You are on page 1of 2

Falsafah Pendidikan (Nota Kuliah PISMP)

at 5:10 AM Posted by ReiKo JezzeBelle 0 comments PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos (bererti mencintai) dan Sophia (bererti kebijaksanaan). Berpandukan dua perkataan Yunani ini, falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Tradisional Falsafah Barat ialah perenialisme dan essensialisme.

Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Moden pula terbahagi kepada empat iaitu naturalisme, pragmatisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), falsafah merupakan pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting. Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

Falsafah Pendidikan Timur pula digolongkan kepada tiga aliran iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India) dan falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasaskan kepada pemikiran Confucius (551-479 S.M). Falsafah Pendidikan China menerangkan kesempurnaan tingkahlaku. Menurut Wang Shouren (14721528) di dinasti Ming, beliau berpendapat ilmu intuitif terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Beliau juga menentang hokum dera dan mengurung kanak-kanak serta menyarankan teknik peneguhan dan motivasi. Bagi Falsafah India pula, menurut Rabindranath Tagore (18611941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif. Bagi Falsafah Pendidikan Islam pula, falsafah ini berasaskan ajaran Al-Quran. Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar ialah Keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, dan kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi. Pendidikan merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Menurut Mohamad Qatb, pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat, Timur ataupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan unik kerana mempunyai ciri tersendiri. Hal yang demikian, falsafah di Malaysia mengandungi unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.

http://powerbrainyouth.blogspot.com/2010/08/falsafah-pendidikan-nota-kuliah-pismp.html
at 5:10 AM Posted by ReiKo JezzeBelle

You might also like