlah suatu dokumen yang digunakan untuk memanggil dan memilih kontraktor bagi sesuatu projek. Kandungan dokumen tender ini antara lain adalah borang tawaran, syarat-syarat tender, senarai kuantiti, jadual kadar harga, spesifikasi dan lampiran. Selain tugas menyiapkan kelengkapan dokumen tender, juruukur bahan juga memberi nasihat kepada klien tentang jenis tender yang akan digunakan seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan sebagainya. Apabila tarikh penutupan telah tiba, juruukur bahan akan membuat penilaian keatas tender-tender yang diterima dari kontraktor yang bertanding. Penilaian biasa dibuat berdasarkan pensyaratan atau format yang telah dinyatakan oleh klien. Penilaian ini kemudian akan disusun dalam suatu laporan yang dipanggil laporan tender. Laporan tender ini antara lain nya menyenaraikan senarai petender yang bertanding mengikut turutan tawaran harga/kos, kelebihan

dan kekurangan masing-masing, dan cadangan kontraktor yang layak untuk dilantik, meskipun keputusan muktamad sebenarnya berada di tangan klien. Servis utama yang keempat pula adalah penyediaan dokumen kontrak. Dokumen kontrak adalah dokumen perjanjian antara klien dan kontraktor yang telah dipilih. Diantara perkara penting terkandung didalam dokumen kontrak ini adalah harga/kos kontrak serta tempoh penyiapan projek. Juruukur bahan akan menyediakan syarat-syarat didalam dokumen kontrak samaada atas permintaan klien dengan menggunakan borang kontrak setara tertentu ataupun yang telah diubah mengikut keperluan. Servis utama yang seterusnya adalah membuat penilaian kerja dan penyata kewangan. Penilaian kerja perlu dilakukan bagi menetapkan bayaran berperingkat yang sepatutnya diterima oleh pihak kontraktor. Kerja kerja penilaian ini akan dilakukan oleh juruukur bahan dan disertai bersama oleh wakil dari pihak kontraktor. Juruukur bahan juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Servis utama yang terakhir dilakukan oleh juruukur bahan adalah penyediaan Final Account (akaun muktamad). Selepas tamat tempoh pembinaan , juruukur bahan seterusnya akan menyediakan suatu laporan akaun muktamad. Laporan ini mengandungi semua bayaran yang telah dibuat dan perubahan-perubahn yang timbul sepanjang proses pembinaan berjalan. Penyediaan akaun muktamad ini penting bagi menilai jumlah kos perbelanjaan sebenar yang ditanggung oleh klien dalam menyiapkan sesuatu projek. Bagi servis-servis sampingan pula, antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh juruukurbahan adalah yang pertamanya, penyediaan kajian kemungkinan (feasibility study) dan aliran tunai kewangan (financial cash flow). Sebelum kerja-kerja pembinaan mula dijalankan, pihak klien lazimnya memerlukan suatu laporan tentang sebesar mana kemungkinan pembinaan yang dirancang dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, ianya memerlukan nasihat yang tepat berkenaan harga sesuatu tanah, kemungkinan kos bangunan, kemungkinnan harga sewa dan harga jual bangunan yang telah siap. Kajian kemungkinan cenderung digunakan bagi projek pembinaan dengan tujuan komersil seperti pembangunan kawasan perumahan pelbagai jenis. Servis sampingan yang kedua pula adalah pelaksana dalam proses timbangtara (arbitration) dan litigasi. Selain dikenali sebagai pakar dalam bidang kos dan kewangan, juruukur bahan juga mempunyai latar belakang yang kukuh didalam disiplin ilmu undang-undang pembinaan. Dengan pengetahuan yang luas di dalam bidang undangundang pembinaan ini, ia dapat membantu perselisihan (dispute) yang terjadi diantara pihak-pihak yang berkontrak samaada dalam bentuk timbangtara (arbitration) atau litigasi. Dengan penglibatan dan kepakaran juruukur bahan di dalam hal ini, maka perasan tidak berpuas hati dalam menang kalah antara pihak yang bertikai dapat dihindari. Servis sampingan yang seterusnya ditawarkan oleh juruukur bahan adalah menyediakan dokumen dan laporan bagi pra-kelayakan kontraktor. Pra-kelayakan kontraktor biasanya dijalankan untuk cadangan pembinaan projek-projek besar dan rumit dimana kualiti suatu projek merupakan tujuan utama. Ia memerlukan kontraktor-kontraktor berpengalaman dan pernah melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan rekod yang baik. Tujuan pra-kelayakan ini adalah agar kontraktor-kontraktor yang akan memasuki tender nanti adalah dalam kalangan yang terbaik dalam industri. Terdapat beberapa lagi servis sampingan/tambahan yang dijalankan oleh juruukur bahan seperti menjalankan pengukuran semula kerja-kerja pembinaan yang disebabkan oleh perubahan dalam rekabentuk atau kedudukan bangunan dan penyediaan kos akhir bagi dokumen kontrak berdasarkan senarai kuantiti sementara/awalan (Provisional Bill of Quantities).

Dengan huraian diatas dapat disimpulkan bahawa khidmat juruukur bahan adalah sangat penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Perkhidmatan atau servis juruukur bahan kini telah diterima pakai dan berkembang luas bukan sahaja untuk projek bangunan biasa tetapi turut melibatkan projek kejuruteraan berat seperti projek pembinaan empangan, lapangan terbang, pelantar carigali petroleum, pembinaan kapal, etc. Perkhidmatan juruukur bahan ini dalam erti kata lain juga telah memberikan good value for money kepada klien dan kontraktor. Oleh yang demikian diharapkan profesion juruukur bahan akan terus berkembang dan kekal relevan didalam industri.

ETIKA QS Sesuatu profesion hanya boleh hidup dan terus bertahan didalam industri jika masyarakat umum mengekalkan kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap mereka. Mengendalikan kerja atau perkhidmatan secara professional dan penuh beretika akan meletakkan sesuatu profesion itu tinggi martabatnya dimata masyarakat. Juruukur bahan diantara kerjaya professional di dalam industri pembinaan yang bertanggungjawab dalam mengawal kos dan kewangan projek. Sebagai juruukur bahan, beretika dan telus dalam menjalankan kerja adalah sangat penting kerana mereka diletakkan kepercayaan dalam mengendalikan tugas besar dalam projek seperti mengurus perjanjian kontrak, kaedah perolehan, pembayaran dan penilaian kerja (valuation). Bagi menjaga kewibawaan profesion ini agar dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat, terdapat beberapa garis panduan etika dan akta telah digubal oleh lembaga dan institusi yang berkaitan. Didalam Kaedah-Kaedah Juruukur Bahan (Pindaan 1995), yang terdapat dalam Akta Juruukur Bahan 1967, telah disenaraikan secara terperinci tanggungjawab dan etika yang harus diamalkan oleh seseorang juruukur bahan berdaftar. Garis panduan yang pertama adalah dari segi kelakuan dan tatatertib. Seorang juruukur bahan bertanggungjawab mempertahankan martabat, pendirian dan reputasi profesion ukur bahan. Mereka dilarang berkelakuan atau melakukan perbuatan yang tidak diingini atau mengaibkan pada pendapat Lembaga. Sebagai contoh, seorang juruukur bahan yang berdaftar tidak boleh menjalankan aktiviti atau perkhidmatan diluar bidangkuasa professional yang telah ditetapkan oleh RISM seperti menjaja dipasar malam atau bekerja sampingan dikelab malam. Aktivti-aktivti seperti ini sebenarnya secara tidak langsung telah merendahkan reputasi dan standard profesion juruukur bahan. Garis panduan yang kedua adalah dari segi pemberian perkhidmatan. Seorang juruukur bahan perlu memastikan klien atau sesiapa sahaja yang mendapatkan khidmat professional darinya diberi layanan, sokongan dan rundingan yang terbaik mengikut terma-terma yang telah dipersetujui. Seorang juruukur bahan perlu menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang servis-servis professional yang ditawarkan kepada klien. Dalam menjalankan sesuatu perkhidmatan juga, juruukur bahan perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak klien sebelum sesuatu perkhidmatan itu dilakukan. Mereka juga perlu telus dan tidak berselindung dalam menerangkan tentang yuran/cas perkhidmatan seperti yuran rujukan (referral fees), komisen, etc. Seorang juruukur bahan juga perlu menjalankan tugas hanya didalam skop kecekapan/kepakaran mereka. Sebagai contoh, jika didapati perkhidmatan yang diminta oleh klien berada diluar skop kepakaran, seorang juruukur bahan seharusnya membantu mereka dengan terlebih dahulu menjelaskan bahawa juruukur bahan bukanlah pakar/perunding terbaik didalam perkhidmatan tersebut. Seterusnya juruukur bahan seharusnya membantu klien terbabit mendapatkan rujukan pihak perundingan yang mahir dalam perkhidmatan yang diminta. Garis panduan yang ketiga pula adalah dari segi tanggungjawab integriti. Seorang juruukur bahan perlu menjalankan tugas dan perkhidmatan mereka dengan penuh amanah dan kejujuran. Seorang juruukur bahan tidak boleh menerima bayaran/imbuhan selain daripada pihak majikan/klien terhadap perkhidmatan yang diberikan kecuali jika terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak majikan. Mereka juga tidak boleh menerima atau menawarkan apa-apa komisyen yang haram pada pandangan Lembaga. Mereka juga perlu menghormati dan menjaga segala

maklumat peribadi/sulit syarikat didalam menjalankan kerja. Sebagai contoh, di dalam proses menender, seorang juruukur bahan yang berkhidmat dipihak klien memegang tanggungjawab untuk merahsiakan kos bajet dari pengetahuan kontraktor yang bertanding. Biarpun disogok dengan apaapa bentuk imbuhan seperti hadiah, wang atau keistimewaan (privilage), seorang juruukur bahan yang beretika seharusnya amanah dengaan tidak menolak tawaran-tawaran tersebut. Garis panduan yang keempat pula adalah dari segi akauntabiliti. Seorang juruukur bahan perlulah bertanggungjawab dengan segala tingkahlaku dan kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka. Mereka perlulah menjalankan kerja dengan tekun dan memaksimumkan kemahiran yang ada. Jika ada individu yang tidak berpuas hati atau membuat aduan tentang sesuatu kerja yang telah di lakukan, mereka seharusnya mengendalikan masalah tersebut dengan penuh profesional dan bijak. Jika mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu terus bertanya dan merujuk dari rakan kerja profesional yang lain didalam organisasi atau dari lembaga/institusi yang berkaitan. Dari segi tanggungjawab kerja pula, juruukur bahan tidak boleh memainkan peranan sebagai perunding bagi pihak klien dan kontraktor untuk projek yang sama tanpa arahan klien. Juruukur bahan juga tidak boleh campurtangan atau mengambil alih amalan juruukur bahan lain. Namun terdapat pengecualian jika jurukur bahan tersebut bekerja untuk majikan yang sama dan mendapat izin dari juruukur bahan asal bagi amalan tersebut. Melalui hurain diatas dapat disimpulkan bahawa amalan kerja yang dilakukan berdasarkan garisgaris etika sangat penting untuk meningkatkan kewibawaan seorang juruukur bahan profesional. Dapat juga kita kenalpasti bahawa etika mempunyai hubungan yang jelas dengan integriti dan profesionalisme sesuatu pekerjaan. Cuba kita bayangkan sekiranya segala garis-garis etika ini tidak dipatuhi. Apa yang terjadi kepada kewibawaan profesion juruukur bahan pada masa depan? Etika dan kelakuan profesional ini sebenarnya bukanlah sukar untuk diikuti terutama bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama. Oleh itu pastikan lah kita menjadi bukan sekadar terpelajar (educated) tetapi juga terdidik dalam tindakan harian dan etika (well-behaved and well-mannered).

PASCA KONTRAK Dent (1974) dan Tuner (1994) mengelaskan peranan juruukur bahan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-kontrak dan pasca kontrak. Pada kebiasaannya, kerja pra-kontrak disediakan oleh juruukur bahan sebelum kontrak ditandatangani. Ini termasuk penyediaan senarai kuantiti bersama dengan perkhidmatan lain. Kerja pasca kontrak pula bermula dengan serta merta selepas kontrak dianugerahkan dan ditandatangani oleh kontraktor yang menang bertanding. Sebagai salah satu pemain utama didalam pasukan projek, jur

You might also like