You are on page 1of 76

BAB 3

MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN

2.1 Sistem Maklumat Kewangan

2.5 Kawalan Kewangan

MAKLUMAT & ANALISIS KEWANGAN

2.2 Penyata Kewangan

2.4 Nisbah Kewangan 2.3 Belanjawan Tunai

2.1 SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN


a)

PENGERTIAN ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK.


Aset Semua harta yang dimiliki oleh perniagaan. Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa. Aset Semasa aset yang mempunyai darjah kecairan yang tinggi dan boleh ditukar kepada tunai dalam jangka masa kurang daripada setahun. Contohnya tunai,. Aset semasa yang mempunyai tahap kecairan yang paling rendah ialah inventori dan Akaun Belum Terima. Aset Bukan Semasa aset perniagaan yang mempunyai jangkahayat lebih satu tahun. Contoh: Mesin, jentera. Aset-aset lain aset tidak ketara, tidak terlibat di dalam operasi firma contohnya muhibah, hak cipta, tanda dagangan dan paten.
3

Liabiliti
Semua obligasi yang ditanggung oleh perniagaan.
Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Liabiliti Semasa- hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan tidak melebihi tempoh satu tahun. Contoh : ABB, Terakru Liabiliti Jangka panjang- pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh melebihi setahun. Contoh : Pinjaman Jangka Panjang dan Bon. (Bon ialah sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam untu mendapatkan sumber kewangan).
4

Ekuiti Pemilik
Merujuk kepada pelaburan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan (pemegang saham).

Amaun yang dilabur mungkin dalam bentuk wang, bangunan, dan kereta.
Tiga item Ekuiti Pemilik: i) saham biasa ii) premium modal iii) pendapatan tertahan.

b) PENGERTIAN HASIL, BELANJA DAN KEUNTUNGAN

Hasil
Hasil adalah perolehan dari perniagaan yang menambahkan nilai aset melalui penjualan barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit. Terdapat dua kategori hasil iaitu i) Hasil jualan dan perkhidmatan - Cth: Hasil jualan buku. ii) Hasil-hasil lain Hasil selain daripada hasil jualan barang niaga dan perkhidmatan seperti faedah diterima, dividen diperolehi.

Belanja

Aliran keluar sumber-sumber perniagaan melalui pembelian barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit. Contoh: Belanja sewa, elektrik.

Keuntungan
- Perolehan perniagaan apabila hasil yang dijana daripada operasi perniagaan melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam usaha mendapatkan hasil. - Boleh menambahkan jumlah ekuiti pemilik. ( tunjukkan penyata pendapatan )

c) PERSAMAAN PERAKAUNAN
Aset = Liabiliti + Ekuiti ( Dana Pemegang Saham ) Persamaan perakaunan mengambil kira kedudukan aset-aset perniagaan dan sumber-sumber terhasilnya aset tersebut sama ada daripada pembiayaan sendiri iaitu dalam bentuk modal atau daripada pihak luar iaitu melalui tanggungan.

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Nilai Buku ( Dana Pemegang Saham atau Nilai Bersih )

- Nilai buku ialah ASET perbezaan di antara jumlah aset dengan LIABILITI = EKUITI PEMILIK jumlah liabiliti Ekuiti pemilik, selain disebut dana pemegang saham juga dikenali Sebagai aset bersih atau NILAI BUKU.

10

Modal Kerja

Modal kerja ialah dana yang berhubung kait dengan aset-aset semasa dan bagaimana syarikat menguruskan aset semasa ini untuk membayar balik semua tanggungan. Modal kerja firma iaitu dana yang digunakan untuk menjalankan operasi semasa . Untuk mendapatkan mendapatkan modal kerja, dengan menolak aset semasa dengan liabiliti semasa.

MODAL KERJA = MODAL KERJA BERSIH = ASET SEMASA LIABILITI SEMASA

11

2.2 PENYATA KEWANGAN

Memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan keputusan.

&

membuat

Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh : a. Kreditor ( Institusi Kewangan ) b. Kerajaan menentukan cukai perniagaan & perancangan pembangunan ekonomi. c. Pemegang saham ( saham keutamaan dan saham biasa ) d. Pihak Pengurusan ( Organisasi ) Terdiri daripada Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Ekuiti Pemilik

12

Kunci Kira-Kira
- Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. - Memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. - Data yang ditunjukkan dalam KKK merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. - Perkara asas dalam KKK ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. - Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat. - Menyenarai semua obligasi iaitu liabilitinya. - Menyenarai semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik. - Kunci kira-kira disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

13

Penyata Pendapatan
-

Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi suatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ) Pendapatan Bersih = Jumlah Hasil Jumlah Perbelanjaan

14

Penyata Aliran Tunai


Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan. Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti kewangan iaitu operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan.

15

Penyata Aliran Tunai


Termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal kerja

1.Aliran tunai daripada aktiviti operasi

2.Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang, mesin, kilang dan aset tetap lain.

3. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.

Menunjukkan aliran tunai aktiviti Pembiayaan modal syarikat iaitu Penjualan atau penamatan bon, Saham utama dan saham biasa
16

Penyata Ekuiti Pemilik.

Ekuiti pemilik merupakan baki setelah aset ditolak dengan libiliti.


Ekuiti pemilik menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada. Ekuiti pemillik syarikat terdiri daripada modal berbayar, premium saham, pendapatan tertahan dan rizab.

17

2.4 NISBAH KEWANGAN NISBAH KEWANGAN

a) JENISJENIS NISBAH KEWANGA N


b) MENILAI PRESTASI KEWANGAN

c) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN

18

2.4 NISBAH KEWANGAN Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.

19

a) JENIS NISBAH KEWANGAN


NISBAH KECAIRAN NISBAH PELABURAN

NISBAH KEBERUNTUNGAN

NISBAH AKTIVITI

NISBAH HUTANG

20

2.4 JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)


Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diistihar bankrap. Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang. Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit di masa hadapan.
21

Nisbah Semasa
NISBAH KECAIRAN Nisbah Segera (cepat)

22

a) Nisbah Semasa (current ratio)


Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Nisbah ini mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. mampu membayar balik hutang jangka pendek dengan mendapatkan nisbah semasa lebih daripada 1. Nisbah yang kurang dari satu menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

23

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti semasa

Data rujuk kunci kira-kira syarikat STP Utama Nisbah Semasa = 464 580= 1.52 kali 304 675

- Nisbah semasa syarikat STP utama ialah 1.52 kali, setiap RM1.00 liabiliti semasa dapat ditampung dengan RM1.52 aset semasa, ini menunjukkan syarikat mempunyai lebihan aset semasa sebanyak RM0.52.

24

b) Nisbah Cepat /Segera (Quick Ratio) - Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. - Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item bhn mentah, barang separuh siap dan barang siap, pembelian secara kredit oleh itu menunggu masa untuk mendpatkan tunai. - Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
25

Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa


Data- Rujuk Syarikat STP Utama

Nisbah Cepat

= =

464 580 255 660 304 675 0.69 kali

Dari pengiraan, syarikat tidak mampu membayar pembiayaan jangka pendek.Setiap RM1.00 liabiliti semasa syarikat tidak mampu dibayar dengan RM0.69. Nisbah yang lebih dari satu menunjukkan firma tidak perlu untuk bergantung kepada jualan inventori untuk menjelaskan tuntutan semasanya.
26

Nisbah Aktiviti

Pusing Ganti Inventori

Tempoh Purata Kutipan Pusing Ganti Jumlah Aset


27

NISBAH AKTIVITI
Pusing ganti inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik sebab firma tidak menyimpan stok berlebihan.

a) Pusing Ganti Inventori =

KBDJ @ Jualan Inventori

28

Pusing Ganti Jumlah Aset - Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untu menjana hasil jualan.

Pusing ganti Jumlah Aset = (Total Assets Turnover)


Pusing ganti jumlah aset = 1 600 000 2 346 255 = 0.68 kali

Jualan Jumlah Aset

Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.68.
29

Tempoh Purata Kutipan Nisbah ini mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.

c) Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari


Nisbah purata kutipan = 160 920 1 600 000/365 = 36.71 hari

30

NISBAH HUTANG

Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut. Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.

31

Hutang Atas Ekuiti

Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.

Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik


*Jumlah hutang hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.

32

Hutang Atas Aset Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman. Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang x 100 % Jumlah aset Jumlah hutang hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.

33

Liputan Faedah / Liputan Bunga

Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi. Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah. Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah .

34

Nisbah Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah

Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan STP Utama


Nisbah Liputan Faedah = 241 000 36 400 = 6.62 kali Nisbah liputan faedah sebanyak 6.62 kali menerangkan bahawa Syarikat mampu membayar faedah kepada hutang sebanyak 6.62 kali *Setiap RM1.00 hutang

35

NISBAH KEBERUNTUNGAN Nisbah nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan iaitu MARGIN KEBERUNTUNGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan dan NISBAH-NISBAH PULANGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan saiz pelaburan.

36

Pendapatan Sesaham

Pulangan Atas Aset (Pelaburan )

NISBAH KEBERUNTUNGAN

Margin Untung Bersih

Pulangan Atas Ekuiti

37

Pendapatan sesaham / Untung Sesyer - Mengukur untung yang diperolehi oleh syarikat daripada setiap saham yang diterbitkan. - Penting untuk mengembangkan perniagaan dan beri prospek yang baik kepada pemegang saham untuk menerima dividen. - Menggambarkan setiap saham mampu memberikan pulangan yang tinggi.

38

Pendapatan Sesaham (EPS) = Untung Bersih Bil Saham Biasa


Data- Rujuk Kunci Kira-Kira Syarikat STP Utama

Pendapatan Sesaham

143 220

= 0.14 kali

1 000 000
- Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur amat yakin terhadap potensi firma dan sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli saham firma. - setiap satu unit saham yang diterbitkan mampu menjanakan keuntungan bersih sebanyak 0.14 sen.

39

Margin Untung Bersih Dikenali juga pulangan atas jualan Mengukur % untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma.

Margin Untung Bersih (Pulangan Atas Jualan) =


Data- Rujuk P.Pendapatan STP Utama

Untung Bersih Jualan

Margin Untung Bersih =

143 220 x 100 % = 8.95 % 1 600 000 -Setiap RM1.00 jualan syarikat mampu menjana keuntungan sebanyak 8.95%. -Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.

40

Pulangan Atas Aset ( Pulangan Atas Pelaburan )

Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset. Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

41

Pulangan Atas Aset(ROA)/Pulangan Atas Pelaburan (ROI) = Untung Bersih Jumlah Aset

Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy STP Utama

Pulangan Atas Aset

= Pendapatan Bersih x 100 % Jumlah Aset = 143 220 x 100 % 2 346 255 = 6.10 %

- Pulangan atas aset 6.10 % menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.61 sen untung bersih dapat dihasilkan.

42

Pulangan atas Ekuiti (ROE) Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Membandingkan untung bersih syarikat dan jumlah ekuiti Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.

43

Pulangan Atas Ekuiti(ROE) = Untung Bersih Ekuiti

Data - Rujuk K.Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy. STP Utama. Pulangan atas ekuiti = 143 220 x 100 % 1 711 580 = 8.37 % Pulangan atas ekuiti 8.37 % memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak 8.37 sen

44

Nisbah Pelabura n
Dividen Sesaham

Pendapatan Sesaham

Harga Perolehan Nilai Aset Bersih

Hasil Dividen

45

Pendapatan sesaham Pendapatan sesaham didapati dengan membahagikan pendapatan bersih dengan jumlah unit saham yang diterbitkan.

Pendapatan Sesaham = Pendapatan bersih Jumlah unit saham diterbitkan


Pendapatan sesaham = 143 220 1 000 000 = RM0.14 Setiap satu unit saham yang dilaburkan mampu menyumbangkan keuntungan sebanyak RM0.14.

46

Nisbah Harga Perolehan (P/E) Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk prospek firma di masa depan. Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat akan bertambah di masa depan.

a) Nisbah Harga Perolehan = Harga Saham (Price Earning) Pendapatan sesaham


Harga Saham Pendapatan sesaham = 2.65 0.14 = 18.9 kali Setiap RM1.00 pendapatan sesaham mampu mampu menyumbangkan kenaikan harga saham sebanyak RM0.18.
47

Nisbah P/E

* Bagi setiap nilai buku sesaham mampu menghasilkan peningkatan harga saham ( lagi tinggi lagi baik )

Nilai Aset Bersih ( Nilai Buku Sesaham )

Di dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham

syarikat dikira. Nilai buku sesaham ialah lebihan sesaham sesaham syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan. Nilai buku sesaham = Ekuiti saham biasa Jumlah Unit Saham
Nilai Aset Bersih = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham
48

Dividen Sesaham Melalui dividen sesaham pemegang saham boleh mengetahui jumlah tunai sebenar yang didapati pada satu-satu tahun. Setiap RM1.00

Dividen Sesaham = Jumlah Dividen Bilangan Unit Saham

49

Hasil Dividen

Mengukur peratus keuntungan yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai. Dinyatakan dalam bentuk peratus (% ) Semakin tinggi semakin baik kerana ia menunjukkan banyak pulangan yang diterima atas pelaburan yang dibuat.

Hasil Dividen =

Dividen Sesaham Harga Saham

50

b) Menilai Prestasi Kewangan

Perbandingan Tren

Analisis Nisbah

Perbandingan Industri
51

Perbandingan Tren

Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (tren analysis). Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis) Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah firma pada tahun sebelumnya. Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan firma. Contoh :

Tahun Pul.Atas aset

1992 - 2.8%

1993 -1.4%

1994 0.5%

1995 1.5%

Melihat kepada jadual, didapati trend pulangan ke atas aset firm Semakin baik dari setahun ke setahun.
52

Analisis Perbandingan Industri


Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis) Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional analysis) Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama.

53

Firma T&T A

Pulangan Atas Aset 2.27 % 1.03%

B
C Purata Industri T&T + A+B+C/4

0.35%
0.96% 1.40%

Analisis industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T & T mempunyai Pulangan aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan Firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset.
54

c) Kepentingan Nisbah Kewangan

Pekerja

Pengurusan

Pembekal

Kepentingan Nisbah Kewangan

Pelabur/Pembiaya

Pesaing
55

Kepentingan Nisbah Kewangan


Pengurusan
Pihak pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan. Pihak pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham. Menilai prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.

56

Pelabur

Pemilik firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat: melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa. Mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah firma sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.

57

Pembiayaan Prestasi kewangan yang lepas.(kemandirian) Kemampuan membayar balik hutang. Nisbah penggunaan hutang sedia ada, samada masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman atau tidak.
58

Pembekal pembekal termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal memberi pinjaman . Mengetahui sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya. Pengurusan modal kerja syarikat.

59

Pekerja Golongan ini berminat utk mengetahui kedudukan syarikat krn prestasi sykt biasanya menjadi asas kpd tuntutan kesatuan sekerja utk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.

Pesaing Syarikat-syarikat pesaing menaruh minat terhadap nisbah/penyata kewangan kerana maklumat yang tersedia boleh dijadikan panduan bagi menyusun strategi seterusnya. Kerajaan
60

2.5 KAWALAN KEWANGAN


Pengertian dan Bentuk Audit
Definisi Kawalan Kewangan

Belanjawan Tunai

Kepentingan Kawalan kew

61

a) Definisi Kawalan Kewangan

Merupakan salah satu pendekatan yang berkesan bagi mengawal prestasi keseluruhan firma. Kawalan kewangan melibatkan aspek peraturan, perundangan selain teknik untuk mencegah berlakunya pengagihan dana yang tidak berpatutan. Kawalan boleh dijalankan dengan menggunakan penyata kewangan. Salah satu kaedah yang digunakan ialah analisis nisbah kewangan yang membolehkan kelemahan dan kekuatan firma dikenalpasti.

62

b) Kepentingan Kawalan Kewangan dan Perniagaan


1. Membuat Penilaian
Terhadap kedudukan kewangan firma masa lepas dan masa kini. Dapat mengetahui prestasi firma meningkat atau merosot dan dapat membantu penganalisis meramal untuk masa depan.

63

2) Mengenalpasti Kekuatan Dan kelemahan Firma

Dengan mengenalpasti kekuatan firma dari segi kewangan, penggunaan sumber-sumber dapat dilakukan dengan efisien ke arah mencapai matlamat firma. Kelemahan firma pula dikenalpasti untuk merangka strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi firma sebagai garis panduan untuk masa depan

64

3) Merancang Dan Membuat Ramalan Tentang Arah Aliran Kewangan Firma

Penganalisis perlu merancang dan membuat ramalan tentang prospek masa depan firma. Matlamat dan objektif firma dijadikan panduan dalam membuat ramalan. Pihak pengurusan mesti menjalankan analisis dengan terperinci supaya fungsi perancangan dan kawalan menjadi lebih berkesan. Terdapat 4 cara kegunaan analisis nisbah kewangan: i) Perbandingan nisbah tahun semasa dan tahun sebelumnya. ii) Membuat analisis arah aliran iii) Perbandingan nisbah firma & firma lain melalui nisbah purata industri. iv) Membandingkan nisbah firma yg menjadi pemimpin industri (market leader ) & perbandingan nisbah lain. Menggabungkan analisis industri dan analisis tren.

65

c) Belanjawan Tunai

Merupakan satu alat kawalan. Satu penyata terperinci yang menunjukkan kedudukan tunai firma. Disediakan apabila merancang penggunaan dana. Bukan penyata pendapatan- hanya melibatkan penerimaan pembayaran. Lazimnya disediakan untuk tempoh enam bulan atau satu tahun. Tiga komponen penting dalam Belanjawan Tunai ialah Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Baki Tunai.

dan

66

Peranan Belanjawan Tunai sebagai alat kawalan.

Belanjawan tunai selain sebagai alat perancangan, juga merupakan sebagai alat kawalan. Belanjawan tunai amat penting untuk mengawal keluar masuk wang bagi memastikan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan tunai dari pembekal, pekerja ( gaji dan upah ), kerajaan ( cukai ) dan pembekal. Belanjawan tunai boleh memastikan kewangan syarikat berjalan dengan lancar sepanjang tempoh perancangan. Contohnya pencapaian sebenar dapat dibandingkan dengan apa yang dirancang. Sekiranya terdapat perbezaan jumlah baki tunai seperti yang dirancang, perubahan perlu dibuat supaya kembali kepada apa yang dirancang.

67

d) Pengertian Audit

Merupakan pemeriksaan rekod kewangan dan kajian secara kritis terhadap sistem kawalan dalaman organisasi oleh juruaudit. Bertujuan untuk memperoleh bukti audit yang akan dinilai dan digunakan oleh juruaudit sebagai asas untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan firma.

68

Tujuan Audit
Memeriksa rekod, dokumen dan penyata lain untuk membolehkan juruaudit memberi pendapat tentang penyata kewangan. Memeriksa penyata kewangan supaya penyediaan dapat dibuat dengan baik dan gambaran sebenar tentang keputusan yang dibuat oleh syarikat. Dapat membentuk sistem perakaunan dan kawalan dengan sempurna Memastikan kesilapan dan freud tidak berlaku. Memastikan penilaian aset dibuat dengan betul seperti yang dicatat dalam penyata kewangan.

69

Audit Dalaman

Bentuk-bentuk Audit

Audit Luaran

70

Bentuk-bentuk Audit

1. Audit Dalaman
Kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit dalaman yang terdiri daripada kakitangan firma. Juruaudit ini masih bertanggungjawab dan terikat dengan firma. 2. Audit Luaran Kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional yang bebas, yang diupah oleh firma secara kontrak.

71

Fungsi Audit

Audit berperanan memeriksa akaun syarikat yang dikemukakan oleh para pengarah. Melaporkan akaun syarikat bagi menentukan akaun syarikat yang diaudit memberi gambaran sebenar dan saksama. Pengauditan dirancang supaya membolehkan para pengaudit memberi pandangan profesional mereka tentang perakaunan syarikat. Contohnya mendedahkan perlakuan pecah amanah, atau penipuan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

72

Perbezaan Audit Dalaman Dan Luaran

Tenaga kerja Audit dalaman dijalankan oleh akauntan yang bekerja dalam organisasi tersebut manakala audit luar dikendalikan oleh juruaudit profesional yang diupah organisasi secara kontrak. Pengurusan Juruaudit dalam dipengaruhi oleh pihak pengurusan dan tidak bebas membuat laporan manakala juruaudit luar bebas dari manamana pihak dan bebas dalam membuat laporan dan menyatakan pendapat tentang penyata kewangan organisasi. Tujuan Audit dalaman merupakan satu kaedah penyemakan bertujuan untuk membantu pihak pengurusan syarikat manakala audit luar, penyemakan yang dijalankan untuk tujuan kepentingan pihak ke tiga seperti pemegang saham, peminjam & kerajaan.
73

Tempoh Masa Audit dalaman dilakukan secara berterusan manakala audit luaran dilakukan secara berkala.

74

Persamaan Audit Dalam dan Audit Luar

Tugas Kedua-dua pihak iaitu audit dalam dan luar diharapkan dapat mengesan penipuan dan kesilapan yang berlaku dalam sesebuah organisasi, walaupun fungsi utama mereka bukanlah untuk mengesan penipuan.

Kemahiran Kedua-dua audit iaitu audit dalam dan luar memerlukan kemahiran dan kelayakan untuk melakukan proses penyemakan.
Keperluan Urustadbir Kedua-dua pihak audit dalam dan audit luar diperlukan oleh syarikat bagi memastikan maklumat-maklumat kewangan sah dan boleh dipercayai.
75

Rumusan audit dan laporan.

Ketelusan, objektiviti kebebasan

Kerahsiaan

Kemahiran Kemampuan

Sistem Perakaunan dan Kawalan dalaman

Prinsip Audit
Perlaksanaan kerja oleh pihak lain

Bukti Audit Perancangan Dokumentasi

76

You might also like