You are on page 1of 19

PROFIL INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

NAMA INSTITUSI : INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK ALAMAT TELEFON FAX TALIAN TERUS LAMAN WEB EMAIL : INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, JALAN SMK AGAMA SIK, 08200 SIK, KEDAH : 04-4695964 / 4692045 : 04-4693416 : 04-4620227 : http://www.ikm.edu.my/sik/ : ikmsik@mara.gov.my ATAU webmaster_ikmsik@yahoo.com

DASAR KUALITI : Kami sentiasa komited kepada Latihan & Kemahiran yang berkualiti. MOTO : KEMAHIRAN MEMACU KITA KE ARAH KEJAYAAN

MATLAMAT & OBJEKTIF IKM SIK i. ii. iii. iv. Memastikan prestasi penilaian pelajar sekurang-kurangnya 80% lulus pada setiap semester. Memastikan sekurang-kurangnya 5% pelajar mendapat CGPA 3.0 ke atas bagi setiap semester. Memastikan sekurang-kurangnya 5% pelajar mendapat Anugerah Pengetua bagi setiap semester. Melaksanakan proses penyeliaan terhadap tenaga pengajar sekurang-kurangnya 2 kali dalam masa setahun bagi memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran sentiasa terkawal.

PIAGAM PELANGGAN i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Urusan pendaftaran pelajar baru akan selesai dalam tempoh 1 jam bagi setiap pelajar setelah segala dokumen berkaitan lengkap di isi. Setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 5 minit. Dokumen pembayaran elaun pelajar akan dihantar ke Ibu Pejabat MARA dalam masa 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan boring lengkap. Proses Pembayaran belanja mengurus kepada pembekal akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan invois. Aduan- aduan yang diterima akan di beri maklum balas selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Keputusan peperiksaan akhir pelajar akan dihantar kepada pelajar selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh kelulusan mesyuarat senat dikeluarkan. Mengadakan Majlis konvokesyen sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Mengadakan Minggu Silaturrahim untuk pelajar baru bagi setiap sesi pengambilan.

VISI Peneraju Latihan Kemahiran Negara Terunggul Bertaraf Dunia MISI Menjadikan latihan kemahiran MARA sebagai peneraju & role model kepada latihan kemahiran negara. Melahirkan tenaga kerja bumiputera yang berdaya saing, terlatih, beretika, berinovasi & memiliki minda kelas pertama Melahirkan teknopreneur glokal ke arah pembangunan MPPB

ANUGERAH EMAS TRAINING KIT PERTANDINGAN REKACIPTA & INOVASI MARA KE-6 2006 KKTM BALIK PULAU

PENGIKTIRAFAN SATANDARD 5S

ANUGERAH KATEGORI PEREKA MUDA PERTANDINGAN INOVASI ZON UTARA MALAYSIA INOVATIF 2010 27 FEBRUARI 2010

ANUGERAH PINGAT GANGSA GRAPHIC DESIGN PERINGKAT KEMAHIRAN MALAYSIA KALI KE 21

ANUGERAH GANGSA KATEGORI OPEN ROBOT INTERNATIONAL ROBOT OLYMPIAD COMPETITION 2008 INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA GOMBAK

ANUGERAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA & KETIGA PERTANDINGAN GRAFITI RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SIK 2008

4 ANUGERAH EMAS & SATU PERTANDINGAN INOVASI & REKACIPTA KE 4 DI KKTM PASIR MAS 2009

Pelbagai fasiliti disediakan bagi keselesaan pelajar dan staf antaranya adalah kemudahan penginapan seperti Asrama Lelaki & Wanita, Kedai Koperasi, Perkhidmatan Dobi dan Dewan Selera. Begitu juga dengan kemudahan insfrastruktur seperti Kafeteria, Dewan Mudarraj Al-Biruni, Surau, Perpustakaan dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan kemudahan sukan juga disediakan bagi meningkatkan kualiti dan semangat kesukanan dikalangan pelajar. Antaranya adalah padang bola,gelanggang bola tampar,gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton.

SEJARAH IKM Sejarah penubuhan Institut Kemahiran MARA Sik adalah di atas cadangan bagi memindahkan IKM Alor Setar yang sedia ada ke lokasi baru iaitu di Daerah Sik. Ini kerana pajakan tanah Kerajaan Negeri selama 25 tahun telah tamat dan kawasan untuk pembesaran adalah terhad. LOKASI DAN KELUASAN TAPAK IKM Sik terletak di Sik Dalam, Daerah Sik, Kedah dengan keluasan 33 ekar dan harga tanah bernilai RM 3.0 juta. Jenis syarat asal tanah adalah jenis getah, sawah dan tanah kampung. Bangunan direka khas oleh Azmi Luddin Architects yang telah menelan belanja lebih kurang RM 47.0 juta. Kos keseluruhan adalah berjumlah kira-kira RM 67.7 juta termasuk bangunan, tanah, bayaran ikhtisas, peralatan dan kelengkapan. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 24 April 2000 yang disempurnakan oleh YAB Dato Seri Hj Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y. Bhg. Tuan Hj Abdul Karim Haron (Ketua Pengarah MARA), Tuan Hj Abdul Aziz Abdul (Pengarah Bahagian Kemahiran MARA), Pengarah MARA Negeri Kedah dan tetamu-tetamu jemputan. BILANGAN STAF Penempatan kakitangan yang bermula dengan Pengetua, Penolong Pegawai Tadbir (K) dan beberapa tenaga pengajar bermula pada Januari 2004. Mereka ditempatkan di Bahagian Kemahiran dan kemudian ditempatkan pula di Pejabat MARA Daerah Sik sebelum masuk ke kawasan IKM Sik.

Pada 1 Ogos 2004 semua kakitangan yang ada berpindah ke dalam kawasan IKM Sik dengan dikendali oleh 30 kakitangan dan tenaga pengajar. En. Ahmad Jalaludin Bin Hj Mohd Wahi adalah Pengetua yang pertama dilantik oleh MARA bagi menerajui Institut Kemahiran MARA Sik dan En. Wan Saiful Baharin Bin Wan Ahmad Marzuki sebagai Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh beberapa orang kakitangan pentadbiran yang lain. Berikut adalah jumlah staf setakat Julai 2013:

Staf Pentadbiran : 28 orang Pendidik : 83 orang

Pada 1 Ogos 2004, pengambilan pelajar sesi pertama telah dilakukan. Dengan bilangan tenaga pengajar yang amat terhad, berbagai masalah terpaksa dihadapi dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran. Walaubagaimanapun, semua kekurangan itu telah dapat diatasi dengan semangat kekeluargaan dan lahirlah IKM Sik yang ceria dan mempunyai satu organisasi yang kukuh dan cemerlang. Berikut adalah bilangan pelajar setakat Julai 2013:

Bilangan Pelajar : 639 orang

KURSUS / PROGRAM Pada awal penubuhan, hanya 4 kursus dijalankan bagi sesi pengajian Jun-Disember 2004 iaitu :

Kursus Teknologi Elektronik Kursus Teknologi Pengiklanan & Rekabentuk Grafik Kursus Teknologi Komputer Kursus Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara

Pada sesi pengajian Jun-Disember 2005, telah ditambah 3 lagi kursus baru iaitu :

Kursus Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera) Kursus Teknologi Elektrik (Domestik & Industri) Kursus Teknologi Lanskap

You might also like