You are on page 1of 3

1.

Berikan definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan.

Definisi: - Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. - Dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Konsep: - Perlembagaan Bertulis: merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen - Perlembagaan Tidak Bertulis: merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. - Perlembagaan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis. Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan di mana Mengamalkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. - Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bad, 183 perkara dan 13 jadual yang menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. Ia juga menyentuh aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya. 2. Jelaskan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Terdapat 4 unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan (i) Pemerintahan Beraja Perkembangan Masa Sistem Keterangan Sebelum kedatangan Pemerintahan - Raja berkuasa mutlak British beraja - Berkuasa penuh dalam segala urusan pemerintahan dan pentadbiran Semasa penjajahan Pemerintahan - Raja masih berkuasa tetapi British berdaulat perlu mendapat nasihat Residen dalam sesetengah hal. Semasa Perang Dunia Malayan Union - Raja sebagai pemerintah tetapi Ke-2 (Pemerintahan kuasa mereka dihadkan kepada bercorak kesatuan) hal agama Islam dan istiadat Melayu. Selepas merdeka Sistem beraja - Kuasa raja dibataskan oleh mutlak ditukar perlembagaan dan raja kepada Sistem Raja dikehendaki menjalankan kuasa Berparlimen pemerintahan berpandukan perlembagaan dan undangundang negara. Kewujudan institusi beraja amat penting kerana berperanan sebagai tonggak kepada kestabilan politik negara dan menjadi lambang perpaduan kaum. Perkara 38: Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat

undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.
(ii) Agama Islam Perkembangan Masa Sebelum kedatangan British Keterangan Orang Melayu masih kuat berpegangan ajaran Islam. Semasa penjajahan British Pihak British campur tangan dalam semua urusan kecuali hal agama Islam dan istiadat Melayu masih di bawah kuasa raja-raja Melayu. Selepas merdeka - Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Kaum bukan Islam dibenarkan menganuti agama masing-masing. - Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diberi kuasa oleh perlembagaan untuk menubuhkan, menyelenggarakan atau membantu. Perkara 3: Islam adalah agama Persekutuan mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama. (iii) Bahasa Melayu Perkembangan Masa Sebelum Perang Dunia Ke-2

Keterangan Bahasa Melayu digunakan dengan meluas untuk keperluan rasmi. Selepas Perang Dunia Ke-2 - Sistem perundangan Inggeris (Malayan union) - Bahasa Inggeris semakin diterima sebagai bahasa pentadbiran. - Bahasa Melayu masih digunakan dalam urusan kerajaan tertentu. Selepas merdeka - Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan, tanpa menghalang hak kaum bukan Melayu untuk terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing. - Akta Bahasa Kebangsaan (1967) menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Perkara 152: Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. (iv) Kedudukan Istimewa Orang Melayu Keterangan Orang Melayu terlibat dalam ekonomi tradisi dan tiada ancaman daripada kaum Cina dan kaum India. British memperkenalkan dasar pintu terbuka di

Perkembangan Masa Sebelum kedatangan British Semasa penjajahan British

mana ramai kaum Cina dan India ke Tanah Melayu terlibat dalam perlombongan dan perladangan getah. Kaum Melayu di abaikan dan dikekalkan dalam ekonomi tradisi luar bandar. Hak dan keistimewaan orang Melayu langsung tidak disebutkan. Selepas merdeka Orang Melayu memperoleh hak dan kedudukan mereka semula. Perkara 153: Kedudukan istimewa orang-orang Melayu terpelihara. Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain. Perkara 89: Melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan Melayu.

KESEIMBANG AN

You might also like