You are on page 1of 1

Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834 - 1934)

okoh guru pondok akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang

seangkatan denganTok Mesir, Tok Ayah Kerasak dan Hj. Nik Mat Dagu. Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malek b. Hasan. Lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Mekah selama 14 tahun. Beliau masyhur alim Quran dan kitab Jawi. Selain mengajar al-Quran dan kitab Jawi beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir. Di peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel yang dijadikan pakar rujuk oleh Sultan Mansor Ibnu Sultan Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguat kuasakan undang-undang Islam seperti hukuman Hudud sepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling Pekan), hukuman ta'zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking). Antara murid beliau ialah Tok Jerulong, Tok Kedah, Tuan Guru Hj. Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Hj. Abdullah Senik, Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Osman, Hj Ibrahim Tok Raja, dan Haji Seman Sering dan lain-lain. Beliau juga merupakan Datuk kepada Dato' Dr. Nik Safiah Karim (Prof. Adjung di Universiti Malaya). Beliau telah meninggal dunia di Sungai Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan 1353 bersamaan 18 Disember 1934.

You might also like